Cinderella Moden!

Romance Completed 117402

BAB 34

SATU jam lebih berada di atas jalan raya akhirnya kereta yang aku pandu itu membelok ke kiri memasuki perkarangan sebuah bangunan. Aku memandang cermin belakang melihat Harry sedang membelek beberapa dokumen dengan serius. Hanya dua sikapnya apabila berhadapan dengan aku, sama ada akan serius atau bertukar menjadi singa jadian.

“Aku akan masuk 10 minit je, kau tunggu kat sini.” Kata Harry sambil membuka pintu kereta. Aku tidak sempat menjawab apabila dia sudah menutup kembali pintu kereta itu, kemudian dia berjalan menuju ke dalam bangunan itu.

Aku melihat dari jauh, bergaya sungguh lelaki ini. Patutlah ramai remaja yang tergila-gilakannya. Teringat pula beberapa tahun yang lalu di mana wanita-wanita di seluruh Malaysia tergila-gilakan ketampanan angkasawan negara yang pertama. Fenomena itu kembali merebak apabila Harry turut mencipta sejarah Malaysia dengan pingat emas Olimpik pertama negara berserta ketampanannya yang menjadi kegilaan remaja wanita. Malah bakatnya itu pula menjadikannya idola kepada peminat suka renang yang ingin mengikuti jejak langkahnya.

Tetapi tidak siapa yang tahu, di sebalik berita dirinya bercuti dari sebarang latihan dan pertandingan buat beberapa bulan ini ada rahsia yang bakal membuat ramai peminatnya kecewa. Harry akan bersara! Pasti berita itu akan membuatkan peminat sukan renang akan kecewa malah negara juga akan kehilangan atlet yang hebat. Aku mengerti di sebalik mata lelaki itu tersembunyi kesedihan yang teramat sangat, yang tidak mampu diluahkannya. Sebenarnya... aku sangat kasihan melihat dia.

Harry dalam tempoh bercuti, jadi dia juga menyuruh pembantu peribadinya Encik yusuf turut bercuti. Katanya Encik Yusuf pulang ke Jepun kerana lelaki itu adalah pekerja mamanya, Madam Laura. Pemandu peribadinya juga diberikan cuti. Hidup Harry sedikit berubah jika dibandingkan dengan dahulu kerana dia lebih berdikari sekarang.

Sekali lagi deringan telefon bimbit mengejutkan aku dari lamunan panjang. Tertera nama Senior Ray di skrin, aku mengambil masa beberapa saat sebelum menjawab panggilan itu.

“Ya, senior.” Aku cuba menceriakan suaraku. Aku tidak mahu sesiapa pun tahu keadaan aku yang dalam tekanan kerja dengan majikan seperti hantu.

“Aya, apa khabar?”

“Baik, senior?”

“Alhamdulillah... emm. Macam mana dengan lunch nanti, boleh ke keluar?”

Ya Allah! Aku hampir terlupa dengan janjiku dengan Ray semalam. “Sorry, senior. Lunch rasanya tak boleh. Sebab hari ni first day saya kerja ni...”

“Oh... macam tu. Macam mana kerja, okey tak?”

“Boleh la...” Mendatar saja suaraku.

“Macam tak bersemangat aje, kenapa? Boss garang ke?” Guraun Ray itu aku rasa seperti satu tembakan dari meriam tepat mengenai kepalaku.

“Boss makan orang, senior!” Aku turut menyambut gurauanya.

“So, how about dinner?” Soalnya selepas tawanya reda.

“InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa.” Balasku. Tidak mahu buat lelaki ini kecewa lagi.

Aku menyandar di kusyen kereta sambil melihat ke telefon bimbitku. Talian sudah diputuskan tetapi aku masih terfikir tentang Senior Ray.

Kedengaran pintu kereta di buka membuatkan aku tersentak. Cepat-cepat aku mengubah kedudukan apabila melihat Harry sudah kembali di tempat duduk belakang.

“Kita akan ke mana lagi, tuan muda?”

“Walaupun dalam tempoh bercuti sekarang aku sendiri tak tahu nak ke mana.”

Aku tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. “Boleh saya bagi cadangan?”

“What?” Harry seperti berminat.

“Apa kata awak pergi bercuti, kat Malaysia ni banyak tempat-tempat menarik. Langkawi, Pulau Redang, Cameron Higland...” aku terlalu asyik memberi cadangan sehingga tidak menyedari wajah Harry bertukar bosan.

“Macam mana dengan kampung mak kau kat Kedah?”

Erk! Apa aku sudah silap dengar??

“Kam... kampung? Eh, tak boleh la...”

“Kenapa pulak?”

“Kita dah besar sekarang, tak manis balik berdua... lagipun ayah saya ada di sana sekarang.” Aku teragak-agak menyusun ayat supaya enak didengarnya.

“Dah lama aku tak jumpa Encik Malik, apa yang tak manisnya? Ayah kau bekas pengasuh aku dari kecil tau. Dia lebih sayangkan aku dari kau!”

“Tak boleh, tak boleh la! Kang tok imam kat kampung tu tangkap kita kena kahwin macam mana?!”

“Kahwin aje la...” Selamba Harry menjawab.

Sangat perlahan sehingga tidak jelas di pendengaran aku.

“Apa?” aku terus menoleh ke belakang memandang wajahnya yang seperti tidak ada apa-apa. Selamba.

Harry membalas renungan aku, dia mendekatkan badannya ke depan dan wajahnya kami hampir bertemu.

“Aku cakap, otak kau lembap. Cepat gerak sekarang!” Dia menolak dahiku dengan hujung jarinya.

“Ahh!” Aku menjerit kecil sambil merungut geram. “Sakitlah!”

**********
“AKU memang tak harapkan kau, sebab tu aku ikut kau masuk!” Harry berbisik sambil jalan menunduk. Dia memakai topi dan kaca mata hitam.

Aku berjalan tanpa memperdulikan bebelannya, kami berada di dalam super market untuk membeli barang dapur.

“Terpulang la kat awak, kalau kena kejar dengan peminat nanti jangan nak suruh saya menyamar jadi awak dengan bertukar pakaian pulak!”

“Aku lebih rela kena kejar dari biar kau pilih makanan yang tak senonoh...”

“Saya dah buat research lah, apa diet seorang atlet. Awak dah mengupah saya jadi awak kena percaya kat saya. Kalau tidak kenapa awak nak beri cuti kepada bodyguard, maid, dan PA awak tu. Kan dia orang lebih tahu tentang awak...”

“Aku nak bercuti, jadi aku tak nak gangguan dari sesiapa. Bila aku biarkan kau buat semua kerja ni boleh mengurangkan kos aku bayar gaji kat dia orang la, lembap.”

“Kalau macam tu awak kena la percayakan saya!” Aku berhenti melangkah. Troli yang masih kosong itu aku lepaskan. Berdiri tegak memandang ke arah lelaki yang angkuh di depan aku ini.

“Okey, tapi kali ni aku kena tengok kerja kau dulu. Kalau past lain kali aku tak ikut.” Harry seperti berjanji.

“Awak pernah datang ke tempat macam ni?” Sengaja aku menyoalnya kerana Harry kelihatan tidak kekok di tempat awam seperti ini.

Tanpa menjawab soalanku, Harry sudah mendahului aku melangkah ke bahagian buah-buahan. Dengan geram aku menolak troli mengikutinya dari belakang.

“Kiwi ni buah kegemaran aku...”

“Ya!” Aku terus mencapai sebiji buah kiwi itu.

“Buah kiwi memiliki kandungan gizi yang sangat tinggi dan ada antioksida, Vitamin C dan... er... pre...” aku cuba ingin menunjuk kehandalanku tetapi terlupa pula satu lagi kandungan di dalam buah kiwi tersebut.

“Prebiotik!” Kata Harry sambil merampas buah kiwi di tanganku dan meletakkannya semula.

“Kenapa?” Aku semakin hairan dengan sikapnya.

“Dengar sini, bila memilih kiwi, kau kena tengok dulu ada ke tak label di buah ni, kalau tak ada macam ni jangan kau sentuh lansung, faham?”

“Sebab?” Banyak pula aku bertanya. Mestilah aku perlu tahu sebab-sebabnya supaya aku lebih faham.

“Sebab kalau buah kiwi yang di import terus dari New Zealand pasti akan di label.”

Barulah aku faham, selalunya buah yang di import dari New Zealand sememangnya manis dan berkualiti tinggi. Harry menerangkan lagi tentang jenis-jenis kiwi dan cara-cara untu memilih kiwi yang matang. Baru buah kiwi dah nak tercabut telinga aku mendengar tips darinya. Belum tiba ke bahagian lain lagi. Sabarlah Aya...

“Bagi atlet kandungan gizi dalam makanan sangat penting. Aku tak nak kau bagi aku makan sesuka hati aje.”

“Bukan ke tengah bercuti...” aku membebel perlahan seorang diri di belakangnya sambil menolak troli yang terisi dengan buah kiwi.

“Memandangkan aku sedang bercuti sekarang aku lebih bebes untuk memilih makanan, tapi tak bermakna aku boleh makan makanan yang tak sihat.”

“Contoh?”

“Apa sahaja yang segera.” Jawabnya.

Aku mengerti maksudnya. Kemudian kami ke bahagian sayur-sayuran. Harry memilih sayur yang terdapat di situ dengan teliti.

“Romantiknya, suami dia datang membeli barang dapur bersama-sama.”

Aku terdengar suara orang berbisik-bisik di belakang, tidak berani menoleh kerana aku sedang memilih sayur bersama Harry. Lelaki itu pula seperti buat tidak endah dan terus memerhatikan aku memilih sayur yang sesuai dengan seleranya. Muka aku pula sudah merah padam!

“Dah, cukup. Kita ke bahagian lain pulak.” Harry tiba-tiba menarik tanganku sambil menolak troli bergerak dari situ. Aku sempat mencuri pandang wajahnya. Merah! Nampaknya dia juga menjadi segan apabila mendengar perbualan orang di belakang kami tadi.

Melihat Harry yang seperti tidak selesa diperhatikan itu, aku mengajaknya ke bahagian yang tidak ramai orang. Harry membetulkan kaca mata hitamnya, dia semakin resah.

“Ada students yang asyik perhatikan awak la...” Bisikku.

“Buat tak tahu, cepat pilih apa yang patut.” Harry menggesa aku.

Aku terpandang bahagian mi segera, terus aku mengambil beberapa bungkus berperisa tom yam dan kari. Dah lama stok mi segera aku habis dek kena kebas dengan adik-adikku serumah aku itu. Kali ini terpaksa beli lebih.

Terbuntang mata Harry sambil menurunkan cermin mata hitamnya dan melihat ke arah aku.
“Buat apa beli benda tu?!”

“Ini makanan saya, saya bayar sendiri. Jadi, janganlah risau.”

“Patutlah otak kau lembap! Suka makan benda macam ni. Dah, simpan balik.” Harry mengeluarkan bungkusan mi segera itu dari dalam troli dan meletakkan di tempatnya semula.

“Saya bukan atlet macam awak, jadi apa masalahnya!” Aku mengambil semula dan meletakkan kembali ke dalam troli.

“Perempuan beli mi segera nampak macam perempuan malas tahu tak!” Harry merampas kembali bungkusan itu dan aku turut memegangnya. Adegean tarik menarik pun bermula. Aku tidak mahu mengalah.

“Lepaslah, apa masalah awak ni!” Aku cuba merampas bungkusan mi segera itu darinya sehingga cermin mata hitamnya tertanggal.

“Hairy Fattah?!!!” Pelajar-pelajar kolej itu terus menerpa ke arah kami dan memegang lengan Harry. Mereka ingin melihat wajah Harry dengan lebih jelas. Harry sudah bertukar cuak.

“Betullah!!” Mereka menjerit bingit sambil melompat keriangan.

“Boleh sign kat sini.” Salah seorang dari tiga remaja itu mengeluarkan buku notanya dan pen. Harry hanya menurut. Selepas itu mereka ingin mengambil gambar bersamanya pula.

Aku sudah terdorong ke belakang ketika mereka berebut-rebut menghampiri Harry tadi. Harry cuba untuk bertenang dan menurut cakap mereka. Tetapi lebih malang lagi apabila ramai yang menyedari kehadiran Harry dan terus menyerbu ke arahnya. Mereka mengucapkan tahniah kepadanya dan ingin mengambil gambar kenangan. Harry cuba bersikap professional dan bertenang melayan kerenah penyokongnya.

“Bertuahnya kita hari ni!!” Aku menjerit girang apabila kami keluar dari super market itu menuju ke tempat letak kereta.

“Apa yang kau seronok sangat?!”

“Seronok sebab ramai yang hadiahkan kita makanan. Malah, semua yang kita beli tak payah bayar, sampai tiga troli dapat barang free. Jadi awak tak seronok?”

“Balik nanti cuci baju aku ni sampai bersih!” Balasnya tanpa menjawab soalanku.

Aku mencebik, berlagak baik depan peminat, tapi kat belakang? Huh! Takut sangat bajunya kotor bila ditarik orang ramai tadi. Bedebah!

“Tapi kita sepatutnya gembira kan?” Aku kembali ceria apabila melihat bonnet kereta penuh dengan barang makanan. Peminat-peminat Harry memang bermurah hati. Timbul pula niat untuk membawanya lagi ke sini. Hehehe...
**********
KETIKA jam menunjukkan pukul 6 petang barulah aku dibenarkan pulang. Itupun setelah menghantarnya ke sebuah hotel kerana dia perlu menghadiri makan malam bersama beberapa individu penting. Kereta pula aku tinggalkan bersamanya. Kini aku terpaksa menunggu bas untuk pulang ke rumah. Skuter kesayanganku pula tersadai di rumah kerana belum sempat memperbaharui roadtax. Mungkin terpaksa menunggu sehingga gaji di hujung bulan ini. Hidup aku benar-benar dalam kesempitan.

Aku menyedari kiriman massage dari Ray ketika sudah berada di atas bas.

‘Malam ni saya jemput awak, ok?’

Ahh!! aku tersandar lemah di kusyen. Hampir terlupa ada temujanji dengan Senior Ray malam ni. Sesungguhnya aku sangat letih tetapi tidak sampai hati pula ingin menolak ajakannya.

Aku bersiap ala kadar untuk keluar malam ini bersama Senior Ray. Lelaki itu akan menjemput aku pada pukul 8 malam. Aku sempat duduk termenung di birai katil mengumpul kembali tenaga untuk makan malam bersama lelaki itu. Aku harap Harry tidak ada urusan dengan aku malam ini.

“Kak Aya nak keluar dengan siapa malam ni?”

Seperti biasa Lin dan Julia menunjukkan sikap terlebih prihatin mereka.

“Akak akan keluar dengan kawan lama akak.”

“Harry??” Tanya Lin dengan teruja. “Kerapnya akak keluar dengan dia, dah macam pasangan kekasih.”

“Bukan,” aku melangkah ke pintu apabila mendengar bunyi hon menandakan Ray sudah tiba untuk mengambil aku.

Julia berjalan ke arah tingkap dan menyelak langsir. “Kau salah Lin, kali ini dengan tunang Sallyna!”

“Macam tak percaya aje...” Lin menggeleng kepala.

“Kan... Kak Aya dah macam Cinderella zaman moden. Huhuhu.” Balas Julia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience