Bab 24

Romance Completed 79646

HUJUNG lengan baju kurung diselak sedikit untuk melihat jam tangan. Awal lima minit daripada yang dijanjikan. Asalnya Zenia sekadar mahu memberi alamat syarikat Pak Langnya melalui SMS tetapi bijak pula Azfar memberi alasan. Kononnya kalau beri alamat dalam pesanan ringkas susah dia nak faham. Kena jumpa empat mata juga baru senang nak explain selok-belok jalan menuju ke arah syarikat itu.

“Lama ke awak tunggu? Sorry ya.” Azfar yang baru muncul segera menarik kerusi untuk duduk di depan Zenia.

“Tak apa.” Balas Zenia. Setakat lambat dua minit tak jadi hal punya. Nasib baiklah ajak jumpa kat perpustakaan. Tak terasa sangat menunggu sebab ada aircond.

“Hmm... ni alamatnya.” Zenia menghulurkan sehelai kertas kepada Azfar. Kekok sebenarnya tapi tetap buat-buat selamba. Baru dia sedar Azfar itu kacak juga orangnya.

Azfar menyambutnya.

“Thanks ya. Ermm... saya tak biasa sangat jalan kat sini. Awak explain sikit boleh?”

Zenia mengangguk. Dengan menggunakan kepakaran yang tak seberapa dia menjelaskan jalan yang perlu dilalui untuk ke syarikat bapa saudaranya itu. Dia perasan renungan semacam Azfar ke wajahnya tapi dia tidak mahu fikir bukanbukan. Berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri Azfar tidak punya maksud lain. Lelaki itu cuma perlukan bantuannya. Itu sahaja.

“Thanks Nia... Saya hargai sangat bantuan ni. Kalau awak sudi jom saya belanja minum dulu?” Tanya Azfar. Benarbenar berharap Zenia sudi luangkan masa untuk minum dengannya.

“Eh tak bolehlah... saya ada kelas lepas ni.” Tolak Zenia. Memang dia ada kelas petang ni pukul 4.00 petang, tapi memandangkan ada masa beberapa jam lagi dia nak balik kolej dan tidur. Penat tau tiap-tiap malam study sampai pagi. Nak study petang-petang susah nak masuk. Terpaksalah korbankan waktu tidur setiap malam.

“Ohhh... tak apalah kalau macam tu. Thanks lagi sekali ya.” Balas Azfar. Rasa kecewa cuba disembunyikan.

Zenia sekadar mengangguk. Dia bangun dari kerusi, bersedia untuk beredar. Namun panggilan Azfar mematikan langkahnya.

“Nanti kalau saya ada masalah nak ke company pak cik awak ni saya boleh contact awak, kan?” Tanya Azfar dengan suara lembut. Riak wajahnya pula sengaja dipamerkan kasihan.

“Hmm...” Zenia garu hujung dahi. Serba salah betullah. Sudahnya dia bersetuju juga. Kalau tak sebab nak blah cepat tak adanya dia nak setuju macam tu aje. Dia tahu selagi dia belum memberi persetujuan, selagi itu Azfar akan terus menagih.

MELIHAT HAYYAN duduk seorang diri di bawah pokok di hujung taman dengan laptopnya, terukir senyuman di bibir Zenia. Dia mendekati perlahan-lahan. Niat di hati nak buat Hayyan terkejut, alih-alih dia yang terkejut apabila Hayyan berpaling secara tiba-tiba. Terkekeh-kekeh lelaki itu mentertawakannya.

“Itulah... tak baik ada niat jahat kat orang.” Kata Hayyan masih dalam sisa tawanya.

“Mana ada niat jahat.” Zenia memuncung. Dia mengambil tempat di sebelah Hayyan.

“Buat apa ni?”

“Online.”

“Tak ada kerja lain.” Kutuk Zenia.

“Tunggu awak lama sangat. Bosan.” Balas Hayyan dalam nada yang sama.

“Eleh... macam saya datang lambat sangat. Janji pukul 11.00, kan? Sekarang baru 10.59.” Jawab Zenia tak mahu mengalah.

“Seminit pun nak berkira!”

“Mestilah!”

“Eii... geramnya!” Spontan tangan Hayyan naik mencubit pipi Zenia.

“Auchhh! Sakitlah pak cik!” Zenia pukul lengan Hayyan dengan buku di tangan. Kuat lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Padan muka! Nak baliklah macam ni...”

“Alooo merajuk. Saya gurau ajelah tadi. Mari duduk balik.” Ditarik tangan Zenia agar duduk semula di sebelahnya.

“Cantik pakai baju kurung.” Pujinya. Zenia buat-buat tidak dengar. Hayyan sengih.

“Lama tak jumpa ni. Tak rindu ke?”

Zenia geleng kepala. “Awak tu kalau boleh, setiap saat nak jumpa. Bosan!”

“Sampai hati cakap macam tu...” Hayyan bernada jauh hati. Zenia tersenyum-senyum.

“Gurau ajelah. Mestilah rindu... kalau tak, tak adanya nak datang sini waktu tengah hari ni macam ni. Panas tau?”

“Okey. Kejap lagi kita pergi makan. Petang ni ada kelas kan?” Hayyan tergelak kecil.

“Penat.” Zenia mengangguk.

“Kesian... lepas kelas nanti rehatlah.” Balas Hayyan dengan suara lembut. Zenia diam mengangguk. Kedua-dua belah lututnya dipeluk erat.

“Nia... awak pernah tengok tak bunga Zinnia?”

“Tak.” Zenia menggeleng-geleng. “Tak pernah dengar pun.” Pelik. Kenapa Hayyan tiba-tiba bertanya soal bunga itu.

“Bunga Zinnia tu... asalnya dari Amerika Selatan. Saya pun tak pernah tengok jugak, tapi saya pernahlah buat research pasal bunga tu. Cantik... ada macam-macam warna...” Jelas Hayyan sambil tersenyum manis.

“Boleh kalau nak tanam kat Malaysia ni, tapi saya tak pernah jumpa lagi kat mana-mana.”

“Iye?” Zenia angkat kening.

“Habis... kenapa awak beritahu saya?” Soalnya sengaja mengusik. Hayyan tersengih.

“Awak tak perasan ke?”

“Perasan apa?” Zenia kerut dahi.

“Bunga Zinnia tu... kan nama dia dekat-dekat dengan nama awak? Dan kalau awak nak tahu, bunga Zinnia tu kalau dalam bahasa Melayu disebut Zenia. Memang sama sangat dengan nama awak.” Hayyan menjelaskan lagi sambil merenung lembut ke wajah Zenia.

Zenia terpaku. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. Hatinya rasa tersentuh tiba-tiba. Hayyan mencapai tangan Zenia dan menggenggamnya dengan erat.

“Saya anggapkan bunga Zinnia tu macam awak. Cantik... ada banyak warna. Buat orang tertarik. Sama macam awak. Cantik dan selalu buat saya tertarik.” Tambahnya lagi. Kata-kata yang ikhlas lahir dari hatinya.

“Bunga Zinnia jugak jadi tempat favourite persinggahan kupu-kupu. Jadi awak boleh anggapkan kupukupu tu, sayalah...” Hayyan tersenyum kecil. Zenia terpegun. Renungan redup Hayyan dibalas lembut. Hatinya rasa bergetar.

“Nia... awak janji jangan tinggalkan saya?”

Zenia menunduk dengan rasa sebak. Dia cuba menahan tetapi setitis air matanya gugur juga. Pantas diseka oleh jemari kasar Hayyan. Sudah tidak kisah lagi suasana panas atau apa. Biarlah orang nak kata apa pun tengok dia dan Hayyan berjiwang di tengah-tengah taman ni.

“Awak ikhlas sayang saya?” Perlahan soalan itu Zenia ajukan. Hayyan mengangguk bersama senyuman nipis.

“Saya sayang awak... sangat-sangat...”

Ya Allah... Engkau bimbinglah hati kami ini agar kami tidak terpesong jauh. Kuatkanlah jodoh kami. Andai benar dia untukku, janganlah Engkau tarik semula perasaan cinta ini untuknya. Doa Zenia dalam hati.

ZENIA TERSENYUM memandang Hayyan yang berdiri tegak di belakangnya. Keningnya diangkat tinggi memberi isyarat supaya Hayyan beredar pergi. Tapi lelaki itu buat-buat tak faham sambil tayang muka tak ada perasaan.

“Baliklah Hayyan... Saya pun nak masuk kelas dah ni.” Ujar Zenia.

Entah apa mimpi Hayyan tadi lepas berjiwang-jiwang di bawah pokok, Hayyan temankan dia makan. Habiskan masa bersama sampaikan tak sedar hari sudah menghala ke petang. Tak dapatlah Zenia nak tunaikan impian untuk tidur puas-puas sebelum ke kelas. Lepas tu baru masing-masing kalut mencari surau untuk solat zuhur. Selesai solat, Hayyan siap temankan dia datang ke kelas lagi.

“Pensyarah awak tak datang lagi, kan? Jom duduk kat luar ni dulu.” Ajak Hayyan lalu dengan selambanya dia duduk di bangku yang dimaksudkan. Zenia semakin kerut keningnya.

“Hayyan... awak ni kenapa?”

“Entah... rasa macam tak nak berpisah aje dengan awak hari ni.” Jawab Hayyan lalu tersenyum penuh makna.

Zenia tertawa kecil. Dia duduk di sebelah Hayyan sambil dengan selamba meletakkan buku tebal di tangan di atas riba lelaki itu. Kakinya disilangkan lalu sepasang matanya lurus menatap wajah Hayyan.

“Dari tadi spend time sama-sama. Takkan tak puas lagi?”

“Memang saya tak pernah puas pun dengan awak.” Jawab Hayyan dengan muka selamba. Zenia tergeleng-geleng sambil menggaru kepala. Tak tahu nak cakap apa.

“Agaknya kita ni dah sampai kategori wajib kahwin kut. Jom kahwin Nia?”

Dua baris ayat yang buatkan Zenia terlopong. “Hayyan! Apa awak mengarut ni?”

“Mana ada mengarut. Saya cakap betul ni.” Hayyan nampak bersungguh benar. Zenia ketawa.

“Dahlah. Malas nak layan awak. Saya nak masuk kelas dah.” Dia bangun lalu mencapai bukunya.

“Okey. Take care.” Pesan Hayyan.

“Hayyan! Saya nak masuk kelas. Bukannya nak pergi mana pun.” Zenia ketawa lagi. Hayyan ni makin lama, makin parah! Hayyan tersengih.

“Okey. Malam nanti saya call awak.” Zenia mengangguk.

“Okey. Bye!” Tangannya diangkat untuk melambai. Kemudian dia terus berpaling dan melangkah masuk ke dalam bilik kuliah.

Zenia dah masuk. Tapi Hayyan masih lagi duduk di situ memandang ke arah pintu. Entahlah. Tiba-tiba hati rasa tak sedap seolah-olah ada sesuatu yang akan membawa Zenia pergi jauh daripadanya nanti.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience