Cinta Pertama?

Romance Completed 117449

BAB 25

AKU membuat keputusan untuk pulang menaiki bas kerana tambangnya jauh lebih murah. Aku masih seperti Aya yang berjimat cermat seperti dulu. Hanya aku seorang yang menunggu di perhentian bas itu. Walaupun penampilanku kelihatan pelik aku tidak pedulikan lagi. Memakai gaun mahal dan menunggu di perhentian bas seperti ditinggalkan orang, memang kelihatan sangat pelik!

            Namun perkara itu langsung tidak menganggu pemikiranku. Aku masih teringat kata-kata Sallyna sebentar tadi. Sungguh kasihan... Sallyna menyukai Harry sejak kecil. Tetapi takdir mereka agak sukar. Aku menghembuskan nafas dengan berat. Mampukah aku menghadapi semua ini? Siapa aku dalam hidup Harry? tidak lebih dari seorang kekasih palsu yang... dipercayainya? aku menahan rasa. Cuba untuk tabah sambil menarik nafas panjang.

            “Aya!” jerit satu suara di depanku.    

            Aku terkejut bukan kepalang melihat Ray berhenti kereta mewahnya di hadapanku. Lelaki itu juga keluar dan terus menarik tanganku.

            “Cepat masuk dalam kereta sebelum orang nampak!” Ray kelihatan tergesa-gesa.

            Aku yang terpinga-pingga hanya menurut. Masih terkejut, bukankah Ray sepatutnya berada dalam Hotel Paradise untuk meraikan kepulangan Sallyna sekaligus pertunangan mereka?

            Aku masuk dan duduk di sebelahnya dan Ray terus menekan minyak memecut keretanya.

            “Se... senior.” aku bersuara tersekat-sekat.

            “Saya beritahu mereka yang saya tak sihat dan kena balik segera. Aya janganlah risau.” Ray kelihatan serius.

            “Tapi kenapa?” aku masih tidak puas hati dengan penjelasannya.

            “Macam mana Aya boleh ada kat majlis tu?”

            “Saya datang dengan kawan, saya tak tahu tu majlis...” aku terdiam. Terus aku mengeluh berat. “Saya memang tak bersedia dengan semua ni lagi.”

            “Aya perlu bersedia dari sekarang... saya memang tak sabar nak hentikan kepura-puraan ni secepat mungkin.”

            “Tapi macam mana?”

            “Harry... kita tunggu Harry pulang.”

            Aku mengangguk berat. “Kenapa mesti saya terlibat dalam hal ni. Sepatutnya saya dah tak ada kena mengena lagi.”

            “Sebab Aya... sebab Aya adalah sebab saya.” Ray menelan liurnya.

            “Lepas semua ni selesai... kita kahwin?”

            “Apa?”

            Meletus tawa Ray ketika itu. “Kenapa muka Aya cuak macam tu?” Ray terus ketawa.

            Aku mengurut dadaku.”Senior... tak baik bergurau macam itu tau!” marahku. Dalam perbincangan yang bagiku agak serius ini Ray tak sepatutnya bergurau seperti itu dengan tiba-tiba. Jantungku bukannya sihat sangat!

            “Aya... kita kan orang yang rapat dengan Harry. Malah Aya lebih rapat dengan dia dari kami semua. Kita kena bantu Harry... dia dah lama korbankan perasaannya.” Kali ini Ray kembali serius. Aku mengangguk mengerti.

            ‘Kenapa... semua orang berharap kepada aku?’

            Kereta Ray akhirnya berhenti di hadapan rumah sewaku. Aku berkira untuk keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

            “Aya... walaupun dah terlambat tapi... Happy birthday.” Ray menghulurkan sekotak hadiah kepadaku. Tida ada alasan untukku menolak kerana ianya hadiah hari jadiku.

            “Terima kasih...” ucapku sekali lagi.

            “Aya... jangan risau. Perasaan Aya kepada Harry dulu, pasti boleh berubah kerana masa kan?” soal Ray dengan mendatar.

            Aku terdiam sebentar sambil mengumpul semangat. “Saya... saya tak pernah anggap dia lebih dari... seorang kawan lama. Saya dah lama lupakan dia. Saya dah pun mulakan hidup baru. Cuma hari tu saya terkejut aje...” ujarku dengan sepenuh kekuatan. Terima kasih kepada lidahku yang lancar mengeluarkan ayat itu dengan mudah.

            “Saya percaya...” Ray tersenyum.

            Aku melambaikan tangan menghantar lelaki pergi. Tidak pula aku perasan Lin dan Julia yang teropong aku sejak tadi.

            “Pergi dengan orang lain balik pulak dengan orang lain?!” Soalan pertama dari Lin apabila aku memasuki pintu rumah.

            “Lebih kaya dan handsome pulak tu!” Jerit Julia pula. Merujuk kepada kereta yang dinaiki Ray.

            “Merepek je kau orang ni. Dia orang tu cuma kawan-kawan akak je la.” aku yang keletihan terus masuk dan merebahkan diri di atas sofa.

            “Diam-diam dahsyat juga Kak Aya ye, semuanya lelaki kaya plus handsome kot!”

            “Tuah badan...” balasku selamba membuatkan wajah Lin dan Julia bertambah muncung cemburu.

            “Untunglahhhh...” serentak mereka bersuara. Aku hanya ketawa kecil. Gelodak perasaanku dibuang jauh-jauh.

            “Iyela... tapi dari jauh macam pernah nampak lelaki tu, tapi kat mana ye?” ujar Lin tiba-tiba.

            “Iyela? Kacak macam hero Korea je, pakai kereta sport tuh!”

            “Mengarut jelah, malas layan kau orang.” aku bingkas bangun untuk masuk ke bilik.

            Julia dan Lin saling memandang.

            “Aku betul macam pernah tengok la mamat tu.” Lin masih tidak puas hati.

*********

            LAPAR betul perut aku. Sudahla tidak makan sejak tengahari, pergi dinner pun balik macam itu aje. Aku yakin pasti Sallyna mencari aku kerana dia meminta aku tunggu sehingga majlis itu berakhir. Karl pula... aduh!! Kenapa mesti Karl itu abang Sallyna, kalau tidak pasti keadaan tak bertambah rumit. Jadi PA kepada Sallyna? Gila ke! Aku tak bersedia untuk berdepan dengan wanita kesayangan Harry itu. Cukuplah sedikit gurisan di hatiku, aku tidak mahu cari pasal untuk menambah luka lagi.

            Kemudian barulah aku teringat hadiah yang diberi oleh Ray, kotak itu kelihatan cantik. Namun aku tidak ada ‘mood’ untuk membukanya lagi lantas aku menyimpan hadiah itu dalam laci meja. Mulalah fikiranku jauh melayang mengingati kenangan di waktu zaman sekolah. Pelbagai kisah suka duka yang aku tempuhi sehingga aku terasa amat letih.

            Aku meniarap di atas katil sambil termenung. Kenapa kau bodoh sangat Aya? Sejak dulu kau tahu perasaan Harry... kenapa masih nak menyukai dia lagi? Kau tu siapa? mana layak untuk bercinta dengan orang berdarah bangsawan dan elit. Aku sepatutnya menjauhkan diri dari kelompok itu. Argghhh! Kalaulah aku tak pernah menjejak kaki ke Adam taylor High School semua ini tak akan berlaku! Aku bingkas bangun duduk di atas katil. Aku mesti melakukan sesuatu.

            “Lapar la pulak... sampai otak tak boleh berfikir lagi!” aku mengambil bantal dan mengetuk kepalaku.

            Perlahan-lahan aku keluar menuju ke ruang dapur. Membuka kabinet di dapur mencari mee segera. Akhirnya aku jumpa juga. Senyuman aku tiba-tiba mati apabila teringat yang itu bukan mee segera milik aku tetapi budak-budak itu. Aku punya dah habis!!

            “Kak Aya buat apa tu?!” sergah Julia yang entah muncul dari mana. Hampir terlompat aku kerana terkejut.

            “Nak makan ramen ke? Kak Aya tak kenyang ke dinner tadi?” Julia tersengih sinis sambil menjelir lidah.

            “Hey... mana boleh melantak banyak-banyak. Makan pun control-kontrol je. So, lapar balik la...huhuhu.” sumpah muka aku cuak gila!

            “Kasihannya, itu mee segera Julia punya. Kalau nak boleh tolong masak kat Julia sekali eh.”

            “Lin pun nak jugak!” Jerit Lin dari jauh yang mendengar perbualan kami gamaknya.

            Aku merengus geram sambil mencebik bibir. “Teruk betul layan senior macam ni.”

            “Masak pedas-pedas ya!” Rengek Julia gembira tidak pedulikan marahku. Dia berlari anak ke ruang tamu.

            Aku menghidangkan mee segera atau dipanggil remen dalam bahasa Jepun itu di lantai ruang tamu. Berhadapan dengan TV tempat Julia dan Lin selalu mengulang kaji pelajaran. Lin kelihatan fokus kepada computer ribanya manakala Julia sedang menonton TV sambil mengulang kaji. Aku pun tak pasti mereka sedang belajar atau bersantai.

            “Wahhh... sedapnya bau. Terbangkit selera ni. Bukan senang Chef Aya nak masak.” Lin terus melarikan tumpuannya dari skrin laptopnya.

            Mereka berdua duduk dalam bulatan bersama aku. Aku mencedok mee segera itu dalam mangkuk dan berikan kepada mereka.

            “Kenapa muka Kak Aya macam sedih je? Marahkan kami ke?” Jujur pula Julia menyoal sambil mengunyah mee segera itu. Lin turut mengangguk. Dia makan dengan selera.

            “Kak Aya nak tanya sikit...” aku meletakkan mangkuk ke lantai. Mataku merenung kedua teman serumah yang sudahku anggap seperti adik-adikku sendiri itu.

            “Apa? Tanyalah.” Lin memandangku tepat. Julia pula masih terus dengan suapannya namun turut menumpukan perhatiannya kepadaku.

            “Macam mana... macam mana nak cari teman lelaki?”

            “Uhukhss!!!” Julia tersembur mee segera sehingga mengena aku. Lin yang turut terkejut menghulurkan air kosong kepada Julia.

            “Pengotor betul!” jeritku kepada Julia sambil menyapu lenganku yang sudah terlekat mee segera yang disembur Julia sebentar tadi. Julia minum air dengan tergesa-gesa, mukanya merah menyala.

            “Kak Aya cakap apa tadi? Nasib baik saya ni lambat pickup kalau tak mesti jadi macam Julia. Nak cari teman lelaki?!” Lin membeliakkan matanya yang sememangnya sudah besar itu.

            Aku kemabali terdiam dan mengambil mangkuk aku. Dengan selamba kembali meneruskan suapan seperti tidak apa yang berlaku.

            “Julia tak salah dengar kan? Memang Kak Aya cakap macam tu.” Julia masih terbatuk-batuk.

            “Lupakan je la.”

            “Tak nak!” serentak Julia dan Lin bersuara. Aku pula yang terkejut dengan tindak balas kedua mereka ini.

            “Yela... yela...” Aku bertukar cuak pula. “Er... kat mana boleh cari teman lelaki dengan cepat? Er...”

            Lin ternganga. “Macam mana dengan yang hantar Kak Aya tadi?”

            “Ishh... tu bukan taste Kak Aya la...”

            “Habis tu nak macam mana lagi. Punya la kacak bergaya pun tak nak!” kata Julia pula.

            “Kalau boleh nak yang biasa-biasa aje... emm... cikgu ke, polis ke...”

            “Hahaha...” Lin terus ketawa besar. “Senang je Kak Aya. Blind datelah!!”

            “Blind date?!!” serentak pula aku dan Julia bersuara.

            Lin mendekatkan wajahnya kepada kami. “Agensi cari jodoh!”

*********

            “GILA!” aku menggelengkan kepala apabila teringakan idea gila Lin itu. Aku bukan nak cari jodoh! Tapi seseorang... seseorang yang boleh jadi teman lelaki aku. Aku ingin membuktikan kepada semua, aku sebenarnya sudahpun memulakan hidup baru. Bukankah itu lebih baik? Aku tak nak terlibat lagi dengan mereka. Hidup aku dan mereka semua sangat berbeza. Berusahalah Aya! Semuanya akan berakhir tak lama lagi.

            “Aya dah lama ke kat sini?” Soal Karl yang kelihatan kepenatan seolah-olah dia berlari untuk sampai ke sini. Sebuah warung yang selalu kami singgah ketika bertugas bersama sebelum ini.

            “Sorry, lambat sikit. Tak ada tempat parking. Parking pun jauh sangat tadi.” Wajah Karl kelihatan sedikit kesal dengan kelewatannya. Tidaklah lambat mana, 15 minit je aku tunggu di sini.

            “Tak apa Encik Karl. Kejap aje.” aku memberikanya senyuman ikhlas untuk meredakan rasa bersalahnya. Barulah Karl lega dan terus memesan minuman.

            “Aya, nak cakap pasal hal semalam ke?”

            Aku tersenyum. “Saya minta maaf... saya tak boleh jadi pembantu peribadi Cik Sallyna. Saya akan pergi minta maaf kepada Cik Dayana. Saya rasa bertangungjawab dengan kesalahan saya tempoh hari.” Luahku dengan lancar.

            Karl mengeluh. Jelas riak kecewa di wajahnya. “Aya... Dayana tu bukan orang yang sesuai untuk Aya bekerja. Lepas ni Aya pasti lebih teruk kena dengan dia.”

            “Saya tak mengapa Encik Karl.”

            “Sally tak lama kat sini Aya. Nanti dia akan pulang ke Eropah jugak. Dalam masa dia di sini dia perlukan pembantu. Saya yakin Aya je yang paling layak. Kalau Aya tak tolong Sallyna, anggaplah Aya tolong saya. Saya tak nak orang sebarangan jadi pembantu dia.”

            Aku melihat wajah penuh berharap Karl membuatkan prinsipku semakin goyah.

            “Lagipun Sallyna dah cerita. Aya dah lama kenal adik saya sejak zaman sekolah lagi. Saya tak tahu macam mana kamu berdua boleh kenal tapi... saya percaya Aya je orang yang boleh bantu Sallyna. Lepas Sallyna ke Eropah, saya janji akan carikan kerja yang lebih baik untuk Aya. Tapi tolonglah... bukan dengan Dayana lagi.”

            Aku menelan liur yang semakin kering. “Bagi saya sikit masa lagi untuk fikir...” putusku.

            Karl merenung aku dengan penuh persoalan. “Kenapa Aya tak suka Sallyna?”

            “Eh! Bukan macam tu Encik Karl...emm... Tuan Muda Karl, saya cuma golongan bawahan yang tak layak untuk berdiri di sebelah orang macam tuan muda. Saya tak berani nak benci orang seperti Cik Muda Sallyna...”

            “Saya tak suka Aya panggil saya macam tu. Kita manusia sama aje di sisi ALLAH, tetap hamba-Nya yang lemah. Cuma yang membezakan kita semua adalah takwa.” Karl menekan suaranya sehingga aku terdiam mendengar hujahnya.

            “Saya harap Aya tak menghampakan saya...” sambungnya kemudian.

            Aku tidak terkata apa lagi. Ahh... mengapa aku ni sukar untuk lari dari golongan seperti mereka ini!

**********  

            SUASANA di restoran ini agak romantik. Boleh menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan di waktu malam. Restoran itu berada di tingkat paling atas di sebuah bangunan dan pemandangan boleh dilihat apabila berada di tepi tingkap kaca. Aku bernasib baik kerana menempah tempat ini dengan lebih awal. Kenapa aku memilih tempat seperti ini dikala aku mengalami kegawatan ekonomi yang agak teruk dan dengan erti kata lain seorang penganggur. Kerana aku belum memulakan tugasku dengan Sallyna. Aku perlu berfikir dengan sebaiknya sebelum membuat keputusan yang tepat. 

Berbalik kepada persoalan tadi, aku memilih tempat ini kerana lebih privasi dan yang penting kemungkinan untuk aku terserempak dengan orang yang dikenali agak rendah. Sempat aku membetulkan blaus berwarna pink yang tersarung ditubuhku. Aku agak simple kali ini tetapi aku tetap juga berdebar.

“Hai...” tegur seseorang yang baru tiba di sisi meja tempatku duduki.

Aku yang baru tersedar terus bangun berdiri dan mempelawanya untuk duduk. Sempat juga kami bersalaman dan bertanya khabar. Di depanku sekarang ialah seorang lelaki yang berperwatakan agak menarik. Walaupun penampilannya simple dan sederhana dia kelihatan agak kemas. Aku cuba untuk memberikan senyuman yang terbaik.

“I tak sangka you pilih tempat macam ni, I ingat tempat biasa aje.” lelaki itu memulakan mukadimahnya.

“Er... Encik Haidar tak selesa ke?” soalku agak serba-salah.

“Bukan macam tu. Tak bazir ke datang tempat macam ni...”

“Hah... er...” aku tidak tahu untuk membalas apa-apa. Lelaki yang aku kenal dari agensi mencari jodoh ini seperti tidak menyukai caraku saja.

“Well... you kata nak belanja kan, I tak kisahlah.” Haidar hanya membuat wajah selamba.

“Ya... kalau macam tu kita order sekarang.” aku terus memanggil waiters dan kami memesan makanan ala Perancis. Sementara menunggu pesanan tiba aku cuba untuk menyusaikan diri berbual dengannya.

“Encik Haidar dah lama jadi photographer?”

“Dah lama la jugak, kenapa you nak jadi model I ke?”

“Eh tak...” aku mula terasa tidak selesa berbual dengan lelaki ini. Entah kenapa aku merindui cara Ray dan Karl yang lebih sopan dan beradap.

“You ni pendek mana boleh jadi model...” Haidar tersenyum agak sinis.

            “Ah... ya...” aku mula cuak dengan mamat nih!

            “Tapi you ni comel jugak... I berminat nak berkawan dengan you.”

            “Kalau macam tu baguslah.” aku mencapai gelas air kosong yang sedia ada di sebelah kananku dan terus minum. Bersabarlah Aya... mungkin tak lama kau dengan mamat ni. Tapi sekurang-kurangnya sempatlah sehingga Harry pulang.

            “Nampak gayanya you ni tak pernah bercinta sebelum ni. Biar betul dah umur 24 tahun kan?”

            Aku ketawa sinis. Perlahan saja namun cukup mempamerkan wajah cuak aku yang sudah bertukar warna.

            “Kalau saya pandai bercinta buat apa saya cari awak kat agensi cari jodoh!” suaraku yang agak kuat itu mengejutkan beberapa pelanggan lain yang duduk berdekatan kami. Barulah aku tersedar dan terus memalingkan wajahku darinya. Argghh!! Malu tahap biawak weh!! Beberapa pelanggan lain tersengih dan ada yang ketawa kecil sambil memandang ke arah kami. Ah... sah-sah mereka tahu aku tengah hadiri blind date!

            Haidar terlopong mendengar jawapanku sehingga dia menelan liur. “Ya... ya... maafkan saya...”

            “Bedebah!!” sumpahku dengan hati yang membara. Ketika ini aku berhenti di lampu isyarat dengan skuter kesayanganku. “Langsung tak beradap bila bercakap.” sikap lelaki itu seperti mengingatiku kepada seseorang. Kenapa aku boleh pula bersabar dengan singa jadian itu sedangkan dengan si Haidar itu tidak? Biarlah... kalau lelaki itu tidak menghubungi aku lepas ini anggaplah dia sudah tidak berminat denganku.

            Lin dan Julia menunggu aku dengan wajah penuh ingin tahu. Aku masuk ke rumah dengan mood yang kurang baik. Terus aku merebahkan diri di atas sofa seperti biasa.

            “Macam mana? Sama handsome tak macam dalam gambar dia tu?” Julia sudah tidak sabar-sabar ingin mendengar ceritaku.

            “Macam tak lancar aje...” teka Lin apabila melihat keadaanku seperti itu.

            “Betul-betul menyusahkan!!” aku mengambil bantal kecil dan menutup mukaku. Stress!!

            Julia dan Lin terkejut beruk mendengar jeritanku itu terus terdiam tidak berkata apa lagi.

**********

            “Saya gembira bila Aya setuju nak jadi pembantu saya. Saya tahu abang saya pasti pilih yang terbaik untuk saya. Saya harap Aya akan selesa bekerja dengan saya.” Sallyna tersenyum ramah ketika kami bertemu di rumahnya. Karl turut menyertai perjumpaan itu turut tersenyum puas melihat aku yang bersetuju menjadi pembantu peribadi adiknya.

            “Cik Sallyna jangan risau. Saya tak akan menghampakan harapan Encik Karl. Dia dah banyak tolong saya sebelum ini.” Luahku jujur.

            “Kamu berdua berbuallah, saya kena pergi pejabat sekarang. Aya, hati-hati bila pulang nanti.” pesan Karl sebelum meminta diri keluar dari rumah itu.

            Kini tinggal aku bersama Sallyna. Mulalah jantungku berubah rentak.

            “Aya...” Sallyna memanggilku perlahan.

            Aku mengangkat wajahku untuk membalas pandangannya. “Ya?”

            Sallyna seperti ada sesuatu ingin diluahkan tetapi kelihatan agak berat.

            “Aya rasa... Harry... masih sukakan saya?”

            Aku terdiam sebentar mencari kekuatan. Apatah lagi melihat air mata Sallyna yang mula bergenang setiap kali nama lelaki itu disebut. Mengapa... mengapa cinta wanita ini terlalu besar kepada lelaki itu sehingga aku merasakan diriku terlalu kerdil.

            “Semua orang nampak saya tabah selama ini... tetapi perasaan saya kepada Harry tak pernah pudar walaupun lapan tahun lagi. Saya tak pernah melupakan dia selama ini walaupun saya dah membawa diri sejak dari sekolah. Bila saya dapat tahu tentang perkahwinan yang dirancang keluarga... saya hampir putus asa. Saya mula untuk pasrah dengan perasaan saya.” Sallyna mencapai tisu dan terus menangis hiba. Aku turut merasai kepedihannya.

            “Tapi sesuatu yang mengejutkan... bila saya dapat tahu Rayyan adalah bakal tunang saya. Dia pun masa tu memang dah berserah, dia juga kecewa dengan seseorang. Jadi kami berjumpa untuk berbincang...” Sallyna memandangku dengan wajah yang sugul dan matanya merah.

            “Ray kata dia mustahil untuk mencintai saya kerana dia masih mecintai seseorang, seperti mana saya masih tak dapat melupakan Harry...”

            Aku hanya diam dan terus menumpukan kepada penceritaan Sallyna.

            “Saya menangis depan Ray... kerana saya pun tak mungkin dapat mencintai dia. Jika kami berkahwin pasti kami tak akan bahagia. Ray beritahu saya sesuatu yang membuatkan saya sangat terkejut. Harry dan awak... hanya berpura-pura bercinta atas alasan yang dia tak pasti. Tapi Ray merasakan ia pasti berkaitan dengan perkahwinan kami yang sudah di aturkan.”

            Aku terus menunduk kerana tidak berani berhadapan dengan wanita berdarah bangsawan itu.

            “Betul ke Aya...” Sallyna memegang tanganku meminta kepastian.

            Aku mengangguk perlahan-lahan. “Tuan Muda Harry... dah tahu dari awal. Dia terdengar dari ibu Cik Sallyna.”

            Sallyna menekup mulutnya. Tangisannya semakin kuat. “Saya... saya tak sangka...”

            “Ha... Harry... memang menyukai Cik Sallyna sejak dulu.” bergetar dadaku ketika memberitahu perkara itu.

            “Damn you Harry!” Sallyna tidak dapat mengawal perasaannya lagi. “How could you do this to me!”

            Aku menelan liur. Maka dengan ini... aku perlu benar-benar melupakan perasaanku kepada dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience