Bab 38

Humor Completed 18363

"SURAT apa ni?"tanya Muqri sebaik Rania letakkan dihadapannya.

"Nia dah sign borang tu.Abang buat lah apa yang patut."kata Rania perlahan.

Muqri pandang kertas putih di hadapannya.Tertera KEBENARAN POLIGAMI.

"Nia apa ni?Abang tak nak Nia.Abang tak boleh kahwin lagi."

Tandatangan Rania jelas di situ.Besar pula tu.

"Mungkin sudah tertulis jodoh kita macam ni.Nia buat semua ni demi maruah kita semua."katanya sayu dan lemah.

"Tapi Nia.Abang tak nak.Buat apa abang nak kahwin lagi.Cukuplah Nia seorang saja yang boleh bahagiakan abang."Muqri membantah sekerasnya.

"Abang dah dengar kan apa yang tok imam cakap.Tak boleh ditangguhkan lagi.Abang kena bertanggungjawab."

"Bertanggungjawab yang bukan abang buat.Abang tak boleh.Nia percaya lah abang tak pernah sentuh Ayu."Muqri masih dengan pendiriannya.

Muqri enggan bertanggungjawab.Sebab dia tahu dia tak buat semua tu.Hanya Ayu yang tahu hal sebenar yang terjadi antara mereka berdua.Mana mahu dia mengaku semua itu.Dia kan tergilakan Muqri.

Rania pejamkan mata.Penat lelah bermain dengan mental dan emosi.Dia cuba tahan airmata yang sudah sedia bergenang di tubir mata.Bila-bila masa saja empangan boleh pecah.

Dalam kotak fikiran masih berulang tayang figura Muqri dan Ayu yang berada atas katil mereka.Sangat menyakitkan hati.Bukan seperti selumbar tetapi seperti mata pisau yang dibenam ke dada.Sakit dan perit.

"Beribu kali abang cakap pun tak akan ubah apa-apa.Benda dah jadi."katanya sayu dan lemah.

"Abang tak boleh Nia.Abang diperangkap.Tapi abang tak ada bukti.Bagi abang masa untuk buktikan yang abang tak bersalah."

"Abang nak bukti macam mana lagi.Abang tak rasa apa yang Nia rasa.Hancur remuk hati Nia bila tengok dengan mata kepala sendiri....."Rania tidak dapat meneruskan.Dia benar-benar kecewa.

"Hati Nia sakit..lebih sakit dari kehilangan arwah keluarga Nia dulu..."diseka dengan kasar airmata yang mengalir tanpa henti.

Rania cengkam dadanya sendiri.Sakit yang teramat sangat di dalam sana.

"Nia nak minta izin abang untuk pergi dari sini untuk sementara waktu."berat dia nak minta tetapi dia tidak boleh bertahan lagi.

"Nia..abang merayu sangat.Tolong jangan pergi.Abang perlukan Nia.."Muqri menekur di lantai sambil merenung ke dalam mata Rania yang duduk di kusyen kayu.

Cintanya pada Rania sangat mendalam.Mana mungkin dia melepaskan Rania pergi.

"Abang tak boleh Nia.Abang tak boleh hidup tanpa Nia.."rayu Muqri sambil menangis.Dia tidak bersedia untuk melepaskan Rania pergi.

"Habis tu,abang nak Nia tunggu dekat sini.Tengok abang nikah dengan pompuan tu!"kata Rania dengan lantang.Bukan niat dia untuk meninggi suara pada si suami,tetapi dia juga ada hati dan perasaan.

Sebelum sign borang pun airmata tak henti turun,ini kan pula mahu melihat Muqri berjabat tangan dengan tok kadi.

"Abang tahu Nia sakit.Abang pun sama,sakit sangat.Abang perlukan Nia di sisi abang.Tolong jangan pergi Nia.."sayu suara Muqri.

"Maaf abang,Nia tak boleh.Nia tak kuat lagi dah.Andai ini yang tertulis untuk kita Nia redha.."kata Rania bersama esakan tangisan yang tidak dapat dikawal lagi.

Muqri mahu menarik Rania ke dalam pelukkannya tetapi Rania mengeraskan diri.Dia masih terbayang lagi keadaan Muqri yang tidak berbaju bersama Ayu.

"Nia..abang sayangkan Nia.Sayang lebih dari nyawa abang sendiri.Tolong jangan buang abang dari hidup Nia.Abang tak bersedia kehilangan Nia.."ujar Muqri.Dia turut menangis.

Mak Dah dan Reen di dapur juga turut bersedih.Tidak sangka kebahagian Muqri dan Rania diragut dalam sekelip mata.

"Abang faham perasaan Nia.Nia saja yang ada dalam hati abang.Percayalah Nia.Hati abang hanya untuk Nia."ucapnya bersama tangisan.

Rania hanya diam membisu.Dia sudah kehilang kata-kata.Tiada lagi usikan manja gurauan senda dari Muqri.Bukan senang untuk Rania lupakan.Muqri satu-satunya lelaki yang Rania cintai sepenuh hati.

Isteri mana yang sanggup hadir di hari pernikahan suaminya.Bagi lah payung emas sekalipun Rania tetap tidak boleh terima kenyataan yang pahit.Lebih pahit dari segalanya.

"Nia dah buat keputusan.Nia akan pergi sebelum abang nikah.Selepas itu,Nia akan terima apa saja keputusan dari abang.."

Apa yang keluar dari mulut Rania tidak sama dengan kehendak hatinya.Hati dah macam kena toreh dengan ayat sendiri.Luka dan berdarah.

