Kembali ke Istana!

Romance Completed 117449

BAB 30

            SALLYNA membuat keputusan untuk bertemu dengan Ray untuk mendapatkan kepastian. Dia datang ke pejabat lelaki itu di Hotel Paradise, kedatangannya mendapat perhatian pengunjung lain kerana posternya sudah tersebar di seluruh bandaraya. Dia kini semakin dikenali di negaranya sendiri. Ray pula tidak terkejut dengan kunjungan tunangnya itu kerana sudah dapat menjangkakannya. Mereka bertemu di dalam bilik pejabat Ray yang luas. Sallyna duduk di sofa tetamu yang mahal sesuai dengan dekorasi bilik itu yang cukup kelihatan mewah.

            Ray duduk dengan santai sambil menunggu Sallyna memulakan bicara. Wanita cantik itu faham benar dengan sikap Ray itu terpaksa membuka mulut dahulu.

            “Nampaknya you tak terkejut dengan kedatangan I ke sini.”

            “Emm, memandangkan lusa adalah hari persembahan penting yo, I rasa terkejut juga sebab you masih sempat luangkan masa ke sini.”

            Sallyna hanya tersenyum. “Ada benda lebih penting dari tu yang membawa I ke sini...”

            “Yes?” Ray mengangkat kening sebelah.      

            “Aya... do you love her?” Sallyna menyoal dengan tenang.

            “I’m sorry but that’s not your business my dear.” Ray kelihatan tidak senang dengan pertanyaan Ray itu.

            “I pun pelik dengan sikap you selama ini apabila berkaitan dengan Aya. You nampak macam betul-betul nak melindungi dia.”

            Ray ketawa sederhana. “Sejak bila you berminat dengan hal peribadi I ni?”

            “Ray, you terlibat penuh dengan hal peribadi I berkaitan dengan Harry. Dan you sendiri nak bantu I untuk dapat bersama dia. Jadi, tak salah kan kalau I ambil tahu hal peribadi you.” Sallyna bijak mengatur bicaranya.

            “Apa you nak cakap sebenarnya? I pasti bukan pasal nak tanya perasaan I kat Aya je yang you katakan penting sangat tu.”

            Sallyna menyilang kakinya. Menukar kedudukan agar lebih selesa. “Ya, sebenarnya I nak cakap kat you jangan buat benda sia-sia. As a friend I mesti nasihatkan you.”

            “Sia-sia?” Soal Ray masih tidak faham maksud Sallyna.

            “Ya, sia-sia aje kalau you bersama dengan Aya kerana keluarga you sama sekali tak akan setuju. Apatah lagi you putus tunang dengan I demi seorang perempuan golongan biasa... I rasa keluarga you tak akan maafkan you sama sekali dan tak mungkin dapat terima dia.” Luah Sallyna dengan yakin.

            Ray hanya diam dan merenung Sallyna dengan tajam sehingga wanita itu mematikan senyumannya.

            “You memang dah tahu kan? Tetapi masih nak ambil risiko?” Ujar Sallyna lagi.

            “Sally...”

            Sallyna melihat wajah Ray yang serius dan nadanya yang tegas itu terus tidak jadi meneruskan kata-katanya.

            “Terima kasih kerana ambil berat tentang masalah peribadi I. Tapi, I tak fikir nasihat itu berguna untuk I.”

            “Why?”

            “Dengar dulu.” Ray memotong kata-kata wanita itu dengan pantas. “You fikir I ni pengecut seperti Harry?!”

            Terbeliak mata Sallyna mendengar kata-kata Ray seperti panah yang menujah kepadanya.

            “You fikir I akan berputus asa dengan perkara remeh seperti itu? Seperti mana Harry berputus asa mendengar berita pertunangan kita dulu? I tak selemah itu...”

            Sallyna cuba menyembunyikan rasa pedih hatinya dengan ketawa kecil yang agak sinis.

            “Maksud you, you sanggup hilang segala-galanya kerana dia?”

            “You sepatutnya risau diri you sendiri. Bukan mudah untuk you buka semula hati Harry,”

            “Kalau macam tu, terpulanglah kepada you. I cuma nak nasihatkan you. Tapi you tak hargai niat baik I ni, tak mengapalah.” Sallyna mencapai tas tangannya dan bangun untuk beredar.

            “Satu lagi...” Ray turut bangun. Sallyna tidak jadi melangkah, dia memalinglan wajah menghadap Ray.

            “I juga tidak akan melepaskan Aya semudah yang you sangka. Sekali dia datang kepada I, I akan pastikan dia bahagia selamanya.”

            “Well... I wish you luck.” Katanya sebelum keluar dari situ.

**********

            AKU tidak menyangka yang aku boleh tertidur sepanjang perjalanan mungkin kerana aku terlalu bosan. Si bedebah di sebelahku ini hanya berdiam diri seperti aku tidak wujud sedangkan di rumah sewa aku tadi bukan main bising sampai hendak terkeluar anak telinga aku mendengarnya. Aku menggosok mata kerana masih terasa pedih, mataku dapat melihat dengan jelas pemandangan di luar melalui cermin kereta.

            ‘Hah! Tempat ni macam pernah aku lihat!’ Aku memandang Harry yang sedang memejam mata tetapi aku yakin dia tidak tidur. Aku menggongcang tubuhnya sehingga dia membuka mata.

            “Ini... ini tempat ni...”

            Harry memandang wajahku dengan wajah tegang. “Kenapa, kau tak suka ke datang sini?”

            Aku kembali memandang ke luar kereta, memang betullah kami sedang memasuki kawasan rumah agam peninggalan Sir Adam. Walaupun masih terkejut namun satu perasaan asing singgah di lubuk hatiku. Perasaan seperti pulang ke kampung halaman pula. Sedangkan aku hanya beberapa hari menetap di sini dahulu. Tanpa sedar aku tersenyum apabila mengingati wajah-wajah yang masih segar diingatan. Apa khabar Hanna, Puan Sara dan lain-lain?

            Akhirnya kereta pangjang itu berhenti di depan pintu utama rumah besar itu. Masih tidak percaya yang Harry membawa aku ke sini dan untuk apa tujuannya.

            “Silakan tuan muda,” pintu sebelah Harry di buka dan Harry melangkah keluar. Kemudian pintu di sebelahku pula dibuka dan aku sangat mengenali wajah itu!

            Aku keluar dan mendongak untuk melihat rumah agam itu yang masih cantik dan tersergam indah.

            “Sila masuk Cik Aya, ramai yang sedang menunggu.” Ujar Tam mempelawa. Harry pula sudah mendahului aku masuk ke dalam rumah itu.

            Semua pekerja beratur dalam barisan ketika kami memasukinya. Mereka menyambut kepulangan Harry dengan bersalam dengannya. Aku pula bersalam dengan pekerja wanita dan aku mencari wajah yang aku kenali.

            “Cik Aya.” Hanna tersenyum kepadaku sambil melambai tangan.

            “Hanna!” aku hampir menjerit riang tetapi dapat mengawalnya. Lantas aku memeluk wanita itu kerana terasa sungguh rindu. Dia banyak membantu aku ketika berada di rumah ini dahulu. Sudah pasti aku tidak akan melupakan jasanya.

            “Selamat pulang tuan muda, sila masuk dan berehat. Lepas itu kita akan makan malam.” Beritahu Puan Sara dengan hormat.

            Harry mengangguk dan terus berjalan menuju ke biliknya. Aku pula terpinga-pinga ketika itu. Aku masih terasa asing di rumah ini walaupun aku pernah tinggal di sini.

            “Cik Aya, mari ikut saya.” Ujar Hanna, aku tersenyum kerana dia masih melayanku. Tidaklah aku terlalu canggung.

            “Bilik Cik Aya tetap yang dulu, tak berubah. Saya dan yang lain dah siapkan untuk Cik Aya. Harap Cik Aya akan selesa.” Ujar Hanna sambil berjalan mendahului aku.

            “Eh, jangan la susah-susah. Saya dah biasa dengan tempat yang biasa.” Jawabku jujur.

            Hanna hanya tersenyum. “Sialakan masuk dan berehat. Saya akan datang untuk panggil makan malam nanti. Have a god rest.” Hanna berdiri di depan pintu dan tidak masuk. Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.

            “Ahhhh!!!!” Aku terus terlentang di atas katil empuk yang pernah aku tidur dahulu. Kali ini lebih selesa dan empuk. Banyak perubahan di bilik ini seperti langsir, cat, perabot dan sebagainya. Aku tidak lama terbaring di atas katil kerana aku teringat akan taman bunga yang dapat di lihat melalui tingkap bilik ini. Aku menghampiri jendela dan menjenguk ke luar.

            “Wahh...” hanya itu yang dapat aku katakana ketika ini. Taman itu tetap tidak berubah malah bertambah cantik. Seperti berada di taman-taman di Eropah!

            Tetapi... kenapa Harry membawa aku ke sini? Wajahku yang gembira tadi bertukar keruh.

**********

            TEPAT pada masanya Hanna mengetuk pintu bilikku dan aku menyuruhnya supaya masuk. Aku baru selesai mandi dan masih bertuala. Segan pula apabila berhadapan dengan Hanna.

            “Cik Aya boleh turun untuk makan malam dalam masa 15 minit lagi. Sempat ke?” Tanya Hanna sambil tersenyum. Sudah lama tidak berjumpa Hanna kembali melayanku dengan formal.

            “Ya, sempat. Terima kasih.”

            Hanna kemudiannya keluar dari bilikku. Aku menarik nafas sebelum kelam kabut mengambil pakaian di dalam beg. Nak pakai baju apa? Aku hanya main sumbat aje tadi. Semuanya T-shirt! Aduh, mesti semua orang akan ada kat bawah nanti, malu la aku kalau turun pakain jeans dan T-shirt aje. Macam mana ni??

            “Hanna!” Aku cuba memanggil wanita itu kalau-kalau dia masih ada di luar.

            Nasib aku sangat baik apabila Hanna menjawab dan dia terus membuka pintu bilikku.

            “Ya... ada apa yang boleh saya bantu.” Soal Hanna.

            “Sebenarnya... saya tak ada pakaian yang sesuai. Mesti ada tetamu lain kan?” Mukaku sungguh cuak ketika itu.

            Hanna tersenyum membalas pertanyaanku. “Ya, ada orang penting yang akan makan malam bersama Cik Aya dan tuan muda.”

            “Habis tu macam mana...” aku sudah sangat risau tetapi Hanna tetap bertenang.

            “Baiklah, saya akan sediakan pakaian untuk Cik Aya.” Hanna berundur dan berlalu dari situ. Aku mengeluh lega. Mujur la ada Hanna kalau tidak apa la nasib aku nanti, sudah la rumah ini sangat mementingkan protokol!

            Selang lima minit Hanna muncul dengan membawa pakaian untukku. Aku terus menyucapkan terima kasih kepadanya. Hanna keluar semula dan berdiri di tepi bilikku.

            “Eh...” aku melihat baju yang berada di tanganku ketika ini. “Baju kurung!”

            Walaupun masih pelik kerana memikirkan kenapa Hanna memilih baju kurung untukku, aku tetap memakainya dengan cepat dan bercermin melihat penampilanku ketika ini.

            “Dah lama rasanya tak pakai baju kurung, bagus juga!” Aku memusing badan di hadapan cermin.

            Setelah berpuas hati aku keluar dari bilik dan bertemu dengan Hanna. Wanita itu sedikit terkejut melihatku.

            “Ke... kenapa? Baju ni tak sesuai dengan saya ke?” Aku agak risau melihat reaksi Hanna itu.

            “Bukan macam tu, saya terkejut sebab Cik Aya nampak manis dan ayu sangat. Marilah kita turun.” Hanna tersenyum ikhlas dan aku termalu pula dengan pujiannya.

            Aku berjalan beriringan dengan Hanna menuju ke ruang makan, aku ternampak Tam dan aku melemparkan senyuman manis kepadanya. Tam turut tersenyum namun matanya tidak berkelip memandangku. Apabila aku menghampirinya sempat dia memujiku. Kembang lagi.

            Aku makin terasa malu, berbeza sangat ke bila aku pakai baju kurung? Namun, rasa malu itu bertukar berdebar pula apabila aku melihat ada orang yang sedang menunggu di meja makan. Tetapi aku tidak nampak Harry, mungkin dia masih belum turun. Pasangan yang berusia sebaya dengan ayahku berada di situ sambil memandangku dengan senyuman. Penampilan mereka menarik perhatianku, wanita itu mengenakan tudung litup dengan sempurna, manakala lelaki itu memakai baju melayu berwarna biru. Wajah mereka kelihatan sungguh berseri.

            Hanna berhenti hampir dengan meja makan dan aku turut berhenti melangkah.

            “Encik Khairul, Puan Aisyah, kenalkan ini Cik Nur Marhaya. Cucu angkat arwah  Sir Adam.” Ujar Puan Sara, memperkenalkan aku kepada dua tetamu itu.

            “Cik Aya, ini Encik Khairul dan Puan Aisyah, Puan Aisyah ini ibu saudara Tuan Muda Harry.”

            Aku segera menghampiri mereka dan bersalam.

            “Duduklah Aya, Harry belum turun lagi. Boleh la kita berborak dulu.” Ujar Puan Aisyah dengan ramah.

            Aku mengangguk perlahan sambil mengambil tempat duduk di depan mereka. Tidak aku sangka Harry mempunyai ibu saudara, dia tidak pernah bercerita kepadaku.

            “Er... mak cik ibu saudara tuan muda?” Soalku.

            “Ya, Tuan Danial ayah Harry itu adik mak cik.” Jelas Puan Aisyah.

            “Oh...” Sekali lagi aku mengangguk.

            “Harry menjemput kami ke sini untuk makan malam bersama. Sebelum dia masuk pertandingan Olimpik hari tu, pak cik nak tengok pingat emas Olimpik depan mata sendiri. Akhirnya dia berjaya juga.” Kata Encik Khairul dengan senyuman bangga.

            “Mak cik, Pak cik.” Tegur Harry yang baru tiba. Perbualan kami terhenti apabila Harry datang dan bersalam dengan Encik Khairul dan Puan Aisyah.

            “Sorry, lewat sikit. Tiba-tiba ada panggilan penting pula.” Ujar Harry sambil duduk di kerusinya, sebelahku!

            Aku berubah gugup apabila Harry melirik melihatku dengan ekor matanya.

            “Tak mengapa, Harry. Terima kasih Harry sebab sudi jemput mak cik dan pak cik datang makan malam bersama. Dah lama kami tak berjumpa dengan kamu, selama ni tengok dalam TV aje.” Ujar Encik Khairul sambil menepuk lembut bahu Harry.

            “Saya sangat menghargai sokongan pak cik dan mak cik kepada saya. Saya dah tak ada sesiapa di sini. Hanya mak cik dan pak cik saudara saya yang tinggal...” sedikit sayu suara Harry ketika itu. Aku hanya terdiam mendengar perbualan mereka.

            “Alhamdulillah, Harry tidak pernah melupakan saudara-mara. Mak cik sangat terharu dengan kamu Harry.” Kata Puan Aisyah pula.

            Harry hanya tersenyum.

            Kemudian mata Puan Aisyah beralih melihat aku.

            “Aya, kami juga kenal dengan ayah Aya. Bila ada apa-apa majlis di rumah ini dan kami dijemput, Encik Malik la paling banyak melayan kami. Dia sangat baik hati.” Ucap Puan Aisyah.

            “Oh...” Aku tersenyum dalam keadaan kekok. Tidak aku sangka mereka mengenali ayah aku. Dan yang lebih mengejutkan aku, Puan Aisyah dan Encik Khairul kelihatan sangat sederhana dan bukannya seperti golongan kelas atasan. Sama ada mereka suka merendah diri atau memang mereka datang dari keluarga yang sederhana aku sendiri tidak pasti.Tetapi, penampilan mereka seperti golongan yang terpelajar.

            “Mari kita makan, lepas ni kita pasti akan berborak panjang lagi.” Celah Harry dengan tiba-tiba.

            “Betul tu, lepas ni tunjukkan pak cik pingat kamu tu.” ucap Encik Yusuf sambil ketawa kecil.

            “Mestilah, silakan makan mak cik, pak cik.”

            Selepas makan malam kami berkumpul di taman bunga ros untuk mengambil angin malam yang nyaman. Gazebo berukiran kayu yang unik menjadi tempat kami bersantai. Aku duduk di sebelah Puan Aisyah manakala Harry di sebelah Encik Khairul. Kami berbual panjang dan aku lebih banyak diam dan hanya menjawab apabila mereka bertanya. Barulah aku tahu, Encik Khairul seorang peguam manakala Puan Aisyah sudah lama berhenti kerja sebagai akauntan kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga.

             Tidak lama kemudian Puan Aisyah dan suaminya meminta diri untuk masuk ke rumah. Aku juga turut bangun untuk masuk ke rumah tetapi di halang oleh Harry. Aku kembali duduk dengan wajah yang masam.

            “Saya kena masuk sekarang, tak manis kita duduk di sini.” Luahku.

            “Sejak bila kau pentingkan manis ke pahit ni? Bukan ke dulu kau pernah tinggal di asrama lelaki. Dah lupa?”

            “Huh...” Aku berdengus geram. Cakap dengan dia ni menambahkan bara di hati aje.

            “Awak nak cakap apa?” Lebih baik aku mengikut rentaknya.

            “Kau tak suka ke datang ke sini?”

            Aku terdiam sebentar mendengar soalannya. Sempat aku melihat sekeliling, walaupun waktu malam taman itu masih kelihatan cantik dengan simbahan lampu yang menghiasi jalan di taman itu.

            “Gembira juga, ini rumah atuk angkat saya jugak. Banyak kenangan dengan dia di sini.” Ujarku jujur.

            “Baguslah, jadi aku tak la rasa bersalah sebab paksa kau ke sini.”

            “Huh, kenapa tak cakap awal-awal?!”

            “Paksa pun bukan main siksa, inikan pulak cakap awal-awal. Buang masa aje.”

            “Awak tau tak, sebab awak la saya kena saman siang tadi tau tak! Mana dengan helmet saya orang bawa lari lagi, awak kena bertangungjawab!”

            “Apa kau merepek ni, kau kena saman sebab kau lembap. Jangan salahkan orang lain.”

            “Sebab awak telefon saya banyak kali la saya terpaksa angkat dan kena saman tau tak!!”

            “Siapa suruh kau tak dengar cakap aku, kalau tidak aku takkan call kau banyak kali kan? Jadi, salah siapa?”

            “Eiii!” Aku bertambah geram dengan sikap sentiasa mahu menang dia ni.

            “Sudahlah, aku nak masuk. Lama-lama boleh pekak kalau bercakap dengan kau.” Harry bangun dan terus berjalan menuju ke rumah agam itu.

            Aku memeluk tubuh dengan rasa tidak puas hati. “Siapa yang suka cari pasal? Haish!”

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience