Bab 9

Humor Completed 18363

"PAPA tak suka Daniel rapat dengan Rania.Biarkan dia seorang diri.Jangan Daniel berani nak pergi ke sana lagi!"amaran keras dari papanya.

Suara kuat pak long mengejutkan Rania yang baru sampai di situ.Dia tak jadi masuk ke dalam.Pintu yang sedikit terbuka membolehkan Rania mendengar setiap butir bicara Pak Long Musa dan Daniel.

"Tapi papa...Rania tu saudara kita.Patutnya kita kena jaga dia.Dia dah tak ada sesiapa pun."bantah Daniel bila papanya enggan mengambil tahu akan hal Rania.

"Dia boleh jaga diri sendiri.Biarkan dia.Papa tak suka dia tinggal di sini!"marah Musa.

Geram dia bila Daniel bersuara mahu membawa Rania tinggal di rumahnya.

Jantung Rania makin berdebar kuat.Tak sangka Pak Long Musa begitu marah akan dia.

"Daniel sayang dia papa.Daniel nak jaga Rania.Daniel nak kahwin dengan dia!"kata Daniel dengan tegas.

Terbeliak biji mata Musa mendengar pengakuan dari anaknya.

"Jangan kau berani nak kahwin dengan dia!Aku tak akan restu!Dia tu pembawa malang.Patutnya dia pun mati sama dalam kemalangan tu!"Suara Musa semakin tinggi dan penuh kemarahan.

Menitis airmata Rania.Tak sangka apa yang dia dengar keluar dari mulut Pak Long Musa sendiri.

"Kenapa papa benci sangat dengan Nia?Daniel sayang kan Nia.Daniel cintakan dia papa!"tegas Daniel.

Rania pejamkan mata.Kenapa dia perlu dengar semua ini.Di saat hatinya masih belum pulih.

"Kalau kau nak kahwin juga jangan harap satu sen harta pun dari aku lagi!"tempik Musa dengan kuat.

"Apa yang kau ada sekarang ni aku akan tarik balik!"ugut Pak Long Musa.

"Aku memang tak suka dengan budak tu.Dah la tak berguna satu sen pun.Kerja menghabiskan duit mak bapak saja.Penat aku bangunkan syarikat senang lenang bapak dia nak letak nama dia dalam syarikat.Elok sangat dia meninggal.Menyakitkan hati saja."sambungnya dalam nada marah yang masih membuak-buak.

"Kenapa papa cakap macam tu?tu adik papa juga kan."Daniel tidak puas hati.Mati-matian hajatnya ditentang kuat oleh papanya.

"Memang adik tapi ada berlainan mak.Patutnya aku yang kahwin dengan Syaza.Ini tidak dia yang potong jalan.Sebab tu aku benci tengok muka budak tu!"marahnya penuh dendam yang sudah lama tersimpan.

Rupanya dendam Pak Long Musa pada arwah adiknya,Razak tidak pernah surut.

"Cerita dah lama papa.Tak kan nak ungkit lagi.Arwah pak su dan mak su pun dah tak ada."jawab Daniel.

Daniel rasa tak adil papanya menghukum Rania atas masa silam mereka.

"Bagi kau cerita lama.Tapi bagi aku masih segar dalam kepala ni."kata Musa sambil menunding jari ke kepala sendiri.

Musa sambung marah lagi.

"Dan kau Daniel!Jangan ingat aku tak tahu.Kau selalu labur duit pada Rania!Senang-senang saja dia dapat.Jangan harap dia boleh masuk dalam family aku!Kau ingat aku suka sangat dengan cara dia berpakaian.Dah macam perempuan murahan saja aku tengok!Mak bapak dia pun tak boleh tegur ini kan kau nak ubah dia!Mati hidup semula pun aku tak kan terima dia!"kata Musa dengan sinis.

"Tapi papa..kesian lah pada Rania.Dia dah tak ada sesiapa lagi."rayu Daniel entah kali yang ke berapa.

Dia berharap sangat papa nya boleh menerima Rania sebagai menantu.

"Aku tak mahu dengar lagi kau cakap pasal budak tu.Bagi aku,dia pun dah mati sama macam bapak dia.Dan aku tak nak tengok kau berhubung lagi dengan dia.Faham!"jerkah Musa.

Sungguh terkilan hati Rania mendengar semuanya.Patutlah Pak Long Musa seperti menjauhkan diri.Isteri pak long pun tak berani rapat dengan Rania.Tak macam sepupu Rania yang lain.Mereka semua sangat mesra dengan isteri pak long.Rania sudah perasan selama ini cuma dia tidak mahu mengambil kisah.

Dengan perasaan sedih yang makin menjerit rasa,Rania terus melangkah masuk ke dalam rumah Pak Long Musa.

"Terima kasih pak long untuk segalanya.."kata Rania dengan tiba-tiba.Buatkan mereka dua beranak terkejut.Tak menyangka Rania ada di situ.Sudah tentu Rania mendengar segalanya.

"Baru Nia tahu kenapa pak long benci sangat dengan Nia.Ya,sepatutnya Nia mati sekali.Baru puas hati pak long kan.Jadi selama ini pak long hanya berpura-pura baik dengan keluarga kami.Kesian arwah papa.Dia tak salah apa pun.Nia yang salah!"kata Rania dengan suara agak tinggi bersama linangan airmata.

Dia dah cuba tahan tapi airmata cepat saja mengalir laju.

Disebabkan sikap Rania,Pak Long Musa membenci mereka sekeluarga.Kasihan arawah papa dan mama.Tentu selama ini mereka terpaksa menanggung malu kerana Rania.

"Baguslah kalau kau dah tahu.Tak payah aku nak berpura-pura lagi.Mulai hari ini jangan kau berani minta duit dengan Daniel!Dan aku tak nak tengok muka kau jejak kaki dekat sini!"Pak Long Musa masih dengan sisa amarahnya.

"Baik kalau itu yang pak long mahu kan.Nia nak minta maaf atas semua kesilapan lalu arwah papa dan mama.Tak patut pak long mengungkit apa yang sudah lama berlalu.Nia sangat terkilan.Arwah papa dan mama tak pernah bencikan pak long."kata Rania dengan geram.

Pak Long Musa hanya menjeling kasar.

"Terima kasih juga sebab pak long bencikan Nia!"

Rania terus berpaling dan melangkah pergi.

"Nia!tunggu dulu!"laung Daniel sambil mengejar Rania.

"Daniel!jangan kau berani nak ikut dia!Kau jangan ingat aku cakap kosong."ugut Musa buatkan Daniel berhenti melangkah.

Daniel tahu papa nya tidak bercakap kosong.Dia masih belum bersedia untuk hilang segala apa yang ada sekarang.Pada masa yang sama dia juga tidak mahu kehilangan Rania.

Daniel jadi serba salah.Dia sayangkan Rania.Dan dia juga sayangkan apa yang dimilikinya sekarang.Dilema sungguh.

"Nia please!Dengar dulu apa abang nak cakap.Nia tunggu abang dekat rumah nanti abang pergi sana." Daniel cuba menenangkan Rania yang kelihatan sangat kecewa dan sedih.

Dia jatuh kasihan melihat Rania.Sudah lama dia tak berjumpa Rania sebab papa nya tidak benarkan.Muka Rania juga kelihatan sugul dan tidak bermaya.Tapi itu tak mematahkan hajat Daniel.Sudah tentulah Rania mengalami kemurungan yang teruk akibat kesedihan terlampau.

"Cukuplah abang Daniel.Nia tak akan pijak rumah ni lagi.Nia dah tahu sekarang kenapa pak long bencikan Nia.Entah abang Daniel pun sama bencikan Nia."tuduh Rania.Geram.Kesal semua pun ada.

"Abang ikhlas dengan Nia.Tolonglah Nia percaya kan abang."rayu Daniel.

Pak Long Musa bercekak pinggang di muka pintu.Muka dah merah berapi.

"Perempuan macam ni kau nak buat bini.Campak tepi jalan pun orang tak ingin.Entah kena tebuk tupai.Setiap malam asyik merayau macam perempuan tak ada maruah!Aku tak nak menantu yang telah rosak.Habis jahanam keturunan aku nanti!"tengking Pak Long Musa.

"Memang Nia telah 'rosak'.Tapi bukan rosak maruah diri.Nia masih ada harga diri."Rania masih cuba membela diri.Dia tidak mahu mengalah.Apa yang pak long cakap semua tidak benar.

"Maruah diri?harga diri?"Pak Long Musa ketawa sinis.

"Elok sangat la tu.Malam keluar merayap pagi baru nampak pintu rumah.Dah berapa banyak jantan kau tidur!?Kau tak reti malu ker Rania.Kalau aku jadi mak bapak kau dah lama aku tanam kau hidup-hidup!"tengkingnya dengan kuat.

Kata-kata Pak Long Musa sangat menyakitkan hati Rania.Turun naik nafas Rania menahan marah bercampur sakit hati.

"Papa cukup lah tu!Rania tak salah apa pun."bantah Daniel.Naik risau bila papa dan Rania bertelagah.Makin mengusut kan keadaan yang sedia kusut.

"Elok sangat lah kau nak bela perempuan macam ni.Dia tak layak untuk kau buat bini!"ulang Pak Long Musa lagi.Kali ini dengan mata yang sengaja dibesarkan untuk menakutkan Rania.

"Nia mengaku memang Nia tak layak untuk sesiapa pun.Tapi pak long tak ada hak untu tuduh Nia sesuka hati.Nia mengaku Nia memang banyak dosa pada arwah mama dan papa."

Airmata yang merembes keluar di kesat dengan kasar.Hatinya benar-benar pedih dengan kata-kata hinaan dari pak long.

"Kau dah terlambat Rania.Pergilah minta ampun dekat kubur.Masa mereka hidup kau tak dengar langsung cakap mereka.Sesuka hati kau saja kau buat.Dah mereka tak ada baru kau nak meratap meraung.Memang dah tak berguna!"herdik Musa.

"Sekarang aku nak kau berambus dari sini!Jangan kau berani cari Daniel lagi!"

Terus Musa menarik tangan Daniel masuk ke dalam rumah.Pintu rumah dihempas dengan kuat.Dibiarkan Rania berdiri di luar rumah.Daniel nak melawan tapi dia takut bila papa nya memberi amaran keras.Tak pasal dia dapat penampar sulung Musa.

Rania terus melangkah pergi dari situ.Sikit pun dia tidak memandang ke belakang lagi.Hatinya kecewa dengan layanan Pak Long Musa.Terasa diri sangat hina di mata Pak Long Musa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience