Ahli Persatuan Pelajar!

Romance Completed 117402

BAB 1

            SEBAIK sahaja kakiku melangkah memasuki dewan besar yang menempatkan begitu ramai pelajar lelaki, aku terus berdebar-debar sehingga tanganku juga bergeletar. Aku cuba menarik nafas panjang-panjang dan menghembusnya perlahan. Lega! Sedikit...

            “Hari ini..Kak Siti akan perkenalkan Aya kepada semua warga Asrama Putera Emas. Senyumlah sikit.” Dengan tenang wajah Kak Siti becahaya dan bersemangat untuk memperkenalkan aku kepada seluruh warga asrama ini.

            Aku ingin ketawa pula apabila Kak Siti yang berusia 34 tahun itu menyebut nama asrama lelaki yang kukira agak aneh. Hilang sebentar rasa risauku yang telah lama bersarang dalam hati.

            “Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..” Suara Kak Siti bergema dalam dewan makan yang ala-ala restoran lima bintang itu. Pada awalnya aku agak teruja untuk memasuki sekolah berprestij ini. Selangkah sahaja kakiku memasuki pintu gerbang sekolah elit golongan high class ini menyebabkan aku terpaku selama 15 minit di hadapan pintu masuk hanya kerana terlalu kagum dengan persekitaran sekolah yang dapat dilihat seperti istana. Jika di India dipanggil Gurukul dalam cerita Mohabbatien, mungkin inilah..Gurukul Malaysia..

            Ketika itu aku hanya mampu menelah air liur. Dari segi pemakaian mereka sungguh kemas dan bergaya. Walaupun hanya uniform sekolah namun cukup membuatku sangat teruja. Kereta-kereta mewah dari segala jenis memasuki pintu gerbang sekolah untuk menghantar tuan muda dan cik muda mereka persis putera-putera dan puteri-puteri raja datang ke sekolah. Suasana pasti hangat apabila beberapa pelajar terlebih popular yang turun dari limo-limo dengan penuh gaya.

            “Aya!” Panggilan Kak Siti itu menyebabkanku tersentak dari lamunan. Mataku terbuka luas dan memandang terus ke hadapan memandang tepat ke arah pelajar-pelajar lelaki yang merenungku dari atas ke bawah. Sekali lagi aku menelan air liur yang semakin kering. Makhluk apakah ini???

            Patutlah aku hairan kemana perginya lelaki-lelaki kacak di Malaysia ini. Dimana-manapun hanya muka cukup-cukup makan sahaja. Rupaya mereka disini!! Dihadapanku kini hampir 10 orang pelajar lelaki yang kemas berpakaian uniform sekolah berwarna biru gelap. Berkot kemas serta tali leher sebagai pelengkap gaya. Ketinggian mereka kukira 175 cm dan ke atas. Masing-masing seperti model-model dalam majalah. Wajah mereka kebanyakan campuran dan bermata biru, hijau malah koko cair. Juga ada berwarna hitam namun ketampanannya tetap terserlah juga.

            “Aya!! Kenapa ternganga macam tu?!” Kak Siti menyiku lenganku.

            “Opocot!!” Aku separuh menjerit lalu dengan pantas aku menutup mulutku. Malunya tidak terkata apabila pelajar-pelajar lelaki tersebut ketawa melihat kelakuanku.

            “Badut mana Kak Siti import ni? Boleh ke dia buat kerja?” Soal salah seorang pelajar paling pendek dalam kalangan mereka. Ketawa mereka meletus lagi.

            Badut?! Dia panggil aku badut?! Kurang ajar! Menyesal aku memuji mereka melambung-lambung tadi dalam hati sehingga menyebabkanku aku terleka sebentar. Muka saja macam putera raja tapi mulut busuk! Uweekk! Reject dah seorang. Eleh bayaklah kau Aya... main reject-reject pulak, siapa nak pandang kau kat sekolah berprestij ni!

            “Maaflah dia ni budak baru... jadi dia nervous sikit. Tapi, budak ni rajin orangnya. Kak Siti yakin seratus peratus dia boleh laksanakan tugas kat Asrama Putera Emas.”Kak Siti menolak aku selangkah ke hadapan. Aku tiba-tiba terasa debaranku datang semula apabila 10 pelajar-pelajar itu mengkerumuni aku dan menunduk menilik aku dari atas ke bawah. Mungkin aku terlalu pendek sehingga mereka terpaksa menunduk begitu. Huh! Kenapa mereka ni terlampau kacak?! Apakah syarat kemasukan ke sekolah Adam Taylor High School ini juga memilih rupa paras? Apakejadahnya kau fikir tu Aya!

            “Perkenalkan diri kamu, Aya.”

            Aku mengangguk pantas apabila mendengar arahan dari Kak Siti itu.

            “Sa... saya... Nur Marhaya. Boleh panggil saya Aya. Saya... saya akan jadi pembantu Kak Siti untuk menguruskan hal kecerian asrama.” Ujarku dengan gugup sambil menjelaskan skop tugasku.

            “Comelnya Cik Aya nie... walaupun macam badut.” Ujar salah seorang pelajar lelaki yang tiba-tiba mencapai tanganku lalu dicium.

            “Aku Sam..merangkap Pengawas Kecerian Asrama. Maknaknya selepas ni, kita akan bayak menghabiskan masa bersama.” Sam tersenyum kacak diikuti gelak tawa rakan-rakannya.

            Aku menarik pantas tanganku. Seorang kurang hajar dan yang ini pula putera miang! Gila! Pelajar sekolah ini sudah hilang akal!

            “Aya... mereka ini adalah dari Persatuan Pelajar. Kamu wajib berkenalan dengan mereka sebelum kamu memulakan tugas. Kak Siti masuk dapur sekejap.” Kak Siti meninggalkan aku dengan senyuman hormat kepada lelaki-lelaki ganjil dihadapanku ini.

            Oh tidak!! Kenapa aku harus mengharungi hari pertamaku sebegini rupa! Ini baru permulaan Aya... terus maju kehadapan demi cita-cita yang kau kejar selama ini!

            Aku kembali bersemangat. Dengan senyuman aku membuka mulut. “Saya harap tuan-tuan semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya.”

            “Sudah tentu...” Lelaki kacak berkaca mata pula melangkah betul-betul dihadapanku.

         “Aku Ray... or Rayyan. Naib President Asrama Putera Emas. Dan aku antara paling senior disini. Selamat berkenalan Cik Aya.” Kali ini Ray juga ingin mencapai tanganku namun cepat-cepatku mengalihkan tangaku kebelakang.

            “Tuan Ray... selamat berkenalan.” Aku turut cuba tersenyum ramah. Selepas itu seorang demi seorang datang memperkenalkan diri kepadaku dengan jawatan-jawatan mereka sekali.

            “Cik Aya... kamu bersekolah dimana?” Tiba-tiba Aizat menyoalku. Lelaki bertubuh lampai dengan matanya berwarna koko cair dan rambutnya keperangan. Ditangannya sentiasa memegang bola kerangjang dan pakaiannya pula bukan uniform sekolah tetapi baju sukan. Berseluar pendek dengan baju T-shirt tanpa lengan. Sebentar tadi Aizat memperkenalkan diri sebagai President Kelab Bola Keranjang dan juga AJK Kokurikulum Asrama. Hebat-hebat belaka mereka ini.

            “Sekolah biasa bersebelahan dengan sekolah ini... siang saya akan ke sekolah, petang saya akan bertugas di asrama ni...”

            “Aku dengar cerita kau kerja kat sini sebab kau terlalu miskin. Tapi, bukan ke ayah kau Ketua Butler kat Villa Taylor.” Kini Will bersuara. Anak lelaki Duta Denmark ke Malaysia itu begitu fasih berbahas melayu.

            Aku tidak berani mengankat wajahku bertentang mata dengan mereka. Aduh... mengapa aku teras sungguh terhina. 

            “Will..” Ray yang menyedari responku kurang senang senang dengan pertanyaan rakannya itu. 

            “Ayah saya... dia jatuh sakit. Doktor suruh dia berehat dari sebarang pekerjaan. Ibu saya dah meninggal dunia.. walaupun ayah saya dapat pampasan ia tak cukup untuk biayai pengajian semua kami adik beradik. Jadi, saya ambil peluang untuk bekerja sambilan di sini dengan keizinan Tuan Adam Taylor.” Ujarku dengan perlahan namun cukup untuk didengari mereka semua.

            “Baiklah... Asrama Putera Emas amat mengalu-alukan kedatangan maid perempuan yang comel. Jangan risau kehidupan Cik Aya di Putera Emas akan dilindungi oleh kami walaupun akan terdapat 200 pelajar lelaki lain dalam asrama ni yang lebih nakal dari kami.” Sam mengeyitkan mata.

            Aku tercengang mendengar kata-kata Sam. Lututku mula terasa goyah. Adakah aku masih mampu berdiri kukuh di sekolah ini sebagai maid yang comel?!

Share this novel

Normala Bawi
2022-01-02 18:46:40 

g

Harish Chandra Bhattarai
2020-09-06 18:36:14 

hi


NovelPlus Premium

The best ads free experience