"APA lagi yang kak Ayu nak?Tak cukup lagi ker buat kak Nia derita.!"hambur Reen sebaik Ayu muncul di hadapan pintu rumah Mak Dah.
Baru sahaja Reen keluar mahu mengambil angin tiba-tiba muncul perempuan sewel ini.Sakit hati Reen tengok muka Ayu yang tersenyum sengih tanpa rasa bersalah.
"Amboii!tak kan sambut bakal kakak ipar macam tu.Kak Ayu saja lah datang nak melawat Reen.Tak lama lagi kan kita akan menjadi satu keluarga.Tak begitu.Adik ipar.."panggilnya dengan suara lembut.
"Baik kak Ayu pergi dari sini sebelum Reen halau!"Reen naik angin.
"Suka hati saja nak halau orang!Siap kau nanti bila aku dah kahwin dengan abang kau!Aku akan kerjakan kau cukup-cukup!"kata Ayu dengan suara lantang.Geram bila Reen tidak mahu melayan dia.
"Tak ingin Reen dapat kakak ipar macam ni!Cukup kak Nia sorang saja kakak ipar Reen.Jangan kak Ayu nak bermimpi!Balik rumah cuba tengok diri dalam cermin,layak ker nak jadi kakak ipar!"sembur Reen dengan perasaan marah yang teramat.
"Biadap kau kan!"jerkah Ayu sambil menghayunkan tangan mahu menampar muka Reen.
Tetapi Rania sempat menepis dengan kuat.Rania tarik Reen ke belakang tubuhnya.
"Jangan kau berani nak sentuh adik aku!"pekik Rania.
Nasib dia sempat menghalang kalau tak Reen dah kena penampar dengan perempuan gila ni.
"Ha!muncul pun bakal madu aku ni.Ingat kau nak berkurung meratap kesedihan.Tsk-tsk-tsk....kesian aku tengok mata kau yang bengkak tu kan..Ya lah mesti sedih suami nak kahwin lain kan...Tapi aku tak janji tau akan kongsi abang Muqri dengan kau."kata Ayu dengan suara jelek.Sengaja mahu sakitkan hati Rania.
Ayu gelak mengejek.Suka dia tengok wajah Rania yang tidak bermaya.
"Kau apa hal datang sini?Baik kau berambus sebelum aku hilang sabar!"kata Rania dengan geram.
"Apa hal lagi ni Ayu!Tak cukup lagi kah kau dah porak peranda kan rumahtangga Rania.Ada hati tunjuk muka dekat sini lagi!"marah Mak Dah pula.
"Mak Dah...Ayu sajalah datang nak jumpa Muqri.Selain tu boleh la kita berbaik-baik.Tak lama lagi kan Mak Dah pun akan dapat anak sedara baru.Tak kan Mak Dah tak suka."sindir Ayu pada Mak Dah.
Mak Dah tergeleng sambil mengucap.Ayu makin melampau!Datang sebab nak sakitkan hati mereka saja.
"Baiknya hati kau Rania.Dah tahu aku akan berkahwin dengan Muqri,kau sanggup beralah dan keluar dari rumah Muqri kan...Tak apa kau jangan risau,aku akan layan Muqri lebih baik dari kau."katanya sambil membuat muka 'syok sendiri'.
"Perasan!"kata Reen.Meluat dia tengok muka Ayu.Rasa macam nak tarik-tarik saja rambut Ayu yang mengerbang macam langsiur tu.
"Nak buat macam mana kan.Dah rezeki aku.Dulu kau rampas Muqri sekarang aku rampas lah balik.Lepas ni kau jangan sedih-sedih tengok aku berkepit dengan Muqri.Maklumlah kami kan pengantin baru.Mestilah nak bersweet-sweet 24 jam."
Ayu ketawa kuat.Ketawa yang menyakitkan hati Rania.
"Opsss!Terlupa pula aku.Ni ha aku dah tolong ambil kan borang untuk benarkan Muqri kahwin.Kau patut berterima kasih pada aku tau,sebab aku dah mudah kan urusan Muqri.."Ayu tersengih lebar.
Rania tidak mahu mengambil kertas putih yang Ayu hulurkan.Ayu tarik tangan Rania dan paksa.
"Kalau kau nak tahu lagi.Tak mustahil tak lama lagi perut aku ni akan membuncit.Waktu tu aku subur tau.."katanya sambil mengangkat kedua belah kening dengan senyuman yang jelek.
"Tak guna betul la dia ni!"marah Reen.Dia mahu meluru menarik rambut Ayu nasib Rania cepat menarik tubuh Reen.Tidak mahu berguling keduanya di tanah.
"Eh budak!Kau ingat lepas ni giliran kau pula!"kata Ayu pada Reen.
"Jangan libatkan Reen dalam hal ni!"marah Rania.Angin sungguh dia bila Ayu mahu jadikan Reen sasaran seterusnya.
"Ha!macam tu lah.Aku tahu kau akan jadi madu terbaikkkk aku.."perli Ayu dengan mimik muka yang menyakitkan.
"Aku tak tahu apa tujuan sebenar kau datang sini!Kalau sekadar nak sakitkan hati aku,baik kau balik!"tegas Rania yang sudah meluat melihat Ayu yang tidak tahu malu.
"Tujuan?Ha!baru aku ingat.Dah alang semua ada sekali.Aku nak semua sekali pakai baju sedondon.Baru meriah majlis aku.Petang ni aku nak ajak abang Muqri cari baju nikah kami.Tak pa kalau kau nak pakai sama warna dengan aku pun aku tak kisah.Hurmm..putih ke krim.Aku rasa elok krim kan...Dulu abang Muqri dah pakai warna putih dengan kau.Sesuai tak krim dengan abang Muqri?Ya lah,akau kena lah tanya pendapat isteri tua dia."Ayu berpura ketawa sambil menutup mulut.
Rania rasa tahap kesabarannya makin menipis.Ayu sengaja cari pasal.
"Kau sengaja nak sakitkan hati aku!Aku kalau dah hilang sabar tak tahu apa yang aku akan buat!Baik kau pergi sebelum aku seret muka kau dekat tanah!"Rania memberi amaran sambil tangan sudah menggigil menahan rasa amarah.
"Eeiii..takutnya aku.."Ayu buat-buat takut.
"Aku tahu kau tak kan berani punya."cabar Ayu.
"Aku cakap pergi!pergi!"jerit Rania sudah hilang sabar.
"Aku akan jadi isteri muda Muqri.Jadi kau kena banyak beralah.Mesti abang Muqri akan sayang aku lebih dari kau"ejek Ayu lagi masih mahu menyakiti hati Rania.
Pang!
Satu penampar hinggap di pipi kiri Ayu.Terteleng kepala Ayu ke kanan.
"Itu 'makanan' kau!"pekik Rania dengan dada berombak.
Memang sudah lama dia teringin nak tampar pipi Ayu.Mulut Ayu umpama burung tercabut ekor yang berkicauan tanpa henti.Sangat membingitkan telinga.
"Berani kau!"Ayu mara ke depan mahu membalas balik.
Rania apa lagi terus tolak Ayu dengan kuat hingga jatuh tersungkur atas tanah.
Kebetulan Muqri baru sampai.Ayu segera bangun dan mendapatkan Muqri.Lengan Muqri dipautnya sambil menangis kecil.
"Ri..tengok lah.Rania saja tolak Ayu.Ayu tak buat apa pun."adunya pada Muqri dengan mimik muka penuh kesedihan.
Muqri melihat ada kesan darah di atas bibir Ayu.Pecah.
Muqri tepis tangan Ayu tetapi Ayu rangkul lengannya dengan kuat.Tidak mahu melepaskan.
"Kenapa ni?"tanya Muqri.
"Tanya pada Ayu.Kenapa dia datang buat kacau dekat sini."marah Mak Dah.Meluat sekali tengok muka Ayu yang penuh kepuraan.
"Apa ni Ayu!?Boleh tak jangan datang sini?Kenapa nak kacau Rania?Tolong balik sekarang!"jerkah Muqri.
"Alaa sayang..jangan lah marah baby.Baby tunggu sayang balik.Kan petang ni kita nak pergi beli baju nikah."Ayu buat suara lembut manja.
Nak termuntah Rania dengar Ayu gelar dirinya 'baby'.Ya Allah! kenapa lah ada manusia sebegini.
"Ayu,awak ni sengaja kan!Tak cukup lagi kah masalah yang ada.Sekarang buat masalah lagi!Baju apa yang awak pakai ni?Pergi baliklah..aku dah penat!"marah Muqri.
"Cantikkan baju baby.Baby tahu sayang suka macam ni.Rania dulu pun pakai macam ni kann.."katanya sambil berpusing-pusing depan mereka dengan skirt atas lutut dan blouse yang ketat menampakkan lurah di dada.Rambut diwarnakan perang.
Muqri hela nafas berat.Dalam kepala makin serabut.Pak Harun dan Mak Ros hari-hari mendesak Muqri suruh cepatkan pernikahan.Muqri rasa macam tak tertanggung beban yang ada sekarang.
Lagi bertambah sayu melihat wajah Rania yang sudah tiada seri seperti selalu.
"Jangan merepek boleh tak Ayu!Dah pergi balik.Tak malu ker kalau orang kampung nampak?"
"Sayang janganlah marah. Baby singgah sekejap saja Nak juga baby kenal dengan keluarga sayang.Nanti petang jangan lupa tau..Kita pergi beli baju nikah.Nak bawa Rania sekali pun boleh.Dia mesti lebih arif. ."sempat lagi Ayu menyindir Rania.
Bersorak gembira dalam hati melihat muka cemburut Rania.
Tangan Muqri sudah naik memicit kepala sendiri.Rasa nak pecah kepala otak fikirkan jalan untuk keluar dari masalah besar ini.Rania pula semakin menjauhkan diri.Diam dan jarang bercakap dengannya seperti kebiasaan.
"Sayang sakit kepala ker?Biar baby picitkan.."Ayu mahu memegang kepala Muqri namun Muqri tepis sekuat hati.
"Pergi dari sini!"kata Muqri dengan kuat.Terus dia tarik tangan Rania masuk ke dalam rumah.
Ayu menghentak kaki tanda protes.Tak apa ini masa kau.Kau tunggu masa aku pulak,Rania.
Share this novel