"NIA..buka pintu ni.Abang nak cakap sikit."lembut suara Muqri memanggil Rania di luar pintu bilik.
Sejak petang tadi Rania berkurung dalam bilik.Muqri panggil pun dia tak nak buka pintu.
Di dalam Rania menangis tersedu sedan hingga habis basah bantal yang dipeluknya.Dia berasa tersangat malu akan keadaan dirinya yang terdahulu.Bertambah malu bila Muqri melihat keadaan dirinya yang dulu.
"Nia..dari tadi Nia tak makan.Keluarlah.."suara Muqri kedengaran lagi.
Masih berulang kali memujuk Rania tanpa jemu.
"Nia tak kesian kan abang ker.Abang pun tak makan lagi ni."pujuknya.
Baru Rania teringat.Siang tadi Muqri tidak sihat.Kepala nya sakit.Rania cepat seka airmata di pipi.Macam mana dia boleh lupa.
"Nia.."baru sahaja Muqri nak ketuk pintu,Rania terus membuka seluasnya.Wajah Rania kelihatan sembab.
"Maafkan saya.Saya terlupa.Kepala awak sakit lagi ker?"soal Rania sebaik buka pintu.
Muqri leretkan senyuman kecil.
"Dah okay sikit.Jom kita makan."terus Muqri tarik Rania ke meja makan.
Tadi dia menangis sampai tertidur.Bila terjaga dia menangis lagi.Dalam kepala terngiang-ngiang suara Ayu yang menyindir dirinya.Sampai dia terlupa akan Muqri.
Perut pun dah berkeroncong minta diisi.Mana tak lapar.Dia hanya sempat makan tengahari saja.Tu pun sikit saja tang dijamahnya.
Tak terlintas di fikiran Rania, kisah silamnya tersingkap kembali.Bila terkenangkan kembali dirinya yang dahulu dia berasa sangat malu.Dengan pakaian tak cukup kain.Sudah tak terhitung berapa banyak dosanya.Kesian arwah papa terpaksa menanggung segala dosanya.Rania berasa sangat menyesal.
"Semua ni memang gambar saya."akui Rania.
Muqri hanya memandang sekali lalu.Dia biarkan Rania untuk terangkan.Dia bukan tak tahu cara hidup Rania dulu macam mana.Mak Dah sudah ceritakan semuanya pada dia dari sebelum mereka kahwin lagi.
"Memang saya dulu jahil.Saya selalu bagi arwah mama papa marah.Lawan cakap mereka.Saya anak derhaka.Saya tak pernah peduli akan perasaan mereka."suara Rania sedikit bergetar.
"Saya sendiri biar hidup saya dikelilingi dengan dosa.Dengan cara pakaian saya.Saya tak fikir langsung akan perasaan malu.Saya hanya fikirkan keseronokan dunia.Saya tak peduli apa pandangan orang terhadap sayaJanji saya puas dan seronok.Saya terus terang awak sebab saya nak awak dengar sendiri dari mulut saya..."
"Lepas ni terpulang pada awak untuk tentukan.."bagai ditoreh pisau mendengar ayat yang keluar dari mulut sendiri.
Muqri hanya mendiamkan diri.Masih setia mendengar.
"Memang saya ramai kawan.Tak kira lelaki atau perempuan.Teman menari.Tapi saya belum pernah terlanjur.Sumpah!"akui Rania bersungguh.
Tak tahu sama ada Muqri percaya atau tidak.Sukar untuk Rania membuktikan.
"Sejak kemalangan yang menimpa keluarga saya,baru saya sedar.Saya dah banyak buat dosa pada mereka."
Airmata mengalir perlahan menuruni pipi.Dia benar-benar menyesal.
"Nia,abang percaya Nia dah banyak berubah.Allah sangat sayang pada hambaNya yang dah bertaubat.Anggap saja masa silam Nia tu satu mimpi buruk yang Nia sendiri tak mahu bermimpi lagi."nasihat Muqri.
Muqri sendiri nampak kegigihan Rania untuk berubah.Rania yang ada di depan matanya sekarang bukan nya Rania yang ada dalam gambar itu.
Rania tatap wajah Muqri mencari ketulusan hati Muqri untuk menerimanta.Bukan senang menerima kisah silam seseorang.Lebih-lebih lagi pasangan suami isteri.Yang benar-benar ikhlas saja yang sudi menerima pasangan mereka seadanya.
"Saya malu sangat bila kisah silam saya orang lain dapat tahu.Lebih-lebih lagi awak."Rania menundukkan wajah.Malu mahu bertatapan mata dengan Muqri.
Muqri angkat dagu Rania ke atas semula.
"Saya betul-betul malu dengan awak."katanya lagi.
Muqri senyum kecil.
"Nia,abang terima Nia seadanya.Macam tu juga Nia terima abang.Bagi abang kita saling melengkapi dengan kekurangan diri masing-masing.Abang pun banyak yang kurang.."
"Tapi awak tak ada pula yang saya nampak kurang.Terlebih ada lah.Siap orang berebut nak hati awak sampai sekarang.."Rania muncungkan mulut.Cemburu.Bukan sikit tapi banyak.
Muqri tergelak kecil.
"Nia cemburu ya?"
Rania jeling kecil.
"Memanglah saya cemburu.Awak suami saya."hilang sudah malu Rania.
"Abang tetap pilih Nia."Muqri cuit hidung Rania.
Rania kemam mulut.Nak senyum tapi masih awal.
"Abang cintakan Nia.."jari kemari Rania ditaut kemas.
Rania sudah senyum dalam hati.
"Nia...Nia.."tergagap pula Rania dibuatnya.Ayat Muqri buat dadanya sesak.
"Abang dah jatuh cinta dengan Nia sejak hari pertama abang tengok Nia.Abang dah cuba lupakan Nia tapi makin lama makin kuat perasaan abang pada Nia.Abang tak sangka bila Nia setuju nak kahwin dengan abang.Abang rasa bersyukur sangat masa tu."luah Muqri sambil tersenyum bahagia.
Mata mereka bertentangan.
"Errr...Nia pun cintakan abang."Entah macam mana terluah juga.Muka dah naik merah.Malu tapi mahu.
Tanpa menunggu lama terus Muqri peluk Rania.
Bertalu ciuman singgah di dahi dan pipi Rania sambil mengucap syukur.
"Nia dah bersedia untuk jadi isteri abang yang sebenar?"tanya Muqri dengan lirikan mata yang penuh makna.
Rania sambut dengan senyuman paling manis.Malam ini dia sudah tekad mahu menjadi milik Muqri dengan rasminya.
Dah puas Rania fikir.Berdosa dia dari hari pertama mereka bernikah lagi.Dia tahu tapi malam ini dia akan melaksanakan tanggungjawab dengan rela hati.Sepatutnya sudah lama dia berkongsi perasaan dengan Muqri tetapi dia takut.Dia takut untuk mencintai dan dicintai.Dia takut kehilangan sebenarnya.
Bila melihat ke dalam mata Muqri dia rasa tenang dan damai.Rasa selamat dan dilindungi.Dia mahu selamanya begitu.
Rania beranikan diri rebahkan kepala atas dada Muqri.Dapat didengari degupan jantung si suami yang 'berlagu' hebat.Muqri membalas senyuman Rania.Tersingkap sebuah rahsia di malam ini.Muqri dan Rania bersatu dalam nafas cinta.
"Sayang,dah bangun."suara serak basah Muqri yang baru terjaga menyapanya di awal pagi.
"Dah abang."sambut Rania malu-malu.Rambut yang basah disisir ke tepi.Rania terjaga lebih awal.Segera dia bersihkan diri.
"Abang nak mandi kejap.Sayang tunggu kita solat sama ya."
Rania hulurkan kain tuala pada Muqri.Separuh badan Muqri keluar dari selimut.Rania pandang ke arah lain.Perasaan malu akan hal semalam tidak hilang begitu saja.
"Sejuk kan pagi ni.."Muqri letak songkok atas meja.Mereka baru selesai solat Subuh.
Muqri ikut bersandar di kepala katil sebelah Rania.
Muqri pandang Rania tanpa berkelip.Rania jadi segan.
"Jangan lah pandang Nia macam tu.."Rania rasa nak sorok muka dalam selimut.
"Sayang cantik.."puji Muqri.Ditarik Rania rapat ke dadanya.
Tangan Muqri naik melingkari pinggang Rania.Rania meletakkan kepala atas dada Muqri.Tersenyum kecil dia bila terdengar degupan jantung Muqri yang kencang.Muqri pun sama macam dia juga.Berdebar sakan setelah apa yang mereka lalui semalam.
"Terima kasih sudi hadir dalam hati abang."Muqri cium dahi Rania.
"Nia yang patut ucap terima kasih sebab abang sudi terima Nia seadanya..."perasaan mereka berdua makin mengebu.
"Sama-sama sayang.Abang janji kita sama-sama bina mahligai cinta kita bersama.Sayang adalah anugerah Allah pada abang.Abang akan jaga sayang selamanya.."ucap Muqri dengan penuh romantis.
Rania terus eratkan lagi pelukan.Dia rasa bahagia sangat.
Rania tak payah buktikan apa pun.Muqri sendiri sudah tahu.Kali pertama mereka melakukan hubungan suami isteri.Jelas terbayang wajah Rania yang takut dan malu.
Muqri tersenyum sendiri.
"Abang ni..."muka Rania makin merah bila melihat Muqri senyum sendiri.Ada lah tu apa yang Muqri tengah fikirkan.Nama pun lelaki.Bab ni laju saja.
"Rahsia abang rahsia sayang juga.Kita dah berkongsi semua.Abang milik sayang selamanya.."bisik Muqri buatkan Rania tersenyum manja.
Semalam juga terbukti,apa yang Daniel cakap semuanya bohong belaka.Mungkin dia tak mahu Rania jatuh ke tangan orang lain.Tapi Muqri ikhlas menerima Rania.Bukan sebab dia dara atau tidak.Sebab Muqri sudah jatuh cinta pada Rania.
Dan Rania juga cintakan Muqri.Semoga ikatan cinta mereka semakin kukuh.
Share this novel