Bab 19

Humor Completed 18363

"MUQRI tunggu dulu."panggil Ayu.

Ketika itu Muqri membawa Reen,Rania dan Mak Dah ke pekan.Dia baru mahu masuk ke dalam kereta.Tiba-tiba Ayu pula muncul entah dari mana.

"Ada apa Ayu?"tanya Muqri sambil mata melilar ke sekeliling.

"Ayu nak cakap hal penting sikit."Ayu mengajak Muqri ke tempat lain.Dia menujukkan kerusi di hujung kedai sana.

"Cakap kat sini saja.Nanti Reen cari saya." Muqri menolak.

"Baiklah."Ayu mengalah setelah Muqri tidak makan pujuk.

Pada masa yang sama,Muqri berasa sedikit lega bila nampak kelibat Reen,Rania dan Mak Dah yang makin menghampiri.

"Ayu nak tanya.Ri tak kan tak ada apa-apa perasaan pada Ayu?"

Redup pandangan mata Ayu menikam anak mata Muqri.

"Ayu,kan saya dah cakap.Saya tak ada apa-apa perasaan pun pada Ayu."ulang Muqri entah kali yang ke berapa.Pada hal sebelum ni pun Ayu pernah tanya benda yang sama.

Sampai naik rimas Muqri dibuatnya.

"Tapi tak kan sikit pun Ri tak ada perasaan pada Ayu.Ayu dah lama suka kan Ri.Tolonglah faham Muqri."Ayu separuh merayu atau lebih tepat mendesak Muqri untuk menerimanya.

"Ayu,saya dah cakap kan...Saya tak boleh terima awak."

"Tapi kenapa?Apa kurangnya Ayu di mata Muqri?"hilang sudah rasa malu Ayu.Lebih baik dia berterus terang dari menunggu.

"Kan saya dah cakap..tak ada."tegas Muqri.

"Ri,jom kita balik.."panggil Mak Dah bila perasan Muqri seperti tidak selesa berbual dengan Ayu.

Tertanya juga Mak Dah akan kehadiran Ayu di situ.

"Nanti Muqri.Ayu tak habis cakap lagi.."halang Ayu.

Dia tidak pedulikan akan mereka bertiga yang memandang padanya.

"Hati dan perasaan tak boleh dipaksa.Saya harap Ayu faham."kata Muqri berbaur rimas.

"Tapi kita boleh cuba.Saya tahu dalam hati awak belum ada sesiapa kan?"duga Ayu.Hal mengenai Muqri semua dia ambil tahu.

Dah macam ahli nujum pulak si Ayu ni.

"Saya dah ada seseorang.."jawab Muqri.Kalau boleh dia tak mahu Ayu mendesaknya lagi.

Sempat dia beri isyarat mata pada Rania agar membantunya keluar dari 'masalah' ini.

"Siapa!?"soal Ayu dari lembut bertukar suara garang.

Ayu lirik pada Rania yang berdiri di sebelah Reen. Di jeling tajam pada Rania dengan wajah menjengkelkan hati.

Rania hanya senyum kecil pada Ayu.

"Ayu dah agak dah.Sampai hati Ri pilih dia dari Ayu.Ayu lebih kenal Ri terlebih dahulu dari dia!"

Muqri berdecit.Dari dulu lagi dia sudah terang pada Ayu yang dia tidak ada hati pada Ayu.Tak kan Ayu tak faham.Nak cakap macam mana lagi nak bagi Ayu faham.

"Tapi Ayu sanggup jadi isteri kedua Ri.Ayu janji tak akan kacau Rania."sampai begitu sekali Ayu mendesak.

"Aatagfirullahalazim!Ayu.Cukuplah.Saya tak pernah terfikir sampai ke situ.Cukuplah seorang sahaja isteri saya.Tak perlu yang kedua atau ketiga."kata Muqri.Makin pening dengan sikap Ayu.

Kesian juga Rania tengok wajah Muqri yang sudah naik rimas dengan sikap Ayu.Kalau dia di tempat Muqri pun dia ikut rimas.

Sedikit sebanyak kes Muqri seakan sama macam kes dia dan Daniel.

"Tapi Muqri..Ayu sanggup.Ayu rela berkongsi kasih."rayu Ayu bersungguh.

"Ayu,kenapa sampai macam ni sekali.Mak Dah rasa tak elok Ayu cakap pasal hal ni lagi.Muqri sudah ada pilihan hati dia.Jadi Ayu jangan desak Muqri lagi."sampuk Mak Dah.Dia pun ikut rimas dengan sikap 'degil' Ayu.

"Tolonglah... Mak Dah.Tolong pujuk Ri terima Ayu."Ayu beralih pula pada Mak Dah dan meminta simpati.

"Ayu,Mak Dah bukan tak nak tolong Ayu.Tapi Ayu dengar sendiri kan apa yang Ri cakap.Tak kan Mak Dah nak paksa dia pula.Ayu kena faham."

Muqri raup mukanya beberapa kali.Dah cakap secara terang pun Ayu tak faham juga.Macam mana dia nak cakap lagi.

"Sudah lah Ayu.Tolong jangan ganggu saya lagi.Tak lama lagi saya dah nak bernikah."kata Muqri dengan wajah serius.

"Tapi Ri...Ayu cintakan Ri.."ucapnya tanpa rasa malu pada yang lain.

Reen yang tengok pun rasa nak meluat.Selama ni,Ayu berbaik dengan dia pun sebab nak dekat dengan Muqri.Ingat dia tak tahu.Walau dia masih remaja tapi dia faham sangat ragam orang bercinta atau lebih tepat kemaruk cinta.

"Saya minta sangat-sangat pada Ayu.Jangan ganggu hidup saya lagi.Ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih baik dari saya.Jangan cari saya lagi."nasihat Muqri.

Ayu terdiam sedih.

Dia gagal lagi mendapatkan cinta Muqri.

"Apa kurangnya Ayu di mata Ri?Apa lebihnya Rania?"tanya Ayu masih belum berpuas hati.

"Tak ada siapa yang lebih atau kurang.Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa.Awak kawan sekampung saya,Ayu.Saya tak boleh anggap lebih dari itu."tegas Muqri lagi.

"Ri..andai kata masih ada peluang lagi buat Ayu.Ayu masih menerima.."kata Ayu sebelum melangkah pergi.Tu pun setelah dia nampak kelibat ayahnya ada di situ.

Muqri menghelah nafas panjang.Parah Ayu ni.

Mak Dah menggeleng kepala dengan sikap Ayu.Ingatkan kisah 'cinta Ayu' pada Muqri dah tamat.Rupanya makin parah.Tak faham betul dengan Ayu ni,kenapa dia nak sangat pada Muqri.Macam dah pupus lelaki lain dalam kampung ni.

"Sampai bila nak macam ni,Ri?"tanya Mak Dah sebaik semua masuk ke dalam kereta.

"Entah lah Mak Dah.Ri pun dah pening."gerutu Muqri.

"Kak Ayu tu dari dulu lagi asyik kejar abang Ri.Sampai Reen pun dia cari kalau tak nampak muka abang Ri."adu Reen.

Rania agak 'kagum' dengan usaha keras Ayu mahu mendapatkan cinta hatinya.Bersungguh Ayu mahu balasan cinta dari Muqri.Sama macam Daniel yang mahukan Rania.Walau dah berulang kali menolak.Daniel tetap berdegil.Masalahnya Rania juga tidak ada perasaan pada Daniel.

"Mak Dah rasa Ri kena kahwin juga."cadang Mak Dah tiba-tiba.

"Hah!?"Muqri dah tercengang.Kahwin?

"Ya lah.Kalau Ri kahwin sekurangnya Ayu tak akan kacau Ri lagi."telah Mak Dah.Tak tahu macam mana Muqri boleh tahan sampai ke hari ini dengan desakan dari Ayu.

"Dengan siapa?"Muqri tertawa kecil.Dari mana lah Mak Dah dapat idea ni.Tapi mana tahu kan bila dah kahwin,Ayu tak akan ganggu dia lagi.

Mana tahu idea Mak Dah berkesan.Sekurangnya Ayu dah tahu Muqri milik wanita lain.Mungkin dia tidak berani kacau dah.

"Ri pun satu.Cepat-cepatlah cari calon.Takkan sorang pun tak ada."marah Mak Dah.

Umur pun bukan muda sangat.Dah sesuai untuk berkahwin.

"Tak kan tak ada cikgu yang kamu berkenan dekat sekolah?"selidik Mak Dah.

Setahu Mak Dah ramai saja guru perempuan dekat tempat kerja Muqri.Tak kan satu pun anak saudaranya tidak berkenan di hati.

"Memang tak ada Mak Dah.."jawab Muqri mendatar sambil memandang ke hadapan jalan.

Kalau ada calon memang senang.Masalahnya Muqri langsung tak ada calon.Selalu pergi kerja balik kerja,pergi surau.Itu saja dunianya.

"Orang kalau dah taksub boleh buat apa saja.Mak Dah risau lah pada kamu."ujar Mak Dah.

Timbul juga perasaan tidak sedap di hati Mak Dah.

"Terima kasih Nia,tolong saya tadi."ucap sambil Muqri pandang ke dalam cermin pandang belakang.

Rania hanya tersenyum pendek.Dia tak ada tolong apa sangat pun tadi.Sekadar senyum pada Muqri sahaja seolah mereka sudah ada 'ikatan' bagi mengaburi mata Ayu.

"Tak ada masalah."jawabnya.

"Kak Nia kan ada..."kata Reen tiba-tiba.

Muqri pandang muka Mak Dah.Mak Dah pula koyak senyuman sambil terangkat kening.

Rania di belakang berpura melihat keluar tingkap.Muka pun sudah membahang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience