HARI yang paling Ayu nantikan akhirnya tiba jua.Inilah saat yang paling di tunggu oleh Ayu.Dia sudah siap berdandan dengan baju berwarna krim yang ditempah khas untuknya dan Muqri.Berapa kali dia berpusing depan cermin sambil ketawa gembira.Muqri akhirnya akan menjadi milik dia.
Dia bijak menggunakan ayahnya agar memastikan Muqri tidak melarikan diri.Dia mahu memastikan Muqri tetap menikahi dia.Pelbagai alasan dicipta agar Muqri sentiasa dibawah 'pemantauan' ayahnya.
"Kau jangan nak lari pula Muqri!Aku dah cukup malu besar.Jangan kau berani nak malukan aku lagi.Esok pagi aku datang lagi.Aku tak kan biarkan kau lepas tangan macam tu saja!"tegas Pak Harun dengan wajah garang.
Seawal pagi,Pak Harun sudah terpacak depan pintu rumah Muqri.Terus di ajak Muqri ke masjid.Dia tidak mahu berlenggah lagi.
"Saya tak salah Pak Harun..."ulang Muqri berkali-kali.
"Kesian kan lah isteri saya..."rayu Muqri.Dia tahu tak akan semudah itu Pak Harun akan melepaskannya.
"Kau kira kesian pada bini kau saja.Habis tu maruah aku sekeluarga macam mana pula!?Ni aku dah cukup berlembut dengan kau.Ikutkan hati aku yang panas ni,mahu saja aku lempang muka kau!"kata Pak Harun dengan nada tinggi.
Sampai di perkarangan masjid,sudah ramai yang menanti termasuklah Ayu.Ayu berasa lega bila Muqri tetap hadir walaupun hanya bertshirt.Itu semua Ayu tidak peduli,apa yang penting bakal suaminya adalah Muqri.
"Ri,Mak Dah dah cuba sedaya upaya.Mereka tetap mahu Ri bertanggungjawab.."ujar Mak Dah dengan wajah kesal.
Berapa kali Mak Dah cuba untuk berbincang dengan Mak Ros dan Pak Harun namun keduanya tetap berkeras.
"Abang patut bersama kak Nia sekarang ni.Bukan dekat sini."ujar Reen yang kelihatan sangat sedih.
Dia pun tidak rela abangnya berkahwin dengan Ayu.
"Tunggu apa lagi.Masuklah."gesa Pak Harun sambil memberi pandangan kurang berpuas hati melihat Muqri masih terpacak di luar pintu masjid.
Muqri melihat ke arah jalan besar.Masih menantikan seseorang.Tak mungkin Sofia menarik diri di saat Muqri mengharapkan bantuannya.
Semalam dia ada bertemu dengan Sofia.Gadis itu seperti menyembunyikan sesuatu.Setelah dipaksa beberapa kali barulah Sofia membuka mulut.
"Cepat tok iman,nikahkan mereka segera.Saya tak nak Muqri ni lari pula."desak Pak Harun.
Ayu di belakang sudah resah.Risau juga dia Muqri lari sebelum sempat melafazkan akad nikah.
"Aku nikahkan dikau Muqri bin Karim dan Rahayu binti Harun dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."
Pak Harun berkali jegilkan mata pada Muqri.Memberi isyarat agar Muqri melafazkan ijab dan kabul.
Muqri pejam kan mata.Terbayang wajah Rania.Dia tak boleh teruskan.Sakit menahan rindu pada Rania.
"Aku...aku..."Muqri tergagap.Buatkan Pak Harun naik angin.Ayu makin gelisah.
"Kau sengaja kan,Muqri.Tak nak bertanggungjawab.Kau jangan nak buat hal.Cepat terima nikah tu!"marah Pak Harun.
Kecil besar sahaja dia tengok muka Muqri.
"Sabar Harun..Benda ni bukan boleh buat main-main.Biar Muqri tenang dulu."ujar Ustaz Amir sambil menggeleng kepala melihat telatah Pak Harun yang sudah naik angin.
Mak Ros juga menjeling tajam pada Muqri.Geram dia bila Muqri sengaja melambatkan.Pada hal Muqri sudah berpengalaman, tak kan boleh tergagap lagi.
Kali kedua tok kadi jabat tangan Muqri.Muqri sudah buntu.Rasa terseksa dengan keadaan sekarang.Wajah semua hadirin dipandang termaksuklah Pak Harun yang tak lepas dari memandang muka Muqri.
'Maafkan abang,Nia...'rintihnya kesal.
"Aku terima nikahnya..."dengan suara yang tenggelam di kerongkong.Dia tidak sanggup melafazkan.
"Nanti dulu!"kata satu suara.Tergesa dia memasuki ruang dalam masjid.
Ayu dah tak senang duduk bila Sofia muncul di situ.Semua yang berada di situ menoleh pada Sofia dan seorang lelaki.
"Ayu tak boleh kahwin dengan Muqri!Ayu mengandungkan anak Farid!"kata Sofia dengan kuat.
Semua tercengang sambil memandang Sofia.
"Apa ni Sofia!?Kamu cakap apa ni?"tanya tok imam.Yang lain juga tertanya-tanya.
"Ayu dah perangkap Muqri.Muqri tak salah tok.Ayu yang letak ubat dalam minuman Muqri."kata Ayu lagi.
"Hei Sofia!Apa kamu cakap ni?kamu jangan nak fitnah Ayu pula!"marah Mak Ros.Dia sudah tahu akan hubungan Ayu dan Sofia yang tidak baik seperti dahulu.
"Saya berani sumpah!Ayu mengandungkan anak Farid!Tak percaya tanyalah Farid."kata Sofia sambil menunding pada lelaki di sebelahnya.
"Ya,Ayu dan saya memang ada hubungan.Saya cintakan Ayu.Kami dah terlanjur.."jelas Farid tanpa selindung.
"Apa kamu berdua merepek ni!?Jangan-jangan kamu berdua bersekongkol dengan Muqri.Sengaja kamu reka cerita!"herdik Pak Harun.
"Tak pakcik!Saya sumpah!Saya dengan Ayu dah lama terlanjur.Saya cintakan Ayu."jelas Farid.
"Ayu!baik kamu cakap dengan aku.Betul ker apa yang mereka cakap ni!?"marah Pak Harun sambil bercekak pinggang.
Tok imam dan semua yang ada di situ berbisik sesama sendiri.
"Jangan dengar cakap diaorang!Kau sengaja kan Sofia!Kau dengki dengan aku kan,sebab aku nak kahwin dengan Muqri.Sebab tu kau reka cerita pasal aku!"Ayu tampil membela diri.Dia takut rahsianya pecah.
"Kau cakap aku reka cerita.Habis tu yang dalam perut kau anak sapa!?"tengking Sofia.Sudah lama Sofia bersabar dengan perangai Ayu.Kali ini di tak akan biarkan Ayu membuat sesuka hati lagi.Dia sudah tidak mahu bersubahat.
"Anak Muqri!"jawab Ayu dengan yakin.
"Kau memang bijak Ayu... tapi kau ada bodohnya.Takkan lah kau dah mengandung dua bulan?"sindir Sofia.
Ayu makin tidak keruan.
"Aku cakap anak Muqri!anak Muqri lah!"jeritnya.
"Ni apa?"Sofia tunjukkan resit klinik di tangannya.Dan keputusan ujian.Diberi pada Mak Ros.
Terbeliak mata Mak Ros.Resit ujian kehamilan.Tertera nama Ayu di situ.
"Apa ni Ayu!?"mencerlung mata Mak Ros.
"Mak jangan percaya cakap Sofia.Dia dengki dengan Ayu.Dia upah jantan ni untuk buruk kan Ayu.Kau sengaja kan nak rosak majlis aku!"Ayu mara ke hadapan mahu menampar pipi Sofia.
Mak Ros terlebih dahulu menarik tangan Ayu.Sebuah penampar hinggap di pipi Ayu.Terkedu Ayu.Terkejut semua yang ada di situ.Memang dia percaya lah sebab Ayu sering muntah-muntah.Bukan dia tak perasan perut Ayu kelihatan sedikit buncit dari biasa.Tak kan dia tak tahu.Dia pun pernah mengandung.
"Apa yang kau dah buat Ayu?"tanya Mak Ros sambil mengesat airmatanya.
"Ayu tak buat apa.Jangan percaya cakap Sofia!"rayu Ayu di kaki Mak Ros.
"Ayu,saya nak kahwin dengan awak.Itu anak saya.Saya nak bertanggungjawab."Farid pula melutut di kaki Pak Harun.
"Tak ayah.Ayu nak kahwin dengan Muqri!Ayu tak nak dia."rayu Ayu.Pak Harun seperti orang kebingungan.Satu persatu masalah yang Ayu buat.
"Tok imam,saya ada bukti.Ayu yang ceroboh masuk ke dalam rumah Muqri.Dia ada minta saya belikan ubat pelali.Tetapi saya menolak."jelas Sofia lagi.
Mak Dah dan Reen berpandangan.
"Sofia macam mana kamu tahu Ayu yang perangkap Muqri?"tanya tok imam.
"Sebelum hari kejadian,Ayu datang ke rumah saya dan meminta saya untuk tolong dia beli ubat pelali dan memberitahu tentang rancangannya.Saya menolak.Ayu marah."
"Kebetulan hari kejadian,saya sengaja ikut belakang Ayu.Ayu yang masuk ke dalam rumah Muqri.Ayu campurkan ubat pelali je dalam minuman Muqri."
"Ini tok,saya ada ambil video Ayu buat semua itu.Dan saya juga ada gambar Ayu dan Farid."Sofia menyerahkan telefon bimbitnya pada tok imam.
Ayu sudah mahu menangis.Rancangannya memakan diri sendiri.
"Aku sayangkan kau, Ayu.Aku tak mahu kau musnahkan masa depan kau sendiri.Kau juga dah musnahkan kehidupan orang dengan keinginan kau sendiri.Bertaubatlah Ayu.Farid sayangkan kau.Fikarkan masa depan anak dalam kandungan kau juga."kata Sofia.
Ayu menahan geram.Kini impiannya untuk memiliki Muqri telah musnah.Berkecai di tengah jalan.
"Saya sedia bernikah dengan awak, Ayu."kata Farid.
Tok imam dan yang lain mula berbincang.Muqri berasa lega bila Sofia menceritakan perkara sebenar.Sekurangnya nama dan maruah dia dapat dibersihkan.
"Ayu tak nak nikah dengan Farid.Ayu nak Muqri!'raung Ayu.
Pak Harun menampar pipi Ayu dengan kuat.
"Anak tak tahu malu!"marah Pak Harun.Mujur yang lain tolong sabarkan kalau tidak mati Ayu dikerjakan Pak Harun.
"Aku nak kau nikah dengan Ayu sekarang juga."kata Pak Harun pada Farid.
"Aku minta maaf Muqri."kata Pak Harun sambil mengheret Ayu ke hadapan tok kadi.
"Tok,terima kasih sebab tolong bersihkan nama saya."ucap Muqri.Disitu juga Muqri sujud syukur.Rasa sejuk di ubun kepala bila masalah paling berat telah selesai.
"Tok pun nak minta maaf sebab tak selidik dengan lebih dalam.Kesian pada isteri kamu."Bila Tok imam sebut pasal 'isteri' terus Muqri mahu pergi mendapatkan Rania.
Dalam fikirannya hanya Rania.Dia amat merindui isteri tercintanya itu.
Share this novel