Bab 35

Humor Completed 18363

"MAK DAH rasa tak sedap hati lah.."kata Mak Dah sebaik duduk di kerusi tepi Rania.

"Mak Dah kurang rehat agaknya.Tak ada apa lah.."Rania cuba menenangkan Mak Dah.

"Ri balik rumah ambil apa?Lama saja Mak Dah rasa."gusar hatinya sejak kebelakangan ini.Tak pasti sebab apa.

"Ri nak ambil beg Nia.Tertinggal pula dekat atas kusyen tadi."

"Tadi dia pergi pukul berapa?"

"Lepas makan tadi.Ya lah, Mak Dah dekat sejam juga ni.."Rania pula yang risau.Selalu Muqri tidak pernah lambat.

"Cuba Nia call Ri.Mak Dah rasa tak sedap hati sungguh."dari tadi dadanya asyik berdebar kencang.Macam ada sesuatu yang akan terjadi.

Rania cuba mendail beberapa kali.Tapi tidak berjawab.Tak kan Ri tertidur pula.Tak mungkin.Muqri jarang tidur siang hari kecuali dia tak sihat.Tak kan mandi lama sangat.Rania cuba sedapkan hatinya.

Perasaan tidak enak mula bertandang.Tadi Mak Dah sekarang berpindah pada Rania pula.Macam-macam sudah masuk dalam kepala otak Rania.

"Nia nak balik tengok Ri kejap.."beritahu Rania.

"Mak Dah nak ikut.Reen jom ikut sama.."ajak Mak Dah.

Tak senang dia kalau duduk tunggu di rumah saja.Biar dia tengok sendiri keadaan Muqri.Sambil tu dia tetap doakan keselamatan Muqri.Risau juga dia.

Bergegas mereka bertiga masuk ke dalam kereta.Rania tidak menunggu lama terus memecut kereta menuju ke rumah.

Sebaik sampai,kelihatan motorsikal milik Muqri di halaman rumah.Rania segera membuka pintu rumah.Tidak berkunci.

Rania pandang muka Mak Dah dan Reen.Keduanya juga dengan riak yang sukar ditafsirkan.Berdebar pun ada.

"Assalamualaikum abang..abang.."panggil Rania sambil melangkah masuk ke dalam.

Ruang depan kelihatan sunyi sepi.Beg Rania pun masih ada di atas kusyen kayu.Tapi mana Muqri.

Rania menapak ke bilik mereka.Saat pintu ditolak,terbuka luas biji mata Rania.Mulutnya ikut terlopong.

"Abang!"panggil Rania dengan kuat.

Mak Dah segera mendapatkan Rania diikuti Reen.Cemas mereka mendengar suara Rania seakan terkejutkan sesuatu.

Mak Dah ikut terlopong dengan apa yang dia lihat.Reen nak masuk tengok tapi Mak Dah tolaknya ke tepi.

"Astagfirullah al-azim..Ayu!Apa yang kamu dah buat ni!?"marah Mak Dah sambil mengucap panjang.

Malu dia nak tengok.

Ayu dengan selamba turun dari atas badan Muqri.Dengan hanya berkemban kain batik.Rambut tu dah kusut masai.Begitu juga dengan Muqri yang tidak berbaju.Seluar tidak pasti pula sebab Muqri berselimut dari paras pinggang hingga ke kaki.

"Arghh!"suara Muqri seperti mengerang dengan mata yang masih terpejam.

Rania sudah mula menangis.Dia lari keluar dari bilik itu.

"Ayu,apa yang kau dah buat pada Muqri!?"suara Mak Dah kuat memekik memarahi Ayu.

"Macam yang Mak Dah nampak.Bukan salah Ayu sorang tapi abang Ri yang ajak Ayu."jawabnya dengan tidak bersalah siap senyum-senyum lagi.

"Ri,bangun Ri.Apa yang Ri dah buat ni hah!?"Mak Dah cuba panggil Muqri.

Ayu tidak pula berasa malu.Dengan hanya berkemban dia duduk kembali atas katil sambil tersenyum sengih.

"Arghh!"Muqri masih lagi mengerang.Tangan naik memicit kepala.

Belum apa-apa beberapa orang surau sudah sampai di hadapan rumah Muqri.Rania juga agak terkejut.Selepas memberi salam,dua tiga orang masjid meluru masuk ke dalam.Kata mereka ada aduan tentang Ayu dan Muqri yang sudah lama mempunyai hubungan sulit.

Rania sudah tidak tahu nak cakap apa.Hanya linangan airmata laju menuruni pipi.Reen memeluk Rania dan cuba menenangkan kakak iparnya.

"Astagfirullah al-azim.."ucap tok imam.Sungguh mereka tak sangka ada perlakuan buruk di dalam rumah Muqri.Dan Muqri sendiri pelakunya.

"Ayu,kamu tak malu kah!?Ayah kamu ada di luar tau!"kata tok imam.Dia hanya masuk sekejap untuk memastikan kesahihan aduan.Melihat Ayu yang masih berkemban terus dia keluar.

"Saodah,kamu panggil Muqri.Perkara ni tak boleh buat main-main.Ini kes berat!"kata tok imam dengan tegas.

Sementara itu Ayu sudah lengakp berpakaian bila di arahkan oleh tok imam untuk berbuat demikian.

"Anak tak tahu malu!"marah Pak Harun.Ikutkan hati dia mahu lempang saja pipi Ayu.Tok imam menyuruhnya agak bersabar.Benda dah jadi tak kan boleh undur balik.

"Saya dah panggil.Tapi Muqri macam tak sedar tok.Tak tahu apa yang Ayu dah bagi pada Muqri."merah mata Mak Dah menahan marah.

"Mana Ayu bagi apa pun.Muqri sendiri yang makan ubat tu.Dia cakap makan ubat tu boleh buatkan dia lupa pada isteri dia."kata Ayu dengan lantang.

"Kamu ni dah kenapa Ayu!?Tak kan Muqri nak buat macam tu!"marah Mak Dah.

"Muqri masih tak boleh lupakan Ayu.""jawab Ayu dengan yakin.

Tok imam dan yang lain hanya menggelengkan kepala.

"Sudin,kamu pergi ambil air kelapa perah limau dan bagi pada Muqri.Kita tak boleh biar perkara ni tersebar.Tahu dek orang luar malu kita sekampung."kata tok imam selaku ketua kampung di situ.

Sudin segera mengambil air kelapa seperti yang tok imam arahkan.Beberapa minit kemudian,Muqri mulai sedarkan diri.

Setelah lengkap berpakaian,Muqri segera keluar ke ruang depan.Terperanjat dia melihat beberapa orang surau di dalam rumahnya termasuklah ustaz Amir dan tok imam.

Di sudut tepi Rania duduk bersama Reen dan Mak Dah.Mata dan hidung Rania kelihatan merah.

"Apa kau dah buat pada anak aku hah!?"marah Pak Harun sambil meluru mahu mendapatkan Muqri.

Nasib mereka yang lain cepat menahan kalau tak percuma saja Muqri dapat penumbuk.

"Apa salah saya Pak Harun?"tanya Muqri kehairanan.

"Muqri,tok tak tahu kamu ni sedar atau tak atau kamu berpura-berpura.Kamu ditangkap basah bersama Ayu.Dalam rumah kamu sendiri."jelas tok imam.

Terus terjelupuk Muqri ke lantai.

"Saya tak buat benda terkutuk tu.Saya dah ada isteri.Saya tak tahu macam mana perkara ini boleh terjadi.Yang saya ingat,saya masuk mahu mengambil beg isteri saya.Lepas saya minum kopi, terus tak sedar."cerita Muqri.

"Kau jangan nak buat cerita!Aku ingat selama ni anak aku saja tergilakan kau.Rupanya kau pun sama!"celah Pak Harun dengan nada tinggi.

Ayu tersenyum di hujung bibir.Dia berpura menangis meraih simpati mereka yang ada di situ.

"Sabar Harun.Biar kita bincang elok-elok."sampuk ustaz Amir.

"Ayu,macam mana kamu boleh masuk rumah Muqri?"tanya tok imam.

Ayu mengesat airmata dan memulakan cerita.

"Masa pertengahan jalan tadi,Muqri ajak Ayu naik motor dengan dia.Dia cakap nak tumpangkan Ayu.Tapi dia bawa Ayu balik ke rumah dia.Ayu ingat Rania ada.Tapi.."

Ayu kembali menangis dan menyambung ceritanya.

"Muqri ajak Ayu buat benda tu.Dia ugut jangan bagitahu sesiapa termasuk isteri dia.Sebab tu dia makan ubat tu untuk lupakan isteri dia."cerita Ayu sambil menangis teresak-esak.

Muqri terlopong.

"Bohong!Saya tak buat macam tu pun!Ayu,tolonglah cakap benar.Saya tak tahu macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya.Tolong jangan fitnah saya."rayu Muqri.Ikutkan hati mahu saja dia dapatkan Rania yang masih menangis tanpa henti.

"Dengarkan tok,nak bincang apa lagi!Dah sah mereka berdua dalam keadaan mengaibkan.Mana saya nak letak muka kalau orang lain tahu.Saya tak kira Muqri kena menikah juga dengan Ayu!"kata Pak Harun dengan lantang.

Yang lain kelihatan mengangguk kepala.Terbukti mereka berdua melakukan perkara tidak senonoh di dalam rumah Muqri.

Muqri terduduk lesu sambil menangis.

"Tolonglah tok.Saya tak buat semua ni!"rayu Muqri.

Muqri tidak dalat membuktikan yang dia tidak bersalah.Saksi sudah melihat sendiri,keadaan mereka yang mengaibkan.

Muqri berpaling pada Rania.Rania hanya membalas dengan pandangan sayu dan lemah.Dia juga tidak tidak menolong Muqri keluar dari masalah ini.

Sebarang penjelasan dari Muqri,tidak dapat diterima oleh Pak Harun.Dia tetap bertegas mahu nikahkan juga Muqri dan Ayu untuk menutup malu.

Muqri tersandar lemah.Ayu langsung tidak membantu untuk keluar dari kemelut ini.Air muka Ayu jelas gembira mendengar ayahnya akan nikahkan dia dengan Muqri dalam masa terdekat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience