HARI ini merupakan hari pernikahan antara Muqri dan Ayu.Nampaknya tercapai juga hasrat Ayu untuk menjadi isteri Muqri.
Mungkin sekarang Muqri sedang mengenakan sepersalinan baju melayu berwarna krim mengikut pilihan Ayu.Luluh hati Rania sewaktu Ayu membawa baju itu ke rumah Mak Dah.Hati Rania bagai dirobek-robek dengan senyuman gedik Ayu.
Betapa ceria dan gembira wajah Ayu.Saja nak sakitkan hati Rania.Rania akui dia bukan setabah dan sekuat wanita lain yang sanggup bermadu.
Cuba scan hati dia sekarang.Boleh nampak segala retak berlubang terkoyak semuanya ada.
Mesti sekarang Ayu sudah tersenyum bahagia tanda kemenagan kerana telah berjaya memiliki Muqri.Lambat laun hati Muqri juga akan berpindah pada dia.
"Tolonglah otak jangan fikirkan pasal mereka".Rania merungut kecil.Dia cuba untuk tidak memikirkan tetapi semakin kuat dan kerap muncul dalam kepala.
Semalam berkali-kali Muqri menghubungi dia tetapi dia tidak menjawab.Bukan itu saja sejak Rania pergi panggilan dari Muqri satu pun dia tak balas.Dia sekadar menghantar mesej pada Reen bertanya khabar.
Pagi ini Rania tertunggu-tunggu juga akan panggilan dari Muqri namun hampa.
'Tu lah jual mahal sangat bila orang call kau tak nak jawab'.
Sempat Rania menziarahi pusara keluarganya di pagi hari.Hingga dia pulang pun telefon bimbitnya masih tidak berbunyi.
Nak kata telefon bimbitnya rosak mustahil sangat.Masih elok lagi.
Mula lah Rania buat andaian yang bukan-bukan.Mungkin Muqri tidak mahu di ganggu pada hari bahagianya bersama Ayi.
Baru kini Rania rasa benar-benar keseorangan.Seolah cinta Muqri telah pergi meningalkannya.Mulalah air mata bergenang kembali.
Muqri selalu nampak segak memakai baju melayu.Rania ingat lagi sewaktu mereka bernikah,Muqri kelihatan sangat tampan.Mata Rania seolah terpaku pada Muqri sahaja.Dia terpesona sangat.
Tapi dalam sekelip mata kebahagian mereka di ragut pergi.Tiada lagi rekahan senyuman yang meniti di bibir.Hanya air mata yang kerap menemani.
Makin Rania memikirkan makin sakit dalam kepalanya.
"Tadi kau kata nak rehat saja kat rumah.Kepala kau pening lagi ker?"tanya Tina.
"Masih pening.Tapi aku duduk rumah lagi pening.Baik aku ajak kau keluar.Boleh juga tengok wayang ker apa yang patut."
Rania mengajak Tina untuk keluar bersiar.Bila terperuk dalam rumah,fikirannya banyak terjerumus ke arah Muqri.Dia mahu melupakan sebentar.
"Aku rasa kau ni macam sorokkan sesuatu."Tina kecilkan mata.
Dia perasan riak wajah Rania yang kurang ceria.
"Aku pelik sebenarnya bila kau tiba-tiba balik sini.Aku tak rasa sebab Mira kau balik sini."Tina mulai curiga.Antara mereka berempat Rania paling bijak berahsia.
"Mana ada kau ni saja kan.."Rania berpura ketawa.
"Nia..aku dah kenal kau lama tau.Hani dengan Mira pun aku dah tahu perangai diaorang macam mana.Ini kan pula kau."kata Tina beria.
"Tak ada lah kau ni.Aki memang balik sini nak settle kan hal abang Daniel dengan Mira."jawab Rania masih berselindung.
Tina kalau bab korek rahsia memang nombor satu.Dah boleh jadi penyiasat CSI.
"Come on Nia.Aku tahu kau sembunyikan sesuatu.Sebab aku pelik kau tak balik dengan suami kau.Kau tak rindu kan suami kau ker?"soal Tina dengan memandang tajam pada Rania.
"Dia kerja lah."jawab Rania.
"Tak kan lah dia sanggup nak biarkan kau seorang diri dekat sini.Dah empat hari tau kau kat sini."Kan dah cakap,Tina dah mula syak sesuatu.
Rania sedikit gelisah.Tapi dia perlukan seseorang untuk meluahkan.
"Baiklah.Aku mengaku ada masalah sikit."Akhirnya Rania terpaksa mengaku juga.Kalau tak Tina akan terus menyoal hingga mendapat jawapan yang betul-betul memuaskan hati dia.
Tina bulatkan mata.
"Baik kau cerita apa masalahnya.'Pak ustaz' tu ada pukul kau ker?"Tina belek muka tangan Rania yang terdedah.Mencari bukti.Kan dah cakap Tina layak jadi penyiasat CSI.
"Eeii kau ni.Tak lah.Dia baik saja dengan aku."Rania tarik tangannya kembali.
"Habis tu,kenapa?"Tina sudah tidak sabar mahu tahu.
"Dia..dia nikah hari ni."
"Apa!!?"Tina terkejut besar hingga mulut dan mata serentak terbuka luas.
"Syhhh!kau ni pelan lah sikit suara.Orang semua dah pandang kita."kata Rania sedikit malu.
Ketika itu singgah makan di food court.
"Sorry!aku terkejut.Nia,apa ni.Tak kan sampai suami kau kahwin lagi satu.Kau rela bermadu?"tanya Tina dengan lagak tidak berpuas hati.
Pertanyaan Tina buatkan Rania telan liur.Bukan terliur tengok mee sizzling yang tengah berasap depan mata tetapi pertanyaan Tina tadi.Mana ada perempuan yang sanggup bermadu.Madu lebah memang manis tetapi madu berkaki dua lebih pahit dari peria.
"Dia pun terpaksa."jawab Rania perlahan.
"Terpaksa?maksud kau?tak faham lah aku.Cuba kau story bagi aku faham."Tina masih tidak puas hati.Asyik berkerut saja muka.
"Macam ni...."Rania pun menceritakan apa yang telah terjadi pada dia dan Muqri.Dari awal hinggalah akhir.
"Sampai macam tu sekali Ayu buat."Hampir tergeleng Tina dibuatnya.
"Kalau kau kat tempat aku apa yang kau rasa?"tanya Rania pada Tina.
Dia berasa sedikit lega bila dapat meluahkan masalah.Sekurangnya rinfan sedikit beban di hati dan kepala.
"Aku rasa nak ganyang saja si Ayu tu!Macam mental pun ada.Eeeii...aku ingatkan Mira saja yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan cinta lelaki.Rupanya ada lagi yang lebih teruk.Betul-betul gila!"gumam Tina dengan geram.
"Mungkin sekarang mereka telah selamat di ijabkabulkan."mendatar dan perlahan sahaja suara Rania.
Mee sizzling di kuis-kuis ke tepi.Nak makan selera pun tak ada.Tapi dia kena makan juga.Tidak perut asyik berkeroncong.Tak faham Rania dengan tubuhnya sekarang.Perut asyik berbunyi minta di isi.
"Aku rasa kau patut balik jumpa Muqri.Kesian dia."gesa Tina.
"Entah la Tina.Aku belum ada kekuatan untuk berdepan dengam dia.Aku tak sanggup tengok dia dengan orang lain."
"Jahat betul si Ayu ni.Sebab cinta sanggup buat macam tu.Cinta betul membutakan hati.Dah tak tahu nak berfikir dengan waras.Suami orang pun nak kebas."
"Aku malas nak fikir.Nanti bertambah sakit kepala aku ni."
"Dah la tu.Makan dulu.Kau cakap tadi lapar kan.Sejuk tak sedap pula mee sizzling ni."
Mujur ada Tina yang sanggup menemani dia.Hani pula asyik berkepit dengan bakal tunang.
Selepas makan,mereka berjalan di sekitar pusat membeli belah itu
"Rania."tegur lelaki di hadapan mereka.Bertopi hitam sambil memegang tangan seorang budak perempuan dalam usia 5 tahun.
Rania kerutkan dahi.Lama di amati wajah di depannya.Tak mungkin.. tapi masih sama seperti dulu.
"Kau Syafiq."kata Tina dan hampir terjerit.
Syafiq memberi senyuman manis kepada mereka berdua.
"Apa khabar Nia?"tanya Syafiq.Walaupun Rania sudah memakai tudung tetapi dia masih kenal.
"Alhamdulillah baik."jawab Rania masih terkejut.Bertahun mereka terpisah akhirnya bersua kembali.
"Amboi khabar Nia saja kau tanya.Aku ni?"sengaja Tina mengusik.
"Ya lah cik Tina oii.Kau nampak sihat saja."seleroh Syafiq buatkan mereka bertiga ketawa serentak.
"Comelnya.Anak kau ker?"tanya Tina.
Sempat di mencubit pipi budak perempuan itu.Tina ni suka hati pula cubit anak orang.Tapi betul ker anak Syafiq.
"Anak aku lah."jawab Syafiq.
"Kau biar betul.Kau dah kahwin ker?"tanya Tina.
"Ya dah.Kau dah kahwin belum?"tanya Syafiq kembali sambil mata melirik pada Rania juga.
Rania tersenyum nipis.
"Jodoh aku sesat lagi.Nia baru saja kahwin."jawab Tina.
"Ya ka.Selamat pengantin baru Rania."ucap Syafiq.
"Terima kasih.Pandai lah Tina ni.Tak lah baru sangat."
Nampak muka Syafiq sedikit berubah.Mungkin masing-masing masih terkedu.
"Dengan sepupu kau,Daniel ker?"tanya Syafiq ingin tahu.
"Ehh..tak lah.Dengan orang lain."jawab Rania.
"Oh.. ingat dengan dia."Syafiq seakan terkejut.
"Tak kan lah Nia nak kahwin dengan sepupu dia."sampuk Tina.
"Dulu kan dia..."
Terangkat kening Syafiq.
"Apa yang awak fikirkan tak sama dengan apa yang awak lihat."ungkap Rania.
Syafiq seolah mengeluh kecil.
"Dah la Syafiq tak payah kenang kembali.Kau orang berdua pun dah kahwin kan.Anggap saja tiada jodoh."ulas Tina.
Maknanya dulu Daniel telah menipu Syafiq.Dan Syafiq percaya lalu meninggakkan Rania.Motif Daniel ialah mahu medapatkan cinta Rania.
"Abang..."Seorang perempuan bertudung menghampiri mereka sambil tersenyum manis.
"Sayang...Ni kawan-kawan abang masa dekat kolej dulu."beritahu Syafiq.
"Ini isteri saya,Suhaili."kata Syafiq lagi.
Mereka saling tersenyum dan memperkenalkan diri.
"Papa,kakak nak makan ais krim dekat sana."kata budak perempuan itu sambil menunding jari pada restoran Mc Donalds yang terletak di sebelah kedai makan.
"Baik, jom kita pergi."kata Syafiq sambil tersenyum pada anaknya.
"Sejak nak dapat adik,Iqa dah pandai sebut dirinya 'kakak'."ujar isteri Syafiq.
"Pandai dia."puji Rania.
"Dah berapa bulan?"Rania a lih pandang pada isteri Syafiq.
"Nak masuk lima bulan dah."berirahu isteri Syafiq.
"Kami beredar dulu ya.Jumpa lagi Niia,Tina."Syafiq minta diri bila anaknya sudah menarik-narik tanggan dia.
Syafiq memimpin tangan anaknya sambil berjalan beriringan bersama isterinya.
Rania hanya menghantar pandangan kosong ke arah Syafiq.
"Tak sangka jumpa Syafiq kan.Anak pun nak masuk dua.Kau okay tak ni Nia?"tanya Tina.Risau juga bila Rania diam sahaja.
"Aku okay saja.Cerita dah basi kan..."katanya sambil memicit sedikit kepalanya yang berdenyut.
"Kau tak okay kan.Aku tengok dari hari pertama kau datang sini kau asyik picit kepala.Dah macam Mira pun ada.Entah-entah kau...."
Tina bulatkan mata dan mahu meneka sesuatu.
"Kau mengandung ker Nia?"tanya Tina.
Rania telan air liur.Tak kan lah.
"Sebab simptom kau sama macam Mira.Lepas tu aku tengok kau makan banyak tapi asyik lapar.Memang lah aku tak ada pengalaman.Tapi tanda-tanda tu sebiji macam Mira."beritahu Tina.
Rania beku.Tak kan lah dia mengandung.
"Dah-dah kau jangan diam saja.Jom kita pergi klinik untuk kepastian."
Terus Tina tarik tangan Rania.Niat nak pusing satu tempat membeli-belah harus dilupakan dulu.Ada yang lebih penting untuk diketahui.
Share this novel