"APA kurangnya aku sampai kau tak boleh nak terima aku!?"Ayu meramas-ramas kain batik di dalam tangannya.
Sakit hati dia melihat kemesraan antara Muqri dan Rania.Dia juga yang gatal pergi ke rumah Muqri.Mengintai di sebalik dinding.Sangkanya Muqri akan ceraikan Rania setelah gambar tak senonoh Rania disebarkan.
"Bodohlah kau Muqri!"dia naik angin dan berang dengan lelaki yang dia cintai selama ini.
Sudah lama dia memendam hasrat untuk memiliki Muqri.Dari sekolah lagi dia sudah menyukai Muqri.Dia siap berangan akan naik pelamin dengan Muqri.Kawan-kawan yang lain pun sudah lama tahu dia sukakan Muqri.Mencintai lelaki itu dalam diam.Bukan dia tak pernah luahkan perasaan pada Muqri,pernah.Tetapi Muqri menolak dengan alasan mereka masih muda.Dan Muqri masih belum bersedia untuk ke alam rumahtangga.
Ke mana sahaja Muqri pergi ,dalam diam-diam dia akan ikut.Ingat dia pergi ke kelas mengaji semata nak mengaji ker.Oh tidak!Itu hanya sekadar alasan.Pada hal dia sibuk nak dekatkan diri dengan Muqri.Tak mahu Muqri pandang perempuan lain.
Tapi apa yang Ayu tak sangka,bila kehadiran Rania di kampung ini.Makin bertambah kerisauan bila Rania juga turut menghadiri kelas agama Muqri.Sangkanya Muqri tidak tertarik pada gadis bandar itu.Tapi lain pula jadinya.Muqri lebih rela memilih Rania dari dia!
Ayu kecewa yang teramat sangat.Dia yang lebih layak jadi isteri Muqri dan bukannya Rania.Apa yang Muqri pandang sangat pada perempuan bandar tu dari dia!Dasar perempuan kotor!Datang kampung orang terus sambar orang punya 'cinta hati'!
"Ehh Ayu!koyak kain aku kang!"marah Mak Ros.
Ayu berhenti merenyuk kain batik milik emaknya.Hati terlampau geram sebab tu nampak kain batik ni macam muka perempuan tak guna tu!
"Kau ni dah kenapa Ayu?dari tadi muka masam saja!"tegur Mak Ros.
"Ayu tak kira juga.Macam mana pun Ayu nak juga kahwin dengan Muqri.Dia cinta pertama Ayu."kata Ayu tanpa rasa takut dan bersalah.
Mak Ros besarkan mata.Bertuah punya anak!
"Kau dah gila!"sergah Mak Ros.
"Muqri tu dah kahwin.Kau jangan nak buat pasal Ayu!Aku ni dah cukup malu dengan peragai kau!Kau ingat aku tak tahu?Setiap petang kau pergi kelas bukan nak mengaji sangat.Kau sibuk ikut Muqri.Pada hal dia tak pandang kau pun!"marah Mak Ros.
Ayu terdiam.Memang betul apa yang emaknya cakap.
"Ayu dah lama suka kan Muqri.Mak pun tahu kan.Ayu nak kahwin dengan dia.Ayu sanggup jadi bini nombor dua dia."rayu Ayu.
"Cukuplah Ayu!Aku ni malas nak cakap dengan kau!Macam tak ada jantan lain dekat kampung kita ni.Ayah kau pun dah cukup malu dengan perangai tak semegah kau ni.Lupakan Muqri.."marah Mak Ros lagi.
"Ayu tak boleh.Ayu nak juga kahwin dengan Muqri!"katanya bersungguh.Dia tekad.Walau apa pun dia tetap mahu kahwin dengan Muqri.
Mak Ros geleng kepala.Pening dengan perangai anak tunggalnya.Ingatkan Ayu dah boleh terima kenyataan tapi makin menjadi perangainya lagi ada lah.
"Lantak kau lah Ayu!Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi.Tahu dek ayah kau,mengamuk orang tua tu."leter Mak Ros.
Ayu hanya pekakkan telinga.Dalam fikirannya hanya ada Muqri!Muqri!Muqri!
"Sofia kau kena tolong aku."Ayu dah tahan lagi menanggung perasaan pada Muqri.
Turun naik darahnya melihat Muqri melayan Rania dengan mesra.Siap laga-laga pipi lagi sebelum Muqri pergi kerja.Makin bertambah api kebenciannya pada Rania.Makin kuat nalurinya untuk memiliki Muqri.
"Tak nak lah aku masuk campur.Muqri dah kahwin kan.Buat apa kau nak kacau dia lagi."kata Sofia.
Sofia sudah malas ikut campur.Ayu ni terlalu obses sangat dengan Muqri.Bukan Sofia tak tahu Ayu memang dah lama menaruh hati pada Muqri.Tapi lama kelamaan dia dapat rasakan 'kegilaan' Ayu pada Muqri.
"Kau kan kawan aku.Aku tak tahu macam mana nak dapat kan Muqri lagi.Kau kena tolong aku!"nadanya sedikit meninggi.
Marah barangkali bila Sofia menolak untuk menolongnya mendapatkan Muqri.
"Sudah lah Ayu.Jangan buat kerja gila.Lupa kan Muqri.."nasihat Sofia.Dia pun tak mahu melihat Ayu terusan menagih 'cinta Muqri.'
"Kau kawan aku Sofia.Kau tahu kan cinta aku hanya pada Muqri.Aku tak boleh hidup tanpa dia."kata Ayu.
"Kau kena sedar Ayu.Muqri dah kahwin dengan Rania.Jodoh Muqri dengan Rania bukan dengan kau."kata Sofia mahu menyedarkan Ayu dengan kenyataan yang ada.
"Kalau kau tak nak tolong aku.Tak payah nak ceramah dekat aku.Kau pun sama macam mak aku juga."kata Ayu dengan geram.
"Sekurangnya aku dah sedar.Kita ni perempuan tak manis asyik terkejarkan lelaki."
"Kalau kau tak nak tolong jangan bagi alasan lah!"
Ayu berang.
"Aku cuma nak nasihatkan kau Ayu.Jangan sampai termakan diri sendiri."kata Sofia.
"Ah!sudah lah kau.Jangan berlagak alim sangat.Semua rahsia kau ada dalam poket aku!"ugut Ayu.
Sofia sedikit gelabah.
Malu kalau rahsia dia pecah di mulut Ayu.Mati dia kalau bapak dia dapat tahu.Ayu ni bukan boleh harap sangat.
"Baiklah.Apa yang kau nak aku tolong."Sofia terpaksa takut rahsianya pecah.
"Macam tu lah kawan aku..."Ayu tepuk perlahan bahu Sofia.Sofia jeling kecil.Kalau pasal gertak orang, Ayu lah nombor satu.
"Lepas ni aku tak nak terlibat dengan kau dah.Anggap saja 'hutang' aku dah selesai."Meluat Sofia dengan senyuman gatal Ayu.
Dia yang gila aku pun terikut gila!
"Baik macam tu.Kau dengar cakap aku elok-elok.Ini saja jalan yang aku ada untuk dapatkan Muqri..."
Ayu mula berbisik pada Sofia mengenai rancangannya.Sofia sedikit terkejut.Berani Ayu buat rancangan begitu.Otak Ayu dah senget agaknya buat rancangan yang tak masuk akal.
Semasa berjalan balik melintasi rumah Muqri,Ayu tersenyum besar.Tak sebar Ayu nak laksanakan rancangan barunya.Kali ini pasti menjadi.
Dia sudah berangan berada dalam pelukan Muqri.Dia tak kan lepaskan Muqri semudah itu.Dia akan usir Rania pergi dari kampung ini.Sudah lama dia pasang niat untuk memiliki Muqri terapi kini terhalang dek Rania.
Rania tu ibarat pengacau saja dalam hidup dia dan Muqri.
Ayu senyum sinis.Tahu lah nasib kau Rania.Lepas ni kau jangan harap nak dekat dengan Muqri.Muqri aku yang punya!
Dia gelak besar sepanjang balik ke rumah.
"Apa dah gila ker anak kita tu Ros?"kata Pak Leman yang dari tadi pelik dengan sikap Ayu yang asyik ketawa sendirian.
"Mana saya nak tahu bang Leman oii..Dah la satu kerja pun dia tak boleh nak buat dalam rumah ni.Yang tahu merayap saja kerja dia.."bebel Mak Ros dengan geram.
"Cuba tengok apa masalah dia.Aku dah cukup malu, orang asyik mengata pasal dia.Muqri tu dah kahwin pun sibuk nak kan si Muqri lagi.Macam tak ada jantan lain dalam kampung ni.."sunggut Pak Leman.
Entah apa nak jadi dengan anaknya ini.Ramai lagi lelaki bujang dalam kampung ni.Laki orang juga yang dia nak.Pening kepala Pak Leman!
Masalahnya Muqri tak pandang pun Ayu.Ayu saja yang terhegeh dekat Muqri.Dia ingat aku tak tahu.Buat malu muka saja bila orang asyik canang pasal anak dara dia.
Ayu ni bukan kisah pun orang nak cakap pasal dia.Yang malunya Pak Leman dan Mak Ros.Macam tak pandai jaga anak saja orang kampung mengata.
Share this novel