Bab 46

Romance Completed 79607

ZENIA hampir sahaja melelapkan mata ketika Hayyan menelefonnya lewat malam itu. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Dengan dahi yang berkerut, Zenia menjawab panggilan yang masuk ke iPhone 5s yang baru dibeli Hayyan itu.

“Nia... awak dah tidur ke?” Entah kenapa Zenia bagai dapat menangkap sesuatu daripada nada suara Hayyan. “Belum... Kenapa Hayyan?” Hayyan diam.

“Hayyan!” Zenia kembali mengangkat kepalanya dari bantal. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan Hayyan.

“Hayyan! Awak ada masalah ke? Nak cerita dengan saya?” Zenia bersuara lembut. Apabila Hayyan diam begitu, hatinya jadi tidak keruan.

“Salah ke kalau saya masih tak dapat terima apa yang papa saya dah buat pada keluarga kami?”

Zenia terdiam dengan pertanyaan itu. Ingatannya jauh mengimbau apa yang pernah diceritakan kepadanya beberapa tahun yang lalu.

“Saya tahu benda tu dah lama berlaku, tapi saya masih tak boleh terima semuanya. Salah saya ke Nia?” Suara Hayyan bergetar. Mungkin sedang menahan sebak yang terbuku di hati.

“Hayyan...”

“Saya cuba Nia... Saya cuba untuk terima semuanya tapi saya tak mampu. Papa sanggup tinggalkan keluarga kami demi perempuan tu. Walaupun sekarang dia dah balik macam dulu, saya tetap tak boleh terima dia. Saya tak mampu Nia...”

‘Ya Allah...’ Tumpah simpati Zenia mendengar luahan hati Hayyan itu. Mungkin selama ini sudah terlalu lama dia memendam rasa. Mungkin sudah terlalu lama juga dia menyimpan air mata demi ego yang dijunjung. Tetapi malam ini esakan kecil lelaki itu sampai juga ke telinga Zenia. Pertama kali sejak mengenali Hayyan, Zenia mendengar tangisan lelaki itu. Pasti hatinya sangat terluka waktu ini.

“Luahkan Hayyan... saya ada kat sini.” Zenia bersuara juga. Dia mahu Hayyan tahu lelaki itu tidak berseorangan kini. Dia sudi meminjamkan telinga untuk mendengar setiap ceritanya.

Hayyan hanya mendiamkan diri. Zenia pula setia menanti. Mungkin Hayyan perlukan masa untuk menenangkan diri sendiri.

“Sorry... kalau saya mengganggu awak nak tidur.” Ujar Hayyan setelah agak lama menyepi. Suaranya juga sudah kembali normal. Tidak lagi bergetar seperti tadi.

“Tak apa... saya pun belum mengantuk lagi tadi.” Entah macam mana, itu pula yang boleh keluar dari mulut Zenia.

“Nia...” Panggilan itu benar-benar mengusik hati Zenia. Suaranya yang lembut dan sangat romantis...

“Saya rindu awak...” Luah Hayyan.

Kali ini giliran Zenia pula yang hampir menangis. Mulutnya terkunci rapat. Tidak tahu lagi apa yang harus dikatakannya.

“Terima kasih sebab sudi dengar luahan saya malam ni. Saya dah tak tahu nak cerita kat siapa. Hanya awak yang tahu kisah keluarga saya.” Ucap Hayyan ikhlas.

Zenia tersenyum nipis.

“Tak apa. Saya tak kisah pun.”

“Tidurlah. Good night. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Balas Zenia lantas mematikan talian. Kepalanya diletakkan di atas bantal. Bayangan wajah Hayyan muncul di ruangan mata. Senyumannya, tawa indahnya... semuanya membawa fikiran Zenia mengingati kisah lampau. Kisah cinta mereka yang sangat indah sehinggalah muncul orang ketiga yang merosakkan segala-galanya.

‘Ya Allah... andai benar ada jodoh antara kami, Engkau permudahkanlah jalan untuk kami bersatu...’

“ADAM! CEPAT sikit sayang! Dah lambat ni!” Zenia terjerit dari muka pintu rumah. Kasutnya disarungkan lalu berjalan mendapatkan keretanya. Namun langkahnya mati apabila terpandangkan Hayyan yang sedang berdiri di luar pagar rumahnya. Dengan dahi berkerut Zenia mendekati.

“Assalamualaikum.” Ucap Hayyan. Ada senyuman manis di bibirnya.

“Waalaikumussalam. Awak buat apa kat sini?” Zenia bertanya hairan. Teringat perbualan mereka lewat malam tadi. Masih dia ingat betapa sedihnya Hayyan waktu itu dan pagi ini dia muncul dengan senyuman di bibir.

“Nak jumpa awak dengan Adam. Jom! Saya hantarkan Adam pergi sekolah. Lepas tu saya hantar awak pergi kerja.” Ujar Hayyan tentang rancangan yang sudah terangka dalam kepalanya.

“Err... tapi...” Tidak sempat Zenia bersuara, Adam sudah muncul dari dalam rumah.

“Uncle Hayyan!” Berlari anak itu menghampiri pintu pagar. “Uncle buat apa kat sini? Awalnya uncle datang?”

Hayyan membongkokkan badannya sambil memegang pagar besi yang masih tertutup itu.

“Uncle nak hantar Adam pergi sekolah. Boleh tak?” “Boleh!” Laju sahaja Adam menjawab.

Zenia lantas membuka mangga yang mengunci pintu pagar itu. Sekali lagi Adam berlari memeluk kaki uncle Hayyan kesayangannya itu.

“Mama! Mama! Jomlah! Uncle nak hantar Adam pergi sekolah.” Riuh mulut Adam memanggil mamanya itu.

“Ya sayang. Kejap ya, mama nak cakap dengan uncle.” Balas Zenia.

“Adam masuk dalam kereta dulu.” Suruh Hayyan. Sekejap sahaja Adam sudah menurut kata-katanya.

“Kenapa awak susah payah datang sini untuk hantar saya dan Adam? Saya boleh drive sendiri. Lagipun saya tak nak susahkan awak.” Ujar Zenia. Nadanya lembut. Mungkin takut menghiris hati Hayyan. Apatah lagi semenjak mendengar luahan lelaki itu malam tadi.

“Nia... awak tak pernah susahkan saya. Saya sendiri yang nak hantar awak dan Adam.” Balas Hayyan dengan nada yang sama.

“Tapi nanti balik...”

“Saya jemput awak.” Laju Hayyan memintas.

Zenia sudah tidak tahu apa yang harus dijawabnya lagi. Apatah lagi setelah Hayyan membukakan pintu kereta untuknya. Mahu tidak mahu, terpaksalah Zenia bersetuju sahaja.

“Nanti petang uncle datang ambik Adam tau?” Sempat Adam berpesan sebelum turun dari kereta setelah tiba di sekolahnya.

“Ya. Uncle janji, nanti uncle ambik Adam. Kita pergi jalan-jalan okey?” Balas Hayyan sambil tersenyum.

“Okey! Bye bye uncle!” Adam melambai lalu turun dari kereta. Tangannya dipimpin Zenia masuk ke kawasan sekolah. Setelah memastikan Adam masuk ke sekolahnya barulah Zenia kembali ke kereta.

“Hayyan... awak okey?” Entah kenapa pertanyaan itu pula yang keluar dari mulut Zenia.

Hayyan yang tenang memandu menoleh sekilas ke arah Zenia.

“Okey. Kenapa tanya macam tu?”

“Hmm... tak... tak ada apa.” Zenia menggeleng kecil. Hayyan tersenyum.

“Nanti petang saya datang jemput awak tau? Tapi make sure awak solat asar dulu sebab saya nak bawak awak dengan Adam pergi jalan-jalan.”

Zenia tersenyum kecil. Dia tahu, dia tiada alasan lagi untuk menolak.

“Okeylah Encik Hayyan Rizqi. Jumpa petang ni. Assalamulaikum.” Ucapnya lalu turun dari kereta setelah Hayyan menjawab salamnya itu.

Baru saja kaki menapak masuk ke dalam bangunan pejabat, telefon pintarnya berdering. Kalau dah telefon yang Hayyan berikan berbunyi, memang dah sah-sah lelaki itu yang mengirimkan pesanan kepadanya.

Berkerut dahi Zenia membuka kotak pesanan WeChatnya. Lelaki itu menghantar pesanan suara kepadanya. Lambat-lambat Zenia memainkan pesanan suara itu.

Take care love! Buat kerja elok-elok ya? Petang nanti saya datang ambik awak. Will miss you.

Perlahan-lahan bibir Zenia mengorak senyum. Terlepas rindu nak dengar Hayyan panggil dia ‘love’. Benarlah. Hayyan Rizqi benar-benar telah berjaya menyentuh sudut hatinya yang paling dalam.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience