TANPA berfikir panjang,Rania terus mengikut Mak Dah pulang ke kampung halaman Mak Dah di Perak.Niat mahu memberitahu Pak Long Musa sekeluarga terus terbantut.Biar mereka tidak tahu ke mana dia pergi.Sedih hatinya bila mengenangkan nasib diri.
Dulu masa ada mama dan papa,Rania tidak pernah berasa sedih sampai begini.Agaknya ini balasan buat Rania yang banyak buat dosa.Terlalu lalai sangat dengan hiburan dunia sampaikan Rania tidak memikirkan masa hadapan.
Patutnya Rania bersyukur sebab diberi peluang untuk berubah.Tetapi untuk apa semua itu bila ahli keluarga tersayang tiada di sisi.Rania tidak tahu sampai bila dia akan bersedih.Sukar untuk dia melupakan dalam masa terdekat ini apa yang telah menimpa keluarganya.
Nasib Rania agak baik bila Mak Dah tidak membiarkan Rania keseorangan.Mak Dah terlalu baik dengan Rania.Bukannya Mak Dah tidak tahu perangai 'pelik' Rania setiap malam.Semua dalam kocek Mak Dah.Terharu Rania bila Mak Dah mengajaknya pulang ke kampung bersama.Mak Dah yang tiada ikatan persaudaraan pula yang sudi menerimanya.
"Masuklah Nia.Ini rumah Mak Dah."pelawa Mak Dah setelah bukakan pintu rumah papan.
Rania tersenyum kecil.Kakinya ikut melangkah meniti anak tangga kayu.Masih kukuh berdiri.
Mak Dah membuka jendela kayu,angin bendang menerombos masuk.Rumah Mak Dah kelihatan sangat kemas walaupun Mak Dah jarang balik ke sini.Tenang saja kampung Mak Dah.Tadi sewaktu dalam perjalanan menaiki teksi,Rania lihat pokok padi menghijau sepanjang jalan.Teruja Rania sebentar.Selama ini dia belum pernah melihat pokok padi dari depan mata.Sepanjang jalan sawah padi luas terbentang.
Rumah kampung di sini kebanyakkan di perbuat dari papan dan batu.Semuanya nampak cantik di mata Rania.Disepanjang jalan setiap rumah di selangi dengan sawah padi dan pohon kelapa.
Rumah Mak Dah juga sama macam rumah yang lain.Di sebelah kiri rumah terdapat sawah padi.Terdapat juga pokok buah-buahan di keliling rumah Mak Dah.Pokok bunga pun ada.Hidup subur pula tu.Tapi siapa yang menjaga?Nampak cantik sahaja halaman rumah Mak Dah.
"Nia,Mak Dah dah siapkan bilik untuk Nia.Nia masuklah berehat dulu."kata Mak Dah yang keluar dari salah sebuah bilik.
"Terima kasih Mak Dah."ucap Rania sambil tersenyum.Dibawa beg pakaian masuk sekali.
Terdapat sebuah katil kecil dan sebuah almari.Buka saja tingkap bilik,menerobos angin masuk.Rania sedut perlahan udara yang nyaman.Jiwa dia rasa tenang melihat kehijauan sawah padi.
"Kalau nak mandi,bilik air dekat bawah."kata Mak Dah sambil berjalan menghala turun ke dapur.
Rupanya dapur Mak Dah ada di bawah.Bilik tidur Mak Dah bertentangan dengan bilik Rania.
"Baik Mak Dah.Nia nak rehat sekejap.Nanti Nia turun mandi."ujarnya.
Rania duduk di birai katil kayu.Dimasukkan kesemua pakaiannya ke dalam almari tersebut.Rania tidak pasti berapa lama dia akan tinggal di sini,jadi dibawa sebuah beg besar.Walaupun bilik ini kecil tetapi sangat kemas dan bersih.
Setelah mengemas apa yang patut,Rania baring di atas katil.Sangat selesa rasanya bila angin sepoi-sepoi bahasa masuk melalui jendela.Tak payah buka kipas dah pun.Nyaman dan selesa sangat.
Angin lembut menampar perlahan pipi Rania.Terbuai dia sambil memejamkan mata.Terus Rania terlelap.
Rania terjaga saat terdengar Mak Dah berbual dengan seseorang.Lama juga Rania tertidur hingga sudah hampir waktu Maghrib.Nasib tidak terselak skirt paras lutut yang di pakainya.
"Nia,dah bangun?pergi madi lepas tu kita boleh makan sama."ujar Mak Dah.
Rania akur dah terus mandi.Di meja makan Mak Dah sudah menyiapkan makan malam untuk mereka berdua.Rasa bersalah pula tertidur tadi.
"Mak Dah,maaf ya.Nia tertidur tadi.Kesian Mak Dah terpaksa masak sorang-sorang."
"Nia kan penat.Ni ha,ada kuih sedikit dari masjid.Ri hantar.Boleh kita makan.Lauk ni semua dia tolong belikan sebab dalam peti ais Mak Dah memang kosong."beritahu Mak Dah.
"Ri?"soal Rania pelik.Dia dengar Mak Dah sebut 'Ri' tadi.
Siapa Ri?
"Ohh..tadi yang datang tu la.Muqri tu anak saudara Mak Dah.Dia lah yang tolong tengokkan rumah ni."beritahu Mak Dah lagi.
Patut la rumah Mak Dah bersih,ada yang menjaga rupanya.
Rania dilihat masih termanggu.Makanan di depan mata pun masih tidak di sentuh.
"Kenapa Nia?Nia tak suka ker dengan makanan ni?"tanya Mak Dah.Risau juga dia kalau Rania kurang selera.
"Ehh bukan macam tu.Nia rasa Nia ni menyusahkan Mak Dah saja.."cetus Rania.Timbul perasaan bersalah.
Mak Dah hela nafas.
"Mak Dah tak anggap Nia ni menyusahkan.Lagi pun Mak Dah pun seorang diri juga.Ada Nia dapat juga Mak Dah menumpang kasih.."ujar wanita lewat 50an itu.
"Nia rasa macam bebankan Mak Dah saja.Patutnya Nia dah boleh berdikari sendiri."Rania sedikit mengeluh.
"Mak Dah tak kan biarkan Nia tinggal seorang diri.Mak Dah sudah berjanji dengan arwah mama Nia."kata Mak Dah meyakinkan Rania.
Rania rasa sedikit tersentuh.
"Boleh Nia tahu kenapa anak Mak Dah meninggal?"tanya Rania tiba-tiba.Dia tahu anak Mak Dah sudah lama meninggal dunia.
"Dia demam panas sebab terlalu rindukan ayah dia.Ayah dia meninggal sebulan sebelum dia meninggal.Dia rapat sangat dengan ayah dia.Masa tu umur dia baru 15 tahun."cerita Mak Dah.Riak wajah Mak Dah kelihatan muram.Mungkin terkenangkan kembali arwah suami dan anaknya.
"Maafkan Nia sebab bertanya.Nia dah buat Mak Dah sedih pula."Rania rasa bersalah.
Dilihat Mak Dah mengesat airmata dengan hujung lengan baju kedahnya.
"Tak apa.Mak Dah pun pernah kehilangan orang tersayang macam Nia juga.Mak Dah faham perasaan Nia.Bukan senang untuk kita bangkit dari kesedihan tapi kita yang hidup ni kena kuat,kena sabar denaan dugaan yang Allah berikan.Allah masih sayangkan kita."panjang lebar Mak Dah meyakinkan Nia.
Rania hanya mengangguk kepala.Dia terasa sebak.Nasib Mak Dah dan dia lebih kurang sama.
"Sebab tu bila Nia demam,Mak Dah takut sangat.Mak Dah tak sanggup tengok Nia jadi macam arwah anak Mak Dah."ujarnya lagi.
Patut lah semasa Rania demam panas,Mak Dah sentisa memantaunya dengan rapi.Badan Rania sentiasa Mak Dah lap dengan tuala kecil.Tak cukup dengam itu kepala Rania kerap Mak Dah jelum dengan air asam jawa tak pun dengan daun bunga raya putih.Petua untuk turunkan panas demam.
Bukan Rania tak perasan,Mak Dah sampai tertidur di sebelahnya.
"Terima kasih Mak Dah sebab sudi jaga Nia."kata Rania sambil menangis kecil.Dia berasa sangat terharu dengan layanan baik dari Mak Dah.
"Boleh Nia jadi anak Mak Dah?"tanya nya dalam tangisan.
Mak Dah angguk kepala dan bahu Rania terus dirangkulnya.
"Terima kasih Mak Dah."ucap Rania di dalam pelukan Mak Dah.
Bila dipeluk Mak Dah,Rania rasa ada sedikit kekuatan untuk dia kembali bangkit mengharungi kehidupan.Dia perlukan kata semangat dan nasihat dari seseorang.
"Sudah jangan menangis lagi.Tak baik menangis depan rezeki.."kata Mak Dah sambil mengelap airmata Rania.
"Esok,Mak Dah kenalkan Ri dengan Reen pada Nia."ujar Mak Dah.
Mak Dah masih mempunyai anak saudara yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.Semasa ketiadaan Mak Dah,dua beradik ini lah yang menolong menjaga rumah Mak Dah.
Share this novel