Muqri agak tergamam dengan apa yang Rania ucapkan.Belum sampai ke tahap itu untuk dia lepaskan Rania pergi.Rania satu-satunya cinta hati dia.Mana mungkin dia melepaskan Rania terus dari hidup dia.

"Abang tak akan lepaskan Nia.."ucap Muqri.

Rania sudah bangun untuk masuk ke bilik.

"Abang..Nia minta ampun dan maaf kerana tidak menjadi isteri yang sempurna.Ada orang lain yang lebih sempurna dan dapat bahagiakan abang."ucap Rania.

"Nia adalah segalanya untuk abang.Demi Allah,abang sayang dan cinta kan Nia sorang.Abang bahagia hidup dengan Nia.."kata Muqri sambil menyapu mukanya yang basah.

"Tolong halalkan segala makan dan minum Nia selama Nia jadi isteri abang.Abang sentiasa ada dalam hati Nia.Nia sentiasa doakan abang."

Muqri tidak hiraukan tangan Rania yang menepisnya.Terus dia menarik Rania dan memeluknya dengan erat.Menangis keduanya sambil berpelukan.Lama mereka begitu.

Muqri cium dahi Rania lama.Rania ingin cakap sesuatu tetapi suaranya tersekat di kerongkong.Perlahan dia leraikan pelukan Muqri dan mencium tangan Muqri buat kali terakhir.

Terus Rania masuk ke bilik dan enggan berpaling lagi.Pintu dikunci.Dia takut dia akan jadi lemah dengan pujukan dan rayuan Muqri.

"Nia..Nia.."panggilan dari Muqri juga tidak di endahkan lagi.

Di sebalik pintu,Rania terduduk di lantai.Tangisannya berlagu hiba.Sungguh dia tidak sekuat mana.Hatinya rapuh.Serapuh ranting kayu.Senang saja untuk dipatahkan.

Mak Dah Dan Reen bergegas naik ke atas.Melihat Muqri juga duduk tersandar di depan pintu bilik Rania.Luluh hati mereka melihat.

Muqri masih menangis.Reen segera memeluk abangnya.Mak Dah menggosok bahu Muqri untuk menenangkannya.Keadaan Muqri dan Rania pilu.Angkara Ayu hidup anak sedara dan anak angkatnya kucar-kacir.

Mak Dah hanya mampu berserah agar kebenaran pasti akan tiba juga.

Sudah berapa malam, Rania tidak dapat tidur dengan sempurna.Kebiasaan Muqri akan tidur di sebelah.Tetapi sejak hal itu terjadi,dia tidak membenarkan Muqri tidur sebilik dengannya lagi.Dia tahu berdosa tetapi dia tidak boleh tipu diri sendiri.Dia rasa jijik bila terbayang tubuh Ayu yang melekap atas tubuh Muqri.Sebab itu dia menjauhkan diri.

Rania tidak tahu di mana Muqri bermalam.Hinggalah dia mahu keluar untuk ke dapur dan melihat Muqri akan tidur di hadapan pintu bilik.Rania jatuh kesian sebenarnya tetapi hati dia membentak.

Pagi ini Muqri tidak pula kelihatan.Tidak pasti pula Rania ke mana dia pergi.

Badan Rania pun rasa lain macam saja pagi ini.Tetapi digagahkan juga untuk bangun.Terhuyung-hayang Rania berjalan turun ke dapur.Belum sempat nak sampai ke meja,dia rasa gelap mata.

Mujur Reen sempat menyambar tubuh Rania.Kalau tidak percuma sahaja Rania cium lantai.

"Kak Nia kenapa ni?"Reen sudah cemas.Mak Dah lagi lah.Makin risau melihat Rania.

Rania pegang kepalanya yang pening.

"Ntah lah, rasa macam nak gelap saja mata ni.Kepala ni pun berpusing-pusing."

"Nia tak sihat ni.Kejap Mak Dah call Ri suruh bawa pergi klinik."

"Tak payah Mak Dah.Kejap lagi Nia okay.Mungkin sebab Nia tak boleh nak tidur sangat."

Rania tidak mahu menyusahkan Muqri.Dia mahu menjarakkan diri dari Muqri buat masa sekarang.

"Reen tengok kak Nia pun kurang makan sekarang ni.Nanti kak Nia sakit macam mana."

Muka Reen sudah redup petanda mahu menangis.

"Kak Nia tak ada apa lah.Reen jangan risau."pujuk Rania.

"Nia kena jaga kesihatan diri sama.Nia kena makan banyak sikit baru ada tenaga.Mak Dah risau nanti Nia sakit."

Risau Mak Dah melihat keadaan Rania yang nampak pucat.Nak bagitahu Muqri,Rania tak bagi.

"Nah,kak Nia minum susu ni.Reen buat khas untuk kak Nia.Reen tak nak kak Nia sakit."celah Reen sambil meletak segelas susu di atas meja.

"Sweetnya adik kak Nia ni.Mesti sedap susu ni.Terus kak Nia rasa lapar."

Rania menghabiskan segelas susu yang nampak menyelerakan.Jarang Rania minum susu waktu pagi selalunya kopi atau pun teh saja.Sepinggan nasi goreng juga dihabiskan.Pagi ini rasa lapar yang teramat.Mungkin sudah banyak hari dia makan tak menentu.Tidur pun tidak tahu bila masa terlelap.Mata asyik nak terbuka saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience