My Prince Charming!

Romance Completed 117449

BAB 46

            “AWAK dah gila ke buat macam tu? Nanti tersebar kat media macam mana?” Aku sudah naik angin sehingga ke kepala.

            Harry duduk di sebelah tempat pemandu kelihatan bersahaja sambil tersegih-sengih seperti kerang busuk.

            Aku menghidupkan enjin kereta selayaknya aku ini pemandu peribadinya. Aku dibayar juga untuk itu tahu?

            “Makan banyak sikit lepas ni, pinggang kau kurus sangat la. Tak puas peluk.”

            Meremang bulu tengkok aku mendengar ayatnya itu. Muka aku juga turut merona merah. Malu!

            “Awak kalau makin miang macam ni saya tak nak pergi rumah awak lagi. Biarlah kebulur pun.” Ugutku dengan tegas. Muka aku masih lagi rasa panas.

            Harry terus ketawa lepas. Entah apa yang lucunya. Aku lempang jugak kang.

            “Hey, kau nak aku saman ke? Kontrak masih ada dalam tangan aku tau. Dah, cepat jalan.” Arahnya selepas reda dari ketawa.

            Mata aku sekali lagi mengecil merenungnya. Halus aje aku nampak mamat ni.

            Kami tiba di kondo mewah milik Harry pada pukul 10 malam. Sudah terlalu lewat untuk memasak makan malam sebenarnya, tetapi lelaki ini seperti ingin menyiksa aku sahaja!

            “Dah lewat ni, saya kena balik sekarang. Awak kata pandai masak kan? Barang-barang dah ada jadi awak masak la sendiri ya.”

            Aku meletakkan barang-barang yang di beli tadi di atas meja makan. Satu persatu aku buka dan menyimpan ke dalam peti sejuk. Harry hanya memerhati sahaja aku membuat kerja.

            “Tak nak. Lewat pun lewatlah. Aku tetap nak makan.” Ujarnya selamba, kemudian dia berjalan ke ruang tamu.

            “Haish...” Aku membebel seorang diri sedang tangan aku sibuk mengeluarkan sayur-sayur dari dalam peti sejuk semula.

            Setengah jam sahaja aku mengambil masa untuk membuat salad ayam dan macaroni. Tidak susah pun, hanya gaul-gaul sahaja. Makan malam sudah siap aku harap dapat pulang dengan segera.

            “Esok kita pergi rumah arwah datuk.” Katanya sambil merasa salad yang aku sediakan itu.

            “Buat apa?”

            “Tak payah tahu.”

            Aku mencebik.

            “Kurang sos! Rasa kering je. Esok belajar masak dengan chef kat Villa Taylor!”

            “Awak ni susah betul nak bersyukur lah!”

            Harry tiba-tiba berhenti menyuap dan memandang aku dengan matanya yang redup.

            “Aya...”

            “Ke... kenapa?” Aku mula rasa lain macam melihat renungannya.

            “Diam... duduk diam-diam. Aku nak lihat kau...” Ujar Harry perlahan.

            Aku menelan liur melihat sikapnya itu. Namun, mata Harry merenung aku dengan lembut.

            “Aku...” Harry seperti ingin mengatakan sesuatu. Bibirnya bergerak-gerak.

            “Lain kali... saya tak nak dengar apa-apa lagi buat masa ni.” Ujarku perlahan. Aku tidak mahu mendengar ayat-ayat cinta di waktu seperti ini. Aku tidak mahu terleka!

            Harry terus terdiam. Sesaat kemudian dia berbicara kembali.

            “Terima kasih, aku sebenarnya nak ucap terima kasih sebab bersama aku sambut birthday malam ni.”

            Aku ternaganga. Kenapa aku boleh lupa? Ya Allah... patutlah dia beriya nak aku masak malam ini. Aduhai... teruk sungguh penyakit lembap aku ini rupanya!

            Harry tersengih. “Ini first time aku sambut birthday makan salad macaroni tau tak?!”

            Aku menggigit bibir kerana malu. “Saya minta maaf. Saya betul-betul terlupa...”

            “Kau fikir aku nak cakap apa tadi?”

            Aku menunduk melihat corak meja kaca yang jernih. Malu mengusai diri aku lagi.

            Harry tiba-tiba juga memegang tangan aku. Aku terkejut sehingga menarik tangan aku secara spontan, namun pengangan lelaki itu begitu kejap.

            “Aku akan tunggu sampai kau bersedia untuk dengar...” Harry tersenyum.

            Aku terkedu ketika itu. Ya, aku belum mendegar Harry mengucapkan tiga patah perkataan itu. Bagi aku itu adalah kata-kata indah yang tidak boleh dilafazkan setiap waktu sehingga ia menjadi tidak bernilai. Aku ingin mendengarnya di waktu yang paling sesuai walaupun aku tidak pasti adakah waktu itu akan tiba atau tidak.

            Sepanjang perjalan pulang aku menangis di atas skuter. Air mata aku merembes di bawa angin sehingga menganggu penglihatan. Ketika berhenti di lampu isyarat barulah aku mengesat air mata dengan menggunakan jari.

            “Maafkan saya Harry... saya tak mempunyai kekuatan untuk menempuh halangan bersama awak...”

           

************

            Seperti dirancang keesokan pagi aku menunggu kedatangan Harry untuk menjemput aku. Kami akan pulang ke daerah yang paling aku rindui. Villa Taylor, Adam Taylor High Shool, sekolah lama aku sendiri, rumah lama aku dan juga segala kenangan aku di sana menggamit rasa rindu. Kemudian aku melihat sebuah Limousine panjang berhenti di depan rumah sewa aku. Tam keluar dari  tempat pemandu lalu membuka pintu belakang untuk aku. Aku sempat tersenyum kepadanya.

            “Uncle Tam apa khabar?”

            “Baik, tuan puteri.” Tam tersenyum manis. Aku terasa kembang. Lelaki ini selalu menganggap aku seperti tuan puteri.

            Kenderaan mewah itu tidak terus ke rumah agam milik Sir Adam Taylor tetapi terus berjalan menyusuri jalan raya yang membuatkan aku hairan. Aku menoleh melihat Harry yang sedang mendengar lagu dengan mata terpejam. Aku terus menepuk pehanya dengan kuat.

            Harry terperanjat sehingga membuka matanya yang luas. Aku memandangnya dengan kerutan di dahi.

            “Kau nak bunuh aku ke?!” Marahnya. Tertanya dia agak terkejut. Padanlah muka.

            “Kita nak ke mana? Kita dah lepas simpang ke rumah datuk awak.”

            Harry tidak terus menjawab. Dia memandang ke sekeliling melihat kawasan perumahan yang selalu dilalui dahulu apabila ke sekolah sebelum dia memasuki asrama.

            “Awak!” Aku memanggilnya.

            Harry menoleh dengan wajah yang manis. “Kita akan pergi tempat yang banyak kenangan untuk kita...”

            Aku mula mengerti. Ini jalan menuju ke Sekolah Tinggi Adam Taylor!

            “Saya tak boleh masuk tempat ni!” Aku berkeras tidak mahu keluar dari kereta. Harry sudah cuba pelbagai cara untuk menarik aku keluar. Tam pula hanya berdiri di sebelah Harry.

            “Kenapa tak boleh?! Cepat keluar atau aku akan dukung kau!” Harry terus menarik tangan aku.

            “Harry, abang saya kerja di sini. Saya tak nak dia nampak...”Aku menarik tangan Harry, menghalangnya dari meneruskan langkah.

            Harry melepaskan nafasnya dengan berat. “Jangan risau. Aku kan dah cakap, aku akan lidungi kau...”

            Aku mendongak memandangnya dengan mata yang bergenang. “Saya tak ada keyakinan...”

            Harry tersenyum. “Belum cuba belum tahu. Come...” Harry menghulurkan tangannya.

            Perlahan-lahan aku menyambut tangannya. Akhirnya aku mengikuti langkahnya memasuki Sekolah Tinggi Adam Taylor. Hati aku turut berdebar apabila berjalan di sebelah lelaki ini. Wajahnya kelihatan gembira sehingga membuatkan hati aku yang kacau ini kembali tenang.

            “Hairy Fattah!” Jerit sekumpulan pelajar yang berkumpul berhampiran jalan yang kami lalui. Aku menundukkan muka dan cuba menyembunyikan wajah aku dari tatapan mereka.

            “Macam mana? Macam mana dia boleh datang sini?!” Kata mereka sambil melambai ke arah Harry serta menjerit memanggil namanya.

            Harry hanya tersenyum ke arah mereka. Kemudian Harry berjalan menghampiri sekumpulan pelajar perampuan itu. Aku berdiri kaku di situ dan hanya melihat gelagat mereka apabila berbual dengan Harry. Aku hairan dengan perubahan Harry yang tiba-tiba menjadi peramah dengan peminat.

            Harry kembali kepada aku selepas bercakap dengan sekelompok pelajar itu.

            “Apa awak cakap?” Soalku.

            “Suruh dia orang tahan abang kau sekejap supaya tak keluar dari bilik dia.”

            “Apa?!!” Aku menjerit kecil. Apabila aku tersedar kelantangan suara aku barulah aku merendahkannya kembali. “Apa awak suruh dia orang buat?!”

            “Suruh buat short tuition kat bilik dia. Tak salah kan? Sekarang pun exam dah dekat.” Harry tersengih.

            Aku macam tak percaya! Kuasa lelaki ini masih kuat di sekolah ini nampaknya. Suka menggunakan kuasa layak seperti diktator!

            “Kenapa awak nak datang ke sini? Saya rasa tak sesuai kita datang masa waktu sekolah, nanti orang serbu awak macam mana?”

            “Kau kan bodyguard aku. Sia-sia kau ada seni pertahankan diri kalau tak gunakannya.” Balasnya denga selamba.

            “Wah... awak nak suruh saya patahkan leher budak-budak tu ke? Siapa yang nak lindungi siapa sekarang? Awak ni jangan nak menyusahkan saya!”

            “Haish! Kau ni pijak aje sekolah ni terus datang penyakit kuat membebel macam dulu. Jalan ajelah!” Harry terus menarik tangan aku mengikuti langkahnya yang luas menuju ke Asrama Putera Emas.

            Asrama Putera Emas tidak jauh berbeza dengan lapan tahun lalu. Cuma semakin cantik dan canggih. Boleh lihat padang golf mini yang terletak di sebelah kanan asrama. Pelajar sekolah ini memang meminati sukan dan kokurikulum yang lain. Separuh alumni sekolah ini berjaya dalam bidang-bidang selain akedemik. Pianist terkenal, perenang terkenal, pemuzik terkenal, penari ballet terkenal dan pelbagai lagi walaupun mereka berlatar berlakangkan keluarga yang kaya raya. Mereka tetap ingin berjaya mengikut jalan mereka sendiri.

            “Awak nak masuk ke?” Soal aku lagi yang agak canggung berada di situ setelah sekian lama.

            “Ini sekolah datuk aku punya. Apa masalahnya?” Soal Harry dengan wajah berlagaknya.

            “Baiklah... baiklah... silakan tuan muda.” Aku berpura-pura tersengih. Kemudian barulah aku menjelir lidah apabila dia sudah ke hadapan.

            “Siapa presiden asrama sekarang ni?” Kata Harry apabila berdiri di depan bekas biliknya dahulu.

            “Saya rasa mesti jauh lebih berkaliber dari awak.” Kataku dengan bersahaja.

            Harry memandang aku dengan tidak puas hati. “Tak ada presiden asrama atau presiden persatuan pelajar yang lebih baik dari aku dalam sejarah sekolah ni, faham?”

            “Auch... tak payah angkat lagi, junjung terus bakul tu atas kepala awak.” Aku menjeling menyampah dengan sikap suka memuji dirinya itu. Penyakit itu tiba-tiba datang kembali bila dia pijak ke sekolah ini. Itu satu kepastian!

            “Apa kau cakap? Bukan ke jadual gym sudah dibuat. Kenapa boleh jadi sesak pula?!”

            Aku dan Harry serentak menoleh ke arah kanan kami. Kelihatan seorang pelajar lelaki yang berkarisma sedang bercakap dengan rakannya.

            “Maaf presiden. Mereka tak nak ikut jadual tu. Saya dah tampal jadual di depan pintu gym dan sudah buat penguman. Tapi...”

            “Senior atau junior yang tak nak ikut peraturan tu?!” Marah pelajar lelaki yang dipanggil presiden itu.

            “Senior. Junior-junior semuanya tertekan dengan keadaan tu. Mereka tak ada peluang nak gunakannya. Jadi banyak aduan kita terima. “ Kata rakan sebayanya itu.

            “Mereka ni melampau betul!” Keluh presiden itu.

            Harry melangkah perlahan mendekati mereka. Aku ingin menghalangnya tetapi ke dua pelajar itu sudah pun menoleh melihat Harry.

            “Apa dia nak buat pulak?” Aku merungut.

            “Kamu ni presiden asrama?” Soal Harry bersahaja.

            Pelajar itu kebingungan namun masih sempat mengangguk dengan perlahan. Rakannya pula memandang Harry dengan mata yang membesar. Rasanya dia dapat mengenali siapa Harry.

            “Kalau sesiapa yang tak nak ikut peraturan. Sila cakap yang gym akan ditutup. Tak ada sesiapa yang dapat gunakan lagi. Dan sesiapa yang cuba nak protes, laporkan kepada persatuan pelajar. Kerana sekolah ini tidak membenarkan sebarang protes terhadap peraturan yang sudah dipersetujui persatuan pelajar. Hukumannya, dibuang sekolah serta merta. Jangan harap nak cari sekolah yang lebih baik dari sekolah ini lagi untuk golongan elit. Hakikatnya, sekolah ini bukan mudah untuk menerima pelajar, tetapi sangat mudah untuk menendang pelajar.”

            Ke dua pelajar itu menelan liur mendengar kata-kata Harry. Mulut mereka juga ternganga dengan mata yang tidak berkelip memandang Harry.

            “Err... Hairy Fattah?!”

            Harry terus memegang bahu presiden asrama itu. “Ingat, walaupun kejam, kalau kita lakukan sesuatu untuk perkara yang betul, ia pasti akan berhasil.”

            Pelajar itu mengangguk pantas. “Saya faham senior!” Katanya bersemangat. Mereka pastilah sangat mengenali Harry, jaguh renang yang merupakan alumni Adam Taylor High School malah pernah menjadi presiden persatuan pelajar yang berkaliber.

            “Inilah legend presiden Persatuan Pelajar. Kami berbangga dapat berjumpa senior!” Rakan kepada presiden asrama itu pula memuji Harry.

            Aku hanya mampu tersenyum melihat Harry memberi nasihat kepada pelajar-pelajar itu. Walaupun Harry presiden yang kejam dahulu, tetapi sepanjang dia bertugas tidak ada yang berani membantah kata-katanya mahupun peraturan yang telah ditetapkan.

            “Legend presiden Persatuan Pelajar?” Aku ketawa apabila menyebutnya semula.

            “Apa yang lawaknya. Aku cuma ajar mereka macam mana nak jadi leader.”

            “Bagus sangatlah tu.” Aku mencebik.

            Kami masuk ke dalam lif. Aku sekali lagi hairan ke mana dia ingin melawat selepas ini. Seperti lawatan ke tapak projek syarikat pembinaan pula.

            Tidak aku sangka aku akan kembali lagi ke tempat ini. Aku menoleh melihat Harry yang sudah melangkah ke hadapan. Angin lembut menyapa wajahku, rambutku dimain angin sehingga aku terpaksa mengikatnya. Bumbung Asrama Putera Emas ini menyimpan begitu banyak memori. Di sinilah pertama kali aku dimarahi dengan teruk oleh seseorang, seseorang  yang sama membawa aku ke sini semula pada hari ini.

            “Masih best macam dulu kan?” Katanya dengan kuat. Deru angin menenggelamkan suaranya.

            Aku berjalan menghampirinya. “Kenapa tiba-tiba nak datang sini?” Soalku.

            “Banyak kenangan kat sini. Kau tak rasa macam tu?”

            Aku mengangguk perlahan.

            Mata Harry mengecil menahan dari hembusan angin yang agak kuat ketika itu.      “Kenapa kau suka aku?” Soalnya perlahan.

            Mata kami bertentangan. Aku tidak menyangka dia akan menyoal seperti itu.

            “Kenapa kau tetap suka aku walaupun... aku layan kau dengan buruk?”

            Aku mengalih pandangan ke arah lain. Tidak berani bertentang mata dengannya yang merenung aku seperti itu.

            “Kenapa kau tak pernah benci dengan apa yang aku telah buat kat kau selama ni?” Soalnya lagi.

            Tangan aku memegang tembok dengan kejap, mengumpul kekuatan untuk menjawab soalannya.

            “Sebab... sebab saya... sukakan awak. Tak ada sebab lain selain dari tu.”

            Harry terus mengalih seluruh badannya menghadap aku. Dia seperti tidak menyangka aku akan menjawab seperti itu.

            “Ya... bila kita dah menyukai dengan seseorang. Kita dah tak peduli apapun keburukan dia. Setiap orang di dunia ini tidak sempurna, kat mana nak cari yang sempurna? Jadi, dengan setiap keburukan itu pasti ada sesuatu yang baik. Keburukan awak adalah awak sangat kejam. Tapi, kerana awak kejamlah saya tak boleh lepaskan diri dari awak. Dan terus mengikat hati saya...”

            Harry ketawa kecil. Aku mengerut dahi. Kenapa ketawa disaat penting macam ni? Aku tengah meluah perasaanlah!

            “Perlu ke ayat kejam tu? Nampak macam penjenayah aje...”

            “Ya, memang awak penjenayah. Sebab awak dah rompak hati saya. Lepas tu awak cincang-cincang dan bakar. Sebab tu hati saya tengah panas sekarang.”

            “Kenapa ayat kau semuanya tak romantik. Ngeri betul!” Harry ketawa lagi.

            “Suka hati awaklah!” Aku terus tidak memandangnya. Merosakkan mood aku aje. Menyesal! Kalaulah aku tak luahkan perasaan aku tadi, tidaklah aku rasa malu macam ni.

            Aku terasa bahuku dipegang dari belakang. Tangan Harry turun senhingga ke lenganku. Dia sangat rapat.

            “Kau tahu sejak bila aku mula sukakan kau?” Soal Harry perlahan.

            Aku menggeleng.

            “Sebenarnya aku sendiri tidak pasti sejak bila aku mula menyukai kau. Sedar-sedar, nama kau dah melekat di hati ini...”

            Aku menelan liur. Sungguh aku terharu mendengar luahan kata-kata Harry sehingga air mata aku bergenang.

            “Sejak bila awak dah mula tidak mencintai Cik Sallyna?” Aku pula menyoalnya. Sebenarnya sudah lama aku ingin bertanya perkara itu. Selama ini aku menyangka dia menyukai wanita itu.

            “Aku tak nafikan suatu masa dahulu aku anggap Sallyna adalah kawan yang paling aku sayang. Biasalah, masa tu aku masih budak-budak. Aku tidak dibenarkan bergaul dengan rakan sebaya yang lain. Aku perlu belajar untuk menjadi seorang pewaris yang elit. Jadi, aku dididik dari kecil dengan ramai guru-guru peribadi. Bila aku kenal Sallyna, aku rasa sangat gembira. Bila aku dapat tahu tentang pertunangannya yang sudah diaturkan, aku mula menjauhkan diri darinya. Pada mulanya aku memang sediki kecewa, masa tu aku sudahpun berusia 14 tahun.

            Bila masuk ke sekolah tinggi aku semakin menjauhkan diri darinya, Sallyna sangat tidak puas hati dengan perubahan sikap aku. Lama-kelamaan aku sudah tidak pedulikan lagi tentang Sallyna. Hati aku tidak terasa apa-apa apabila melihat Sallyna rapat dengan Ray walaupun mereka masa itu tidak tahu lagi mengenai pertunangan mereka yang telah dirancang oleh keluarga. Aku juga berharap mereka dapat bersama, sebab itulah aku tidak mahu Sallyna terus menyukai aku. Jadi, aku memaksa kau menyamar jadi kekasih aku.” Luahnya dengan panjang lebar.

            Aku mengangguk mengerti. “Sebab itulah awak nak saya jadi kekasih palsu awak?”

            “Bukan sebab itu aje, ada sebab lain...” Ujar Harry dengan senyuman meleret.

            Aku mengerut dahi dengan penuh tanda tanya. “Sebab apa?!” Aku bertanya dengan muskil.

            “Suatu hari kau akan tahu juga...” Harry sengaja ingin membuat aku tertanya-tanya.

            “Cakaplah...” Aku sengaja merengek. Menyampahnya tengok diri sendiri.

            Harry ketawa kecil. “First time tengok Cik Aya manja...”

            Aku mencubit lengannya. Harry mengaduh sakit. “Awak nak cakap ke tak?” Soalku lagi.

            “Suatu masa, kau akan tahu. Bersabarlah...” Harry masih mahu menyimpan rahsia itu. Pelukannya di bahu aku semakin erat sehingga aku tersepit di dada bidangnya. Harry masih tersenyum dan itu senyuman yang paling manis pernah aku lihat. Oh... hatiku memang sepenuhnya mencintai lelaki ini. Harry... my prince charming!

            

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience