"BETUL ni Nia tak ikut mama dengan papa?"tanya Puan Syaza.
Mereka sekeluarga di undang ke majlis perkahwinan saudara di sebelah suaminya.Mereka akan bermalam di sana kerana keesokkannya majlis sebelah lelaki pula.
"Tak nak lah.Bosan lah nanti."jawab Rania malas.
"Mama risau,Nia tinggal seorang.Kita pergi tak lama.Dua hari saja."pujuk Puan Syaza lagi.Kalau boleh dia mahu Rania turut serta.Nanti apa pula kata saudara sebelah suaminya.
"Mak Dah kan ada.Mama jangan risaulah..Nia kan dah besar.."
"Tapi mama risau.Nanti apa kata Mak Cu bila Nia tak nak pergi sama."
"Malas lah Nia.Nanti semua asyik tanya bila nak kahwin..bila kahwin.Bosan tau."rungut Rania.
Faham-faham sajalah bila jumpa saudara mara.Tak lain tak bukan asyik tanya bila nak kahwin.Macam lah tak kahwin tak boleh hidup.Nampak muka saja tanya pasal kahwin.Kalau cakap tak ada,mula lah nak kenen kan dengan anak sapa-sapa.Ingat Rania anak kambing ker suka-suka hati nak padan kan dengan sesiapa pun.Lagipun Rania masih muda untuk mendirikan rumahtangga.
"Biasa lah tu.Nia kan dah besar panjang.Tentulah mereka tanya.Tak apa kalau Nia tak nak jawab biar mama yang jawab."jawab Puan Syaza.
"Jom lah Kak Nia.Bila lagi nak berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara kita.Time macam ni lah dapat jumpa sepupu sepapat jauh."ajak Ryan pula.
"Tak nak lah.."Rania tetap dengan keputusannya.
"Nia ni tak pernah nak ikut mama dengan papa sejak dah besar ni.Mana tahu jumpa jodoh Nia kat sana ker."gurau Encik Razak.Dia jarang bergurau sekali bergurau mau kering gusi mereka anak beranak.
"Tu yang Nia malas.Nia tak nak kahwin!Nia nak duduk dengan papa mama Ryan.Biarlah orang nak cakap Nia andartu ker nanti.Nia tak kisah."jawab Rania geram.
"Ya lah tu kak Nia ni.Belum jumpa yang melekat di hati boleh la cakap.Bila dah jumpa nanti terus lupa Ryan dah..."usik adiknya pula.
Mama ketawa geli hati.Pandai Ryan mengusik Rania.Cemburut saja wajah kakaknya.
"Nia tak suka lah.."Rania cebik bibir geram.Tapi dalam hati dia senang.Jarang mereka dapat berkumpul macam ni.Selalu Rania lah yang jarang melekat di rumah.
"Papa harap kita sekeluarga dapat berkumpul macam ni lagi.Tapi tak tahu lah lepas ni macam mana."nadanya bertukar sayu.
"Mama pun suka bila Nia tak keluar hari ini.Dah lama mama tak berbual dengan Nia."Puan Syaza mengusap rambut Rania.
"Ya lah kak Nia.Ryan pun rindu akak tau."Ryan memeluk lengan Rania.Rania senyum nipis terselit juga perasaan kurang enak.Tetapi dia tidak tahu apa itu.
"Jadi betul ker Rania tak nak ikut kami?"tanya Encik Razak pula.
"Betul tak nak.Nia janji tak keluar malam dah.Nia tunggu mama papa Ryan balik."
"Okay lah kami dah nak bertolak.Nia jaga diri elok-elok.Jangan keluar malam tau.Mak Dah ada temankan Nia."pesan Puan Syaza.
"Baik mama.Nia tahu.Nia tak akan keluar malam selagi mama papa tak balik.Jangan risau lah mama.Tiga hari saja kan.Macam lah mama nak pergi lama."Rania tersengih.Mama kalau berpesan kalah pesanan penaja.
Puan Syaza mengusap lagi rambut Rania.Sambil memeluk Rania.Di cium ubun-ubun Rania sambil membisikkan khalimah Allah.Semoga Rania berubah.Redup saja pandangan Puan Syaza menikam mata Rania.Rania ikut membalas sambil lorekkan senyuman manis.Entah kali ke berapa mama asyik memeluknya sebelum pergi.
SEBENARNYA dari petang tadi telefon Rania tak henti berbunyi.Ada saja panggilan dari kawan-kawannya.Tak lain tak bukan mereka mahu mengajak Rania keluar.Daniel juga tidak terkecuali.
Malas Rania nak layan.Entah lah hari ini dia rasa mahu duduk di rumah saja.Setelah ahli keluarganya bertolak pagi tadi dia rasa macam tak ada mood untuk keluar.Lagi pun dia sudah berjanji dengan Puan Syaza.
"Nia,angkatlah telefon tu.Dari tadi asyik berbunyi.Tak penat telinga ker."kata Mak Dah yang duduk di tepi Rania.Telinga Mak Dah dah naik lali mendengar telefon bimbit Rania yabg asyik bunyi dari tadi.
Lepas makan malam bersama tadi,dia menemani Rania menonton televisyen.
"Malas lah nak angkat.Nak ajak keluar lah tu.."bebel Nia yang mula rimas dengan panggilan dari kawan-kawannya.
"Nia memang tak nak keluar ker?"Mak Dah pula yang hairan,selalu setiap malam mesti hilang.
Rania geleng.
"Ntah la Mak Dah.Hari ni rasa malas nak keluar mana pun.Rasa nak duduk rumah saja.Sunyi pula bila Ryan tak ada."Tiba-tiba Rania teringatkan adiknya.
"Tu la selalu Ryan akan temankan mama dengan papa tengok tv sambil buat kerja sekolah."tokok Mak Dah.
Mak Dah pun terasa juga sunyi.Selalu riuh Ryan bercerita tentang sekolah dan kawan-kawan dia.Puan Syaza dan Encik Razak akan menjadi pendengar setia.Ada saja perkara lucu yang Ryan lakukan untuk menghiburkan mereka.
"Daniel pun dah tiga kali call tadi.Mak Dah dah bagitahu Rania tak nak keluar.Dia kata dah puas call handphone Rania tapi Rania tak nak angkat."
"Biarkan lah dia Mak Dah.Nia nak tenang saja hari ini tanpa gangguan."Rania kembali menghadap rancangan yang ditayangkan sambil mengunyah keropok ikan.Di paksanya Mak Dah turut serta.
Malam ni rasa lain sangat.Sunyi sepi saja.Rania dan Mak Dah masuk tidur agak awal dari biasa selepas menonton tv.Setelah Mak Dah mengunci semua pintu dan tingkap dia pun terus masuk ke bilik.
Tidur Rania yang enak tengah malam di ganggu dengan ketukan yang bertalu.Dalam keadaan mamai Rania pun membuka pintu.Rasanya baru sahaja dia terlelap.
Mak Dah berdiri dengan wajah pucat dan penuh kerisauan.Tak tahu macam mana harus dia sampaikan berita yang amat mengejutkan Rania nanti.Dia sendiri masih terkejut dan bersedih.
"Kenapa ni Mak Dah?"tanya Rania dengan suara serak.Mata masih mengecil.
Kelihatan Mak Dah mengesat mata dengan hujung baju kedahnya.Lambat dan agak tergagap dia bercakap.
"Mama...papa..dengan Ryan..kemalangan."beritahu Mak Dah bersama tangisan kecil.
Terus terbeliak mata Rania.Hilang terus rasa kantuknya.
"Mak Dah cakap apa?"ulang Rania dengan rasa terkejut.
"Mama papa dan Ryan kemalangan."kali ini senafas Mak Dah cakap.Terasa berat di dada.
Terus rasa berputar kepala Rania.Dia tidak dapat fokus.Berharap berita yang baru dia terima umpama mimpi.Tapi bila Mak Dah tepuk perlahan pipi Rania yang kaku baru Rania kembali sedar.
Perlahan tubuh Rania melorot jatuh ke lantai depan pintu bilik.Berjurai airmata yang turun.Apa yang difikirkan sekarang hanyalah keadaan ahli keluarganya sahaja.
"Mak Dah mereka dekat mana sekarang?Apa dah jadi dengan mama papa Ryan?"tanya Rania bersama tangisan kecil.
Mak Dah geleng kepala sambil menangis.
"Sabar Nia.Bawak mengucap.Mereka semua dah pergi tinggalkan kita.."ayat akhir Mak Dah merentap tangkai jantung Rania.Sekali lagi Rani terkaku membisu.Yang turun hanya lah air mata.
Mak Dah rangkul tubuh Rania.
"Sabar Nia.Allah lebih sayangkan mereka."
Terus Rania meraung sekuat hati.Dia tidak dapat menerima hakikat.
Berita yang baru diterima masih tidak dapat diceena oleh akal fikirannya.
Dia masih berharap yang ini adalah mimpi buruknya.Tak mungkin ahli keluarganya semua sudah meninggalkannya.
Bersama tangisan,dunia keliling Rania bertukar gelap.
Share this novel