Air Mata Harry!

Romance Completed 117449

BAB 44

            Walaubagaimana pilunya hati aku pun, aku tetap perlu berpura-pura ceria di depan semua orang. Sallyna sentiasa tersenyum walaupun aku tidak pasti senyuman itu palsu atau tidak. Yang aku pasti semua kelihatan penuh kepura-puraan kecuali Sam. Aku kasihan melihat Sam, dia kelihatan seperti keliru dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Kalaulah dia tahu hakikat sebenarnya, ada drama cinta empat segi yang sedang bermain di depannya?

            Ketika kami sampai ke Jeti Ao Pra Nang, ramai penumpang yang berpecah mengikut pemandu pelancong masing-masing. Pemandu pelancong kami bernama Rahmat, dia seorang yang sangat ceria dan ramah. Kami menyewa sebuah van dan memulakan perjalanan ke tempat-tempat menarik di Krabi.

            Aku duduk di sebelah Ray kerana Sallyna terlebih dahulu masuk dan duduk di sebelah Harry. Manakala Sam duduk di depan di sebelah pemandu pelancong kami yang dipanggil Pak Mat. Aku sedar Sam sekilas menjeling ke belakang dan sedikit pelik dengan situasi itu.

            “Kita nak ke mana dulu ni, Pak Mat?” Soal Sam ramah.

            “Kita akan pergi ke Krabi King Cobra Show dulu. Ia ambil masa 15 minit sahaja dari jeti.” Jawab Pak Mat yang berketurunan Melayu Pattani.

            “Ada ular ke, Pak Mat?” Soal Sam lagi. Sam kelihatan sangat bersemangat dalam percutian ini. Sedangkan kami semua masing-masing dilema perasaan sendiri.

            “Ya, ular besar dan berbisa.” Kemudiannya Pak Mat bercerita lagi tentang tempat-tempat lain yang akan kami lawati hari ini.

            Kami akhirnya sampai di Krabi King Cobra Show. Mencacak bulu roma aku apabila melihat pemuda Thai yang bermain dengan ular berbisa itu seperti ular itu langsung tidak merbahayakan.

            “Takutlah!” Sallyna memegang lengan Harry. Sekilas mataku melirik melihat tindak balas Harry. Lelaki itu hanya leka melihat aksi di depan mata dan membiarkan kelakuan Sallyna itu.

            Ray berbisik kepada aku. “Jom teman saya pergi beli minuman.”

            Aku mengangguk lantas bergerak keluar dari kumpulan pelancong yang mengelilingi kawasan pertunjukan ular itu. Sam pula begitu asyik merakam aksi pertunjukan itu dengan penuh minat.

            “Saya tahu Aya takut kan?” Ray tersenyum melihat aku.

            “Tak la, seram aje.” Kataku sambil menggosok lengan agar bulu roma aku kembali ‘tidur’.

            Ray ketawa kecil mendengar jawapan aku.

            “Eh itu ada kedai runcit. Jom, saya pun dahaga ni.” Aku berlari anak menuju ke kedai itu. Kami membeli air mineral dan kembali berjalan di sekitar pekan itu.

            “Sallyna dan Harry nampak dah berbaik.” Komen Ray sambil tersenyum.

            “Baguslah kan...” Aku turut tersenyum, tidak mahu komen lebih-lebih tambahan lagi aku mendengar pengakuan Harry semalam.

            “Aya masih belum membuat keputusan pasal perkara yang saya cakap di Palm Villa dulu...” Tiba-Tiba Ray kembali menyoal perkara yang aku cuba untuk lupakan selama ini.

            Aku hanya terdiam tidak berkata apa. Walaupun aku sudah ada jawapannya aku tidak merasakan ini waktu yang sesuai untuk meluahkan segalanya.

            “Adakah Aya risau dengan kedudukan saya?”

            Aku tersenyum hambar. “Yang itu senior lebih tahu dari saya...”

            Ray pula yang terdiam sebentar. Kami semakin menghampiri kawasan pertunjukan ular itu semula.

            “Aya janganlah memikirkan perkara tu. Saya ada keyakinan untuk mempertahankan Aya.” Jawab Ray dengan nada yang yakin.

            “Kau orang pergi mana, dah nak gerak pergi tempat lain ni.” Panggil Sam, dia berlari ke arah kami.

            Perbualan kami tamat di situ juga. Aku bersyukur kerana keadaan telah menyelamatkan aku buat sementara ini. Aku benar-benar tidak bersedia untuk membincangkan perkara itu.

            “Sorry, kami jalan-jalan aje. Jomlah kita pergi.” Balas Ray, kemudian dia menarik tangan aku dan berlari anak menuju ke van kami.

            Sam sekali lagi kehairanan. “Apa yang aku nampak ni? Sorang sana, sorang sini.”

**********

            “You nak air?” Sallyna menghulurkan sebotol air mineral kepada Harry yang duduk di sebelahnya. Van yang kami naiki sedang bergerak menuju ke Ladang Ikan Arapaima Gergasi di Jalan Pantai Klong Muang.

            Harry menyambut tanpa memberi jawapan. Dia meneguk air dalam botol itu sehingga separuh.

            “Nampaknya ada peminat you atas cruise yang update pasal you kat twitter.” Kata Sam yang sedang melayari internet di telefon pintarnya.

            Harry terus memandang Sam. “Pasal apa?” Ada riak risau di wajahnya.

            “Tengok ni?” Sam menunjukkan telefon itu kepada Harry. Harry membuka laman twitternya dan menunjukkan ada peminat yang update gambar Harry melancong di atas kapal mewah bersama teman wanita.

            Wajah Harry berkerut. Dia merenung gambarnya dengan Sallyna yang di ambil ketika mereka berbual di dek pagi tadi.

            “Mereka ni memang!” Harry terasa darahnya mula naik.

            “Sabar, Harry. Jangan salahkan peminat. Kadang-kadang kita yang cuai.” Tempelak Sam.

            Harry mengeluh. Sallyna pula sudah terasa susah hati. Adakah selepas ini Harry akan terus menjauhkan diri dengannya?

            “Ray, Sally... jangan lepas ni timbul cerita lain pulak pasal kau orang. Ingat, kita datang sini bawa maruah family sekali.” Kata Sam lagi. Seperti nasihat tetapi lebih kepada menyindir. Namun, memang ada kebenarannya. Harry, Sallyna dan Ray masing-masing terdiam mendengar teguran dari Sam. Akulah yang paling diam sekali. Tidak berhak untuk masuk campur hal tersebut. 

            Apabila tiba di Ladang Ikan Arapaima Gergasi di Jalan Pantai Klong Muang, Ray terpaksa meninggalkan aku dan menghampiri Sallyna yang berwajah tidak puas hati. Ray juga kelihatan berat hati apabila dia sentiasa memandang aku. Harry baru turun dari van dan bergerak bersama Sam dan Pak Mat. Aku keseorangan di belakang sekali apabila kami menuju ke pintu masuk.

            Ray kerap menoleh melihat aku sehingga aku terpaksa tersenyum kepadanya menyampaikan bahawa aku tidak kisah keseorangan. Sallyna sudah memuncung sedepa, sebelum ini dia tidak berenggang dengan Harry. Kali ini mereka terpaksa mengekalkan jarak. Paparazi berada di mana-mana sahaja. Sallyna pula semakin dikenali selepas konsert sulungnya di KLCC tempoh hari. Dia menerima banyak undangan selepas itu untuk membuat persembahan. Namun, dia terpaksa menunda semua jadualnya demi percutian kali ini. Sebagai seorang pianist professional Sallyna telah mencipta nama dengan cara tersendiri di tanah air, walaupun memulakan kariernya di negara Eropah.

            Sam kelihatan seronok mengambil pelbagai jenis ikan yang terdapat di situ dan dia juga memberi makanan kepada ikan-ikan tersebut. Paling menarik, di tempat itu juga ada tiga ekor ikan naga atau Araipama sepanjang hampir satu meter yang berwarna keemasan. Aku turut teruja walaupun berjalan keseorangan di belakang mereka.

            Apabila mereka semua bergerak menuju ke tempat yang menempatkan dua ekor buaya siam, aku masih berdiri di atas jambatan yang menyeberangi kolam buatan untuk melihat ikan-ikan di situ. Aku duduk mencangkung, sambil memberi cebisan roti kepada ikan-ikan tersebut. Apabila mereka berebut-rebut untuk memakan roti itu aku tersenyum senang. Sangat cantik. Tetapi senyuman aku tidak lama mekar apabila aku melihat bayang-bayang seorang lelaki di dalam kolam itu. Pemilik tubuh di sebalik bayang-bayang itu berdiri di sebelah aku.

            “Kalau kau tersesat dalam ni, aku tak akan patah balik cari kau.”

            Aku kembali bangun berdiri, tanpa mahu memandang wajahnya aku terus mengatur langkah. Seperti biasa, tanganku direntap kasar.

            “Satu lagi, jangan nak merosakkan hubungan orang lain. Aku nasihatkan kau, Ray dan Sallyna sudah ditakdirkan bersama. Dan aku sama sekali tidak akan mempunyai apa-apa hubungan yang istimewa dengan Sallyna. Jadi, kau jangan menghampiri Ray lagi.”

            Aku tersentap dengan ‘nasihat’nya itu. Adakah selama ini aku terhegeh-hegeh sangat kepada Ray?

            “Saya dan Senior Ray tak pernah ada sebarang hubungan yang lebih dari seorang kawan. Saya tahu menjaga batas-batas saya.” Jelasku.

            “Kau ingat aku tidak tahu perasaan Ray kepada kau? Aku ingatkan sekali lagi, jangan menghampiri dia. Aku tak suka!”

            Aku menelan liur melihat ketegasan luar biasa Harry itu. Wajahnya juga seperti tidak puas hati dengan aku. Tetapi aku tidak lihat renungannya itu ada kebencian, tetapi sesuatu yang membuat hati aku berdegup kencang.

            “Baiklah! Kalau itu yang awak nak.” Aku menjeling kepadanya lalu berjalan menyeberangi kolam buatan itu. Harry mengekori aku dari belakang.

            Tepat jam 4 petang kami perlu bertolak semula ke jeti kerana Kapal akan mula belayar ke Phuket sekitar pukul 5.30 petang. Tidak banyak tempat yang dapat  dikunjungi di Krabi memandangkan kami kesuntukan masa. Biasalah, nama pun percutian atas kapal. Mana boleh singgah di suatu tempat itu lama-lama.

            Para penumpang beratur panjang untuk memasuki kapal mewah Superstar Libra setelah seharian melawat tempat menarik sekitar Krabi.

            “Aya ada beli apa-apa ke untuk di bawa balik?” Tanya Ray yang berdiri di belakang aku.

            “Saya ada beli sikit-sikit souvenir untuk housemate da adik-adik.”

            “Kalau Aya nak beli apa-apa lagi kat atas cruise cakap aje kat saya. Banyak juga barang menarik kat giftshop.”       

            Aku mengeleng perlahan. “Rasanya saya tak membeli apa-apa kut kat atas cruise.”

            “Jangan risau. Kita pergi tengok bila naik nanti. Aya boleh pilih yang mana suka, okey?” Ray tersenyum.

            Aku malas mahu menyanggah kata-katanya di sini. Biar di atas nanti aku akan menerangkan baik-baik. Aku tidak mahu Ray membazir untuk aku.

**********

            Sallyna menghampiri Harry yang sedang makan malam bersama Sam di meja bulat walaupun pada waktu itu jam baru pukul 6.30 petang. Kapal mewah itu sudahpun memulakan pelayaran menuju ke Phuket. Sam menjemput Sallyna duduk bersamanya dengan Harry.

            “You tak ambil makanan ke?” Soal Sam yang kelihatan berselera menjamu selera. Dia letih berjalan di Krabi dari pagi hingga ke petang.

            “I tak rasa lapar. Malam ni sambutan tahun baru kan? Mesti meriah.” Ujar Sallyna sambil matanya melirik melihat Harry yang sudahpun menyudahkan santapannya.

            “I pun memang tak sabar nak tengok suasana malam ni.” Sam turut menunjukkan keterujaannya. “Eh, I nak pergi ambil dessert kejap. Rasa tak kenyang la pulak.” Ujar Sam sambil bangun dari kerusinya.

            Sallyna hanya tersenyum lalu memandang ke arah Harry. Memang dia menunggu untuk berdua-duaan sebentar dengan harry.

            “I nampak Aya dengan Ray kat giftshop tadi. You tahu kan... Ray sangat menyukai Aya.”

            “Ray dengan Aya memang rapat sejak dulu.” Balas Harry tanpa sebarang riaksi.

            Sallyna ketawa kecil. “I rasa mungkin lebih dari tu. Ray tak mungkin akan kejar Aya kalau Aya tak layan kan...”

            “Sallyna...” Wajah Harry berkerut kerana tidak menyukai topik perbualan itu. 

            “Dia orang selalu keluar berdua. Sampai abang I, karl pun dapat tahu. Baru-baru ni Aya dan Ray pergi ke Villa peribadi Ray di Palm Tree Villa, Sepang. Tak mungkin hanya sebagai kawan kan. Rasanya Aya dah mula terpikat dengan sikap Ray yang penyayang tu...”

            Wajah Harry berubah merah padam. Kali ini hatinya benar-benar terusik dengan kata-kata Sallyna.

            “Harry, kadang-kadang kita tak boleh menilai seseorang melalui luaran yang mungkin nampak naif. Tapi...”

            “Sally. Tak guna you nak ceritakan semua ni kat I. I nak tahu apa tujuan you ceritakan semua ni?” Soal Harry cuba berlagak bertenang.

            “Sebagai orang yang rapat dengan Aya, I cuma nak tahu pendapat you tentang hubungan dia orang.” Sallyna cuba berdalih. Dia menyembunyikan senyumannya dengan berwajah serius. 

            “Dah nak magrib ni. I nak masuk bilik. You tunggulah Sam kat sini.” Kata Harry sebelum melangkah pergi.

********* 

            Ketika berada di dalam kabin aku leka membelek beberapa souvenir yang Ray belikan untuk aku di giftshop. Walaupun sudah beberapa kali aku menolak tetapi dia tetap memaksa aku masuk ke sana. Seperti yang aku jangka semuanya mahal-mahal belaka. Melihat kesungguhan Ray itu akhirnya aku memilih juga beberapa souvenir yang kecil-kecil dan berharga paling murah. Apa yang penting Ray kelihatan sangat gembira melihat aku sudi menerima pemberiannya.

            Aku mendapat pesanan ringkas dari Harry. Dengan pantas aku membuka massage tersebut. Harry menyuruh aku keluar bertemu dengannya di luar. Aku malas melayan permintaannya. Aku tahu mungkin kami akan bergaduh lagi.

            10 minit kemudian aku dengar bunyi ketukan di pintu kabin aku. Aku bangun dari katil dan membukanya sedikit. Wajah Harry yang garang berada betul-betul di hadapan aku. Aku ingin menutupnya kembali tetapi berjaya di tahan oleh tangan Harry. Dia menolak pintu sehingga aku terdorong ke belakang. Harry masuk dan menutup pintu kabin aku dengan rapat. Dia merenung aku dengan tajam.

            “Kau dapat SMS aku tak?” Soalnya.

            “Dapat.” Balasku bersahaja.

            “So?” Harry berdengus.

            “Saya minta maaf. Walau apa pun awak nak buat lepas ni. Saya tak nak tengok muka awak lagi. Lepas balik dari percutian ni, saya tak akan muncul depan awak lagi. Walaupun awak nak siksa seluruh keluarga saya, awak nak saman saya, atau awak nak bunuh saya sekalipun. Silakan... saya dah tak kisah.” Aku kembali ke pintu dan membukanya seluas-luasnya.

            “Awak tolonglah keluar.” Kataku dengan tegas.

            Harry meluru ke arah aku, dia menarik aku dan menutup rapat pintu serta mengucinya. Mata aku bulat memandang ke arahnya dengan rasa marah yang sudah tidak dapat ditahan lagi.

            “Awak kenapa ni?!” Aku menjerit kuat.

            “Kenapa kau nak tinggalkan aku? Kau nak pergi kepada siapa?!!” Jerkah Harry dengan kuat sehingga tubuhku hampir terangkat kerana terkejut.

            “Apa awak cakap ni?! Tolong keluar Harry, saya merayu kat awak.” Aku cuba merendahlan suara agar dapat berkompromi dengannya.

            Tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila Harry menolah aku sehingga rebah di atas katil. Aku sekali lagi menjerit kerana terkejut. Harry menekan badanku dengan tangan sasanya. Matanya merah menahan marah. Aku hampir sahaja menagis kerana diperlakukan seperti itu.

            “Jangan sesekali fikir nak tinggalkan aku. Aku tak benarkan!”

            “Harry... tolonglah bertenang.” Air mataku mengalir ke telinga. Aku cuba menolak tubuhnya tetapi tidak berjaya.

            “Jangan tinggalkan aku Aya...” Rupanya mata Harry yang merah itu bukan kerana marah tetapi kerana menyimpan air mata lelakinya. Setitik mutiara jernih dari tubir mata Harry jatuh di atas pipiku. Aku terkedu sehingga tidak dapat bersuara.

            “Jangan tinggalakan aku. Aku tak mampu hidup tanpa kau...” Air matanya menitis lagi.


Harry mendekatkan bibirnya kepadaku. Kali ini tidak teragak-agak lagi, aku memejam mata apabila bibirku dikucup dengan hangat sehingga air mataku mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience