Bab 26

Humor Completed 18363

"DANIEL,I minta satu saja dari you.Jangan siakan I dengan anak yang I kandung ni."sayu suara Mira.Dia sudah letih meraih cinta dari Daniel.Akibatnya dia juga yang makan hati berulam jantung.

Sesuai sangat dengan pepatah itu.

Lelaki ini seolah mengabaikan diri dia terus selepas mereka dinikahkan.Tu pun setelah papa Daniel dapat tahu keadaan Mira.Mengamuk lah orang tua tu!

"Apa lagi yang you nak!?Tak cukup lagi kah aku dah nikah dengan kau!"Daniel sedikit marah.

Kesal juga dia bila terlanjur dengan Mira.Ingatkan nak seronok-seronok saja tapi sampai terlanjak dan 'membuahkan hasil'.Mana nak tahan bila ikan depan mata sengaja menyerah diri.Dapat terus ngap saja lah!

"I cuma nak kan perhatian you saja.I nak hidup macam pasangan lain."pinta Mira.

"Aku dah bagi kau duit..tempat tinggal...apa lagi yang kau nak.Kau boleh buat apa kau suka.Cuma jangan kacau hidup aku!"tengking Daniel.

"Daniel..I mengandungkan anak you.You tak rasa kesian ker pada anak kita."Mira sedih bila Daniel seolah membenci dia.Sebelum ini dia dijadikan tempat Daniel meluahkan perasaan.

"Hei Mira!kau dengar sini.Aku menyesal tau tak kenal dengan kau!Aku..sayangkan Rania bukan kau!"kata Daniel dengan kuat.

Tak habis-habis nama Rania yang Daniel sebut.Daniel memang betul-betul gilakan Rania walau dah tahu Rania sudah kahwin.

"I tahu you tak cintakan I,Daniel.Tapi kita boleh cuba kan...?Tak lama lagi anak kita akan lahir.You tak kesian ker dengan anak kita ni?"tanya Mira sambil menangis mengusap perutnya yang semakin memboyot.

Memang Mira dah lama sukakan Daniel.Tapi semua tu tak kan terjadi kalau Daniel tidak melayan.Daniel tidak pula menolak saat Mira 'menyerah diri'.Malah makin kerap mereka membuat hubungan terlarang.

"Aku mengaku aku silap.Tapi untuk cintakan kau..sayangkan kau...tidak sama sekali!Cinta dan sayang aku hanya pada Rania!"ucapnya dengan sebal.

Mira terus menangis teresak.Sangkanya Daniel sudah berubah dan mahu bertanggungjawab sekepas mereka bernikah.Tetapi fikirannya meleset sama sekali.Ingatan Daniel hanya pada Rania walaupun sudah tahu Rania kini milik orang.
. "Kau dah tahu kan?aku hanya cintakan Rania!Cukup masa kau lahirkan anak tu,kita bercerai!"kata Daniel dengan tegas.

Mira agak terkejut dengan keputusan Daniel.Nampak sangat Daniel tidak memerlukan dia dan anak dalam kandungan.

"Daniel..I cintakan you..sayangkan you sepenuh hati I."ucap Mira sambil menangis.

"Kan aku dah cakap,aku tak cintakan kau!"balas Daniel dengan kasar.

"Boleh tak kali ni you bagi peluang dekat I untuk buktikan yang I sayangkan you,perlukan you.."rayu Mira.

"Kau nak aku cakap macam mana lagi!Aku tak pernah langsung cintakan kau!Hanya Rania saja yang layak ada dalam hati aku!"katanya tegas sambil menunding jari ke dada sendiri.

Mira menangis lagi.Daniel masih mengharapkan Rania.

"Nia dah kahwin kan..Apa lagi yang you harapkan.Dia tak cintakan you,Daniel.."kata Mira dengan bersungguh.

Selama dia berkawan dengan Rania,tidak pernah sekali pun Rania sebut tentang hati atau perasaan pada Daniel.Malah Rania seolah menjauhkan diri dari Daniel.Apa yang Mira tahu,Rania rapat dengan Daniel pun sebab Daniel selalu hulur duit pada dia.Bukan sebab cinta.

"I tak rasa Rania cintakan you,Daniel.Kalau betul dia cintakan you,kenapa dia kahwin dengan orang lain?"Mira masih belum mengalah.

"Kau jangan banyak cakap boleh tak!?Aku pasti Rania akan datang pada aku suatu hari nanti.Masa tu aku tak nak tengok muka kau dalam hidup aku lagi,kau faham!?"merah muka Daniel menahan marah.

Sedikit sebanyak kata-kata Mira ada benarnya.

"Daniel please....I sayangkan you.I minta maaf sebab cakap macam tu.Tolong jangan suruh I pergi dari hidup you.."separuh merayu suara Mira.

"Kau ni tak faham bahas ker apa?aku cakap aku tak suka,tak suka lah!"katanya dengan kasar.

Dia memang selalu berkasar dengan Mira.Tetapi di hadapan papa dia tidak berani.Sebab itu dia bawa Mira tinggal di tempat lain.Mana taknya,Musa mengamuk sakan sebab Daniel telah menjatuhkan maruah keluarga.Mana Musa nak letak muka bila orang luar dapat tahu.Terus dia nikahkan Daniel secepat mungkin.

Musa dah bagi amaran kalau Daniel buat hal lagi dia akan keluarkan Daniel dari syarikat.Malah nama Daniel tak akan ada dalam mana-mana senarai harta keluarga mereka.

"Daniel sendiri yang cari pasal kan!Jadi tanggung akibatnya!Jangan kau bagi malu muka aku lagi!Lepas ni aku tak nak dengar lagi!Kalau kau buat juga Daniel..kau tahu lah akibatnya!"ugutan Musa menakutkan Daniel.

"Daniel..satu saja I pinta boleh tak you jangan kasar dengan I lagi.Tak kan kita hari-hari nak bergaduh.Tolong lah jaga perasaan I sama."suara Mira mengembalikan Daniel ke alam nyata.

Daniel bercekak pinggang.

"Kau yang nak semua ni kan.Jadi kau kena hadap.Aku dah kata yang aku hanya cintakan Rania.Selepas ni terpulang pada kau sama ada nak jaga sendiri anak tu atau bagi pada orang lain.Kau kan perempuan murahan.Mana tahu kau 'sedap' dengan orang lain lepas tu tuduh aku!"

Pang!satu penampar hinggap di pipi Daniel.

Terteleng juga kepala Daniel.Kuat penampar yang Mira berikan.

"Cukup Daniel!I tak semurah tu!I bersumpah ini anak you!You saja yang sentuh I!I hanya cintakan you.Tapi you buta.You tetap pilih Rania."terus Mira lari masuk ke dalam ke bilik dan mengunci pintu.

Setiap hari boleh katakan mereka akan bergaduh.Selalunya Daniel yang akan menang.Tapi kali ini tak sangka Mira tidak mahu menggalah lagi.

Daniel menggosok pipi kirinya bekas tangan Mira.Sakit jugak!Tapi dia tidak peduli.Selagi Mira ada di rumah ni,hati dia sakit!Sudah la dia patah hati dengan Rania.Mira pula menyakitkan hati.

Papa pun satu,sengaja sembunyikan pasal Rania.Kalau aku tahu Rania nak kahwin masa tu,tentu sempat aku halang.Ni dah dua bulan baru nak cakap.Mana tak sakit hati!

Papa memang sengaja kan tak nak aku bersama Rania.Dari dulu aku tahu papa tak suka kan Rania.Tapi dengan Mira boleh pula papa terima.Mira dengan Rania sama saja dari cara mereka bersosial.

Aku tengok elok saja papa cakap dengan Mira.Memang pada mulanya papa marah tapi marah dekat aku.Lepas nikah papa macam dah boleh terima Mira.Boleh duduk berbual sekali pula tu.

Tak macam Rania.Papa nak pandang sebelah mata pun seperti tak sudi.

Kan senang kalau Mira berambus terus dari hidup aku.Senang aku nak dapatkan Rania balik.

Tu lah sendiri cari penyakit.

Daniel pegang pipinya yang masih kebas.Aku kena cari Rania.Walau dia dah kahwin,aku masih cintakan dia.

Kenapa Nia tak faham yang aku betul-betul sayangkan dia dari dulu lagi.Cinta aku pada dia melebihi segalanya.Ramai perempuan lain pun aku tetap pilih Rania dan bukan orang lain.Termasuk Mira.

Mira adalah satu kesilapan aku.Sepatutnya aku tak rapat sangat dengan dia.Aku tahu dari Rania ada lagi,Mira cuba dapatkan aku.Tapi aku tak layan.Lepas Rania pergi,Mira semakin raoat dengan aku.Aku sunyi bila Rania tak ada.Mira tenpat aku luahkan perasaan.Tak sangka sampai aku boleh terlanjur dengan dia.

Ini lah kesilapan terbesar aku sebab melayan Mira.Mira dah jadi satu halangan untuk aku dapatkan Rania.Tapi aku tak akan menggalah.Aku akan cari Rania sampai jumpa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience