Bab 6

Humor Completed 18363

SEMALAM sewaktu menerima berita ini,Rania rasa seperti nyawanya turut melayang.Segala apa yang dia ada terasa kosong.Dunianya terus sunyi dan sepi.

Dia tak pernah langsung menjangkakan hal yang begitu buruk tejadi dalam hidupnya.Tak pernah dia membayangkan kehilangan orang tersayang lebih lagi mama dan papa serta adiknya,Ryan.

Berkali dia tampar pipinya.Dia cuba menyatakan semua ini adalah mimpi.

Rania pengsan semalam.

Nasib Mak Dah dan Pak Hamid ada.Mereka yang menolong mengangkat Rania.

Bila tersedar pagi ini dia berharap ia adalah sebuah mimpi buruk.

Rania terus mendapatkan Mak Dah di dapur.Di tolak perasaan yang membuatkan dia rasa tidak selesa sejak bangun tadi.

"Mak Dah mana mama,papa?Ryan?"tanyanya tidak sabar.Dia berharap sangat jawapan Mak Dah bukan seperti apa yang dia 'mimpikan semalam'.

Mak Dah yang siap berbaju kurung bertudung putih hanya diam membisu dengan wajah sedikit muram.Tak sampai hati mahu memberitahu Rania buat kali kedua.Takut Rania pengsan lagi.

Masa Rania pengsan pun Mak Dah dah rasa sedih sangat.Selama dia bekerja belum pernah gadis itu pengsan.Berita ini benar-benar memberi impak yang besar pada Rania.Dia juga tak menjangka kejadian seburuk itu yang menimpa sebahagian dari ahli keluarga majikan nya.

"Mama dengan papa okey kan Mak Dah?Nia mimpi mama dengan papa kemalangan.Nia lupa cuci kaki agaknya semalam."katanya bersungguh sambil ketawa kecil menutup kegusaran di hati.

"Ryan?Ryan mana Mak Dah?..Oh,baru Nia ingat Ryan ikut mama dengan papa pergi kenduri kan,Mak Dah?"

Mak Dah sudah naik sebak.Rania masih dalam keadaan bingung dengan berita semalam.

"Ni Mak Dah pakai cantik-cantik nak pergi mana?Pergi kenduri ker?"tanyanya lagi.

Mak Dah rasa kasihan sangat melihat Rania seperti orang yang tidak dapat berfikir dengan waras.Rania sudah lupa atau dia tidak boleh menerima hakikat.

"Nia..Nia dah lupa kah apa yang Mak Sah bagitahu semalam."kata Mak Dah.

Kesian dia tengok wajah Rania yang gusar serta masih bingung.

"Mana mama?mana papa?"tanya Rania seolah baru teringat akan hal semalam.

Dadanya turun naik bersama nafas yang laju.

"Nia, naik atas sekarang.Kita kena siap cepat.Kita nak pergi kubur."kata Mak Dah dengan lembut.Seboleh mungkin Mak Dah cuba menahan airmata yang mahu keluar.Sebak,sedih semua mula bersarang.

Rania menggeleng kepala seakan enggan masih belum dapat menerima kenyataan.

"Mak Dah jangan cakap mama,papa dengan Ryan yang meninggal.Nia tak suka Mak Dah buat lawak macam ni."katanya dengan serius.

"Ya Allah Nia.Istighfar nak..Mereka bertiga dah tinggalkan kita..Nia kena sabar banyak-banyak."pujuk Mak Dah.

"Mak Dah tipu Nia kan!?"katanya mulai sebak.Suara pun tersekat-sekat menahan tangis.

"Buat apa Mak Dah nak tipu.Daniel..tolong bagitahu Nia.."Mak Dah sudah tidak dapat mengawal kesedihan.

Mujur Daniel datang tepat pada masanya.

"Nia,kita kena cepat siap.Kita kena pergi ke kubur sekarang.Jenazah akan dikebumikan awal."beritahu Daniel pula.

Rania pandang keliling.Kenapa dia tak perasaan Daniel serta Pak Long Musa juga turut berada di situ.Semua mereka berbaju melayu dan bersongkok.Mak long pun ada sedang mengesat airmata.

Mulut Rania mahu bergerak menyatakan sesuatu tetapi tidak terdaya.Terketar-ketar bibirnya.Tangisannya tidak dapat dibendung lagi.Tubuhnya terjelopok ke lantai.Rania meraung sekuat hati.Maknanya itu bukan mimpi buruk tetapi kenyataan sebenar!

Mahu saja Daniel memeluk tubuh Rania tetapi dijeling keras oleh papanya.

"Cepat Daniel!Nanti lambat pula nak buat semua urusan."suara garang Pak Long Musa mengembalikan Rania ke dunia sebenar.

Dia masih meraung dan menangis.

RASA tak terdaya kaki untuk melangkah memasuki tanah perkuburan.Dengan langkah longlai sambil dipimpin Mak Dah mereka mengiringi ketiga-tiga jenazah ahli keluarganya.

Dalam sekelip mata Rania hilang kesemua ahli keluarga.Tidak pernah dia bayangkan selama ini.

Rania yang berjubah dan berselendang hitam masih menangis.Sudah banyak kali ditegah Pak Long Musa tetapi Rania tidak dapat menahan sebak.Mana tak sedih.Keluarga tersayang sudah pergi meninggalkannya buat selamanya.

Terkilan Rania kerana dia tidak sempat memohon ampun dan maaf pada mama dan papa.

Kawan-kawan Rania turut mengiringi mereka ke tanah perkuburan.Tina,Hani dan Mira juga turut bersedih.Tiada apa yang dapat mereka bertiga lakukan.Mereka hanya mampu memeluk dan memujuk Rania.

Kelihatan saudara mara Rania yang lain juga turut berada di situ.

Kemalangan yang penuh tragis.Ketiga-tiga jenazah meninggal ditempat kejadian.Kereta yang dipandu arwah papa Rania bertembung dengan sebuah lori.Menurut laporan polis kereta papa Rania tidak sempat mengelak sebuah lori yang rosak di tepi jalan.

Berjujuran air mata Rania hingga naik bengkak matanya.Menangis air mata darah sekalipun,mereka semua tetap tidak akan kembali lagi.

Hati dan fikirannya terasa kosong.Tiada apa yang dapat dia ungkap.Hanya kesedihan merantai seluruh jiwa.Separuh dari dirinya seolah terbang melayang tanpa arah.

Sewaktu jenazah diturunkan ke dalam liang lahad,Rania tak henti-henti menangis.Siapa sangka ajal menjemput kesemua ahli keluarganya serentak.

Andai bisa di undurkan kembali masa.Rania mahu ikut bersama mereka.

"Sudah la Nia.Jom kita balik."ajak Mak Dah.

Kawasan tanah perkuburan mulai lenggang.Ramai hadirin yang hadir telah pulang setelah jenazah selamat dikebumikan.

"Nia nak duduk sini.Nia nak teman mama,papa,Ryan..Nia rindu."Rania menangis teresak.

"Nia,tak elok macam ni.Nia kena banyak sedekahkan Al- Fatihah buat mereka."sedih Mak Dah tengok keadaan Rania yang tersembam di atas kubur arwah mamanya.

"Nia tak nak balik.."katanya tersendu-sedan.

"Jangan macam ni Nia.Arwah lagi sedih bila tengok keadaan Nia macam ni."pujuk Mak Dah.

"Nia banyak dosa pada mama dan papa.Kenapa mama dan papa tinggalkan Nia..Bawa lah Nia sekali.."Rania meratapi.

Rania meraba tanah merah yang menutupi ketiga-tiga kubur.Kalau dia ada kuasa sakti mahu saja dia menghidupkan mereka kembali.

"Nia.Jom kita balik.Esok kita datang lagi."pujuk Daniel pula.Dia ikut sebak melihat keadaan Rania yang nampak sangat menyedihkan.

"Kenapa mama,papa,Ryan tinggalkan Nia?Nia tak ada sesiapa dah.Nia nak mama papa Ryan.Nia sayang semua.Nia janji tak akan buat perangai lagi.Balik lah mama..baliklah papa.. Ryan akak rindu.Siapa nak temankan akan bila akak sedih?"bersungguh Rania berkata dengan penuh syahdu.

Semua yang ada di situ turut bersimpati dengan nasib Rania.

Mak Dah tunduk mengusap belakang Rania.Ditariknya Rania ke dalam pelukan.

"Mak Dah,Nia dah jadi yatim piatu.Nia dah tak ada sesiapa.Nia banyak dosa pada mama dan papa.Sebab dosa Nia,Allah ambil mama,papa,Ryan..."ulang Rania berkali-kali sambil menangis semahunya.

Menyesal macam mana pun tak dapat menghidupkan yang telah mati.

"Nia..jangan menangis lagi.Abang ada untuk Nia."kata Daniel.

Dia pun turut bersedih di atas kemalangan yang menimpa keluarga Rania.

Menurut papa,kereta Pak Su Razak cuba memotong kereta di hadapannya.Entah macam mana kereta pak su tidak sempat mengelak sebuah lori yang rosak dari arah bertentangan.Pelanggaran yang kuat menyebabkan ketiga-tiga arwah meninggal di tempat kejadian.

Allah lebih menyayangi mereka.Di situ juga tiga beranak itu menghembuskan nafas yang terakhir.

Tak sanggup Daniel melihat Rania bersedih.Meratap pemergian keluarga cinta bukan sesuatu hal yang mudah.Dalam sekelip mata Rania sudah menjadi yatim piatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience