MAJLIS berendoi anak Mira Dan Daniel berjalan dengan lancar.Sedondon mereka memakai baju berwarna biru muda.
Ibu mertua Mira bersungguh mahu mengadakan majlis.Sekaligus meraikan Mira dan Danish sebagai ahli keluarga baru mereka.
Rania dan Muqri turut hadir.Rania cantik berbaju gaun unggu lembut sedondon bersama Muqri yang turut memakai sepersalinan baju melayu.
Sempat mereka bergambar bersama Mira dan Daniel di atas pelamin kecil.Danish diletakkan dalam buaian khas yang dihias cantik.Ibu mertua Mira memang kreatif bab menghias ini.
"Nia,besar juga perut kau kan.Kembar ker?"tanya Hani dengan mulut sedikit terlopong.
"Tak lah.Sorang saja kat dalam ni."pangkah Rania.
"Lepas ni giliran kau pula.Tak sabar nak tengok anak kau Nia."kata Tina sambil memeluk dan melaga kedua belah pipi Rania.
"Lagi tiga bulan.Anak aku pun tak sabar nak jumpa makcik-makcik kepo dia."gurau Rania.
"Auntie la."sangkal Hani.
"Alhamdulilah Mira,aku gembira tengok kau bahagia."kata Rania pada Mira.
"Terima kasih Nia.Aku sayangkan kau."balas Mira sambil memeluk Rania.
"Anak kau baik sungguh.Tak nangis pun bising-bising macam ni."puji Tina pada Mira.
Danish tidur lena dalam buaian.Sesekali ibu mertua Mira akan menjenguk cucunya.Pantang nangis sikit pasti dia akan datang memujuk.
"Kau bertuah Mira.Mak long sayangkan kau."tambah Rania.
Bukan dia tak nampak mak long yang sibuk menguruskan hal Danish.Sayang sungguh mak long pada cucunya,Danish.
"Nia dah makan ker?"tanya Daniel sambil mengambil tempat di sebelah Mira.
"Dah tadi.Ni pun rasa dah kenyang sangat."jawab Rania sambil mengusap perutnya yang sudah sedia membukit.
"Mira tu bukan keluarga kau ker?"tanya Hani sambil menunjuk ke arah keluarga Mira yang sedang bersalaman dengan ahli keluarga Daniel yang lain.
Mira seraya mengangguk.
"Syukur mereka dah maafkan aku.."ucapnya penuh kelegaan.
"Maafkan kami."tambah Daniel yang turut merasa lega bila keluarga Mira telah memaafkan mereka.
Betul orang cakap,marah macam mana sekali pun mak ayah akan mengalah demi kebahagiaan anak-anak.Terutama setelah melihat cucu sendiri.Yang salah mereka berdua bukan Danish.
Memang bukan senang untuk keluarga menerima apa yang telah mereka lakukan.Masih ada marah yang tersisa.Daniel sudah berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuataannya dan berjanji menebus segala salah silap dan dosanya pada Mira dan Danish.
Sekarang mereka sudah menarik nafas lega bila keluarga Mira dapat menerima dan memaafkan mereka.
"Alhamdulillah.Akhirnya semua dah berbaik.Lepas ni kita tunggu hari bahagia Hani dan Tina pula."selar Rania.
"Jangan tak datang pula."kata Hani dengan wajah penuh bahagia.Terserlah aura bakal pengantin di mukanya yang kelihatan berseri-seri.
"Okey lah.Aku nak duduk dengan suami aku sekejap.Kesian dia sorang kat sana."Rania meminta diri untuk menemani Muqri.
Mujur suaminya seorang yang peramah dan pandai membawa diri.Saudara mara Rania yang lain juga dapat menerima kehadiran Muqri sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Rania berjalan perlahan menuju ke arah Muqri.Tanpa menunggu lama Muqri ikut bangun mendapatkan Rania dan memimpin tangan.Rania kelihatan bahagia di samping Muqri.
"Tengok Nia tu.Jeles aku tengok."Tina jeling manja ke arah Rania yang sudah bersama Muqri.
"Kau pun boleh macam tu.Suruh Syukri cepat sikit."kata Hani berseloroh.
"Ni lagi satu.Beromantika sentiasa."tunding Tina ke arah Mira.
Pada masa yang sama Daniel sedang membetulkan tudung Mira.Sejak Danish hadir,Mira juga telah banyak berubah.
"Jom lah Tina,sakit mata aku."Hani dan Tina berlalu pergi sambil tersenyum sengih.
Mira dan Daniel berpandangan sambil tersenyum sipu.Mereka pasangan yang sedang hangat bercinta.Maklumlah kahwin pun ekspres.
Rania yang melihat dari jauh hanya tersenyum.Daniel dan Mira sudah bahagia bersama macam dia dan Muqri.
Selepas ini,Rania hanya perlu menunggu masa untuk melahirkan anak saja.Harap anaknya juga sihat dan comel seperti Danish.
"Nia tunggu dulu.Pak long ada benda nak cakap dengan kamu."kata pak long Musa.
Ketika itu Rania sudah mahu pulang.
"Kenapa pak long?"tanya Rania sedikit gementar.
Bermacam-macam perkara berlegar dalam fikiran Rania.Pak long Musa masih marah akan dia lagi kah?Dari tadi dia nampak pak long asyik memandang ke arahnya.Sebab itu Rania tidak betah berlama di situ.Dia mengajak Muqri pulang.Tidak mahu menganggu majlis Mira dan Daniel.
"Pak long nak minta maaf pada Nia."kata Musa tiba-tiba.
Rania sedikit canggung.
"Pak long tak ada salah apa pun dengan Nia."jawab Rania.
"Banyak Nia.Banyak salah Pak long dengan Nia.Dengan arwah papa Nia."kata Musa sedikit bergetar suaranya.
"Nia dah lupa kan semua.Nia tak simpan dalam hati pun.Nia pun ada buat salah pada Pak long sekeluarga."tutur Rania.
"Sebenarnya pak long nak pulangkan hak arwah papa Nia."terang Musa.
Rania tercengang.Hak apa yang Pak long maksudkan.Dia mengajak Rania dan Muqri masuk ke dalam sebuah bilik.Ketika itu semua tetamu berada di luar rumah.
Musa meletakkan sebuah fail berwarna hitam yang agak tebal di atas meja.
"Ini hak arwah.Pak long tak sepatutnya ambil.Selagi Pak long tak pulangkan balik,pak long rasa tak tenteram hidup."wajah Musa sedikit muram.
"Apa ni Pak long?"tanya Rania setelah fail bertukar tangan.
"Bahagian yang memang hak arwah.Tapi Pak long tamak masa tu.Pak long bolot semua."
"Arwah sebenarnya tahu tapi dia diamkan saja.Arwah papa Nia memang orang yang baik.Pak long yang jahat."kata Musa lagi.
Rania menyelak satu persatu helaian dalam fail.Jelas arwah papa juga punya hak dalam syarikat.Arwah salah seorang pemegang saham syarikat.Selama ini memang Rania kurang ambil tahu atau lebih tepat Rania tidak tahu langsung.
"Pak long bersalah sangat pada arwah.Sepatutnya pak long bagi masa dia masih hidup tapi pak long tak buat.Pak long banyak dosa pada arwah papa dan mama Nia."
"Tapi pak long,Nia tiada hak untuk ambil."
"Tak boleh Nia.Nia kena ambil juga.Ini sebenarnya amanat dari atuk.Pak long tak sepatutnya ambil bahagian papa Nia.Sebelum meninggal arwah atuk sudah membahagikan pada kami berdua sama rata."
Arwah datuk Rania memang seorang yang terkenal suatu masa dahulu.Kekayaan yang ada sekarang adalah diwarisi sejak turun temurun dari keluarga.
Bila nenek Miah meninggal,atuk berkahwin pula dengan nenek Salbiah iaitu emak arwah papa.Sejak itu pak long mula tidak berpuas hati dengan arwah papa.Sampaikan pak long pernah berniat mahu merampas arwah mama Rania dari arwah papa.Itu yang Rania tahu.
"Nia tak tahu nak cakap apa.Pak long lebih berhak untuk semua ini.Pak long sajalah yang pegang amanat ini."kata Rania setelah berfikir sejenak.
Untuk apa dia terima kerana dia telah kehilangan ahli keluarganya.
"Nia tolonglah.Pak long tak boleh sentuh hak arwah.Cukuplah apa yang terjadi pada keluarga pak long.Tak tenang hidup pak long kalau Nia tolak lagi."
Wajah Musa bertukar muram dengan perasaan bersalah pada arwah adiknya masih terkesan.
Rania memandang Muqri.Dia tidak tahu sama ada mahu menerima atau tidak.
"Demi arwah,Nia terima lah.Tolonglah pak long..."rayu Musa dengan rasa bersalah.
Perlahan Rani mencapai fail hitam itu dan mendakapnya erat.Musa kembali senyum.Dia sudah boleh menarik nafas lega.
"Pak long harap Nia boleh bekerja bersama Daniel untuk menguruskan syarikat.Itu salah satu impian arwah.Muqri juga di alukan untuk masuk ke syarikat.Jangan risau pak long dan Daniel akan memberi tunjuk ajar.Kita dah jadi satu keluarga.Pak long harap lepas ni,Nia selalulah datang ke rumah pak long."
Rania hanya mampu mengucap syukur dalam hati.Untuk arwah papa mama dan Ryan,Rania akan menjadi sebahagian dari NEO HOLDING.
Share this novel