Landing on you!

Romance Completed 117449

BAB 20

            AKU sangat gembira apabila mendapat tonggeng ayam itu dari tangan Harry. Muka lelaki itu ternyata sudah ketat. Iyelah terpaksa pergi belikan untuk aku.

            “Terima kasih Tuan Muda Harry yang kacak, comel, baik hati!” aku ketawa riang sambil memuji dengan tidak ikhlas.

            “Hey... boleh aku tahu tonggeng tu apa?” Harry masih tidak puas hati.

            Aku memuncungkan mulut. “Bahagian dalam badan ayamlah...” beritahu acuh tak acuh. Aku mengeluarkan tonggeng ayam itu dan ingin memasukkan dalam mulut.

            “Hey! Apa pulak makan tengah tempat awam macam ni!” dia menarik tangan aku.

            “Apa masalahnya!” bentakku tak puas hati.

            “Aku tak pernah jumpa perempuan macam kau ni... makan benda pelik, tengah jalan pulak tu.”

            “Apa saya kisah...” aku mengangkat tonggeng itu kembali ke mulut.

            “Hey!” dia menolak kembali.

            “Apa masalah awak ni!”

            “Tonggeng tu apa?”

            Aku mengeluh. “Haish...” aku merenungnya geram. “Tonggeng tu pung...” aku tidak jadi meneruskan ayat. Tiba-tiba mukaku berubah warna. “Er... orang panggil cenonot jugak.”

            “Cenonot?” Wajah Harry semakin bertambah hairan.

            “Awak ni menyusahkan betul la... tonggeng tu pung... punggung ayam.” akhirnya aku menbeluarkan ayat itu. Lantas aku memaling muka dari menghadapnya.

            Ternganga mulut Harry. “Apa?!” dia menjerit. “Kau... Oh my... oh no!” Harry memekup wajahnya.

            “Kenapa?” aku menyoalnya.

            “Jadi.. jadi mak cik tu fikir muka macam aku ni pun... makan benda tu! Hey! kau ni... Hish! menjijikkan betul!”

            “Benda ni sedaplah!” tukasku.

            Harry tiba-tiba seperti ingin muntah. Dia memekup mulutnya.

            Aku tidak meneruskan suapan. Dia ni membantutkan selera aku betul!

********

            KAMI meneruskan perjalanan meneroka kawasan kedai-kedai sekitar bandar itu. Bukan senang dapat jalan-jalan macam ini dan aku masih tidak rasa mahu pulang lagi. Melihat Harry seperti selesa juga membuatkan aku ceria. Sekurang-kurangnya hari ini biarlah Harry melupakan sekejap masalahnya... atau kalau boleh biarlah dia melupakan terus. Er... tak baik macam itu Aya. Harry tak mungkin melupakan Cik Sallyna dengan mudah walaupun tidak pernah diakui oleh lelaki itu. Tetapi naluri seorang wanita sangat tepat kan?

            “Aku jarang dapat jalan-jalan macam ni...” tiba-tiba Harry bersuara setelah agak lama kami menyepi.

            “Selalunya siapa yang shopping barang-barang awak?”

            “Puan Sara ataupun Cik Hanna...”

            Aku mencebik. “Awak ni kasihan betul...”

            “Eh... ni kedai game lah. Jom masuk!” Harry menarik tangan aku.

            “Kita pakai baju sekolah la!” aku cuba menghalang Harry.

            Harry tidak perduli dia terus menarik aku masuk ke dalam. Pekerja kedai itu melihat kami terus bangun berdiri.

            “Maaf... awak berdua pakai baju sekolah. Tak dibenarkan masuk ke sini.” beritahu lelaki itu selamba.

            “Ini penting atau...” Harry menunjukkan baju seragam sekolahnya kemudian dia meletakkan beberapa helai duit kertas yang aku kira sudah pasti sangat tinggi nilainya. “Atau ini...” Sambung Harry dengan senyuman sinis.

            Lelaki itu hanya tersengih sambil menarik duit itu sambil mengisyaratkan untuk masuk. Harry terus berjalan masuk dengan tersenyum panjang.

            “Kau tahu... berapa lama aku idamkan untuk datang tempat ni?”

            Aku menggeleng kepala. “Sekarang siapa yang tunjuk tauladan yang tak baik?!”

            Harry tidak memperdulikan aku dan terus berjalan untuk memilih game yang menarik minatnya. Aku memandang sekeliling, ternayata terdapat juga beberapa pelajar sekolah yang memakai seragam sekolah masuk ke sini. Dan aku yakin mesti mereka sudah biasa dengan tempat ini.

            “Aku rasa... lebih baik kau pergi tukar baju sekolah kau. Ambil ni dan pergi cari pakaian yang sesuai.” Harry meletakkan kad kreditnya di tangan aku.

            “Buat apa?!” aku menyoal pelik. Dia ni betul buat aku seram ni.

            “Itu lebih baik kan... untuk keselamatan jugak. Mana tahu tempat ni kena serbu ke...”

            “Tahu pun, dah tu jomlah balik.”

            “Bagilah aku peluang.” Harry tidak memperdulikan aku.

           

BOLEH tahan juga bila jadi kekasih anak orang kaya kan? Patutlah orang miskin selalu target anak orang kaya. Senang-senang aje mereka boleh labur duit untuk kita. Hish... aku pun dah termasuk dalam golongan itu ke? Berapa banyak duit si bedebah tu dah habiskan untuk aku? Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Mana aku nak cari duit untuk bayar balik duit dia? Ahh... aku tak mintak pun dia yang bagi. Kenapa nak bayar balik pula. Ingat aku baik sangat ke?

Aku merenung kad kredit gold milik Harry dengan rasa takjub. Dia betul-betul percayakan aku ye? Aku tersengih seorang diri. Setelah menukar pakaian yang baru di dalam toilet aku bercermin melihat penampilanku kali ini.

“Apa kau dah buat ni? Bukankah kau cakap budak-budak sekolah yang tak bermoral tu tak bertamadun? Sekarang kau apa kurangnya dengan mereka? Tukar baju sekolah untuk pergi kedai game? Apakejadah...”

Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh kena batang hidung sendiri. Mungkin kali ini peribahasa itu sesuai dengan aku. Hampeh betul la mamat tu... kenapa tiba-tiba nak masuk kedai game? Tak faham betul la aku.

Tidak aku sangka Harry asyik bermain sehingga hari sudah lewat petang. Aku hanya memerhati di sebelah dengan tidak percaya.

“Hey... hari ni dah terlepas solat zohor dan asar la.” aku merungut.

“Aku dah solat zohor kat surau sekolah... Oh...” Harry melihat jam di tangan. “Masih ada setengah jam lagi nak masuk magrib kan? Jomlah!” Harry terus menamatkan permainannya. Dia bergegas ke kaunter.

Aku melopong di situ. Dia ni... betul-betul bedebah ke?

********

            HARI semakin gelap. Usai solat magrib kami keluar dari surau dan muka puas hati. Tambah-tambah Harry yang tersenyum panjang. Aku merenungnya tajam.

            “Awak dah puas?!”

            “Selama ni aku hanya dengar junior-junior aje yang cakap tempat tu best. Boleh tahan...”

            “Awak ni macam baru tengok dunia la!”

            “Dah la jom balik.” Harry mendahului aku melangkah keluar dari kawasan surau.

            “Mesti semua orang risau sekarang!” tingkah aku cemas.

            “Aku dah telefon Tam yang kita akan balik sendiri.”

            “Bia awak call? guna apa?” Aku menyoal hairan. Harry memang tidak bawa telefonnya ke sekolah. Gila ikut peraturan dia ni!

            “Aku pinjam telefon abang tu. Weh duit yang aku bayar kat dia tu boleh beli 10 biji handphone apa?”

            “Tak habis-habis cakap besar.” aku mencebik.

            “Aku lapar la...” Tiba-tiba Harry memegang perutnya. Wajahnya juga berkerut.

            “Tonggeng ada lagi nak tak?” aku sengaja mengsusik.

            “Aku rela mati kebuluran dari makan benda tu!”

            Aku sekali lagi mencebik melihat keangkuhan lelaki itu. Kami membeli burger di tepi jalan dan makan di satu tempat lapang yang mempunyai beberapa kerusi tempat berehat. Aku makan dengan berselera tetapi Harry masih teragak-agak.

            “Jangan was-was, nanti tak boleh makan!” aku sengaja mengusiknya lagi.

            “Aku bukan was-was. Tapi aku jarang makan benda yang di masak oleh orang yang aku tak kenal...”

            Aku berhenti menyuap burger itu. Tiba-tiba aku perasan akan sesuatu. Sebenarnya Harry ada satu sikap yang aku pasti... ya! Mesti dia tidak boleh berkongsi makanan dengan orang. Dia akan berasa jijik...

            “Awak... memang macam tu eh?”

            “Macam apa?”

            “Kalau ada orang berkongsi minuman dengan awak... awak okey ke?”

            Harry mengerutkan dahinya. “Kotorlah...” jawabnya ringkas.

            Aku terdiam. Betullah sangkaan aku. Mungkin Harry jadi begini kerana sikapnya kurang bergaul dengan orang.

            “Tapi tak semua orang... ada sesetengah yang aku boleh kongsi. Dan orang itu pastilah mesti bersih!” Harry sengaja menjeling melihat aku.

            “Saya tahulah saya tak bersih sangat...” aku sudah berjauh hati.

            Harry tidak cuba memujuk atau meminta maaf kerana sudah terlanjur bercakap. Dia memulakan suapan pertama penuh berhati-hati. Cara dia menelan pun rasa seperti terpaksa. Dia ni memang tak pandai jaga hati orang. Bersabarlah Nur Marhaya...

            Aku juga teruskan suapan sehingga habis. Kami membeli air mineral dan terus membasahkan tekak. Aku tersenyum kekenyangan dan rasa lega. Harry tidak menghabiskan burgernya dan bangun menuju ke tong sampah untuk membuangnya.

            “Kenapa nak membazir!” aku menjerit lantang. Harry terkejut dan memandang aku dengan marah.

            “Suka hati akulah!”

            Aku merengus geram. Orang kaya memang teruk! Aku memuncung sepanjang jalan menuju ke perhentian bas. Kami melalui jalan yang agak sunyi dan aku terasa bulu roma aku tertacak juga. Aku memandang kiri dan kanan dan berdoa dalam hati. Walaupun malam masih muda aku sudah tidak sedap hati. Harry pula seperti biasa jalan dengan angkuh dan kedua tangannya berada dalam poket seluar. Blazer seragam sekolahnya disangkut di bahu manakala kemeja putihnya kelihatan sudah berkedut. Sudah tidak kelihatan kemas lagi tetapi... tetap nampak bergaya. Haish...

            Aku terasa seperti ada bayang-bayang orang yang bergerak di selekoh hadapan kami. Harry juga perasan dan dia berhenti melangkah. Aku sudah rasa seram sejuk dan memegang tangan Harry secara spontan. Beberapa orang lelaki dewasa muncul di depan kami sambil bergelak ketawa. Wajah mereka juga seperti penyangak dalam filem. Mata mereka terus menghala ke arah kami.

            “Harry, jom patah balik.” Aku menarik tangannya.

            “Kau rasa sempat ke?” Suara Harry juga sudah kedengaran tidak tenang.

            “Wah... adik-adik ni mesti budak sekolah kan? Tak baik merayau malam-malam macam ni. Hahaha... kenapa nak pergi hotel murah ke?” Mereka dalam lingkungan lima orang ketawa terbahak-bahak.

            “Kami bukan macam tu!” Harry membalas dengan suara yang keras.

            “Alah... berlagak baik pulak. Cantik betul awek kau ni...” mereka semakin menghampiri kami. Aku memegang tangan Harry dengan lebih erat.

            “Harry kita lari je!” aku mengoncang tangan Harry dengan cemas.

            “Cik... nak ikut kami tak.” Mereka menyoalku pula dengan ketawa yang meletus kuat.

            “Dia adik saya. Jangan ganggu dia.” Harry menjawab lagi.

            “Adik? Adik? Hahaha...”

            “Muka kau yang macam mat saleh celup ni abang budak melayu tulen tu? Hahaha...”

            “Berani menipu yer!” Mereka menolak bahu Harry. Keadaan itu menyebabkan aku dan Harry terpisah. Lantas salah seorang dari mereka memeluk aku dari belakang. Aku menejrit nyaring tetapi lelaki itu memekup mulut aku.

            “Aya!” Harry terkejut dengan tindakan pantas lelaki itu. Dia ingin datang ke arahku tetapi di halang oleh empat orang lelaki tadi.

            “Budak-budak sekolah sepatutnya duduk rumah belajar. Bukannya merayau. Inilah akibatnya. Hahaha...”

            Aku merengus geram. Mereka ni memang dah melampau! Lantas aku mengangkat tangan ke atas sehingga tangan lelaki itu terangkat dari memeluk bahuku. Peluang itu terus aku ambil untuk menyiku perut lelaki itu dengan sekuat tenaga. Aku berjaya melepaskan diri. Lelaki itu memegang perutnya dan memandang aku dengan marah.

            “Boleh tahan kau yer!”

            Tetapi perhatian lelaki itu terus beralih melihat rakan-rakannya yang sedang bertarung dengan Harry. Harry memegang sebatang kayu panjang yang dirampas dari salah seorang lelaki penyangak itu. Pergerakan menghayunkan kayu itu seperti pernah aku lihat. Ya! Seni mempertahankan diri kendo!

            “Belagak samurai yer!!” Mereka terus menyerangnya. Aku menjerit kecil tetapi dengan pantas Harry memukul mereka dengan memusingkan badannya bersama kayu itu. Habis semuanya tersungkur. Seorang lagi rakannya yang menarik aku sebentar tadi terus menelefon rakan mereka. Aku pantas mendapatkan Harry yang kepenatan.

            “Dia panggil kawan merekalah. Jom lari!” Aku menarik Harry.

            Harry melepaskan kayu itu dan melangkah luas sambil memegang tangan aku. Aku cuba menyaingi langkahnya dan kami memasuki lorong sebuah permis. Aku tercungap-cungap sambil memandang ke belakang bimbang jika kami dikejar.

            “Jom masuk sini!” Harry menarik aku masuk ke sebuah permis. Pintu permis itu ditutup dan kami berdiri di sebalik dinding. Ketika itulah kedengaran suara memekik dari luar dan kami yakin pasti mereka sedang mencari kami. Nafasku turun naik dan aku berasa sangat cemas.

            “Kamu nak apa?” Tiba-tiba penjaga kaunter datang melihat kami dengan senyuman panjang.

            Harry melihat sekeliling permis itu dan mengeluh berat. “Nampaknya tak ada pilihan.”

            Aku memandang Harry dengan tidak mengerti.

            “Beri kami bilik.” kata Harry dengan pantas.

            Lelaki itu tersenyum. “Baiklah...”

            “Hey!” aku menjerit ke arahnya. Aku betul-betul tak faham. Sehinggalah aku melihat dua orang pasangan yang turun dari tangga hujung kaunter. Dari segi pakaian perempuan itu aku semakin pasti yang... tempat ini... hotel murah! Subhanallah...

            Selepas mengambil kunci Harry terus berlari sambil menarik aku ke atas. Pintu bilik di buka dengan pantas dan kami terus masuk ke dalam. Aku masih terpingga-pingga sambil merenungnya dengan tidak percaya.

            “Kita akan keluar bila keadaan kat luar dah selamat.” Ujar Harry sambil memegang kepalanya. Dia kelihatan amat serabut sekali.

            Aku terdiam sehingga mulutku tertutup rapat. Lemah sendi tulang aku apabila mengingati kejadian sebentar tadi. Sungguh aku sangat takut.

            “Malang betul hari ni.” Harry melangkah menuju ke jendela dan mencuri pandang ke luar. “Mereka masih pusing-pusing kawasan ni.” Harry kembali ke tengah ruang bilik itu.

            Aku pula masih tidak berganjak dari belakang pintu yang ditutup rapat. Malah dikunci! Keadaan ini... sebenarnya lebih menakutkan dari tadi! Aku tidak berani berjanggak. Sentiasa dalam keadaan waspada. Harry merenungku dengan tajam menambahkan lagi kegelisahan aku.

            “Kau okey ke ni?” Harry menghampiriku.

            “Tak! Berdiri kat situ aje!” aku menghalangnya. Harry berhenti. Dia merenungku dengan pelik.

            “Saya tak apa-apa...” sambungku perlahan.

            Harry memandang aku dengan hairan. “Apa masalah kau ni? Kita dah selamat sekarang.”

            Aku menelan liur. Hah... dia kata selamat? Berada di tempat macam ni dia kata selamat?

            Harry tiba-tiba ketawa kecil. Aku mengerut dahi memandangnya. Apa kejadah?

            “Macam dalam filem aksi pulak kan? Tak sangka skill aku masih boleh pakai masa-masa genting macam ni. Emm... atuk mesti bangga dengan pencapaian aku.”

            “Hah...” aku ketawa sepenuh sinis yang boleh. “Mengjengkelkan betul...”

            “Tapi, boleh tahan juga cara kau siku perut mamat tu tadi. Kalau tak silap aku itu teknik Judo. Kan?”

            “Hey! Awak masih ada masa nak fikir semua tu. Kita tengah dalam masalah ni tahu tak!” Aku mencekak pinggang.

            Harry pantas menarik aku. Memekup mulutku dengan tangannya yang kasar. Sebelah tangannya lagi memegang belakang kepalaku. “Kalau tahu dalam masalah janganlah menjerit!” Harry menekan suaranya walaupun dalam nada perlahan.

            Mataku membulat menentang matanya, tangannya masih belum dilepaskan. Aku betul-betul tidak boleh bersuara. Harry melepakan tangannya perlaha-lahan, kami tiba-tiba terasa gugup. Aku pantas mengundurkan langkah ke belakang. Menjarakkan diri darinya. Harry mengeluh berat, Dia mengalihkan pandangannya ke arah jendela. Aku menelan liur kerana terlampau berdebar. Sebentar tadi... kami bertentang mata dengan lama. Harry sendiri tidak mengelakkan matanya dari menentang mataku. Jantungku sudah hampir putus... tolonglah!

            “Bunyi apa tu?” Harry bersuara memecah kesunyian. Dia menyelak sedikit langsir untuk melihat keadaan di luar.

            “Polis?!”

            “Apa?” aku tidak mampu lagi manahan rasa terkejut yang amat!

            “Oh sh***!” Harry berlari ke arah pintu bilik pula. Dia membuka pintu itu sedikit dan melihat semua penghuni bilik lain sudah bergegas melarikan diri. Keadaan di luar semakin kelam-kabut apabila beberapa pasangan yang tidak sempat memakai pakaian dengan sempurna turut terkecoh-kecoh melarikan diri dan mencari tempat bersembunyi.

            “What the...! Oh my god!” Harry memegang kepalanya.

            Aku sudah termagu di situ tanpa dapat berfikir apa-apa.

            “Lari! lari! Pihak berkuasa serbu tempat ni!”

            “Kamu tunggu apa lagi, cepatlah lari ikut laluan belakang ni!” seorang lelaki yang melalui bilik kami bersama pasangannya itu sempat menunjukkan jalan kepada kami. Harry pantas menarik tanganku dan ikut berlari bersama mereka.

            “Kita tak bersalah kenapa nak lari!” aku menjerit kepada Harry.

            “Kau jangan nak guna otak lembap kau tu tak bertempatlah! Cepat lari!”

            Aku terkecoh-kecoh menyaingi langkah Harry yang luas itu. Lelaki yang menunjukkan jalan kepada kami itu mengarahkan kami masuk tandas di hujung koridor, katanya dalam tandas itu ada tingkap yang boleh dibuka. Keluar melaui tingkap itu dan terjun dari tingkat dua ini! Apa sudah gila?!!

            Harry tetap mendengar kata-kata lelaki itu dan menarik aku ke dalam tandas itu dan menguncinya. Di luar kami sudah mendengar suara polis atau mungkin pihak berkuasa yang membuka semua pintu bilik dan kedengaran juga langkah mereka mengejar beberapa penghuni bilik yang baru keluar untuk melarikan diri.

            Harry tercungap-cungap dan aku turut menarik nafas dengan tersekat-sekat. Harry melihat tingkap kayu yang berada di kanan tandas itu, Harry menarik dengan kuat dan tingkap itu terbuka. Dia menjenguk ke bawah dan melihat tidaklah terlalu tinggi. Tetapi jika tersilap langkah boleh patah kaki juga!

            “Pegang tangan aku! Aku akan turunkan kau dulu!” Harry memberi arahan. Kemudian dia memanjat tingkap itu dan menggantungkan badannya. “Cepat turun, pegang badan aku, kemudian kaki aku, dan terjun ke bawah!”

            Aku tidak banyak tanya terus memanjat tingkap itu dan sempat memandang ke bawah. Agak tinggi juga!

            “Tak apa! Percayakan aku” Harry menahan tangannya dari tergelincir.

            Aku turun dengan berhati-hati, memaut tingkap kemudian badan Harry. Ketika itu Harry hampir terlepas pegangannya. Aku pantas melurut sehingga tanganku berada di kakinya. Ketika itu ketinggian sudah rendah dan aku terus melompat ke bawah.

            “Ahhh!” aku terjatuh di atas tar. Cuma tanganku sedikit terluka kerana aku menahan badanku menggunakan tangan ketika jatuh.

            “Harry! Tinggi ni, macam mana awak nak turun?” Aku berubah cemas.

            “Aku akan terjun aje!” Harry terus melepaskan tangannya dan badannya terhempap di jalan.

            “Argghh!!”

            “Harry!!!!”

*********

           

           

           

           

           

           

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience