Bab 29

Humor Completed 18363

MUQRI perasan Rania banyak mendiamkan diri sejak kebelakangan ini.Sepatah ditanya sepatah dijawab.Hairan juga dia dengan perubahan Rania.Selalu tidak pernah begini.Ada saja celoteh Rania yang menghibur hati.

"Nia..abang ada buat salah ker?"tanya Muqri sebaik duduk di sebelah Rania.

Dari tadi dia perhatikan Rania yang asyik termenung dan terdengar seperti Rania mengeluh kecil.Entah apa yang Rania tengah fikirkan.

"Eh...abang.Maaf Nia tak perasan.Bila abang balik?"

Rania sedikit mengelabah.Sudah jauh sangat dia mengelamun.

"Abang baru saja balik.Tadi abang bagi salam pun Nia tak jawab.Pintu depan pun Nia tak kunci."kata Muqri.

Rania tepuk dahi.Macam mana dia boleh terlupa.Nasib Muqri yang masuk kalau orang lain tak tahu nasib dia macam mana.Dah la banyak kes samun,rogol dan bunuh keluar di tv sejak kebelakangan ini.Takut pula bila memikirkannya.Pencuri ni bukan boleh dikira isteri orang ker mak orang semua mereka 'sapu'.Tak dapat barang berharga,nyawa dan maruah si mangsa jadi cagaran.

Nauzubillahminzalik!

"Nia..Nia..Nia okay tak ni?"tanya Muqri lagi.Dia risau sangat akan keadaan Rania sekarang.Asyik mengelamun saja.

"Sorry..sorry abang..Nia terlupa nak kunci agaknya.Kalut sangat sapu dekat luar tadi."

"Tak apa lah Nia terlupa nak buat macam mana.Tapi lain kali Nia kena ingat,risau pula abang nak tinggalkan Nia sorang diri."terbit kerisauan akan keselamatan isterinya.

Sebab tu kadang Muqri akan menghantar Rania ke rumah Mak Dah sebelum pergi kerja.Sekurangnya Rania dapat temankan Mak Dah.Reen pula sekarang balik sekolah pun lambat.Tarikh peperiksaan hampir tiba tak lama lagi,jadi Reen akan sibuk mengulangkaji sebagai persiapan terakhir.

"Nia,abang tanya ni.Nia ada masalah ker?"tanya Muqri lagi.
. Air muka Rania kelihatan muram saja tidak seperti biasa.

"Tak ada apa lah abang.Mungkin Nia letih sikit."

"Nia kalau letih tak payah buat kerja rumah.Biarkan dulu.Abang balik, abang tolong buat."Muqri senyum pada Rania.

"Mana boleh macam tu.Abang dah penat kerja tak kan Nia nak harap abang buat lagi."jawab Rania.Tak kan kerja rumah yang senang pun dia tak boleh nak buat.

"Tak ada hal lah setakat kerja rumah ni.Pejam mata pun abang boleh buat."

"Ya lah tu abang ni.Dah pejam mata mana nak nampak apa.."cetus Rania sambil muncungkan bibir.Tercetus tawa kecil di bibir Rania.

Muqri memang suka buat lawak.

"Meh sini kejap abang nak cakap."panggil Muqri ke ruang tamu.

Rania segera menghampiri Muqri dan duduk di sebelahnya.

"Sayang,kalau ada apa masalah,tolong ceritakan dekat abang.Abang tak boleh tengok Nia muram macam ni."pujuk Muqri.Dia risau bila Rania diam begitu.

"Abang jangan risau.Tak ada apa pun.."dalih Rania.Dia belum bersedia mahu memberitahu tentang kehadiran Daniel tempoh hari.

Mak Dah pun Rania suruh rahsiakan.Dia tidak mahu membebankan fikiran Muqri.Selagi dia boleh tanggung masalah dia akan cuba tanggung seorang diri.Itulah Rania.

Muqri ambil tangan Rania dan mengucup lembut tangan Rania.

Rania pandang ke dalam mata Muqri.Di situ dia nampak sinaran cinta Muqri.Tak putus-putus kasih dan cinta untuknya dari Muqri.

"Abang nak Nia tahu yang abang betul-betul sayangkan Nia."ucap Muqi lagi sambil tersenyum manis.

"Nia pun sayangkan abang juga."balas Rania sambil membalas senyuman Muqri.

"Jadi tiada rahsia antara kita."ujar Muqri cuba memancing Rania agar berterus terang.

Rania terdiam.Dia takut mahu berjanji.Dia belum bersedia untuk memberitahu Muqri akan kehadiran Daniel yang membawa 'malapetaka' dalam fikirannya sekarang.

Daniel pun satu hal.Tiba-tiba muncul lepas tu cakap benda yang sama.Sampai mati pun Rania tak akan terima Daniel dalam hidupnya.Dah cakap kan hubungan mereka setakat sepupu sahaja.Tak kan yang itu pun Daniel tak faham.Susah lah kalau macam ni.

"Nia sayang.. Abang tanya ni.Nia dah makan ker belum?"lembut saja suara Muqri di telinga Rania.

Muqri mana pernah berkasar dengan Rania mahu pun Reen.Selalu kalau ada apa yang tak kena dia akan menegur secara baik.

"Belum,Nia tunggu abang."jawab Rania.

"Macam tu kita makan dulu."ajak Muqri sambil menarik Rania masuk ke dapur semula.

Rania hanya ikut rentak Muqri.Pada hal dalam kepala sudah kucar-kacir.Semua ini Daniel punya pasal.Tak mustahil Daniel akan datang semula dan cakap benda yang sama.Rania sudah penat.Macam mana lah dia nak fahamkan Daniel.

Hati Rania milik Muqri sekarang ni.Dia dah serah seluruh jiwanya pada suami tercinta.Tak mungkin dia berpaling pada 'cinta' lain.

Susah betulkan bila kita cintakan seseorang.Nak lepaskan dari hati memang payah.Tapi kalau sama-sama saling mencintai tak ada masalah.Ini bertepuk sebelah tangan.Lepas tu terlalu berharap cinta akan berbalas.

Daniel dengan Ayu sama saja!

Bila agaknya diaorang nak berhenti dari meraih cinta dari orang yang tak sudi.Tidak mengerti kah mereka cinta tidak boleh di paksa.Ia nya datang dari hati yang tulus dan ikhlas.

Sebut pasal Ayu.Macam-macam hal yang Ayu buat untuk sakitkan hati Rania.Tapi Rania tidak ambil peduli.Rania juga tidak mengadu pada Muqri akan hal Ayu semasa di kedai runcit.Bukan sekali dua Rania terserempak dengan Ayu banyak kali juga.Kadang tu Rania rasa seperti Ayu sentiasa memerhati gerak-geri dua.

Tiba-tiba Ayu akan muncul di tempat Rania berada.Ayu dan Daniel ada persamaan di situ.

"Hei pompuan!jangan nak berlagak sangat.Aku belum habis lagi dengan kau."kata Ayu yang menghalang Rania dari masuk ke dalam rumah.

Ketika itu Rania baru pulang dari menghantar Mak Dah pulang rumahnya.Ayu siap tunggu depan pintu rumah Muqri lagi.

"Apa lagi ni Ayu?Saya tak nak cari gaduh dengan awak."

Rania cuba untuk bersabar.

"Kau jangan pura-pura baik!Aku menyampah tau tengok muka kau dekat sini!"Ayu buat mimik muka meluat seolah Rania sangat jijik di mata dia.

"Dah awak tak nak tengok muka saya,kenapa datang rumah saya?"kata Rania dengan geram.Dia cuba sabarkan hati.

"Eeiiii perasan!Kau ingat aku datang sini nak tengok kau.Aku datang nak tengok abang Muqri aku laa.."katanya dalam nada manja.

Gedik juga Ayu ni.Sambil pintal-pintal rambut lagi.Tudung pun dia sudah tidak pakai lagi.

"Dia tak ada.Pergi kerja."jawab Rania malas.

"Aku tahu dia pergi keja.."Ayu gelak-gelak.

"Dah tahu buat apa datang sini?Tepilah saya nak masuk.."kata Rania bila Ayu menghalang dia dari membuka pintu.

"Nantilah dulu.Aku nak cakap sikit dengan kau."kata Ayu sambil berjalan lenggang-lenggok dengan gaya mengoda menuju ke kereta Muqri.

Jarinya dimainkan atas badan kereta sambil tersenyum senget.

"Kereta ni akan jadi milik aku termasuk lah rumah ni sekali.."katanya sambil mengusap pintu kereta Muqri dengan gaya yang menyakitkan hati.

Rania agak terkedu dengan sikap Ayu.Otak dah tak betul agaknya,desis Rania.

Meluat Rania tengok Ayu dengan aksi menggoda sambil senyum-senyum pada kereta Muqri seolah tersenyum pada tuan kereta.

"Dan tak lama lagi,tuan kereta ni pun akan jadi milik aku!"katanya sambil ketawa sinis.

"Sudah lah Ayu.Jangan merepek.Saya dah kahwin pun dengan Muqri.Awak nak apa lagi?Cukup-cukup lah mengejar cinta yang tak berbalas.Kita ni perempuan kena ada perasaan malu sama."dah lama Rania simpan.Hari ni terlepas juga dari mulut.

"Kau tak payah nak bagi nasihat dekat aku!Kau tak layak!P.E.R.A.M.P.A.S!!"kata Ayu dengan kuat sambil menjeling tajam pada Rania.

"Entah-entah kau guna-guna kan Muqri untuk kahwin dengan kau.Ingat aku tak tahu kau ada hubungan sulit dengan siapa tu...Ahahha..Daniel..."kata Ayu separuh mengejek.

Rania agak terkejut.Macam mana Ayu tahu pasal Daniel.

"Tolong jangan buat fitnah.Saya tak buat benda-benda syirik macam tu."kata Rania membela diri merujuk pada 'guna-guna' yang Ayu sebut tadi.

"Tak payah nak mengelabah sangat.Aku nak ingatkan kau saja.Sekarang ni masa bahagia kau.Tak lama lagi akan tiba masa bahagia aku dengan abang Muqri."Ayu tersenyum sengih.Lagak seperti perempuan sakit mental.Siap berabang-abang lagi.

"Aku akan rampas balik Muqri dari kau!Kau dengar kan!?Jadi tunggu saja lah.."Ayu gelak kuat sambil melayangkan flying kiss pada kereta Muqri.

"Huhh gila betul!"desis Rania dan cepat masuk ke dalam rumah.

Makin dilayan makin menjadi perangai gila si Ayu.Sama saja dengan Daniel.Dua makhluk ini sengaja bikin jiwa orang kacau bilau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience