Bab 48

Humor Completed 18363

MIRA telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel.Daniel mencium bayi mereka sepuas hati.Tersentuh hati dia melihat wajah suci bersih bayi mereka.
Bayi itu tidak bersalah.Dia yang bersalah membawa anak mereka ke dunia sebelum terjalinnya ikatan yang sah.Sekali lagi dia tunduk mencium ubun-ubun.Wangi.

"Terima kasih sayang.."ucap Daniel sambil mencium dahi Mira pula.

Mira sebak.Bersyukur sangat Daniel sudah menerima kehadiran mereka berdua sepenuhnya.

"Kenapa sedih ni?"tanya Daniel bila melihat mata Mira yang bergenang.

"Terima kasih sebab sudi terima kami.."ucap Mira sambil menitiskan airmata.Rasa gembira bercampur sebak.

"Jangan sedih.Patutnya ini hari gembira untuk kita.Abang janji akan jaga sayang dan anak kita."ucap Daniel.

Mira di tarik ke dalam pelukannya.Terhambur tangisan Mira.Makin sebak sebab Daniel sudah berubah sama sekali.Masa di hujung kehamilan dia takut mahu berharap lebih.Ternyata setelah anak mereka lahir,Daniel yang paling teruja dan gembira.

"Ehemm...ehemm.."suara berdehem di sebalik pintu.

Tersenyum mama dan papa Daniel.

"Kamu berdua buat apa hah!"sergah mama Daniel sambil tersengih.

Mira segera melepaskan pelukan Daniel sambil mengesat airmata.

"Mana cucu nenek ni."terus mama Daniel mengangkat dan mengendong bayi berbungkus selimut biru di katil bayi.

Musa pula duduk di kerusi sambil memerhati isterinya yang sedang mengendong cucu mereka.

"Atuk tak nak tengok ker cucu kita ni?"tanya mama Daniel.Bertalu ciuman dilepaskan ke pipi si kecil.Geram dia tengok si kecil yang masih tidak mahu membuka mata.Nyenyak sungguh tidurnya.

"Dah tu asyik awak saja yang pegang."jawab Musa sambil muncungkan bibir buatkan mereka ketawa serentak.

"Saya tengah lepas geram ni.Comelnya cucu kita...Bila Mira boleh keluar?Mama dah tak sabar nak bawa balik anak kamu ni."kata mama Daniel.

Daniel tersenyum ke arah mamanya.Dia tahu mama memang suka kan budak-budak.

"Agaknya esok atau lusa."

"Nanti Mira pantang kat rumah mama saja.Mama sudah siapkan bilik ya."kata mama Daniel buatkan Mira berasa terharu.

Sungguh pun keluarga Mira masih marah akan mereka,namun dia bersyukur keluarga mertuanya masih boleh menerimanya.

"Dah anak nama ker anak kamu berdua ni?"tanya Musa.Dia sedikit kekok memangku kepala si kecil.Sudah lama tidak mengendong anak kecil.

Keduanya menggeleng serentak.Dalam kekalutan masalah selama ini, mereka lupa mahu mencari nama yang sesuai.

"Papa,tolong bagi nama boleh tak?"tanya Mira buatkan Daniel sedikit tercengang.Sebelum ini pun papanya juga kurang mesra dengan Mira.

"Muhammad Danish."kata Musa sambil tersenyum kecil.

Mereka berdua mengangguk setuju.

"Danish,ikut atuk balik lah...Boleh kawan degan atuk..."kata Musa sambil bercakap dengan cucunya yang belum mengerti apa pun.

Baru sehari dia lahir ke dunia,sudah dikelilingi dengan kasih sayang dari mereka semua.

Betullah orang cakap.Marah macam mana sekali pun,bila tengok wajah cucu boleh hilang rasa marah.

Daniel dan Mira berpandangan sambil tersenyum.Selepas ini mereka akan tetap pergi berjumpa dengan keluarga Mira lagi.Walaupun kehadiran mereka tidak disenangi namun mereka tetap tidak akan berputus asa.

"Dah la atuknya,bagi nenek pula.Tak puas lagi bau baby ni..."kata mama Daniel.

"Hisy!awak ni.Tadi dah pegang lama kan..." berebut pula.Atuk tak nak bagi dekat nenek.Nasib Danish lah jadi rebutan.

"Atuknya,lepas ni kita pergi beli barang Danish.Hari tu nak beli tak tahu jantina lagi.Ni dah tahu senang sikit nak beli."

"Awak tu kalah mama dengan papa Danish.Baik awak beranak sekali.Untung Danish dapat paksu..."gurau Musa buatkan isterinya mencebik mulut.Tetapi tidak lama.Tersungging bibirnya melihat si kecil bergerak kecil.

Dah tua-tua ni nak beranak pun tidak sanggup .Cukup sekali dia lahirkan Daniel.Tu pun rasa terseksa.Sebab tu dia tidak mahu mengandung lagi.

"Dah expired pun.."sahut mama Daniel buatkan mereka sambung ketawa.

"Lepas ni kalau Mira nak kerja pun tak apa.Mama sanggup jaga Danish."ujarnya lagi.

"Mira tak nak susahkan mama."

Terharu dia melihat keperhatinan ibu mertuanya.Tadi pun ibu mertuanya yang tukar kan lampin Danish.Tak ada rasa jijik pun bila Danish buang air besar.Selamba saja ibu mertuanya letak Danish di katil bayi dan mengambil tisu basah.

"Tak ada susahnya.Mama lagi suka."celah mama dengan gembira.

"Macam tu Daniel kena bagi mama cucu ramai lah.Baru mama tak sempat buat kerja lain."gurau Daniel.

Daniel tak sangka dengan kehadiran Danish yang baru lahir beberapa jam lalu sudah berjaya menambat hati mama dan papanya.

"Ehh.. beranak la ramai pun tak apa.Mama lagi suka.Kan atuk nya?"Mama tersengih suka.

Musa ikut tersenyum sambil menggeleng kepala melihat tingkah laku isterinya.Seronok sangat menimang cucu sulung mereka.

Sekali lagi bilik itu gamat dengan kehadiran Tina dan Hani.Ketika itu mereka berselisih dengan ibubapa Daniel yang sudah mahu pulang.Sempat mereka bertegur sapa dengan mertua Mira.

"Comelnya anak kau.Geram aku tengok."kata Hani.

"Putih gebu pula tu.Ni kalau Nia tengok mesti geram."kata Tina sambil mencuit pipi Danish.

"Apa khabar mak labu tu?"tanya Mira.

"Dia sihat.Dia pun tak sabar nak tengok anak kau."jawab Tina.

"Mana Danie?"

"Dia pergi kafe dekat bawah.Lapar sangat.Dari aku sakit semalam dia temankan aku sampai tak sempat makan."

"Kau okay ker Mira?"tanya Hani.Dia perasan mata Mira macam baru lepas menangis.

"Aku okay."

"Habis tu mata kau berair kenapa?"tanya Hani tidak puas hati.

Mana tahu Daniel masih menyakiti hati Mira.

"Oh yang ini.."kata Mira sambil mengesat kesan airmata.

"Aku terharu.Mama dengan papa mertua aku baik sangat.Mereka juga sayangkan Danish."Wajah Mira tampak ceria walaupun masih keletihan.

"Danish?Nama anak kau ker?"tanya Tina.

"Ya.Papa mertua aku yang bagi nama tu."Mira tersenyum gembira.

"Bagus lah tu.Kami tumpang gembira.Sedap nama tu."celah Hani yang asyik membelek anak Mira.

"Mama mertua aku excited sangat.Dia nak pergi shopping barang Danish.Alhamdulillah.. Danish masih dapat menumpang kasih dengan mereka."Ada nada sayu di situ.

"Aku faham..Kau ingatkan keluarga kau kan.Aku rasa lepas ni kau dengan Daniel kena bawa Danish jumpa mama papa kau.Insyallah...aku pasti mereka akan terbuka pintu hati untuk maafkan korang berdua."

"Daniel layan kau okey ker?

"Alhamdulilah.Sejak Nia datang hari tu,Daniel makin berubah.Aku tahu dia sudah cuba untuk lupakan Nia."kata Mira.

"Aku percaya kehadiran Danish akan mengubah segalanya."kata Tina memberi sokongan.

"Aku bersyukur sangat sekarang ni.Hidup aku dah banyak berubah."kata Mira tersenyum lega.

"Alhamdulillah..Ehh..anak kau nak susu ker apa ni?"tanya Hani bila Danish mula mengeliat kecil.

"Apa lah kau ni.Baby mengeliat pun kau dah gelabah.Macam mana nak ada anak nanti."kata Tina sambil ketawa.

"Mana lah aku tahu."Hani ikut ketawa.

"Lepas Nia,kau pula Hani.Kau bila lagi Tina.Jangan jadi macam aku.Dah ada yang suka kau cepat kahwin tau."nasihat Mira.

"Kalau kau nak tahu,Tina tengah berkawan dengan someone.Gosip ni tau."Hani ketawa mengekek.

"Amboi kau,dulu nak bertunang pun rahsia bagai dari kami.Kena pasal aku,kau heboh ya."Tina buat muka senget.

"Aku punya cerita tak best."dalih Hani termalu.

Mira ikut ketawa melihat Tina dan Hani.Macam tu lah mereka bila bertemu ada saja usik mengusik.Tak masuk Rania lagi.Jadi gamat kalau berempat.Lepas ni kena buat reunion lah jawabnya.

"Kau dengan Daniel macam mana?"tanya Hani mahu mengalih topik mengenainya.

"Sayang...ehh ingat tak ada sesiapa tadi."

Daniel tersenyum malu setelah menutup pintu.Ingatkan tak ada tetamu.

"Sekarang kami dah tahu."ujar Tina sambil angkat kening tersenyum pada Mira.

"Nanti kami datang lawat dekat rumah pula.Kau dengan Daniel jangan nakal-nakal tau."usik Hani sebelum keluar.

"Pandai lah korang ni."bidas Daniel sambil tersenyum pada Mira.

Sekarang baru boleh berduaan.Ehhh...bertiga.Dia mahu isterinya berehat sepenuhnya.

"Terima kasih sayang.Rehatlah.Abang tahu sayang penat."kata Daniel kepada Mira.Mira hanya mengangguk lemah.Tadi seronok sangat melayan tetamu sekarang baru berasa lerih.

Daniel tersenyum lagi melihat bayi mereka yang sudah nyenyak tidur setelah diberi susu.Tadi tak nenyak sebab makcik-makcik bawang datang.Nasib papa tak ada tadi... hihi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience