SUDAH dua minggu berlalu.Boleh dikatakan setiap hari Rania akan meziarahi pusara ketiga-tiga arwah.Setiap kali itu lah Rania akan menangis.Dia masih tidak dapat menerima hakikat sebenar.
Hanya doa yang dapat Rania titipkan buat mereka.
Perlahan Rania menapak masuk ke bilik arwah mama dan papa.Melihat baju-baju arwah yang tersusun rapi di dalam almari buatkan perasaan nya bertambah sebak.Mama memang seorang pengemas.Bilik tidur sentiasa tersusun rapi.Masih terasa kehadiran mama dan papa di situ.
Terbayang saat mama memeluknya erat dua minggu sebelum kejadian.Papa yang nampak tenang kadang naik angin dengan sikap Rania.
Oh..betapa rindunya Rania pada mereka.Terlalu banyak salah dan silap Rania pada mereka.Rania anak yang degil.Rania langsung tidak mendengar nasihat mama dan papa.Sekarang baru Rania rasa menyesal sangat.
Bau haruman mama dan papa masih melekat dalam bilik.Rania boleh bau tapi tak boleh sentuh.Kenapa mesti mama dan papa?Kenapa tidak orang lain?Kenapa mama papa tinggalkan Nia?
Jiwa Rania seakan mati.Dia terlalu bersedih.Jelas terbayang wajah arwah mama dan papa bersilih ganti.Suara mereka juga masih terngiang di telinga Rania.
Rania tidak tahan lagi.Dia menangis pilu.
Lemah kaki Rania berjalan keluar dari bilik arwah mama dan papa.Sempat Rania ambil telekung mama yang masih bergantung.Di bawanya bersama.Saat melalui depan bilik Ryan,Rania menangis kuat.
Ryan...kak Nia rindu....Rindu sangat pada Ryan..pada mama..pada papa.Siapa nak temankan kak Nia kalau kak Nia sedih.Siapa nak hiburkan kak Nia.Kak Nia rindu gelak tawa Ryan.Ya Allah... kuatkan aku dengan ujian besar Mu ini..Aku berdosa Ya Allah...
Tak jadi Rania mahu masuk ke bilik arwah adiknya.Dia takut dia tak kuat.Masih jelas kedengaran suara Ryan memanggil nama nya.Bertimpa-timpa air mata jatuh ke lantai.Terjelopok Rania depan pintu bilik Ryan.Dia betul-betul tak kuat.
Dia menangis semahunya walaupun tahu yang mereka tidak akan kembali lagi.
Kehilangan kesemua ahli keluarga sangat-sangat memberi kesan pada Rania.Hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan pilu yang mecengkam ke sanubari.Hingga hati Rania rasa tidak dapat lagi menanggung kesedihan yang teramat perit sekali.
Pantas Mak Dah berlari anak naik ke tingkat atas apabila terdengar tangisan kuat Rania.Di lihat Rania sudah rebah depan pintu bilik Ryan dengan airmata yang tak henti turun.Rania meraung sekuat hati sampai suaranya menjadi lemah.
"Sabar Nia.Bawa mengucap.."Mak Dah peluk Rania kuat-kuat sambil mengucap di tepi telinga Rania.
"Ingat Allah Nia.Jangan macam ni.."
"Kenapa mesti mereka Mak Dah?Nia tak kuat.Nia nak mama,papa,Ryan.Nia banyak dosa pada mama papa."raungnya lagi.
Setiap kali menangis itu saja yang Rania akan cakap.Sungguh Rania rasa menyesal yang teramat sangat
"Ya Allah Rania.Jangan macam ni nak.Sabarlah Nia.Allah lebih sayangkan mereka.."pujuk Mak Dah cuba menenangkan Rania.
Dia faham akan kesedihan yang ditanggung Rania.
"Nia tak boleh Mak Dah.Nia tak kuat..."suara pun sudah semakin lemah.
"Mengucap Rania..Mak Dah faham.Nia kena kuat.Nia tak boleh macam ni..."pujuk Mak Dah.
"Kenapa Allah tak ambil saja nyawa Nia?Nia yang banyak dosa.."ulangnya lagi.
"AllahuAkhbar! apa yang Nia cakap ni.Sebut Allah nak.Jangan macam ni..Mak Dah pun sedih juga.Semua ini ketentuan dari Allah..kita kena redha pemergian mereka."nasihat Mak Dah.
Terhinjut-hinjut bahu Rania melepaskan tangisan kesedihan.
Rambut Rania yang tidak terurus di selak Mak Dah ke belakang.Muka dan tubuh Rania semakin kurus dan cengkung.Setiap hari Rania akan menangis.Mata pun sampai naik bengkak.Kasihan dia melihat keadaan Rania yang dulu sentiasa ceria kini berwajah muram.
Yang Rania tahu hanya menangis setiap hari.
Seminggu yang lalu Rania demam panas.Selera makan Rania turut hilang.Jenuh Mak Dah memujuk untuk Rania makan.Hanya semulut dua sahaja dijamahnya.Mulut Rania tak henti bercakap tentang dosanya pada arwah.Mak Dah hanya mampu memberi nasihat.Selebihnya dia berdoa agar Rania dapat menerima ketentuan dari Allah.
Gusar hati Mak Dah mahu meninggalkan Rania seorang diri.Bimbang Rania akan buat sesuatu yang tidak elok.Bila fikran tidak berfikir secara waras macam-macam hal boleh terjadi.Dengan keadaan Rania sekarang tak mustahil dia akan cuba buat perkara yang tidak baik.
"Kenapa mesti mama dan papa?kenapa Allah tak ambil Nia saja.Nia yang banyak dosa.Kenapa ambil Ryan?"suaranya terggelam timbul dek tangisan.
"Allah..bawak mengucap banyak-banyak Nia.Semua ini Qadak dah Qadar Allah.Nia doa banyak-banyak buat mereka."pujuk Mak Dah.
"Patutnya Allah ambil nyawa Nia.Nia dah tak nak hidup.Biar Nia mati!"
"Astagfirullalazim.Nia mengucap nak..Mak Dah ada dengan Nia.Mak Dah tak akan tinggalkan Nia."sedih sekali dengan keadaan Rania sekarang.
Dulu Rania selalu menjaga penampilannya.Bab pakaian dia memang cerewet.Kini Mak Dah yang uruskan semuanya.Termasuk mandikan Rania dan pakaikan baju.Rania seperti berada dalam dunianya sendiri.
Dia akan ulang cakap benda yang sama sahaja.Selelas itu dia menangis.Itu saja yang dia tahu.
"Nia berdosa Mak Dah.Nia banyak sangat dosa.Nia menyesal tak ikut cakap mama dan papa.Nia selau buat mama dan papa sedih.Nia dah tak ada sesiapa lagi.."Rania terus menangis.
"Sudah Nia...Jangan menangis macam ni.Mak Dah tau Nia sedih.Mak Dah pun sedih.Tapi Nia tak boleh macam ni.Arwah mama lagi sedih kalau tengok Nia macam ni."
Rania tak ubah seperti mayat hidup.Hanya jasad yang bernyawa.Tapi hati dan fikiran hanya terbayang wajah ketiga arwah.Masih terngiang suara-suara arwah bermain dalam kotak fikiran Rania.
Dia sudah tidak pedulikan akan keadaan dirinya.
Yang dia tahu hanya menangis dan terus menangis.
Mak Dah sudah fikir sehabis baik.Dia tidak akan membiarkan Rania terus hanyut dalam dunianya sendiri.Mak Dah tekad mahu bawa Rania pulang bersamanya ke kampung.Mungkin di sana Rania boleh lupakan seketika kesedihannya.
"Mak Dah nak bawa Nia ikut Mak Dah balik kampung.Kita pergi sana dulu.Mana tahu Nia boleh tenang dekat sana."pujuk Mak Dah.
"Nia tak nak.Nia nak duduk dekat sini.Nanti Nia rindu semua.."katanya sayu.
"Kita pergi sekejap saja.Kalau Nia rindu,kita datang sini balik.Kat kampung Mak Dah ada sawah padi.Ingat tak dulu Nia cakap teringin nak tengok sawah padi?"pancing Mak Dah.
Mata Rania menyoroti muka Mak Dah.Dia tahu Mak Dah saja yang ada dengannya sekarang.
Rania terus peluk Mak Dah.Dia menangis.
Sebelum kemalangan,Puan Syaza ada memasukkan sejumlah besar wang pada Mak Dah.Puan Syaza memintanya untuk menjaga Rania.Beria sekali permintaan Puan Syaza.Kini baru Mak Dah mengerti,Puan Syaza seolah tahu dia tidak akan kembali lagi.Mak Dah juga sudah berjanji pada Puan Syaza untuk menjaga Rania.
"Mak Dah,saya nak minta tolong tengokkan Rania semasa saya tak ada."kata Puan Syaza.
"Puan jangan risau.Mak Dah akan tolong tengokkan dia.Lagipun puan pergi sekejap sahaja."
"Saya ada masukkan duit dalam akaun Mak Dah.Nanti Mak Dah belanja lah untuk keperluan Nia.Saya tak tahu bila akan kembali."katanya lagi.
Masa tu Mak Dah tak ingat apa-apa.Mungkin Puan Syaza mahu membawa Ryan berjalan di sekitar Johor telah nya ketika itu.Maklumlah Ryan tengah cuti semester pada masa itu.
"Ehh..kenapa puan masukkan?Baru saja minggu lepas puan dah masukkan duit gaji saya.Lebih pula tu."kata Mak Dah sedikit kehairanan.
"Tak apa,yang itu saya ikhlas bagi Mak Dah.Dah lama Mak Dah dengan kami.Saya dah anggap Mak Dah macam ahli keluarga saya sendiri.Mak Dah dah banyak tolong saya.Yang ini duit sebab Mak Dah tolong tengokkan Rania.Saya risau akan dia.."terang Puan Syaza.
Setiap kali nama Rania disebut,wajah arwah penuh kerisauan.Mak mana yang tidak risau bila anak gadis masih berkeliaran di tengah malam.Dah banyak kali Puan Syaza mengeluh pasal Rania.Dia dah buntu dengan sikap Rania yang tak makan 'saman'.
Share this novel