Bab 42

Humor Completed 18363

SEPATUTNYA berita gembira ini harus dikongsi bersama pasangan.Tetapi Rania tidak tahu sama ada mahu memberitahu Muqri atau tidak.

"Nia kau patut bagitahu suami kau."gesa Tina.Dia orang paling excited tadi bila doktor mengesahkan Rania mengandung.

"Entah lah Tina.Aku rasa tak perlu lagi buat masa sekarang.Dia pun baru kahwin kan.Tak kan aku nak kacau."

"Ish! kau ni.Patutnya ini berita paling gembira buat kau dan Muqri,tahu tak.Kalau kau tak nak cakap biar aku yang cakap.Bagi aku nombor telefon Muqri."minta Tina.

"Tina,aku rasa tak perlu kot.Nanti-nantilah aku bagitahu dia."dalih Rania.

"Baik.Kalau kau tak nak bagitau,aku sendiri akan pergi bagitau dia."ugut Tina.

"Okay-okay nanti aku bagitahu dia."

Tina kalau bab mengugut nombor satu.

Dia tak tahu aku ni tengah fikir cara macam mana nak bagitahu Muqri.Entah Muqri peduli atau tidak dengannya lagi.

Rania mengeluh panjang.

Bagun pagi Rania sudah fikir semasaknya.Dia akan beritahu juga pada Muqri.Bukan kerana mahu meraih perhatian Muqri tetapi lebih kepada hak Muqri.Dia perlu tahu yang Rania tengah kandungkan anak dia.Anak yang lahir dari benih cinta mereka.Saat mereka bersama terbayang di ruang mata.Cepat Rania usir pergi.Dia tidak mahu mengharap cinta Muqri lagi.Mungkin sekarang Muqri tengah bahagia bersama cinta baru nya,Ayu.

Rania usap perut yang belum kelihatan.Masih kempis.
Patutlah selalu lapar,rupanya di dalam sudah ada 'isi'.

Sekarang sudah tidak boleh terlewat makan.Membebel Tina ni kalah mak-mak.Selepas balik dari klinik semalam, diheretnya Rania masuk ke kedai serbaneka.Macam-macam barangan berkhasiat dia angkut termasuklah susu Anmum.

Pandai juga Tina ni walaupun dia sendiri belum ada pengalaman.

"Aku tengok perempuan mengandung kena minum susu ni.Kau jangan tak minum pula.Ni ada lagi epal,anggur,roti,biskut,kek.Aku tak nak kau lapar."ujar Tina dengan bebelan panjang.

"Ya,aku tahu lah.Anak aku berterima kasih sangat dengan Mak cik Tina yang sayang kami berdua."Rania senyum kecil.

"Ish..auntie Tina la..tak pun mama Tina.Bila anak kau keluar nanti dia mesti teringat yang mama Tina selalu bagi dia makan sedap-sedap kat dalam perut."Tina ketawa kecil tumpang gembira untuk Rania.

"Okey lah,mama Tina.Sekarang kita dah boleh balik kan."ajak Rania.

"Tak boleh lagi.Aku nak bawa kau pergi makan dulu sebelum balik."

"Ni kau ajak aku beli barang banyak macam ni siapa nak makan?"

Rania angkat kedua belah tangan yang penuh dengan plastik barang makanan.Tu tak termasuk lagi di tangan Tina.Penuh kedua belah juga.

"Ini kau buat stok.Bila lapar malam-malam kau makan lah."

"Banyak ni.Mana boleh habis."

"Mesti boleh punya.Tak cukup kau call saja aku.Berdesup aku sampai."

Tersenyum Rania dengan telatah Tina.Kawan yang sentiasa ada untuknya.Dia rasa bersyukur sekurangnya masih ada yang perihatin kepadanya.

Sambil mengemas apa yang patut,Rania dikejutkan dengan kedatangan Mira dan Daniel seawal pagi.Nasib dia sudah bangun dan terus mandi.

"Maaf ganggu Nia pagi-pagi ni.Abang ada benda nak cakap dengan Nia."kata Daniel sambil tersenyum pada Rania.

Mula Rania berasa agak janggal juga.Bila Mira mula senyum baru Rania berasa lega.

"Abang minta maaf Nia.Abang dah buat Nia rasa tak selesa dengan hubungan kita."

"Nia faham.Itu hak dan perasaan abang Daniel."

"Abang tak sepatutnya ada perasaan macam tu.Tapi abang tak boleh kawal.Abang dah sedar sekarang.Tak sepatutnya abang cakap yang bukan-bukan pada Nia."

"Nia juga nak minta maaf pada abang Daniel.Nia tak pernah nak mempermainkan perasaan abang Daniel.Nia sayangkan abang Daniel sebagai sepupu Nia.Nia harap hubungan kekeluargaan kita semakin baik."

"Terima kasih untuk kau, Nia.Sebab kau,Daniel dah boleh terima aku dan anak dalam perut ni."tambah Mira sambil mengusap perutnya.

"Abang dah sedar akan kesilapan abang pada Mira juga.Abang akan bertanggungjawab pada Mira dan bakal anak kami."ucap Daniel dengan penuh harapan.

"Baguslah abang Daniel dengan Mira dah berbaik.Nia doakan rumah tangga abang Daniel dan Mira sampai ke syurga."titip Rania buat Daniel dan Mira.

Daniel dan Mira saling tersenyum bahagia.Tangan mereka saling berpautan.

"Nia kau kena jaga diri.Jangan buat kerja berat-berat."kata Mira sambil mata menghala ke perut Rania yang masih kempis.

Pasti Tina yang hebohkan.Memang Tina tak akan simpan rahsia.

"Tahniah Nia."ucap Daniel dan Mira serentak.

"Mana suami Nia?"tanya Daniel.

Rania terkelu.

"Ada.Dia....."

Belum sempat Rania mahu menjawab pertanyaan Daniel,loceng pintu berbunyi.

Mesti Tina.Cepat pula dia sampai.Kata nak datang tengahari.

Rania bergegas membuka pintu.

Hampir terperanjat dia dengan kehadiran Muqri.

"Assalamualaikum Nia..."ucap Muqri sambil tersenyum.

"Wa-waalaikumusalam."jawab Rania tergagap.Masih terkejut.Macam tak percaya bila Muqri muncul sambil tersenyum.Selama 'berpisah' senyuman Muqri yang amat Rania rindui.

"Boleh abang masuk?"tanya Muqri setelah Rania terpaku di situ.

"Siapa tu Nia?"tanya Daniel.

Kuartir Rania mengambil masa yang lama sangat jadi dia datang untuk melihat siapa yang datang.

Daniel segera menghulurkan tangan.Muqri sambut dengan wajah yang serius.

"Nampaknya abang tersilap datang ke sini.Nia memang dah tak perlukan abang lagi."kata Muqri dengan tiba-tiba bernada cemburu melihat Daniel berdiri di sebelah Rania.

Daniel tercengang.Rania pula masih terkelu.

"Muqri kan.Masuklah dulu."pelawa Daniel.

Dia pun belum berkenalan sepenuhnya lagi dengan suami Rania.Hanya sekali mereka pernah bertemu ketika di tanah perkuburan.

"Tak perlulah saya nak masuk."tolak Muqri sambil memandang Daniel sepintas lalu.

"Abang tak sangka Nia macam ni.Ternyata apa yang Ayu cakap pasal Nia semuanya betul."
kata Muqri dengan rasa kecewa.

"Err..apa masalahnya ni..Apa pun mari kita bincang dekat dalam."kata Daniel lagi bila melihat wajah tegang Muqri.

Rania berasa terkejut dengan kenyataan Muqri.Dengar pula nama Ayu meniti di bibir Muqri lagi lah buatkan Rania rasa kecewa.Seolah parut yang belum pulih berdarah kembali.

"Abang cakap apa Nia tak faham."Rania ketap bibir.

Apa yang Ayu telah racun fikiran Muqri.

"Selama ni,Nia bohong dengan abang kan.Nia masih ada hubungan dengan sepupu Nia ni."tuduh Muqri.

"Aku rasa kau dah salah anggap,Muqri."Daniel cuba untuk membetulkan keadaan.

"Saya rasa tak perlu awak nak jelas lagi.Saya ada bukti.Awak ada datang ke rumah Mak Dah kan.Kenapa abang tak tahu Nia?apa lagi yang Nia sembunyikan dari abang."nada Muqri kedengaran marah dan kecewa.

Dada Rania terasa sesak.Airmata yang mahu keluar cuba ditahan.

Dugaan apa pula yang sedang dia hadapi ini.Ingatkan kedatangan Muqri untuk menjemputnya kembali.Tetapi ternyata meleset sama sekali.

"Memang abang Daniel ada datang.Tapi Nia..."

Belum sempat Rania nak habis ayat dia,Muqri memotong.

"Nia sembunyikan semua dari abang.Nia belakangkan abang dalam semua hal Nia!"marah Muqri.

Muqri keluarkan telefon bimbit dari poket seluar dan menunjuk bukti yang dia ada.Gambar Rania berpegang tangan bersama Daniel.Walaupun tidak jelas tetapi nampak seolah Rania dan Daniel mempunyai hubungan yang mesra.Tangan Daniel memegang tangan Rania seolah enggan melepaskan Rania pergi.

"Aku minta maaf,Muqri.Ini semua salah faham."kata Daniel.Dia rasa bersalah sangat pasal kejadian hari itu.

"Kalau Ayu tak tunjuk gambar ni.Sampai bila pun abang tak tahu yang Nia masih ada hubungan dengan sepupu Nia.Abang tak minta banyak dari Nia, cukuplah Nia jujur dengan abang."kata Muqri dengan kecewa.

"Patutlah Nia beria nak balik ke sini.Rupanya...."Muqri geleng kepala kesal sambil meraup mukanya.

"Sampai hati Nia buat abang macam ni..."

Muqri pandang Rania dan Daniel silih ganti.Rasa tertipu selama ini.

"Muqri,aku rasa kau dah salah faham."Daniel cuba untuk menerangkan.

Kesian Rania,kerana dia Rania dan Muqri bermasam muka.

Rania hanya diam.Air mata yang ditahan merembes jua keluar.

"Ikut Nia lah.Kalau ini adalah pilihan Nia..."Muqri sudah mengalah.

"Muqri,biar aku terangkan perkara sebenar.Aku dengan Nia...." Daniel cuba menjernihkan kembali suasana yang nampak semakin terbelit.

"Nak terang apa lagi.Cukuplah saya dah penat."kata Muqri lagi sambil memicit kedua belah kening.Hidungnya kelihatan merah dan mata sedikit berair.

"Kalau itu yang abang rasa,baik..Nia terima apa saja keputusan abang.Memang semua salah Nia.Salah Nia sebab sembunyikan dari abang.Tapi perasaan Nia pada abang tak pernah berubah.Nia pun dah penat.Penat dengan permainan takdir.Seorang demi seorang yang Nia sayang tinggalkan Nia.Nia minta maaf kalau hubungan kita hanya setakat ini saja."

Rania makin sebak.Airmata di seka dengan kasar.

Rindu dia pada Muqri yang tadi membuak-muak kini bagaikan 'dicantas'.Dalam sekelip mata berganti dengan luka baru pula.Malah semakin parah.

"Tunggu dulu Nia.Biar abang Daniel terangkan pada Muqri."kata Daniel lagi.Dia makin risau akan Rania dan Muqri.

"Tak payah lah abang Daniel.Itu yang dia mahu.Lagipun dia dah ada isteri baru.Buat apa Nia tunggu lagi."

Rania berpaling dan terus masuk ke dalam rumah.Dia teramat sedih dan kecewa.

"Nia kenapa ni?Abang kenapa denga Nia?"tanya Mira sambil menghampiri Daniel serta memaut lengan Daniel.

Rania tidak mempedulikan panggilan Mira.Terus dia naik ke atas.Dia sudah tidak tahan lagi.Andai perpisahan terjadi,dia akur.Baru sahaja dia mendapat khabar gembira kini khabar sedih pula yang dia terima.

Muqri sedikit terlopong.Wajahnya yang tadi tegang kini perlahan mengendur. Siapa pula wanita mengandung ini?Siap peluk lengan Daniel.

Mira terkebil melihat lelaki di hadapannya.Dia rasa ini tentu suami Rania.Itu pun dia hanya tengok dalam gambar kahwin Rania yang Tina dan Hani kirimkan.

Dia juga tunggu mereka berdua agak lama sangat di dalam dan mengambil keputusan untuk melihat gerangan tetamu yang datang.

"Ini isteri aku,Mira."Daniel memperkenalkan Mira pada Muqri.

Muqri agak terperanjat.Terpaku dia sebentar.

Jadi Rania dengan Daniel?...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience