"SAYANG masak apa tu?"tanya Muqri sambil menjenguk ke dalam periuk.
Rania tersengih.Malu sebenarnya masakan dia tidak setanding Muqri.
"Masak kari.Tapi tak tahu sedap ker tidak.Nia tak pandai sangat."katanya.
Dia teringin nak buat kari untuk Muqri sebab dia tahu Muqri suka makan kari.Satu persatu Rania ikut cara yang Mak Dah ajarkan.
Mula ditumis terlebih dahulu bahan tumis sehingga naik bau.Kemudian di masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.Bila dah pecah minyak baru Rania masukkan santan cair dan air asam jawa.Kemudian dimasukkan ikan dan biar mendidih sebentar.Yang terakhir sekali masukkan bendi dan tomato dan garam.Siap.
"Sedap ker tak yang tu tak penting.Yang penting Nia rajin belajar masak."Muqri cuit hidung Rania.
Tersentuh hatinya melihat Rania tidak jemu belajar memasak untuknya.
"Abang cuba rasa sedap ker tidak?"kata Rania sambil mencedok sedikit kuah kari.Di suapkan sesudu kuah kari ke mulut Muqri selepas meniup beberapa kali.
"Mmmm...sedap.Pandai Nia buat.."puji Muqri buatkan Rania tersenyum lebar.
"Makna nya Nia dah pandai buat kari."katanya dengan riang.
Muqri tertawa kecil melihat aksi spontan Rania.
Terus tubuh Rania dipeluk dari belakang.Tangannya turut memegang tangan Rania yang sedang mengacau kari dalam periuk.Sebelah tangan di pinggang Rania.
Rania tergamam sebentar.
Perlakuan Muqri menghantar getaran di hati.Jantung Rania jangan cakap lah.Asyik berdetak kencang dengan sentuhan Muqri.
Entah bila rambut Rania di tolak ke tepi.Sempat Muqri mencium leher Rania.Rania kegelian.Terlepas senduk di tangan.Tubuh Rania di alihkan menghadap tubuhnya.
Rania hanya mengikut rentak Muqri.Dia turut terbuai dengan sentuhan mesra Muqri.
Perlahan Muqri leraikan ikatan apron Rania.Rania dah macam patung.Sikit pun matanya tidak bergerak dari mata Muqri.Dia turut tenggelam dalam api cinta Muqri.Membiarkan dirinya terus 'terbakar'.
"Abang..."seru Rania bila Muqri masih memeluknya.
"Abang sayangkan Nia..."ucap Muqri dengan senyuman manis.
"Nia sayangkan abang tak?"sengaja Muqri mahu mengusik Rania.Dia sudah nampak muka Rania sedikit merah.
Rania ikut memeluk Muqri.
"Sayang lah...."balas Rania.
Muqri panjangkan senyuman.Di peluk Rania seeratnya.Begitu indah sekali hidup mereka berdua.Saling mencintai.
"Abang nak pergi mengajar ker petang ni?"tanya Rania.
"Petang ni abang tak pergi."Muqri kulum senyum.
"Abang,Nia nak cakap ni.."
Belum sempat Rania cakap,Muqri terlebih dahulu memotong.
"Abang cintakan sayang..."bisiknya ke telinga Rania buatkan Rania tersipu malu.
Rania membalas dengan memeluk pinggang Muqri.Erat.Mereka berbalas pelukan.
"Err abang.Jom kita makan."
"Boleh tapi dengan satu syarat.."Muqri kulum senyuman.
"Syarat apa tu?"berkerut dahi Rania.
Muqri tanpa berlenggah terus masuk ke bilik dan mengambil tuala.Rania tercenggang.
"Temankan abang mandi.."terus di tarik tangan Rania ke dalam bilik air.
"Nia dah mandi.."kata Rania separuh menjerit.
Muqri tidak menghiraukan jeritan kecil isterinya.Terus dia mengunci pintu bilik air.Rania dah tidakk boleh lari lagi.Aktiviti dalam bilik air hanya mereka berdua saja yang tahu.Yang lain faham sendiri lah!
"NIA dengan Muqri macam mana?"soal Mak Dah.Ketika itu Rania berada di rumah Mak Dah.Muqri dan Reen di sekolah.
"Macam mana apa tu?Nia tak faham?"
"Ya lah.Nia dengan Ri okay ker tidak?Dah boleh suaikan diri ker tak?"
"Oh!ingat apa tadi.Nia bersyukur sangat jadi isteri Muqri.Terima kasih Mak Dah sebab temukan Nia dengan abang Ri."ucap Nia.
"Mak Dah hanya lorong kamu berdua saja.Jodoh kamu berdua sudah tertulis.Alhamdulillah Nia serasi dengan Ri.Tapi Mak Dah rasa tak sedap hati bila fikirkan pasal Ayu.Tambahan bila dia ada gambar lama Nia."
Gusar hati tua nya dengan sikap Ayu.Nampaknya Ayu masih menaruh hati pada Muqri.Dengan pelbagai cara yang Ayu cuba lakukan tak mustahi Ayu boleh buat macam-macam lagi untuk mendapatkan Muqri.
"Nia pun tak tahu nak cakap macam mana.Ayu tak boleh terima kenyataan yang Muqri dah kahwin."
Rania ikut risau juga sebenarnya cuma dia tidak mahu memikirkan sangat.
"Mak Dah takut dia buat sesuatu pada kamu.Apa yang Mak Dah nampak,Ayu macam taksub sangay Ri."
"Nia ni penghalang dia ker Mak Dah?"timbul sedikit rasa bersalah dalam hati Rania.
"Ehh!mana ada.Nia dengar sendiri kan dari mulut Ri.Ri tak pernah simpan perasan pada Ayu.Ri tak pernah suka kan Ayu pun."
"Kesian pula dekat Ayu..."Rania bertambah gusar.
"Hisy! jangan kamu nak kesian sangat.Orang kalau dah taksub sangat boleh buat benda tak elok dekat kita.Mak Dah harap kamu laki bini kena beringat selalu."keras pesanan Mak Dah.
Rania terdiam.Terlintas juga dalam fikiran apa yang Mak Dah cakap ada betulnya.Dia kena berhati-hati.Tak mustahil Ayu boleh buat sesuatu di luar jangkaan mereka.
Rania teringat balik apa yang Ayu cakap.Dia nak rampas balik Muqri dari Rania.Dengar pun dah gerunkan.Tak mungkin Ayu seberani itu.
"Mustahil..."
"Apa yang mustahil?"tanya Mak Dah.
"Tak kan Ayu nak buat benda tak elok pada Nia atau Ri.Dia saja gertak Nia agaknya."
"Dia ada kacau Nia lagi?"tanya Mak Dah dengan wajah serius.
Rania gigit bibir sebelum menjawab.
"Ada.Lepas kita jumpa dia dekat kedai hari tu.Dia ada tunggu Nia dekat rumah."beritahu Rania tanpa selindung lagi.
Mak Dah bulatkan mata.
"Berani betul Ayu ni.Ri tahu tak?"
Rania geleng perlahan.
"Nia tak bagitahu pun.Nia anggap benda tu kecil saja.Ayu saja nak kacau Nia kot."
"Ya Allah Nia.Nia tahu tak bahaya.Kalau dia buat apa-apa pada Nia macam mana?Eeeii..melampau lah Ayu ni.Mak Dah nak bagitau Ri pasal ni.Ini bukan benda biasa dah.Memang serius!" kata Mak Dah dengan tegas.
Rania terkulat di situ.Dia telan liur.Macam mana apa yang Mak Dah cakap tu betul.Ayu sangat bahaya.Tak terfikir pula Ayu boleh buat sesuatu pada dia.
"Kenapa Nia tak bagitahu abang pasal Ayu?"soal Muqri sebaik tiba di muka pintu rumah.
Serius sekali muka Muqri.
"Nia..Nia tak nak ganggu abang."jawabnya perlahan.
"Tak boleh Nia.Abang risau sangat dengan keselamatan Nia.Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?"
"Nia ingat benda tu tak serius mana.Lagi pun Nia tak nampak macam Ayu boleh cederakan sesiapa pun."jawab Rania.Terbayang wajah Ayu yang nampak lembut.
Setiap kali terserempak dengan Ayu,tak pernah pula Rania nampak dia bawa beg atau sesuatu yang lain.
"Nia..orang kalau nak buat sesuatu dia tak akan tunjuk."kata Muqri dengan serius.
Muqri jadi risau.Ayu makin menjadi rupanya.Tak cukup dengan itu,sampai ke sekolah dia tunggu Muqri.Tetapi Muqri tidak layan.
"Abang jangan lah risau.Nia tahu jaga diri.Lelas ni Nia akan berhati-hati kalau terjumpa dengan dia."kata Rania.
"Mana abang tak risau.Abang tak nak terjadi apa-apa yang tak elok pada Nia.."risau Muqri dibuatnya.
"Nia minta maaf abang.Kalau dia kacau Nia lagi.Nia bagitahu abang."
Muqri peluk Rania kuat.Dia takut sangat kalau berlaku perkara yang tak diingini pada isteri kesayangan dia.Tak senang duduk Muqri bila Mak Dah bagitahu pasal Ayu yang kerap mengganggu isterinya.
Ikutkan hati dia tak nak tinggalkan Rania seorang di rumah.Tetapi tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan juga.
Ayu memang sengaja cari pasal.Tak puas hati lagi dengan Muqri kerana tidak memilih dia.
Bila dia nak berhenti kacau hidup mereka pun tak tahu lah.Muqri kena bertindak juga agar Ayu berhenti mengganggu hidup mereka.Cakap pun sudah tapi masih tak jalan.Nampaknya Muqri kena bertemu dengan ayah Ayu juga bagi menyelesaikan hal ini.
Share this novel