BERITA tragis yang menimpa Ayu sangat menyayat hati.Tidak disangka pengakhiran begitu.
Rania termenung seketika.Dia turut bersedih atas kejadian yang telah menimpa arwah Ayu.
"Sayang menung apa tu?"tegur Muqri sambil labuhkan duduk di sebelah Rania.Dari tadi dia perhatikan Rania yang duduk termenung di tangga.
"Abang..Nia rasa bersalah pula."kata Rania tiba-tiba.
"Kenapa pula?"
"Pasal arwah Ayu."
"Nia tak salah apa pun.Jangan fikir yang bukan-bukan."nasihat Muqri.
"Nia rasa bersalah.Kalau Nia tak pergi sana sudah tentu abang kahwin dengan dia."keluhnya.
"Nia, tak elok cakap macam tu.Bukan salah sesiapa pun.Apa yang jadi adalah takdir dari Allah.Takdir yang bawa ke sana.Takdir juga yang menemukan kita.Kalau Nia tak datang pun abang tetap tak akan kahwin dengan dia.Sebab jodoh kita sudah tertulis."
"Kesian arwah kan..Dia dah lama suka kan abang..."suara Rania masih dalam nada kesal.Rania masih dalam perasaan bersalah.
"Nia,jangan fikir yang bukan-bukan.Semua ini adalah ketentuan Illahi.Kita sebagai hamba tak patut menafikannya."
"Tapi Nia rasa sedih sebab pengakhiran Ayu macam tu."
"Nia,dah la jangan fikir lagi.Apa yang berlaku adalah Qadak dan Qadar Allah.Kita sebagai hamba tak boleh pertikaikan apa yang sudah tertulis."
"Nia minta maaf.Tapi Nia tak sangka sampai jadi macam ni."
"Abang pun tak sangka benda ni akan jadi lebih buruk."Muqri turut mengeluh kecil.
Tak sangka makin teruk keadaan arwah Ayu setelah dia gagal menyakinkan Muqri untuk berkahwin dengannya.Nasib Sofia tidak di apakan.Arwah marah sangat dengan Sofia kerana membuka rahsia yang menyebabkan pernikahannya dengan Muqri terhenti.
"Dah la sayang.Jangan fikir lagi.."Tubuh Rania sudah tenggelam dalam pelukan Muqri.
"Abang...esok kita balik kampung ya."
"Boleh... tapi dengan syarat."Muqri kenyit mata sebelah sambil senyum senget.
"Apa dia?"tanya Rania.
"Nak sayang.."bisik Muqri di telinga Rania buatkan Rania tersipu malu.
"Sebelum tu abang cakap nak buat nasi goreng tomyam.Nia rasa lapar dah ni."rengek Rania.Dah lama dia tidak bermanja dengan suaminya.
"Boleh saja...Sayang kena temankan abang masak."jawab Muqri sambil lebarkan senyuman.
"Abang!Nia boleh jalan sendiri lah...."kata Rania bila tangan Muqri sudah berpaut pada tangannya.Pada hal dia rasa seronok bila Muqri manjakan dia.
"Abang tahu.Tapi abang rasa nak berkepit dengan sayang saja.Tahu tak abang terlalu rindukan sayang."
Rania lorek senyuman.Dia pula yang terlebih berpaut pada lengan Muqri dan melentokkan kepala atas bahu Muqri.
"Nia pun rindukan abang juga..."bisiknya pada Muqri.
Tidur Rania kembali nyenyak setelah berada dalam pelukan suaminya.Tidak seperti malam-malam yang lepas,tidurnya diiringi dengan linangan airmata.Sudah puas dipujuk hati sendiri namun perasaan sedih tetapi tidak dapat dibendung.
Malam ini tiada ada lagi airmata yang menemani. Hanya kuntuman bunga-bunga cinta makin mekar mewangi didalam hati.
Cetusan senyuman kembali terukir dibibir.Lenyap terus segala duka lara dihati.
***************
"Rindunya Reen dekat kak Nia...."Reen memeluk erat kakak iparnya sambil dibalas pelukan erat dari Rania.
"Syukur..Alhamdulillah.."ucap Mak Dah bila Muqri balik berdua dengan Rania.
"Nia pun rindu Reen dengan Maa Dah...."jawab Rania.
"Abang Ri ni asyik tersengih dari tadi dah kenapa."
Reen perasan abangnya asyik tersenyum sejak tiba tadi.Sengaja dia mahu mengusik abang dan kakak iparnya.
"Mana tak senyumnya.Isteri dah ada depan mata."kata Mak Dah sambil simpul senyuman pada keduanya yang kelihatan ceria dan gembira.
"Sebenarnya Ri nak cakap satu berita gembira ni."
"Apa dia abang Ri?"tanya Reen tidak sabar mahu tahu.
"Nia mengandung."
"Alhamdulillah."ucap Mak Dah sambil menyapu tangan ke muka.
Rania senyum kecil.
"Wahh! tak lama lagi Reen jadi mak usu lah...."kata Reen dengan gembira.
"Ri kena jaga Nia baik-baik.Kandungan masih baru lagi.Jangan buat kerja berat."nasihat Mak Dah.
"Baik Mak Dah."ujar Muqri.Tahu mereka semua sayangkan Rania.Dia lagi lah.Sayang sangat-sangat.Rania kan buah hati dia.
"Reen boleh temankan kak Nia pergi rumah Sofia tak?"tanya Rania tiba-tiba.
Muqri sudah tidak senang hati.Risau.
"Boleh."jawab Reen.
"Nia, kalau nak pergi abang nak ikut.Abang risau."
Walaupun Ayu sudah tiada,Muqri tetap bimbang akan keselamatan isteri dan adiknya.
"Baik.Petang ni kita pergi.
*********************
"Sofia,salam takziah.Maaf aku tak sempat ziarah arwah."kata Rania.
"Tak apa Nia.Aku faham..."ujar Sofia.
Memang dia masih lagi bersedih akan kejadian yang menimpa arwah Ayu.
"Aku minta maaf..."kata Rania.
"Nia,ni bukan salah kau atau sesiapa pun.Sudah takdir arwah begitu.Kita tak boleh nak buat apa.Kita hanya mampu berdoa semoga arwah Ayu tenang di sana."
"Mak Ros dan Pak Harun pun sudah redha.Mereka tahu arwah yang salah.Cuma dalam waktu terdekat ini,mereka tidak mahu bertemu dengan sesiapa.Mujur Farid sentiasa ada dengan mereka."
Kasihan juga pada Mak Ros dan Pak Harun.Sayu saja melihat wajah tua mereka.Walauoun mereka telah redha namun kesedihan tetap terlayar di mata mereka.
"Aku tak sangka benda ni akan berakhir macam ni."Rania berasa simpati pada ibubapa Ayu.
"Kita semua pun tak sangka.Tapi aku juga redha dengan pemergian Ayu.Ayu tetap kawan baik aku.Cuma aku tak sangka dia sampai membahayakan nyawa."
Terbayang Sofia akan kejadian tersebut.Kalaulah Ayu sempat membuat sesuatu pada dia,sudah tentu dia yang menjadi arwah.Takut bila difikirkan balik.
Arwah sememangnya sudah rcenderung mengalami gangguan obses terhadap cinta.Perasaan luar biasa yang mahu memiliki dan terlalu mengharap cintanya akan dibalas.
Mereka yang obses juga akan lebih berasa cemburu melihat kebahagian orang lain dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan orang yang mereka cintai.
Perasaan yang tidak dirawat itu masih akan sama walaupun sudah bertahun lamanya.
Arwah yang terlampau obses dengan cinta menyebabkan terjadinya tekanan mental pada diri sendiri.Ini juga menyebaakan pesakit menjadi terlampau gembira dan menjadi marah dalam tempoh beberapa minit dan jam.Turut berlaku kemurungan dan kegelisahan yang tidak dapat dikawal.
Mereka yang mengalami penyakit seperti ini akan mudah berkhayal.Contohnya cinta yang tidak berbalas tetapi disangka akan dibalas walaupun realitinya tidak mungkin akan terjadi.
Keadaan ini meyebabkan menjadi semakin parah dan turut mengganggu kehidupan harian pesakit.Mereka akan mengambil jalan pintas supaya orang yang mereka suka akan membalas cinta mereka.
Mereka juga cenderung untuk melakukan sesuatu yang membahayakan.Termasuklah mencederakan diri sendiri ataupun orang lain.
Sayangnya cinta yang kerterlaluan hingga mengagungkan perasan obses menyebabkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini.
Pemikiran mereka juga akan menjadi tidak rasional dan mendatangkan keresahan pada diri sendiri.Mereka sendiri tidak dapat mengawal diri.
Pemikiran mereka juga akan sering terganggu.Bukan itu saja,golongan ini sangat membahayakan hingga sanggup mengganggu kehidupan orang lain.Mereka juga akan menjadi seorang pembenci.
Malah mereka akan merasakan bahawa tiada orang lain yang dapat membahagiakan orang yang mereka suka itu.Dan mereka menganggap orang itu adalah hak milik mereka.Orang lain yang masuk campur akan dianggap sebagai pesaing terbesar mereka.
Mereka akan sukar mengalah dengan sesiapa saja kerana mahu menguasai.Bagi mereka,diri mereka sendiri yang paling hebat.
Apabila cinta ditolak,mereka akan tetap memaksa hingga membuatkan hidup orang lain menjadi tidak tenteram.
Obses bukanlah cinta tetapi lebih kepada pengganggu dalam sesebuah hubungan.
Share this novel