Bab 20

Humor Completed 18363

"NIA..Nia...setuju.."

Mak Dah yang sedang memotong kacang panjang tercengang plus ternganga.Dia salah dengar atau Rania maksudkan sesuatu yang lain.

"Mak Dah tak faham.Nia setuju apa?"berkerut terus dahi Mak Dah.

Dari sarapan pagi lagi Mak Dah dah perasan Rania seperti gelisah semacam.Reen juga ikut pandang pada Mak Dah.Terangkat bahu keduanya.

"Nia setuju apa?Mak Dah tak faham."angin tak ada ribut tak ada tertiba Rania cakap setuju.

"Nia...Nia...Nia setuju dengan lamaran Muqri..."merah kedua belah pipinya.Malu pun ada.Tetapi dia kena cakap juga.

"Betulkah apa yang Nia cakap ni.Maksudnya Nia setuju kahwin dengan Ri?"Mak Dah tanya lagi.Takut tersalah dengar.

Rania mengangguk malu.

"Yeaaa!kak Nia akan jadi kakak ipar Reen.Sukanyaaa!!!!"Reen bersorak riang dan terus memeluk Rania dengan erat.

"Alhamdulillah..syukur sangat.Mesti Ri gembira dengar.Mak Dah tak sabar nak bagitahu Ri."bersinar-sinar mata Mak Dah dan terus mencapai telefon bimbit.

"Abang Ri mesti suka ni.Reen pun tak sabar nak jadikan kak Nia kakak ipar Reen."Reen melonjak gembira.

Rania masih malu.Semalaman dia memikirkan akan hal ini.Tidur pun sampai termimpi Muqri.Celik saja mata Rania sudah tidak sabar mahu memberitahu Mak Dah.Dia sudah memikir semasaknya.Dia kena tolong Muqri dan diri dia sendiri.Dia kena lari dari Daniel!

Apa yang penting sekarang,dia kena kahwin dengan Muqri dahulu.Hal yang lain selepas ini baru dia fikirkan.

***********************

Majlis pernikahan antara Rania dan Muqri diadakan secara kecil-kecilan sahaja.Mereka memilih untuk tidak bersanding.Sekadar majlis doa selamat sahaja.

Saat Muqri sarungkan cincin ke jari manis Rania,mata mereka bertentangan.Rania dapat rasakan sesuatu yang luar biasa buatkan dia terkesima dengan hati yang berdebar kencang.

Muqri lorekan senyuman paling manis buat Rania.i

"Ri, kot ya pun sabar dulu.Nia dah jadi isteri kamu pun."usikkan Mak Dah membuatkan yang lain ikut mengusik.Mana tak usiknya dari tadi Muqri asyik tenung ke arah Rania.

"Tahniah Muqri!Aku yang bertunang lama pun tak nikah lagi.Kau yang diam-diam saja terus nikah.Gempar satu sekolah."kata cikgu Malik.

Sempat dikerling Rania di sebelah Muqri yang cantik berbaju putih dengan taburan manis halus berwarna silver.Sedondon dengan Muqri yang berbaju melayu putih bersampin silver.Kedua sama cantik sama padan.

"Tahniah Rania.."ucapnya pada Rania yang tak lekang dengan senyuman.

Seharian juga mereka melayan tetamu yang datang.

"Nia, kalau nak rehat pergi masuk dulu.Abang nak kemas dekat luar kejap."

Rania gugup.Pertama kali Muqri bahasakan dirinya sebagai 'abang'.

Rania terus masuk ke bilik.Sememangnya dia terasa penat sekali.Walaupun majlis kecil tetapi jemputan tak henti datang.Tina dan Hani juga tidak terkecuali.Hanya keluarga Pak Long Musa yang tidak nampak bayang.Tetapi Rania lega sekurangnya,Daniel tidak menjadi penghalang dalam majlis siang tadi.

Terkial-kial Rania mecabut satu persatu pin yang diselitkan ditudung dan hiasan atas kepala.Jenuh nak cabut.Banyak betul pin.

"Nak abang tolong?"terkejut Rania.Entah bila Muqri ada di belakangnya.

Waktu dia masuk ke bilik,Muqri sibuk membersihkan luar rumah.Tentu lah Muqri masuk mahu menunaikan solat Asar.

Rania angguk kecil.Dari tadi nak cabut susah sangat.Nak minta tolong Mak Dah atau Reen masing-masing sibuk mengemas apa yang patut.

Rania mahu menyalin pakaian yang sesuai dan menolong mereka pula lepas ni.Kesian juga pada Mak Dah yang sudah berusaha keras menjayakan majlisnya.

Muqri berdiri di hadapan Rania dan menarik satu persatu pin.Boleh tahan banyak juga pin.Patut Rania terkial-kial nak cabut.

Rania terpaksa menahan debar di hati setiap kali jari jemari Muqri menarik satu persatu pin di kepalanya..Mata Rania hanya memandang ke bawah tak sanggup nak pandang muka Muqri.

"Banyak betul mak andam letak pin."Muqri berkata bagi menghilangkan gugup dihati.Jantung sudah berdegup kencang.

"Awak kalau tak boleh tak apa.Saya buat sendiri."muka Rania dan panas sebenarnya bila Muqri berdiri terlalu dekat.

"Sikit lagi.Okay dah nak habis pun."kata Muqri sambil memasukkan semua pin ke dalam bekas kecil.

Rania masih teragak-agak nak membuka keseluruhan tudung depan Muqri.Dicapainya tuala dan menutupi rambut.Macam lipas kudung dia ambil baju dalam almari dan terus keluar dari bilik.

Muqri tergelak kecil dengan telatah Rania.

"Nia ,dah la tu.Esok kita sambung pula.Dah lewat malam ni.Pergi masuk tidur.."Mak Dah menghalau Rania masuk ke bilik.

"Tak apa Mak Dah.Nia tak mengatuk lagi.Mak Dah tu dari tadi tak rehat lagi."Rania masih menyusun pinggan mangkuk yang telah dilap bersih.

Reen sudah dah lama masuk ke bilik.Semua mereka keletihan.

"Hisy, budak bertuah ni.Kita suruh dia masuk dia suruh kita.Nia tu dah ada suami.Tak baik biar suami tertunggu lama."Mak Dah sengih.Dia pun pernah muda dan berkahwin.Faham sangat dengan gelagat pasangan baru berkahwin.Biasalah mula-mula malu lama-lama melekat lah tu.

"Tak apa Ri dah tidur.Penat sangat agaknya."telah Rania pada hal dia tak tahu pun Muqri dah tidur atau belum.Dia sengaja melambatkan.

"Lepas ni Nia tak boleh panggil suami dengan nama.Nia kena tukar panggilan baru lah romantik sikit."sempat lagi Mak Dah mengusik Rania.

Rania pura ketawa pada hal dalam dada sudah berdetak kencang macam nak tercabut.Takut semua ada.Malam pertama buat pasangan pengantin sudah tentu mendebarkan.

Masa buat keputusan nak kahwin dia tidak fikirkan pasal hal ini.Malam ni dia rasa takut pula.

Rania ingat kahwin tu macam main pondok-pondok.Sarung cincin jabat tangan tok kadi dah selesai.Sebenarnya selepas lafaz akad nikah siang tadi,tanggungjawab sebagai suami isteri sudah termetera.Dan Rania wajib jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Rania garu dagu yang tidak gatal.

"Dah esok kita sambung."terus Mak Dah padamkan lampu dapur.

Mahu tak mahu Rania terpaksa juga masuk ke bilik.Dalam hati dia berharap Muqri sudah tidur.

Sangkaan Rania meleset bila Muqri sedang bersolat.Solat apa Rania tidak pasti.Mulalah Rania rasa gementar semacam.

Perlahan Rania rebahkan badan atas katil.Terus rasa lega belakang dan pinggang.Lenguh dari siang tadi lagi.Tak sampai lima minit rasa katil sedikit bergegar.

"Assalamualaikum.."sapa Muqri dengan senyum manis.

Terus Rania bangun dan duduk di birai katil.

"Waa..waalaikumusalam.."suara pun dah ketar.

"Sorry..sorry..abang takutkan Nia ker?"Muqri tersengih.

"Tidurlah.Abang tak kacau.Cuma abang nak cakap sikit."Muqri tepuk perlahan tilam.Menyuruh Rania duduk di sebelahnya.

Perlahan Rania duduk mengesot ke tepi Muqri.Muka tak payah cakap.Cuak takut semua ada.

"Terima kasih sebab Nia sudi terima abang.Abang tahu kita masih belum kenal sepenuhnya.Insyallah abang akan cuba bahagiakan Nia.Orang cakap bercinta selepas nikah lagi indah.Tapi abang tak tahu pula.."Muqri kulum senyuman sambil memberanikan diri mengusap lembut tangan Rania.

Rasa nak meletup jantung Rania walaupun itu hanya sentuhan biasa.Sesungguhnya Rania masih malu.Muqri ni biar betul.Selalu tu macam malu-malu saja.Sekarang terbalik pulak,Rania dah macam tikus takutkan kucing.

Rania tarik perlahan tangannya.

"Saya pun nak..nak cakap terima kasih pada awak.Saya minta maaf sebab tak sempurna macam perempuan lain.Maksud saya,saya banyak yang kurang."

Berpeluh dahi Rania.Lain yang nak di cakap,lain yang dia cakap.

"Abang pun banyak yang kurang.Insyallah kita sama-sama berusaha jadi suami isteri yang diredhai Allah."Muqri cuba capai tangan Rania sekali lagi.

"Err..saya tidur dulu.."terus Rania selubung selimut sampai paras muka.Dia tak boleh lama pandang Muqri,rasa berperang dengan perasaan sendiri.

Muqri hanya tersenyum kecil.Dia tidak terasa hati.Mereka pasangan yang baru belajar mengenali hati budi masing-masing.Sudah tentulah Rania masih belum membiasakan diri.

"Selamat malam sayang.."ucap Muqri sambil menguap kecil.Terus dia baring sebelah Rania yang menyorok bawah selimut.Dia tahu Rania masih belum tidur.

Muqri senyum segaris menampakkan mukanya yang keletihan.Mana tak letih semua urusan majlis mereka dia yang uruskan sendiri.

Tidak mengambil masa yang lama,Muqri juga ikut terlelap.

Pagi ini Rania bangun lebih awal dari biasa.Perkara pertama yang dia periksa adalah pakaiannya.Rania tarik nafas lega.Mujur tiada apa yang berlaku semalam.Cepat Rania mandi dan masuk semula ke bilik.

"Tunggu abang.Kita jemaah sama."kata Muqri semasa mereka berselisih di pintu bilik.

Rania sudah siap pakai telekung dan hamparkan sejadah.Muqri kembali dengan baju melayu hijau berkain pelikat.Tak berkelip mata Rania memandang.Sungguh dia terpesona dengan penampilan Muqri pagi ini.Dia pun tak tahu kenapa.

"Jom solat."termalu Rania bila di tegur begitu.Tu la leka sangat.

Boleh pula dia terleka memandang wajah si suami.Muqri hanya senyum dalam hati.Satu perkembangan baru bila Rania tidak berkelip memandangnya.Dalam hati dia bersyukur Rania cuba menyesuaikan diri dengannya.

Di akhir solat, Muqri hulurkan tangan pada Rania.Dalam malu-malu Rania tetap sambut.

"Awak tak nak lepas tangan saya ker?"tanya Rania dengan muka merah.

Tanggannya masih dalam genggaman tangan Muqri.

"Tak nak."jawab Muqri selamba.Terlintas idea mahu mengusik isterinya di pagi ini.

"Saya ada kerja nak buat ni."Rania cuba tarik tangan nya namun genggaman tangan Muqri erat sekali.

"Panggil 'abang' dulu baru abang lepas."sengaja Muqri nak kenakan Rania.

Berkerut sudah muka Rania minta dilepaskan.

"Okey.Abang."Rania mengalah juga.

Muqri sudah tersenyum lebar.Tangan Rania di ramas lembut sebelum dilepaskan.

Makin pijar muka Rania.Terus dia bangun dan mengantung telekung ke tempat asal.Dia tak toleh belakang dah dan terus keluar menuju ke dapur.

Dalam perut dah macam rama-rama berterbangan.Nama Muqri diseru!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience