Bab 22

Humor Completed 18363

"AWAK kalau Nia tak pergi mengaji dekat surau tak apa ker?Nia ingat nak mengaji dekat rumah saja."

"Boleh.Lepas solat Maghrib kita mengaji sama-sama."kata Muqri.

Sejak mereka menjadi pasangan suami isteri,Rania dilihat masih gigih mahu belajar mengaji.Setiap malam tidak pernah jemu.Muqri juga sekali sekala sahaja akan menggantikan ustaz Amir mengajar di surau.

Kadang dia ikut juga Muqri ke surau bila ada ceramah agama atau aktiviti lain.Tapi yang tak seronoknya bila terserempak dengan Ayu dan Sofia mereka berdua akan berpaling ke arah lain.Siap buat jelingan maut lagi.Lebih-lebih lagi si Ayu.

"Macam kera dapat bunga."sindir Ayu.Ni ayat paling pedas yang Ayu lontarkan.Pada siapa lagi kalau bukan pada Rania.

Rania hanya diam membisu.Malas dia mahu mengambil hati.

Dekat siapa lagi kata-kata itu ditujukan kalau bukan pada Rania.Sebab tu Rania berasa berat mahu pergi mengaji di surau.

Tapi dia lebih suka belajar di rumah.Muqri akan beri tumpuan untuk dia saja.Dalam hati dah melonjak riang.

Selagi boleh bersabar Rania akan bersabar.Makin dilayan perangai Ayu makin menjadi pula rupanya.Ingatkan 'kisah cinta' Ayu dah tamat setelah Muqri bernikah.Ternyata kenyataan itu meleset sama sekali.

"Kak Nia,abang pesan malam ni tak payah masak.Abang nak bawa kita semua makan dekat luar."kata Reen yang terlihat gembira.

Mana taknya dia tumpang gembira melihat wajah bahagia abangnya.Sejak berkahwin dengan Rania,abangnya lebih ceria dari biasa.Muka semakin berseri-seri sekarang ni.

"Iya ka.Macam tu kita suruh Mak Dah siap.Lepas solat Maghrib kita pergi."

"Dah lama tak makan dekat luar.Terima kasih kak Nia kerana hadir dalam hidup abang Ri."ucap Reen dengan senang hati.

Rania balas dengan pelukan pada Reen.Dia juga bersyukur di kurniakan keluarga baru yang bahagia.Makin hari makin seronok dan selesa tinggal di sini.Dia bahagia di samping mereka.

*************************

Petang itu tanpa di duga Ayu muncul di hadapan rumah Muqri.Entah hajat apa dia datang ke mari.

"Ada apa Ayu datang ke sini?"Muqri berasa tidak selesa dengan kedatangan Ayu.

"Tadi Ayu tunggu Ri dekat surau.Tapi budak-budak cakap Ri tak sihat.Tu Ayu terus ke sini."Ayu tanpa rasa segan silu tersengih-sengih.Tidak dipedulikan Rania yang berdiri di sebelah Muqri.

"Ya hari ni kelas mengaji cuti.Saya tak sihat sikit."Muqri berasa tidak sedap badan.Mungkin kerana perubahan cuaca yang agak panas kebelakangan ini.

"Ayu risaukan Ri.Tu Ayu singgah nak melawat.Macam mana keadaan Ri sekarang?Nanti Ayu masakkan bubur macam dulu."kata Ayu pada Muqri.

Bab ni Rania agak tercegang.Ayu pernah masakkan untuk Muqri bubur.

"Tak apa Nia dah masak untuk saya."dengan lembut Muqri menolak sambil lirik sekilas pada Rania di sebelah.Takut Rania tersalah faham.Ayu ni seperti tak faham bahasa asyik senyum semacam saja.

Ayu tarik muka masam bila nama Rania disebut.Rania!Rania!Rania!Sejak Rania muncul rosak terus rancangan aku nak tawan hati Muqri.

"Sebenarnya Ayu ada hal nak cakap sikit dengan Ri.Berdua."di jeling pada Rania seolah menghalau Rania pergi dari situ.

Rania yang faham maksud jelingan Ayu mahu melangkah masuk ke dalam rumah semula.

"Nak cakap apa pun cakap depan isteri saya."Muqri menarik tangan Rania dan mengenggam erat.

Ayu mendengus geram.Tak habis Muqri nak menangkan isteri dia yang tak semegah mana pun.Geram!benci!meluat!!!semuanya ada.

Sekejap lagi aku bongkar kan siapa kau yang sebenarnya!Ayu gelak jahat dalam hati.

Rania hanya jadi pemerhati.Ayu dari tadi tak habis dengan jelingan tajam pada dia.

Kalut Ayu mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yag selalu di bawa ke surau.Di hulurkan pada Muqri.

"Apa ni?"Muqri agak kehairanan.Sampul surat berwarna coklat bertukar tangan.

"Buka lah.."Ayu senyum senget.

Muqri buka juga.Dibelek satu persatu isi dalam sampul.Semuanya gambar Rania dengan pakaian seksi.

Rania agak terkejut.Dari mana Ayu dapat semua gambar tu.Ni tak lain tak bukan mesti Ayu ambil dari akaun media sosialnya.Kan dah lama Rania tak buka Fac.Sudah tentu Ayu godek-godek gambar dalam sana.Silap Rania juga lupa untuk memadam semuanya.

"Apa semua ni,Ayu!?"Muqri naik berang.Gambar Rania menari di kelab malam.Berfoya-foya dengan lelaki.Semua tu sesuatu yang tak patut Muqri lihat.Rania jadi malu.

"Ini lah diri sebenar isteri kesayangan Ri.Ayu bukan nak buruk kan dia tapi Ayu kesian kan Ri.Ri tak sepatutnya kahwin dengan dia.Entah berapa ramai jantan yang dah 'rasa' dia."kata Ayu dengan yakin dan jelek.

Rania rasa nak menangis.Gambar yang tak sepatutnya Muqri tengok.Dia berasa sangat malu.Selama ni dia ingat Allah dah tutup aib dia.Sekarang semuanya sudah terbongkar.

"Saya rasa elok Ayu balik dulu."Muqri picit sedikit kepalanya yang makin berdenyut.

Rania dah gelabah.

Ayu ketawa sinis.

"Hei pompuan!kau tu tak layak jadi isteri Ri.Ri layak dapat pompuan suci macam aku ni!Bukan pompuan jijik macam kau!Aku ras elok kau pergi suluh muka kau dekat cermin.Tengok rupa kau yang sebenar!"sindir Ayu

Rania berasa terhina dengan kata-kata Ayu.

"Sudah Ayu.Saya rasa elok Ayu balik.Ni hal saya suami isteri."Muqri berasa geram bercampur marah.

Bukan boleh percaya sangat dengan Ayu.Entah satu kampung sudah tahu pasal gambar Rania.

"Ri..Ayu kesian kan Ri.Ayu tak nak Ri tertipu dengan pompuan macam ni.Ayu sayangkan Ri.Ayu sanggup jadi isteri kedua Ri.Ayu akan jaga Ri.Ayu minta sangat Ri buka mata luas-luas tengok siapa yang ikhlas dengan Ri.Sayang Ayu pada Ri lebih dari dia."kata Ayu dengan yakin.Dia pasti selepas ini Muqri akan ceraikan Rania.

"Ayu tolonglah balik.Saya tak suka orang luar masuk campur urusan saya."makin bertambah sakit kepala Muqri.

Kedatangan Ayu memburukkan lagi keadaan.

"Ri ceraikan saja dia.Kahwin dengan Ayu.Ayu cintakan Ri dari dulu lagi.Buat apa Ri nak simpan pompuan yang telah rosak macam ni."Ayu masih mengapi-apikan Muqri.Sengaja dia tambah minyak lagi.

"Memang saya kotor.Saya jahil.Tapi saya tak pernah buat kerja terkutuk tu."Rania mula menangis kecil.

"Kau mengaku pun kau kotor kan.Aku dah agak.Kau sengaja perangkap Ri supaya kahwin dengan kau.Elok Ri ceraikan saja perempuan ni!"kata Ayu dengan kuat.

"Pompuan KL kebanyakan memang macam kau!Dah rosak lepas tu pura-pura nak buat baik.Sebab nak tutup malu kau perangkap Muqri!Habis satu kampung 'busuk' disebabkan kau!Satu hari nanti Muqri juga akan dapat malu disebabkan kau!"marah Ayu.

Rania sudah tidak tahan mendengar.Terus-terusan Ayu menghina dirinya.Terus Rania lari masuk ke bilik dan menutup pintu.

"Cukup Ayu! jangan merepek lagi.Saya tak nak dengar.Ayu baliklah."Muqri terus menutup pintu tanpa pedulikan laungan Ayu di luar rumah.

"Ri..Ayu nak cakap lagi ni."Ayu mendengus geram bila Muqri menutup pintu tanpa pedulikan dia.
"Padan muka kau pompuan!Confirm lepas ni kau kena cerai!"Ayu gelak kuat sambil melangkah balik.

Puas hatinya dapat membongkar kisah silam Rania.Biar Muqri tahu yang dia telah tersalah buat pilihan.Harap Muqri cepat sedar dan ceraikan Rania.Harap muka saja cantik buat apa kalau dah tak ada harga diri.

Padan muka kau Rania!

Ni Ayu lah!kau ingat lepas kau dah kahwin dengan Muqri hidup kau bahagia!Sampai ke lubang cacing aku akan ganggu hidup kau!

Tak sia-sia Ayu curi gambar Rania dari akaun Fac.Nampak sangat yang Rania memang perempuan liar.Berjoli sakan setiap malam.Dah la baju terdedah merata.Jangan nak berlagak suci lah asal dari kelab malam.

Kau tutup tubuh kau dengan kain sutera sekalipun tetap tak boleh tutup maruah kau!

Ayu tersenyum lebar.Memang patut kau terima balasan!

Muqri aku yang punya!Ayu ketawa seorang diri.Rancangannya hampir berjaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience