Bab 28

Romance Completed 79607

MONYOK wajah Hayyan menimbulkan tanda tanya dalam benak Zenia. Lelaki itu menarik kerusi lalu duduk di depannya bagai orang tidak berperasaan.

“Hayyan... awak kenapa? Ada masalah ya?” Lembut Zenia bertanya. Tak suka tengok Hayyan macam tu.

Hayyan bersandar di kerusi. Lurus renungannya ke wajah Zenia. Tidak berkelip walau sekali. Renungannya yang lembut dan dalam membuatkan Zenia tidak senang duduk. Resah hatinya tiba-tiba. Kenapa dengan Hayyan? Adakah...

“Hayyan... awak janganlah diam dan tengok saya macam tu. Kalau awak ada apa-apa nak share, saya sudi dengar.” Ujar Zenia masih dalam nada suara yang sama. Ada senyuman nipis terukir di bibirnya.

Hayyan jatuhkan pandangan. Keluhan lemah terlepas dari mulut. Hampir seminggu tidak berjumpa Zenia. Seminggu tu jugalah kata-kata Kamil terngiang-ngiang di telinganya. Tiap kali berhubung di telefon dia masih boleh menyembunyikan semuanya daripada Zenia tapi apabila berdepan macam ni, dia tahu dia tak boleh berselindung lagi. Dia perlu dengar penjelasan dari mulut Zenia sendiri.

“Nia... kalau saya tanya boleh tak awak jawab jujur?” Perlahan suara Hayyan. Zenia mengangguk teragak-agak.

“Petang Rabu lepas awak pergi mana?” Renungan Hayyan tepat ke wajah Zenia. Cuba mencari-cari kalau ada riak pembohongan di situ.

“Hmm...” Zenia kematian kata. Petang Rabu? Bukan ke masa tu dia teman Azfar pergi pejabat bapa saudaranya? Aduh! Apa nak jawab ni?

“Nia...” Lembut Hayyan memanggil. Makin tidak sampai hati Zenia jadinya.

“Awak... kan... saya dah beritahu awak hari tu saya keluar dengan Eton...”

“Betul?” Pintas Hayyan laju.

“Betul.” Zenia maniskan roman wajah. Perasaan bersalah bagai jatuh menimpa segenap ruang hatinya. Ya Allah... kenapalah mulut ni berat sangat nak mengaku?

“Awak tak tipu, kan?” Hayyan masih mahukan kepastian.

“Hmm...” Sekali lagi Zenia mengangguk.

“Kan hari tu awak ada SMS saya. Saya balas, kan?” Hayyan terdiam sekejap. Seketika kemudian barulah dia tersenyum.

“Dah makan?” Dia bertanya mesra. Seolah-olah tiada apa-apa yang baru saja berlaku antara mereka.

“Emm... belum.” Zenia geleng. Melihat senyuman Hayyan, makin hatinya rasa tidak keruan.

“Nak makan apa? Saya pergi belikan.” Balas Hayyan. Biarlah hal itu habis di situ saja. Dia tetap memilih untuk percayakan Zenia. Mungkin Kamil silap orang. Ya. Kamil silap orang.

“Hayyan...” Panggil Zenia. Ada sesuatu yang mahu dia katakan.

“Ya?” Sahut Hayyan.

Awalnya Zenia hendak mengaku kenyataan sebenar ke mana dia pada petang Rabu lepas tetapi apabila melihatkan wajah Hayyan yang ceria keinginan itu lenyap sekelip mata.

“Hmm... err...”

“Nia... saya tanya awak nak makan apa?” Hayyan mengulangi soalannya tadi. Zenia paksa bibir untuk tersenyum. Mata dikerdipkan beberapa kali. Cuba menghilangkan rasa sebak yang merantai hati.

“Apa-apa aje.” Jawabnya.

“Okey. Tunggu sini.” Hayyan berlalu. Zenia tersandar di kerusi. Langkah Hayyan diperhati dengan perasaan berbaur.

‘Ya Allah... apa yang aku dah buat ni?’

Senyuman yang terukir di bibir Hayyan ibarat tamparan kuat yang singgah di pipinya. Betapa dia seronok keluar bersama Azfar sedangkan Hayyan dibutakan dengan cerita kononnya dia keluar menemani Eton. Kalau Hayyan dapat tahu daripada orang lain macam mana? Bukan ke cari nahas namanya tu?

Hayyan kembali semula dengan makanan di tangannya. Namun raut keruh Zenia mengundang kerut di dahi Hayyan.

“Kenapa sayang?” Lagilah hati Zenia jadi tidak keruan mendengar panggilan ‘sayang’ itu. Keluhan lemah terhembus keluar.

“Nia?” Hayyan semakin hairan.

“Petang ni awak free tak?” Tanya Zenia.

“Petang ni? Hmm... kenapa?”

“Kalau awak free, kita keluar jom?” Zenia memaniskan roman wajahnya. Berharap dengan pelawaan itu dia dapat menebus rasa bersalahnya dengan menipu Hayyan.

“Awak ajak saya dating ke ni?” Hayyan mengecilkan sebelah matanya merenung Zenia. Ada senyuman mengusik di bibirnya.

“Kenapa? Tak percaya?” Zenia tahan senyum. “Susah.” Gumam Hayyan.

“Nak kata hari ni birthday saya, macam tak.” Zenia ketawa. Macam tak eh?

“Memanglah tak. Saja nak ajak awak keluar. Nak tak ni?” Zenia mengulangi pelawaannya tadi. Hayyan tersenyum. “Okey.”

“FOR MY lovely girl.” Kata Hayyan sambil menghulurkan sekuntum ros merah kepada Zenia.

“Thank you.” Sambut Zenia dengan senyuman bangga. Hayyan ketawa kecil dengan reaksinya itu.

“Kenapa ros?” Zenia memuncungkan bibirnya pula.

“Kenapa dengan ros?” Hayyan angkat kening.

“Selalu tu, suka aje kalau saya bagi ros.”

“Tapi kali ni saya nak bunga Zinnia.” Kata Zenia sambil menahan senyuman.

“Zinnia?”

Zenia mengangguk sekali.

“Hmm...” Hayyan pura-pura berfikir. Bukan tak ada bunga Zinnia di Malaysia ni, tapi dia sendiri tak tahu kat mana nak cari.

“Someday.”

“Bila tu?”

“Nantilah... kita pergi honeymoon kat Mexico ke. Saya bagi awak Zinnia okey?” Hayyan mengenyit sebelah matanya.

Terlepas juga tawa Zenia. Hayyan memang pandai buat dia tersenyum dan ketawa. Sebab itulah dia tidak bosan apabila bersama lelaki itu. Setiap saat yang ada adalah saat yang sangat membahagiakan dalam hidupnya.

“So... bila awak nak jumpa mak cik saya?” Tanya Hayyan mula serius. Zenia diam sebentar.

“Kenapa mesti mak cik awak?” “Kenapa? Tak sudi?” Zenia menggeleng.

“Maksud saya kenapa mesti mak cik awak? Kenapa tak mama awak?” Tiada jawapan daripada Hayyan. Bibir yang tadinya manis dengan senyuman kini menjadi keruh. Kepalanya menunduk.

“Hayyan...” Zenia memanggil lembut. Dia tahu ada sesuatu yang dipendam Hayyan. Percayalah. Walaupun sudah dua tahun bercinta, tidak pernah sekali pun Hayyan buka mulut soal orang tuanya itu. Setiap kali dia cuba bertanya, Hayyan sudah terlebih dahulu mengelak. Hari ini dia nekad mahu tahu semuanya.

“No secret. Awak jugak yang cakap, kan?” Zenia mengingatkan.

Hayyan ketawa halus. “You’ll be surprised.”

“Nak tahu jugak.” Desak Zenia. Cukuplah dia mengalah sebelum ini. Dia mahu tahu semua kisah hidup Hayyan.

Hayyan tersenyum pahit. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum mula bercerita.

“Saya jarang balik rumah... mungkin dalam dua bulan adalah sekali saya balik.”

“Shah Alam dengan KL... bukan jauh pun.” Ujar Zenia. Hairan dan mahu tahu.

Hayyan mengangguk setuju.

“Rumah tu dah tak ada makna untuk saya sejak papa saya buat keputusan untuk kahwin lain.” Kali ini Zenia pula yang terdiam. Tiada suara yang keluar dari mulut Zenia. Hanya menanti bicara Hayyan yang seterusnya.

“Dia mula berubah sejak dia kenal perempuan tu. Dia nak kahwin dengan perempuan tu tapi mama saya tak izinkan.” Jeda seketika.

“Dia nekad untuk kahwin jugak dan sejak tu, dia jarang balik rumah. Saya tak sanggup nak tengok mama saya menangis hari-hari.”

“Sebab tu awak tak balik rumah?” Zenia menyampuk.

Hayyan menggeleng.

“Saya gaduh besar dengan papa bila saya tahu dia dah kahwin dengan perempuan tu. Sejak tu kami dah macam orang asing. Saya pun tak tahu apa yang dah berlaku dalam keluarga kami. Saya tak salahkan mama tapi... entahlah. Susah untuk saya berdepan dengan semua ni.” Hayyan menunduk. Sebak di hati tetapi dia cuba untuk menepis rasa itu.

Zenia menggosok-gosok bahu Hayyan. Cuba menyalurkan semangat untuk lelaki itu. Melihat Hayyan sedih dia turut berasa sayu. Patutlah selama ini Hayyan kuat menyimpan semua cerita itu. Begitu berat sekali untuk dia melalui semua itu sendiri.

“Mama awak?”

“Kakak saya yang jaga. Walaupun saya jarang balik, saya tetap selalu call kakak saya untuk tanya khabar tentang mama. Untuk cakap dengan mama sendiri entahlah...” Hayyan menggeleng perlahan. Memang bukan salah mama. Tetapi entah mengapa dia menghukum mama sebegitu rupa.

Zenia sudah kehilangan kata. Betul kata Hayyan tadi. Dia benar-benar terkejut mendengar cerita lelaki itu. Apa yang boleh dia lakukan, setia di sisi Hayyan dan terus memberikan lelaki itu semangat untuk menjalani hidup yang mungkin masih panjang dan berliku.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience