Merayau!

Romance Completed 117449

BAB 19

“Kau akan jadi cucu angkat Sir Adam Taylor Abdullah?!”

Aku mengangguk menjawab soalan pertama Rita itu. Bella turut melopong tidak percaya. Ternganga mulutnya.

“Pengerusi... dan pengasas Adam Taylor High School tu?!” Soal Rita lagi.

“Ya...”

“Oh my god! Oh... my... god!” Bella terduduk. terjojol matanya melihat aku.

“Sir Adam Taylor!” Rita memandang ke atas seperti tengah membayangkan sesuatu. “Mendapat panggilan Sir dari Ratu England. Seorang lelaki Inggeris yang mempunyai rangkaian Hotel Taylor hampir di seluruh dunia. Empayar Taylor sangat gah dan besar! Juga ada syarikat pernigaan batu permata di Singapura. Memang... memang sangat kaya!”

“Mana kau tahu semua ni?!” soal Bella teruja. Matanya makin membesar.

Aku juga terkejut. Biar betul dia tahu semua ni.

“Pak long aku kerja kat hotel dia di Cameron Hingland tu. Mestilah aku tahu sikit-sikit.” Rita tersengih. Kemudian dia kembali serius. “Eh! Dengar cerita... cucu Sir Adam ada kat Malaysia kan? Dia belajar di sekolah atuk dia tu kan?!”

“Ya...” aku berpura-pura selamba. Mengambil gelas yang berisi air kosong dan meminumnya. Suasana di kantin waktu itu semakin lengang. Masing-masing sudah menghabiskan makanan dan pulang ke kelas.

Bella dan Rita saling memandang. Riak wajah mereka turut berubah.

“Er... jadi... kau orang tinggal sekali la?”

“Uhuks!” aku tersedak. Lantas aku letak gelas aku di meja. Mengambil tisu dalam poket baju dan mengelap mulutku. Bella dan Rita memandang aku tanpa berkelip. Aku terdiam sebentar.

“Heh! Rumah dia ada berpuluh-puluh pekerja la. Butler, Maid, tukang masak, pembantu tukang masak, guard, pengawal peribadi, pemandu peribadi, tukang kebun, dan... er, aku pun dah tak ingat. Itu aje kut!”

“Waahhh...” Bella dan Rita tidak mampu menutup mulutnya mereka kali ini.

Aku berdehem. “Jangan risaulah... aku boleh jaga diri dalam rumah tu.”

Bella mendekatkan mukanya kepadaku. “Siapa cucu Sir Adam tu? Handsome tak?”

“Hey! Aku tak ambil tahu pasal dialah. Rumah tu besar macam padang golf. Mestilah jarang jumpa.”

***********

            “Cik Aya... silakan.” Tam membuka pintu belakang untukku.

            Aku terasa janggal sekali. Pelajar-pelajar lain yang baru keluar dari pintu pagar sekolah semuanya tercegat di situ melihat ke arah aku. Bella dan Rita hanya tersengih melihat wajahku yang cuak.

            “Dah jadi tuan puteri sekarang!” Bella mengiku lenganku sambil ketawa nakal. Rita juga hanya tersenyum-senyum.

            “Jumpa esok Aya!” Bella dan Rita serentak melambai tangan sambil berjalan menuju ke perhentian bas di depan sekolah.

            “Uncle Tam... lain kali janganlah ambil saya depan sekolah. Hah... boleh tunggu kat sekolah Adam Taylor. Saya akan berjalan pergi ke sana.” pintaku penuh berharap. Serius aku segan dengan keadaan seperti ini. Sekolah aku ni cuma sekolah harian biasa yang pelajar juga anak orang kelas sederhana. Tak ada siapa yang dihantar dan diambil oleh pemandu peribadi!

            “As your wish, Cik Aya. Saya ikut aje,” Tam tersenyum.

            “Er... tuan muda. Tak balik ke?” Aku menjenguk ke dalam kereta. Kosong.

            “Cik Aya, tuan muda ada latihan untuk tournament.”

            “Betullah...” aku baru teringat. “Kalau macam tu... saya nak pergi tengok dia buat latihan. Nanti saya balik sendiri ya!” aku terus berlari anak meninggalkan kereta panjang itu.

            “Cik...” Tam mengeluh. Sempat dia menggeleng kepala.

            Aku berlari dengan riang. Aku nak tengok dia buat latihan! Aku harap dia tak menghalau aku kali ini. Bukankah lebih bersemangat kalau ada orang datang bagi sokongan kan? kan? kan? Hehehe...

            Harry! Saya akan jadi penyokong kuat awak lepas ni!

**********

            AKU membuka pintu kaca itu dengan perlahan-lahan. Air dalam kolam renang kelihatan tenang. Tak ada siapa ke? Mana Harry? Aku melangkah perlahan mencarinya di setiap sudut. Aku tersenyum lega, dia duduk di kerusi rehat sambil termenung panjang. Baju sekolahnya juga masih belum ditukar. Bukankah dia datang untuk berlatih?

            “Aku dah agak kau mesti datang...”

            “Apa?” aku terkejut. Serta merta aku berdiri tegak. Sejak tadi aku hanya berdiri di sebalik tiang untuk mengendapnya. Haish! Ayat...! maksud aku mencuri pandangnya.

            “Mari duduk sini...” Harry menepuk kerusi di sebelahnya.

            Aku tersengih. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku duduk dengan sopan sambil memandang kolam renang yang tenang itu.

            “Kau masih sudi teruskan berlakon jadi kekasih aku?”

            Aku tersentak. Fuhh... Harry memang tak suka bermukadimah apabila bercakap. Kalau orang sakit jantung mesti akan selalu terkejut dengan sikapnya.

            “Sampai bila?” soalku perlahan. Beg sekolah aku letakkan di tepi bangku. Sekilas aku mencuri pandang pelajar lelaki paling kacak di sekolah ini. Dia kelihatan berlainan hari ini. Ya, hubungan kami semakin baik setelah mengikat perjanjian baru. Iaitu, aku akan terus menjadi kekasih palsunya dengan syarat hak-hak peribadiku tidak diganggu. Malah sistem hamba abdi juga dihapuskan. Tetapi, jika lelaki itu melanggar janjinya dengan segala hormat aku akan meletak jawatan sebagai kekasih palsunya! Kenapa aku sanggup untuk terus menjadi kekasih palsunya? Sebab aku kasihan pada dia! Budak lelaki beku yang tak ada kawan untuk bercakap. Heh! selama ni macam mana dia hisup hah?! Confuse aku dibuatnya.

            “Sampai... mungkin dalam bertahun jugak.”

            “Apa?!!” aku menjerit. Melopong aku melihatnya. Aku betul-betul tak faham dengan Harry! Bertahun?! Apa dia ingat aku anak patung?

            “Hari tu siapa cakap yang ikhlas nak tolong aku.” Harry seperti menagih janji pula.

            Aku merengus geram. Bedebah ni... bagi paha nak betis pulak! Er... betul ke peribahasa kau? -Seorang yang lemah dalam Bahasa Melayu.

            “Ta... tapi kenapa mesti bertahun-tahun pulak!” soalku. Macam mana kalau sampai umur aku 30 tahun? Macam mana aku nak kahwin? Membazirkan masa aku lah macam ni.

            “Kerana aku pun tak pasti... bila mereka akan...” Ayat Harry terhenti di situ. Dia mengeluh berat.

            “Harry! Kalau awak nak saya ikhlas tolong awak... awak pun kenalah jujur dengan saya. Sekurang-kurangnya... saya perlu tahu apa sebab awak buat semua ni?”

            Harry memandang wajahku yang sudah berubah serius. Ya! Aku sangat ingin tahu segalanya...

            “Sallyna...” Harry menyebut nama gadis itu dengan lembut. Penuh penghayatan. Aku menggengam tangan mengumpul kekuatan. Aku pasti apa yang aku bakal dengar lepas ini akan meninggalkan kesan dalam hati aku.

            “Sallyna satu-satunya kawan aku masa kecil...” Harry mengumpul nafas. “Puan Maria, ibu Sallya adalah kawan baik mama aku. Masa majlis ulangtahun perkahwinan my parents, Sally datang bersama ibu dia. Masa tu aku ada dalam bilik bacaan, lansung tak berminat untuk keluar. Tapi, tiba-tiba Encik Malik... ayah kaulah. Masa tu dia Ketua Butler, dia datang pujuk aku untuk keluar dan sertai majlis tu. Sebenarnya aku tak berminat dengan party, ataupun tempat-tempat ramai orang.”

            Aku menanti Harry meneruskan ceritanya. Aku dapat rasakan... awak mesti akan cakap awak rugi kalau tak keluar masa tu kan?

            “Tak sangka pulak... aku akan jumpa seseorang masa aku keluar tu.” Harry tersenyum.      

            Aku dah agak.

            “Ada seorang budak perempuan comel, sedang bermain piano dengan lagu yang sangat indah. Semua orang memandangnya dengan kagum. Mama aku pun tersenyum panjang melihat dia. Waktu tu... aku rasa ada sesuatu yang lebih menarik dari apa yang aku ada sebelum ini. Walaupun aku anak golongan elit, tapi hidup aku sangat membosankan. Selepas itu kami diperkenalkan... Sally banyak bercakap, tetapi aku banyak mendengar. Jadi aku rasa sangat gembira walaupun aku tak tunjuk.”

            Aku tersenyum paksa. Sepatutnya aku rasa kisah Harry ini sangat indah. Kenapa tiba-tiba aku rasa macam cerita seram pulak. Jantungku sungguh berdebar.

            “Dipendekkan cerita, lepas tu Sally selalu datang dengan mama dia. Kami semakin rapat. Sampai kami masuk menegah rendah bersama. Hidup aku semakin dipenuhi dengan warna-warni. Tapi... semua itu tidak lama.”

            Aku melihat wajah Harry berubah keruh. Matanya merenung air kolam seperti boleh menembus ke dasar.

            “Tuan muda! Cik Muda Sallyna tak datang hari ni.”

            “Tapi saya nampak kereta ibu dia kat depan.” Harry tidak puas hati. Seminggu dia menunggu kedatangan gadis itu. Dia sudah tidak sabar untuk melihat Sallyna.

            “Cik muda ada kelas piano minggu ni. Jadi dia tak dapat datang. Ibu dia datang seorang...”

            “Tak mungkin!” Harry terus berlari meninggalkan Ketua Butler itu menuju ke ruang tamu besudut privacy di tingkat dua rumah agam itu. Dia ingin melihat dengan mata kepala dia sendiri jika gadis itu betul-betul tidak datang. Bukankah mereka sudah berjanji untuk belajar piano bersama-sama hari ini?

            “Tak mengapa ke buat rancangan seperti itu? Mereka kan masih budak-budak lagi?” Suara mamanya kedengaran jelas.

            Harry membuka pintu bilik itu dengan berhati-hati. Matanya meninjau ke dalam. Dia melihat Puan Maria dan mamanya sedang bebincang sesuatu.

            “Saya pun fikir macam tu. Tapi perkara ini bukan sesuatu yang janggal dalam kalangan keluarga elit. Sudah banyak yang berlaku... “

            “Betul tu Puan Maria, merancang perkahwinan anak-anak yang masih kecil adalah perkara biasa dalam keluarga golongan bangsawan dan elit.” Laura ketawa sopan. “Mesti keluarga Puan Maria beruntung kerana akan berbesan dengan keluarga Tun Ghazali. Berapa usia cucu Tun?”

            Puan Maria turut tersenyum senang. “Sebaya dengan Sallyna. Mereka dah berkenalan baru-baru ni. Sengaja kami ingin mereka menjadi kawan supaya apabila dah dewasa nanti akan mudah segala perancangan. Keluarga Tun dah pun memberi kami cincin warisan dari keluarga mereka. Ini bermakna mereka sudah bertunang. Cuma majlis rasminya akan dibuat apabila tiba masanya nanti.”

            “Wah... saya tak sangka sudah sejauh itu. Apapun tahniah Puan Maria. Kalau saya ada anak perempuan pasti saya akan buat macam itu jugak. Tapi itulah... urusan saya kat Jepun sangat banyak. Jarang sekali dapat balik ke sini...”

            “Anak lelaki awak sangat comel Puan Laura, saya boleh carikan calon dari keluarga bangsawan lain.” Puan Maria ketawa kecil. Laura juga turut menyambut .

            “I don’t think so... dia satu-satunya anak saya. Hidup dia saya dah pun saya aturkan ke arah lain.

            AKU terdiam kerana terlalu terkejut mendengar cerita Harry. Sekarang aku sudah faham kenapa Harry menolak cinta Sallyna. Debaran di dadaku masih belum berhenti. Melihat wajah Harry yang serius di sebelah.

            “Jadi... sebab tu awak tak terima Cik Sally?” walaupun sudah tahu, aku sengaja bertanya.

            “Aku tak nak dia lebih parah kelak... dia tak mungkin boleh bersama aku sampai bila-bila pun.”

            “Tapi... awak kan sukakan Cik Sally.”

            Harry memandang aku dengan tajam. “Apa kau cakap hah? Aku buat macam ni sebab aku tak nak dia terus simpan perasaan dia yang sia-sia tu!”

            “Awak tak perlu nak menipu diri sendiri. Kerana itu lebih menyakitkan... kalau awak betul-betul sukakan Cik Sallyna. Awak kena terus berusaha...bukan melarikan diri macam orang yang kalah.”

            Aku tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut aku sebentar tadi. Betul ke aku yang cakap tu? Tapi... memang itulah sepatutnya aku cakap. Ya... aku pasti aku tak salah cakap walaupun ia agak mengusik hatiku sendiri.

            Harry bangun berdiri, dia tetap memandang ke arah kolam. “Sallyna cuma kawan aku masa zaman kanak-kanak. Sebagai kawan... aku tak nak dia terus terluka lebih dalam. Dia sudah ada takdir sendiri. Lagipun dia tak tahu pasal pertunangan tu, sampai masanya nanti dia pasti tak akan ada pilihan lain...”

            “Tak sangka awak seorang yang lemah...” aku turut bangun. “Percayalah... hati awak akan lebih sakit kalau terus macam ni.”

            “Aku tak nak dengar apa-apa. Tu aje yang patut kau tahu... tolong jangan ungkit hal ini lagi.”

            “Jadi... siapa pulak bakal tunang Cik Sally? Awak kenal ke?” soalku. Walaupun aku pasti Harry tidak akan menjawabnya.

            Harry terdiam. Lama. Kemudian barulah dia bersuara semula. “Lebih baik kau tak tahu...”

**********

            KAMI berjalan beriringan menuju ke pintu pagar sekolah. Sebenarnya semalam aku sudah berpindah ke rumah Sir Adam. Mereka menyambut aku dengan meriah. Hari itu barulah aku berkenalan dengan hampir semua pekerja dalam rumah itu yang berbaris panjang di depan pintu ketika aku melangkah masuk. Pakaian mereka seragam mengikut skop tugas masing-masing. Sungguh kemas dan menarik. Rupanya Puan Sara adalah ketua Maid yang bertugas untuk menjaga keperluan Sir Adam dan mengawasi maid-maid yang lain. Rumah Sir Adam memang sangat bersistem dan penuh dengan protokol. Dari penjelasan Hanna, sebenarnya Sir Adam adalah dari susur galur bangsawan Eropah.

            Barulah aku faham kenapa kehidupan Sir Adam tidak seperti orang biasa. Cuma, kenapa cucunya sungguh berbeza dengannya. Sudahlah bongkak, tidak pandai berkomunikasi pulak tu. Ayat yang keluar dari mulut dia pasti sangat menyakitkan hati. Kenapala aku terlupa untuk mengikat perjanjian supaya hanya bercakap perkara baik-baik aje dengan aku. Cewah... macam bagus aje. Apa yang aku pelik sekarang, si bedebah ini ingin pulang bersama aku dan membatalkan niat untuk teruskan latihan. Katanya, juru latihnya ada urusan di luar. Wah...betul ke dia ni ada perlawanan dalam masa terdekat ni? Nampak macam relaks aje.

            Aku sebenarnya masih memikirkan perkara yang baru aku dengar dari mulut Harry sebentar tadi. Fasal perkahwinan Sallyna yang sudah dirancang dari kecil. Aku benar-benar tidak menyangka hal ini masih boleh berlaku. Harry menjauhkan diri dari Sallyna kerana dia tahu akan masa depan gadis itu. Sebenarnya... orang yang patut dikasihani adalah Harry sendiri. Dia banyak memendang rasa selama ini. Bayangkanlah dia membesar di depan seorang gadis yang disukai tetapi dia sudah tahu gadis itu bukan miliknya. Pasti amat perit bukan? Semakin hari semakin aku kasihan dengan dia ni...

            “Hey... kau nak aku mati kebosanan ke? Cubalah cakap sikit.” Sergah Harry tiba-tiba.

            “Heyy!!” aku menjerit lebih kuat. Sebenarnya aku terkejut tahap maksimum dengan jerkahannya itu.

            “Haish... betul-betul suka buat orang terkejut.” Aku membebel sambil mengurut dada. Kami masih lagi jalan beriringan. Dari jarak itu aku sudah nampak pintu pagar sekolah. Di kiri dan kanan jalan yang kami lalaui terdapat beberapa kumpulan kecil pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Adam Taylor yang sedang berbual kosong. Mereka pantas mengalihkan perhatian kepada kami berdua. Sudah aku jangka wajah-wajah pelajar perempuan itu sudah bertukar mencuka. Di tangan mereka juga ada sebuah majalah. Aku menunduk rapat. Rasa sangat teruk situasi seperti ini. Harry pula hanya berjalan dengan selamba.

            “Selamat pulang, presiden!” Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar perempuan datang menghalang jalan kami.

            “Ya,” jawab Harry sepatah. Aku pula sudah tidak keruan.

            Pelajar itu mengerling aku sekilas kemudian memandang Harry dengan manja.

            “Kami akan turut serta ke pertandingan presiden di Wakayama. Kami dari kelab sorak sekolah.” Beritahu gadis itu ceria. Mereka seolah-olah tidak memperdulikan aku.

            “Saya rasa kelab renang tidak perlu pasukan sorak. Bukankah kamu sepatutnya ke pertandingan bola keranjang sekolah minggu depan.” Balas Harry selamba.

            “Ta... tapi pemohonan kami sudah diluluskan.” Mereka rasa tidak puas hati dan juga malu dengan jawapan Harry. Aku ketawa kecil tanpa mengeluarkan suara.

            “Oleh siapa? Saya rasa saya tak pernah sign pun borang dari kelab kamu.”

            “Pengetua... pengetua yang sign.”

            “Betul tu...” jawab yang lain juga.

            Harry ketawa sinis. “Pengetua tak akan sign apa-apa pun borang dari mana-mana kelab jika tiada kelulusan saya.” Harry menundukkan badannya mendekati wajah pelajar itu. “Kamu dah copy sign saya kan?”

            “Ma... mana ada!” gadis itu sudah bertukar gelabah.

            “Saya faham. Kali ini saya maafkan kamu. Dengan syarat jangan muncul depan saya lagi.” Harry kembali menegakknya badannya yang tinggi itu.

            “Presiden!!!” mereka memanggil-manggil Harry yang sudah berjalan ke depan.

            Aku juga berkira-kira untuk melangkah dan sempat mendengar suara mereka.

            “Presiden semakin bongkak lepas couple dengan perempuan biasa tu. Dasar budak sekolah biasa, mesti otak pun lembap macam muka dia!”

            “Apa...?” aku menoleh. Wajahku bertukar warna.

            “Lepas ni sila tiru tandatangan pengetua untuk tubuh kelab perosak terhormat iye. Memang sangat sesuai dengan kau orang yang... macam unggas yang merosakkan tanaman.” Aku tersenyum sinis sebelum memusingkan badan dan berlari anak untuk menyaingin langkah Harry.

            “Hey!! Kurang ajar betul. Panggil kita haiwan perosak!”

**********

            KAMI tiba di luar pagar sekolah elit itu. Aku berdiri di sebelah Harry dan memandang ke kiri dan kanan jalan. Mencari kereta yang akan menjemput kami pulang tetapi tiada sebiji pun yang parkir di tepi jalan itu.

            “Kau cari apa?” Tanya Harry.

            “Kereta... Uncle Tam tak datang lagi ke?” Aku masih lagi menjenguk ke kiri dan kanan.

            Harry ketawa sinis. “Hey... kalau dia datang dah lama dia masuk ambil aku kat dalam tau. Tak kan aku nak jalan sampai pintu pagar ni?!”

            “Apa?! Habis tu?” aku mempamerkan wajah hairan sehabis mungkin.

            “Aku suruh dia jemput pukul 6 petang nanti. Tapi latihan dah terbatal jadi...”

            “Jadi kita akan balik naik teksi?!” soalku sudah berubah ceria. “Yey! Boleh singgah beli tong...” ayatku terhenti di situ. Aku berdehem beberapa kali.

            “Er... awak balik la dulu naik teksi. Saya nak singgah ke satu tempat.”

            “Hey... pelajar sekolah mana boleh merayau. Kau ni suka tunjuk tauladan yang tak baik.”

            “Hahaha... ke awak tu yang takut nak balik naik teksi.”

            Harry ternganga kerana geram. “Kau ingat value aku sama dengan kau ke? Berapa ramai budak sekolah ni yang kena culik sebab nak peras ugut parents dia orang yang kaya. Sebab itu kami sentiasa di awasi! Kau faham tak!”

            “Haish... masih nak berlagak dalam situasi macam ni.” Aku mencebik. “Guna la akal sikit.” Aku menarik lencana yang dilekatkan di poket kot sekolahnya. “Sekarang tak ada siapa tahu awak pelajar sekolah anak orang kaya ni!” aku meletakkan lencana itu dalam tapak tangan Harry.

            “Jumpa di rumah!” Aku melambai tangan dan melangkah meninggalkannya.

            “Hey! Kau sekarang di bawah tangungjawab aku. Apa aku nak jawab dengan atuk nanti. Aku cakap berhenti!” Jerit Harry seperti orang terkena rasukan saka.

            Aku terpaksa berhenti melangkah dan menusingkan badan. “Apa awak nak lagi ni?”          “Aku akan ikut kau.” Harry berjalan menonong ke arah aku.

            “Siapa nak bawak awak,”

            “Kau diamlah!”

*********

            MANA boleh beli kat mak cik tu kali ni. Aku kan masih pakai baju sekolah tak fasal-fasal kantoi lagi. Tapi mungkin dia tak perasan kan? Haish... mestilah dia perasan muka berlagak pandai kau tu. Hey Nur Marhaya! Hari ini cuba fikir baik-baik.

            “Apa hal kau mengendap mak cik tu? Haha... aku ingat kau berminat mengendap aku aje.”

            “Hey...” aku merenungnya tajam. Kami berdua bersembunyi di sebalik sebuah kereta yang terpakir di tepi jalan itu. “Awak jangan cakap yang bukan-bukan ye. Awak nak saya ubah fikiran ke?” ugutku.

            “Wah... cepat ambil hati betul.” Harry tersenyum seperti memujuk. Ceh!

            “Apa aku nak buat ni?” Aku kembali merenung mak cik menjul tonggeng ayam itu.

            “Aku dah bosan ni...” Harry meungut.

            Aku menggigit bibir geram. Tiba-tiba aku tersegih panjang. Sudah datang! Idea aku sudah datang. Hehehe... aku merenung Harry lama. Atas ke bawah.

            Harry cuak. “Ap... apa?!”

            “Tolong saya beli tongkeng ayam.”

            “Tonggeng? benda apa tu? Hey... aku tak biasalah!”

            “Cakap aje tongkeng! Tak biasa tu la kena biasakan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience