"NIA,ada nak singgah mana-mana lagi lepas ni?"tanya Muqri yang sedang memandu.
"Saya ingat nak singgah tengok rumah kejap."
Selama ketiadaan Rania rumah itu dibiarkan kosong.Hanya sekali sekala Pak Hamid akan datang membersihkan.
"Baik lah.Nia tunjuk jalan ke rumah ya."
Rania tersenyum nipis sambil memandang pada Muqri yang sedang memandu.Dia makin rasa selesa bila berduan dengan Muqri.Muqri sanggup mengikut Rania ke mana saja satu hari suntuk ini.Dia tak mahu Rania keseorangan.Tambahan bila lihat dari lagak sepupu Rania tadi,tak mustahil Daniel boleh buat sesuatu di luar jangkaan.
"Kenapa pandang Ri macam tu?"
Rania sedikit gelabah.Tidak sedar lebih dari seminit matanya memandang Muqri.
"Err...tak ada apa..."suaranya sudah gugup.
Tertangkap.
"Kalau Ri tanya,Nia jangan marah ya?"sudah lama Muqri nak tanya tetapi tidak berkesempatan.
"Apa dia?"
"Sebelum ni,Rania dah ada seseorang ker?Maksud Ri seseorang dalam hati Nia?"
Soalan yang menyentuh ke arah keperibadian.
Rania berasa pelik dengan pertanyaan Muqri.Dia geleng perlahan.
"Sorang pun tak ada?"tanya Muqri ingin kepastian.
Rania tersenyum pendek.
"Dulu ada masa belajar tapi tak ada jodoh.Dia dah kahwin dengan orang lain."luah Rania seperti kecewa.
"Kenapa jadi macam tu?"Muqri ingin tahu.
"Dia dah jumpa yang lagi baik dari saya.Mungkin saya bukan yang terbaik untuk dia."
"Mula kami jatuh hati seperti pasangan lain.Entah kenapa tiba-tiba dia asyik mengelak dari saya.Saya terserempak sendiri dia dengan orang lain.Sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu macam mana.Sebab kami sudah sama-sama berjanji akan berkahwin bila tamat belajar."
"Nia percaya dia pilih yang lain?"
"Percaya sebab ada bukti dia curang dengan saya."
"Saya kecewa sangat masa tu.Kalau abang Daniel tak bagitahu sampai bila pun saya tak tahu."Rania cuba mengingati kisah yang telah lama dia lupakan.
"Nia dengar dari mulut dia sendiri atau terus percaya macam tu?"
Rania tersentak.Pertanyaan Muqri bagai mengimbas kembali kenangan lalu.Memang dia tidak pernah bersemuka dengan Syafiq tetapi dia ada bukti gambar-gambar Syafiq dengan seseorang.Tu pun dari Daniel juga.
Sekarang baru Rania sedar,kenapa Daniel ada hati padanya.Mungkin sejak Rania patah hati dan selalu menjadikan Daniel tempat untuk meluahkan segalanya.Tanpa Rania sedar telah mewujudkan satu perasaan lain di hati Daniel.
Terpacul keluhan kecil dari mulut Rania.
"Daniel dengan Nia belajar satu kolej?"tanya Muqri sekadar ingin tahu lebih lanjut.
"Ya,dia senior saya.Dia bukan setakat sepupu tapi dah macam abang pada saya.Tapi tu lah saya tak tahu pula dia ada perasaan pada saya."
"Macam mana dengan Nia?"
"Saya tak pernah terlintas langsung untuk ada perasaan pada dia.Bagi saya semua lelaki sama.Bila tak suka tinggalkan macam tu saja."telah Rania berbaur kesal.
"Ri tak macam tu.."sempat lagi Muqri angkat bakul sendiri sambil tersengih.
Rania kalih pandangan ke muka Muqri.Muqri macam sesuatu pula.
"Maksud Ri,bila Ri dah suka dah sayang seseorang.Ri akan jaga dengan baik.Ri tak akan biarkan dia bersedih"kata Muqri sambil kalih sesaat memandang Rania.
"Macam awak dan Ayu?"giliran Rania pula mahu tahu mengenai Muqri.
Muqri tergelak kecil.Kadang Rania ni lurus juga.Orang dah bagi hint pun dia buat tak faham.
"Ri dengan Ayu mana ada hubungan apa.Setakat kawan sekampung.Dan Ri tak pernah langsung berbual dari hati ke hati macam Ri buat sekarang dengan Nia."Muqri senyum segaris lagi.
Rania kerutkan kening.Kurang mengerti maksud sebenar Muqri.
"Habis tu di sukakan awak.Tak kan awak nak biar macam tu.Awak juga cakap bercinta lepas nikah lagi afdal.Dah jumpa orang yang sesuai awak nak terus nikah."ulang balik apa yang Muqri cakap.
"Ri dah lamar dia pun.Tapi belum dapat jawapan lagi."Muqri kulum senyuman.
Rania dah blur.
"Siapa?Sofia?"Rania sengaja meneka.
"Rania."kata Muqri bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.Dah dua kali dia cuba bagi hint tapi Rania masih kurang mengerti atau gadis di sebelahnya sengaja tidak mahu mengerti.
Muka Rania dah merah.Makna nya Muqri tak main-main melamarnya tempoh hari.
"Err...saya keluar tengok rumah dulu."
Cepat sahaja dia keluar dari perut kereta.Malu tak usah cakap.Berdebar kencang pula tu.Dah macam masuk acara larian marathon.
Rania mengelak lagi bila Muqri cuba mendekati hati nya.Bukan dia tak faham hajat sebenar Muqri.Hati dia masih ragu untuk menerima mana-mana lelaki.
Kisah lalunya dengan Syafiq menyebabkan hati Rania cukup terluka.Mana tak kecewa bila di tahun akhir Rania dapat tahu Shafiq curang padanya.Tapi betul ker Shafiq curang atau Rania yang salah tidak mahu mendengar penjelasan terakhir dari Shafiq.Rania ingat lagi bersungguh Shafiq mahu jelaskan tetapi Rania yang tidak mahu dengar.
"Nia dengar dulu apa yang Fiq nak jelaskan."
"Nak dengar apa lagi.Patutlah awak asyik mengelak dari saya.Awak dah ada orang lain.Sampai hati awak,Fiq.."
"Saya dengan perempuan tu..."
Tak sempat Shafiq nak terangkan Daniel sudah berdiri di tepi Rania.Terus Shafiq diam membisu.
"Sudah lah,Fiq.Sampai sini saja hubungan kita."Rania betul-betul kesal dengan sikap Shafiq.Selama mereka bercinta Shafiq sentiasa ada dengannya saja.Tetapi lepas Shafiq tamat belajar dan sudah berkerja,dia di duakan.
"Nia..Fiq belum terangkan lagi.."ujar Shafiq.
"Kau nak jelaskan apa lagi.Dah sah kau curang dengan dia."kata Daniel dengan tegas.
"Nia..bagi Fiq peluang untuk jelaskan.."Shafiq merayu sambil tarik tangan Rania yang mahu pergi dari situ.
Rania rentap kembali.
"Saya tak nak dengar apa dah.Cukuplah untuk hati yang awak telah lukai."Rania berlalu bersama airmata kekecewaan.
"Nia!Nia!"Shafiq cuba mengejar Rania tetapi di halang oleh Daniel.
"Hei!kau tak faham lagi ker.Dia dah tak nak kau.Aku harap lepas ni jangan kau berani nak kacau Rania lagi.Faham!"halang Daniel.
Shafiq mendengus geram melihat Daniel berlalu pergi bersama Rania.Itu adalah kali terakhir Rania nampak Shafiq.Masa tu Rania berterima kasih sangat pada Daniel kerana tanpa Daniel dia sudah hilang arah.
Rania mengeluh panjang.Untuk apa dia ingat lagi kisah yang sudah lama berlalu.Sudah tidak bermakna lagi.
Cepat-cepat dia mengambil barangan peribadi bersama sebuah beg pakaian.Dia bercadang mahu tinggal lama di kampung Mak Dah.Di sana dia sudah berasa aman dan tenang.Tidak seperti di sini, baru singgah sekejap sudah bermacam masalah yang timbul.
.
Bergegas Rania mengunci kembali pintu rumah.Kesian membiarkan Muqri menunggu lama dalam kereta di luar pagar.Sampai di kereta,Muqri sudah sedia membuka bonet kereta dan memasukkan barang Rania ke dalamnya.
"Maaf buat awak tunggu lama."kata Rania serba salah bila hampir setengah jam juga dia di dalam tadi.
"Eh..tak ada apa lah.Ri okay saja.."ujar Muqri bersama dengan senyuman.
Jelas kelihatan lekuk di pipi kiri Muqri saat dia tersenyum.Di situ terletaknya kemanisan pada wajah Muqri.Patutlah si Ayu tergilakan Muqri.Senyum saja pun dah nampak kacak.Dalam diam Rania memuji.Tapi Rania macam mana?sudah ada perasaan pada Muqri juga ker?
Share this novel