Bab 22

Romance Completed 79607

TAHUN berlalu. Semester baru sudah pun dimulakan. Hayyan dan Zenia masih tetap menjalinkan hubungan bersama walaupun selepas dua tahun masa meninggalkan mereka. Malah janji untuk hidup bersama semakin utuh diikat. Sikit pun Zenia tidak ragu dengan cinta Hayyan dan begitu juga sebaliknya.

“Kenapa tengok saya macam tu?” Zenia bertanya. Tidak senang dengan tingkah Hayyan yang dari tadi tak habishabis merenung mukanya. Hayyan senyum.

“Saja... Buat lepas rindu.” Jawabnya selamba.

Zenia mencebik. Hayyan kalau bercakap memang manis macam letak gula berkilo-kilo. Buku tebal di tangan diangkat tinggi sekali gus menghalang anak mata Hayyan daripada terus menatap wajahnya. Hayyan ketawa dengan tingkah Zenia itu.

“Tengok sikit pun tak boleh. Bukan luak pun!” Kata Hayyan sambil mencebikkan bibirnya.

“Siapa kata tak luak?” Zenia turunkan semula buku di tangan.

“Luak ke?”

“Mestilah. Kalau awak dah selalu sangat renung muka saya, nanti bila kita dah kahwin mesti awak akan rasa bosan.” Ujar Zenia. Bekas Mister Potato yang sudah hampir habis isinya dicapai. Kalau keluar dengan Hayyan, benda tu memang wajib ada. Hayyan sendiri pun dah faham sangat.

“Ohh... macam tu eh?” Terangkat kening Hayyan.

Zenia mengangguk berkali-kali. Kemudian tangannya mengambil pula telefon bimbit Hayyan yang diletakkan di atas meja. Dah biasa buat macam tu. Macam telefon itu dia yang punya. Password telefon itu pun Hayyan ambil bersempena tarikh hari lahir Zenia. Lock screen, home screen, semua muka Zenia.

“Kalau macam tu... saya tak boleh tengok muka awaklah ni?”

“Tengok tu boleh... tapi jangan over sangat. Bahaya!” Jawab Zenia dengan muka selamba. Ibu jarinya bermain-main di atas skrin telefon itu lagi.

Hayyan tertawa kecil. Tidak sempat dia membuka mulut menjawab kata-kata Zenia, terasa bahunya ditepuk seseorang. Dia mengangkat muka.

“Eh, Azfar...”

“Aku ganggu ke? Sorry...” Azfar mengalih anak mata ke arah gadis di sisi Hayyan. Sesaat dua anak matanya terpaku di situ. Senyuman dihulurkan. Zenia yang tidak mengerti apaapa sekadar membalas senyuman itu.

“Tak adalah. Ada apa?” Hayyan bertanya mesra. Memanglah dia tak rapat sangat dengan Azfar tapi kemesraan tu tetap ada antara mereka sebagai rakan.

“Pasal petang ni... jadi ke tak? Kalau jadi, aku ingat nak cancel program dengan Noh dan yang lain-lain tu.” Tanya Azfar. Sesekali anak matanya singgah pada wajah gadis yang masih belum diketahui namanya itu.

“Ohh... Jadi. Aku dah confirmkan dengan yang lain.” Jawab Hayyan tanpa ragu.

“Sure?”

“Yup. Sure!”

“Okey. Jumpa petang ni.” Azfar menghulur tangan ke arah Hayyan sebelum beredar pergi.

“Siapa tu?” Zenia bertanya sebaik saja kelibat Azfar menghilang.

“Kawan.” Sepatah Hayyan menjawab.

“Memanglah kawan... takkan makwe pulak.” Cebik Zenia.

“Ohh!” Hayyan mencubit perlahan pipi Zenia. Geram!

“Auww... Sakitlah!” Zenia balas dengan menyenggol lengan Hayyan. Suka-suka aje cubit-cubit orang! Tahulah pipi Zenia tu tembam. Aset berharga tu tau?

“Siapa yang mulakan?” Tingkah Zenia.

Hayyan sengih. “Tu Azfar. Saya kenal dia daripada Kamil.”

“Tak pernah nampak pun?” Zenia kerut kening.

“Memanglah... dia tak sama fakulti dengan kita. Banyak sangat tanya ni kenapa? Berkenan?” Sengaja Hayyan nak usik si buah hati.

Spontan Zenia cebik bibir. Kepalanya ditundukkan memandang skrin telefon bimbit Hayyan. Tiba-tiba ibu jarinya berhenti pada satu gambar. Tak berkelip matanya memandang gambar itu lalu diangkat semula muka menghadap Hayyan. Hayyan angkat kening.

“Kenapa?”

“Bila masa awak ada gambar ni?” Gambar yang dimaksudkan ditayangkan di depan mata Hayyan.

Hayyan diam seminit dua sebelum ketawa terbahakbahak. Selama ni memang dia sorok gambar tu. Tapi entah macam mana Zenia boleh terjumpa pula hari ni. Nasiblah...

“Curi.”

“Curi dari mana?”

“Dari handphone awaklah.” Jawab Hayyan selamba.

“Hayyan!” Zenia ketap gigi. Geram. Selamba aje Hayyan simpan gambarnya sewaktu sekolah menengah dulu. Dahlah masa tu dia pakai gigi besi. Tersengih dengan tanda peace diangkat tinggi. Mak... malunya...

Hayyan masih lagi ketawa. Seronok sangat dapat mengusik agaknya. Telefonnya diambil dari tangan Zenia.

“Janganlah salah faham. Saya simpan gambar ni sebab saya suka. Awak comellah pakai braces...” Pujinya sambil tersenyum-senyum. Zenia menjeling. Geram teramat sangat.

“Dahlah. Malas layan awak. Nak balik tidur.”

“Alah... tunggulah dulu. Teman saya kat sini kejap.”

“Tak naklah. Dah lewat ni.”

“Mana ada lewat. Awal lagi...”

“Dah janji nak keluar dengan Eton. Kesian dia. Dah jarang spend time dengan dia sekarang ni.” Ujar Zenia sambil bangkit bersiap sedia untuk beredar pulang ke kolej.

“Okeylah kalau macam tu. Jumpa esok.” Hayyan ikut sama bangun. Zenia menggeleng.

“Minggu depanlah, boleh? Bosanlah tengok muka awak aje hari-hari...”

Besar mata Hayyan merenung Zenia. “Apa dia?” Zenia ketawa mengekek.

WALAUPUN KAKI dah melangkah masuk ke bilik, Zenia dan Eton masih belum puas bersembang. Barang-barang yang penuh di kiri dan kanan tangan diletakkan di tepi katil. Zenia mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin kosong. Sunyi daripada panggilan mahupun SMS daripada Hayyan. Biasalah. Kalau dah lepak dengan kawan-kawan, mana nak ingat lagi makwe kat sini. Bersama keluhan Zenia letakkan telefon bimbitnya di katil sementara dia merebahkan badannya di situ.

“Penat!” Keluh Zenia terjerit kecil. Eton ikut sama baring di katilnya.

“Kau nak keluar makan tak malam ni?” Soalnya.

“Tak naklah. Penat sangat.” Jawab Zenia dengan mata separuh pejam.

“Habis tu takkan tak lapar?” Eton kerutkan dahi. Kalau ikut rasa penat, dia pun tak mahu keluar dari bilik lagi dah. Nak tidur aje sampai pagi esok tapi mengenangkan perut yang kosong, dia tetap perlu keluar mengisi perut.

“Maggi.” Sepatah Zenia menjawab sambil tersenyum sumbing.

Eton buat muka. Asyik-asyik maggi... asyik-asyik maggi. Bosan!

“Aku pergi bilik Nurul kejap.” Katanya lalu bingkas menuju ke arah pintu bilik.

“Okey.” Zenia bangkit dari baringannya lalu mencapai telefon bimbit. Nombor telefon ibunya dicari dalam senarai nama pemanggil sebelum menekan punat hijau. Agak lama menanti, barulah talian berjawab di sebelah sana.

“Assalamualaikum.” Lembut suara Maryam mengucap salam.

“Waalaikumussalam bu. Tengah buat apa?” Balas Zenia sambil kembali baring. Hujung jari bermain dengan sarung bantal.

“Baru lepas solat maghrib. Nia dah solat?” “Err... belum.” Zenia ketawa kecil.

“Dah pukul berapa ni Nia?” Tegas sedikit suara Maryam kedengaran.

Zenia tersengih. “Nia keluar dengan Eton tadi. Ni baru aje balik. Penat tak hilang lagi.”

“Pergi solat dulu, lepas tu baru rehat.” Nasihat Maryam lembut.

“Alaa... baru nak borak dengan ibu.” Rengek Zenia.

“Solat dulu. Kejap lagi kita sambung borak. Pergi cepat.” Arah Maryam. Hal solat bukan satu hal yang remeh baginya. Memang pun itu bukan satu hal yang remeh.

“Okey... nanti Nia call lagi. Kirim salam kat ayah tau!” Lambat-lambat Zenia turun dari katil.

“Yalah.”

Talian dimatikan. Zenia merenung skrin telefon bimbit barang sesaat dua. Masih tiada panggilan daripada Hayyan. Telefon itu ditinggalkan di atas katil sebelum dia berlalu keluar dari bilik menuju ke arah bilik mandi untuk mengambil wuduk.

AGAK LAMA menanti, barulah panggilan berjawab. Zenia mengerutkan keningnya apabila mendengar suara di hujung talian. Bukan suara Hayyan... Suara siapa ya?

“Helo?”

“Helo... Err... siapa ni?” Tanya Zenia ragu-ragu.

“Hmm... ni siapa?” Balas suara itu.

Zenia pandang skrin telefon bimbit. Dah betullah nombor Hayyan yang didail tadi. Ni siapa pulak yang angkat ni? Dia kembali tekapkan telefon bimbit ke telinga.

“Hayyan ada?”

“Ohh Hayyan... Ni... Zenia ya?” Tanya suara itu pula. Makin bertambah kerut di dahi Zenia.

“Aah... saya Zenia. Ni siapa? Hayyan mana?”

“Saya Azfar. Kawan Hayyan. Awak tak ingat saya ke?” Terdiam Zenia jadinya. Azfar? Adakah itu Azfar yang menegur Hayyan siang tadi?

“Tadi Hayyan datang rumah saya, tapi dia tertinggal handphone kat sini. Sebab tu saya jawab call awak. Sorry ya.” Ucap Azfar dengan suara lembut.

“Oh...” Zenia bagai hilang suara untuk seketika. Patutlah Hayyan tak telefon dia dari tadi lagi. Rupa-rupanya tertinggal handphone.

“Hmm...”

“Awak ada hal penting ke nak cakap dengan Hayyan?” Azfar bertanya lagi. Nada suaranya itu seolah-olah sengaja mahu mencari ruang untuk berbual lebih lama dengan Zenia. Zenia diam. Kalau betul dia ada hal penting nak cakap dengan Hayyan, yang mamat ni sibuk kenapa?

“Awak jangan salah faham. Saya tanya sebab... kalau awak ada hal penting nak cakap dengan dia, esok saya boleh sampaikan kat dia. Itu aje.” Azfar menjelaskan maksudnya tadi.

Ohh... Zenia terangguk-angguk sendiri. Cepat sangat buat kesimpulan sendiri! Tapi... boleh percaya ke? Tak tahu kenapa Zenia rasa tak sedap hati.

“Tak ada apalah. Nanti saya jumpa dia sendiri.” Ujar Zenia tanda ingin memutuskan talian.

“Err... Zenia! Awak dengan Hayyan ada hubungan special ke?”

Terkedu Zenia dengan soalan Azfar itu. Apakah??? Rasa-rasanya Hayyan menyimpan nombor telefonnya dengan nama my girl. Jadi sepatutnya Azfar tak perlu tanya lagi tentang hal itu. Tapi mana Azfar tahu namanya, dia sendiri tak tahu. Scary...

“Zenia?”

“Saya rasa... hal saya dengan Hayyan tak perlulah awak tahu. Okeylah saya ada hal. Bye... Assalamualaikum.” Tanpa menunggu Azfar menjawab salam, Zenia cepat-cepat mematikan talian. Hesyyy... seriau! Kenapa dia rasa semacam aje dengan Azfar tu? Janganlah ada benda yang tak elok jadi lepas ni. Sempat Zenia menitipkan doa dalam hati.

ETON SUDAH lama dibuai mimpi. Setelah mematikan laptop, Zenia ikut sama panjat katil. Mengantuk... dari tadi stay up sampai pukul 3.00 pagi untuk siapkan assignment. Tapi mata sudah tidak tahan lagi. Esok pagi-pagi lagi ada kelas. Mujurlah petang free, boleh tidur balik puas-puas.

Patung beruang besar berwarna putih yang dihadiahkan Hayyan pada awal semester dipeluk rapat. Kata Hayyan, itu hadiah hari jadinya dan nama yang diberikan kepada patung itu ialah ‘Hayyan Comel’. Tak menahan sungguh.

Deringan telefon bimbit mengganggu tidur Zenia. Mula-mula ingat nak marah. Tapi apabila menangkap deringan lagu ‘You Took My Heart Away’ yang memang ditetapkan untuk Hayyan, serta-merta rasa marah lenyap. Cepat-cepat dia menjawab panggilan itu.

“Sayang... dah tidur ke?” Lembut suara Hayyan kedengaran dalam kedinginan dinihari itu.

“Baru aje nak tidur.” Jawab Zenia sambil baring semula di katil.

“Kenapa lewat sangat? Buat apa dari tadi?”

“Assignment. Awak tu... tengah malam buta macam ni baru ingat nak call saya. Mana hilang?” Sungguh Zenia bengkak hati lagi mengingatkan panggilannya tadi dijawab Azfar.

“Sorry. Tadi saya pergi rumah Azfar. Lepas tu keluar lepak kejap dengan yang lain-lain. Tak sedar handphone saya tertinggal kat sana. Masa nak balik tadi, baru tersedar. Saya pun pergi ambil cepat-cepat.” Jelas Hayyan.

“Memanglah kan... awak kalau dapat lepak dengan kawan-kawan, mana pernah nak ingat kat saya ni.” Zenia berjauh hati. Badannya diiringkan ke sebelah kiri. Selimut ditarik menutup seluruh tubuh. Tidak mahu perbualannya dengan Hayyan mengganggu tidur Eton.

“Tak adalah macam tu...”

“Ya... memang macam tu.” Laju Zenia memintas katakata Hayyan. Terdiam lelaki itu dibuatnya. Dalam hati terpaksa mengaku barangkali.

“Okeylah. Ngantuk ni. Esok pagi ada kelas.” Kata Zenia sebagai tanda mahu memutuskan talian.

“Awak marah saya ke?” Teragak-agak Hayyan bertanya.

“Tak pun. Dah biasa.” Balas Zenia dingin.

“Dengar suara pun dah tahu. Sorrylah...” Pinta Hayyan. Susah hati pula kalau buah hati merajuk.

Zenia diam. Matanya terpejam rapat. Sebenarnya bukan nak merajuk sangat. Tapi mungkin sebab rasa mengantuk yang semakin memberat dan suasana dinihari yang dingin semacam. Dalam kepalanya cuma ada satu benda. Nak tidur! “Nia...”

“Hayyan... kita cakap esoklah. Nak tidur ni.” Ujar Zenia tak tahan lagi melawan rasa mengantuk. Ada baiknya dia letak telefon dulu sebelum terlelap ketika masih berada di talian.

“Janji dulu.” Tahan Hayyan pantas.

“Janji apa?”

“Janji tak marah saya.” “Alaa awak ni...” Zenia berdecit. “Cepatlah.” Desak Hayyan.

“Yalah! Tak marahlah...”

“Betul ni?”

“Ya.”

“Okey. Esok lepas kelas jumpa?”

“Tak nak. Nak balik tidur. Mengantuk.” Cepat saja Zenia menjawab.

“Isy... teruknya perangai.” Kutuk Hayyan selamba.

“Sukalah!” Balas Zenia. Ada senyuman nipis di bibirnya.

“Okeylah. Bye. Good night.”

“Assalamualaikum.” Ucap Zenia. Selepas mendengar salamnya dijawab, lekas-lekas dia mematikan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience