Penyatuan Dua Hati!

Romance Completed 117449

BAB 54

            Wanita itu berdiri kaku di hadapan sebuah rumah. Dia hanya berdiri di situ tanpa berniat untuk memasukinya. Agak lama dia berdiri di situ sehingga Tam mengeluh halus di tempat duduk pemandu. Dia hanya melihat di cermin tepi wanita itu termenung sambil melihat rumah itu yang seperti tiada orang.

            Laura akhirnya memusingkan badannya melangkah perlahan menuju ke keretanya.

            “Cik muda!” Tegur satu suara di belakangnya. Laura terasa jantungnya seperti tercabut mendengar suara itu. Langkahnya juga terhenti.

            Encik Malik membuka pintu pagar rumahnya. Dia berjalan menghampiri wanita itu yang masih tidak bergerak.

            Laura perasan yang lelaki itu semakin menghampirinya cepat-cepat membuka pintu belakang keretanya. 

            “Cik muda, tunggu dulu!” Encik Malik menahan pintu yang dibuka itu. Laura terpaksa juga akur. Dia tidak mungkin melepaskan diri dalam keadaan seperti itu.

            “Saya bukan cik muda kamu lagi.” Tegasnya.

            Encik Malik tergamam. Dia seperti baru tersedar dari mimpi. Bagaimana dia boleh tersasul memanggil wanita itu seperti dahulu.

            “Er... maafkan saya Madam Laura. Boleh kita berbincang?”

            “Saya datang sini bukan nak berbincang. Kebetulan saya lalu kawasan ni, jadi saya cuma nak singgah ke tempat yang saya pernah kenali. Saya pergi dulu.” Laura mencari jalan untuk melepaskan diri. Dia tidak betah berdepan dengan lelaki yang pernah merobek sekeping hatinya suatu masa dahulu.

            “Anggaplah ini permintaan pertama dan terakhir saya. Saya merayu kepada madam...” Kata Encik Malik dengan bersungguh-sungguh dan tegas.

            Laura terdiam. Dia menelan liur lalu menoleh kepada bekas pemandu peribadinya ketika di alam remaja dahulu. Melihat wajah Encik Malik yang penuh berharap itu sedikit sebanyak melembutkan hati wanitanya. Wajah itu dahulunya sangat tampan sehingga memikat hatinya. Kini, wajah itu paling dibencinya!

            Encik Malik meletakkan dua cawan teh di atas meja lalu mengambil tempat duduk bertentangan dengan wanita korporat itu. Wanita yang telah mencipta empayar sendiri dan memiliki syarikat yang sangat maju di negara termoden dunia, Jepun. Dalam hatinya, dia tetap gembira dengan kejayaan wanita itu kerana dialah yang melihat sendiri usaha wanita itu dari muda remaja.

            Laura ternyata tidak selesa apabila berdepan dengan lelaki yang sudah berpuluh tahun lamanya mereka tidak berkomunikasi. Jika bertemu sekalipun, masing-masing tidak bertegur sapa. Tetapi Encik Malik masih menghormati wanita itu, cuma Laura tidak pernah memadam api dendamnya walaupun dia sudah berkahwin dan membina keluarga sendiri. Laura juga berkahwin awal kerana ingin membalut lukanya. Suaminya kini, adalah tulang belakang kejayaannya walaupun orang pertama yang memberinya isnpirasi adalah lelaki di hadapannya ini!

            “Madam Laura...” Encik Malik memulakan kata-katanya.

            Wajah Luara masih tegang.

            “Saya pernah mengalami sakit yang mungkin akan meragut nyawa saya lapan tahun lalu. Saya tidak pernah risau jika Allah ingin mengambil nyawa saya ketika itu, tetapi saya hanya takut sesuatu perkara.” Encik Malik berjeda. Wajah Laura semakin mengendur. Dia melarikan matanya dari menentang lelaki itu.

            “Saya takut jika saya mati tanpa sempat mendapat keampunan dari madam atas semua dosa saya. Dosa kita dengan Allah, Allah boleh ampunkan. Tetapi jika kesalahan kita kepada manusia, Allah tidak dapat ampunkan melainkan orang itu memberikan kita kemaafan.”

            Tangan Laura kelihatan sedikit bergeletar tetapi cepat-cepat dia menggenggam tangannya itu.

            “Mujurlah Allah panjangkan umur saya... dan saya bersyukur kerana saya masih diberi peluang untuk bertemu dengan madam, dan memohon maaf atas kesilapan saya yang lalu...”

            Laura masih terdiam. Bibirnya tergerak-gerak tetapi dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

            “Saya berkahwin atas pilihan Sir Adam Taylor. Dia tahu saya masih tidak mempunyai calon lalu arwah mencari seorang gadis yang baik untuk saya. Ketika itu saya akui memang saya menaruh hati kepada cik muda, tetapi siapa saya untuk mendapatkan cinta itu. Sedangkan ketika itu cik muda masih belajar di luar negara. Tidak mungkin saya menghampakan Sir Adam yang bersungguh-sungguh mahu menyatukan saya dengan arwah isteri... pernahkan cik muda membayangkan perasaan saya ketika itu? Adakah saya boleh beritahu Sir Adam bahawa saya ingin menunggu anak gadisnya? Adakah saya layak untuk berkata seperti itu?”

            Ketika itu air mata Laura tiba-tiba tumpah walau tanpa esakan. Encik Malik terdiam sebentar menanti riaksi dari Luara. Tetapi, Laura masih diam tidak berkutik.

            “Saya sedar anak saya telah melampaui batas sebagai orang kelas bawahan seperti kami, jatuh cinta kepada tuan muda... tak mungkin anak saya boleh hidup dengan tuan muda. Maafkan anak saya kerana tidak tahu membezakan pangkat dan darjat...”

            “Bukan sebab itu!” Sanggah Laura serta merta.

            Encik Malik tersentak.

            “Saya ingin lihat anak Encik malik rasa apa yang saya rasakan suatu masa dahulu! Bagaimana rasanya sakit apabila melihat lelaki dicintai pergi meninggalkannya.” Akui Laura dengan jujur.

            Encik Malik tersenyum. “Jadi, bagaimana dengan tuan muda?”

            Laura terdiam.

            “Tuan muda pasti akan patah hati dengan apa yang berlaku. Harta dan kekayaan yang bergunung tidak mungkin dapat membasuh luka tuan muda, seperti mana harta dan kedudukan sekarang tidak mampu membasuh api kebencian cik muda kepada saya...”

            Laura terus bengun berdiri. “Saya tak nak dengar lagi!”

            “Cik muda... tolonglah hukum saya. Saya yang bersalah dalam hal ini bukan anak-anak kita!”

            Tangan Laura mengigil menahan rasa yang berbaur di hati.

            “Saya benci kepada Encik Malik, jadi macam mana saya nak lihat muka anak Encik Malik setiap hari bersama dengan anak saya!”

            “Kenapa cik muda terlalu bencikan saya?” Akhirnya Encik Malik bertanya dengan jujur.

            “Awak cinta pertama saya... tetapi awak dah musnahkannya!” Jawab Laura dengan berterus-terang.

            “Jadi, cik muda ingin memusnahkan cinta pertama anak-anak kita?”

            “Mereka masih budal-budak!”

            “Ketika cik muda menyukai saya juga ketika zaman budak-budak...”

            Laura merenung Encik malik dengan marah.

            “Cik muda... Harry sudah kehilangan perkara yang disukainya sejak kecil. Cik muda telah merampas segalanya dari Harry. Apa kesalahan Harry kepada cik muda? Dia ditinggalkan dengan datuknya sejak kecil kerana kesibukan cik muda menguruskan perniagaan. Apabila dia jatuh cinta dengan sukan renang, cik muda menghalangnya. Cik muda tidak pernah ambil peduli tentang Harry. Apa yang dia suka, apa yang buat dia senang. Sekarang harry telah mengikut telunjuk cik muda dengan melepaskan sesuatu yang sangat dicintainya.

            Bukti Harry sangat mencintai suka renang dia telah bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapat emas Olimpik pertama negara! Sekarang tuan muda sudah cukup kecewa apabila terpaksa bersara... kenapa cik muda ingin menambahkan lagi penderitaan tuan muda? Dia layak untuk hidup bahagia ... kasih sayang yang dia tidak pernah dapat sebelum ini, dia sangat perlukannya. Apa perasaan Harry jika dia tahu mamanya sedang memisahkan dia dengan gadis yang disukainya? Sampai bila cik muda ingin bersenggeta dengan anak tunggal cik muda!” Tegas suara Encik Malik memecah suasana yang tadinya sunyi sepi.

            Laura terduduk kembali kerana lututnya terasa lemah. Air matanya mengalir sehingga ke dagu. Kemudian Laura menangis hiba. Suaranya jelas kedengaran sehingga tersedu-sedan. Dia menekup mukanya dengan kedua belah tangan.

            “Sudah tiba masanya cik muda menjernihkan hubungan dengan tuan muda... kita sudah tidak lama hidup di dunia ini. Anak-anaklah harta yang paling berharga apabila kita tua. Harta benda tidak mampu menggantikannya walau secebis...”

********

            KARL meninggalkan aku dengan Sallyna untuk berbual. Sungguh aku tidak menyangka Sallyna turut ada bersama Karl. Karl datang untuk menghantar Sallyna yang akan berlepas ke London. Sallyna ingin kembali ke London setelah selesai urusannya di negara ini. Sekali lagi wanita ini membawa hatinya lara...

            “Awak nak meninggalkan Malaysia?!” Soal dengan sinis.

            “Saya ingin minta maaf atas segalanya. Saya tak dapat nak tunaikan janji saya untuk menyatukan Cik Sallyna dan Harry...”

            Sekali lagi Sallyna berdengus dengan sinis. “Selama ini aku fikir aku bodoh kerana menagih cinta Harry! Tetapi sekarang aku tahu siapa yang lebih bodoh dari aku. Nur Marhaya... kau tinggalkan Harry dalam keadaan seperti ini? Dia baru sahaja mengumumkan persaraannya. Kau tahu tak betapa kecewanya dia!!” Jerit Sallyna dengan lantang.

            “Harry seorang yang tabah...” Balasku perlahan. orang ramai sudah berkerumun melihat kami.

            “Dan sekarang kau fikir kau tu terlebih tabah?! Kau tahu tak bagaimana perasaan apabila cinta bertepuk sebelah tangan? Aku lebih menderita dari kau! Aku melepaskan Harry kerana aku fikir aku memang tidak boleh membahagiakan dia. Sekarang kau tunjuk muka bodoh ni depan aku! Kau memang!!” Sallyna seperti dirasuk hantu. Menggigil badannya.

            “Saya tak mungkin bersama Harry...”

            “Bodoh!!” Jerit Sallyna dengan kuat. Dia tidak pedulikan orang sekeliling lagi. “Kau lebih menyakitkan hati aku dari Harry! Kalau aku, aku tidak akan tinggalkan Harry dalam keadaan macam ni...” Sallyna menyeka air matanya dengan kasar.

            Aku berdiri kaku sambil merenung lantai.

            “Aku tak sangka kau selemah ini, Aya...” Sallyna kembali bertenang. Nadanya juga semakin merendah. “Kalau kau tahu macam mana peritnya kehilangan cinta itu... kau tak akan sanggup menanggungnya. Aku tak peduli apa akan jadi kepada kau! Tetapi aku tak sanggup lihat Harry... aku tak sanggup...” Mata Sallyna kembali berair. Dia membiarkan mutiara jernih itu mengalir ke pipi.

            “Kau memang lemah, Aya...” sambungnya lagi.

            “Saya terpaksa pergi...” Aku terus melangkah meninggalkan Sallyna. Telinga aku sudah pekak, hati aku sudah menjadi seperti batu. Aku tidak boleh berpatah balik lagi apabila keputusan sudah dibuat. Biarlah aku dikatakan bodoh sekalipun.

            “Betul kata Sallyna, Aya!” Jerit satu suara lagi. Tanganku direntap kuat.

            “Senior!” Aku terkejut melihat Ray di depan mata.

            “Janganlah pergi...” Tangan Ray masih melekat di lenganku. Karl juga kembali kepada kami. Dia tidak memahami situasi itu tetapi wajahnya serius memandang ke arahku.

            “Cukuplah... cukuplah penderitaan Harry setakat ini. Jangan menambahkannya lagi. Aya sepatutnya berada di sisinya waktu ni...” Luah Ray dengan lembut namun tetap tegas.

            Aku menelan liur. Sallyna memeluk tubuhnya memandang ke arah lain. Dia benar-benar marah kepadaku kerana melepaskan peluang yang tidak pernah terbuka untuknya. Sallyna juga kelihatan sedang mengesat air matanya.

            “Saya...” Badanku menggigil menahan tangisan yang mula menembak hatiku kembali.

            “Aya, jangan tinggalkan Harry... cukuplah awak tinggalkan saya seorang.”

            Aku terus sebak mendengar ayat itu. Air mata Ray juga tumpah di atas lenganku. 

            “Go!” Kali ini kedengaran tegas suara Ray.

              Aku menggeleng lemah sambil menangis kerana tidak mempunyai kekuatan itu.

             "Go, Aya. Fight for your love!" Kali ini Ray menjerit sambil menggongcangkan bahuku.

            Aku mengangguk pantas. Aku memandang ke arah Sallyna, wanita itu akhirnya menangguk perlahan ke arahku dengan segaris senyuman yang nipis. Itu sudah memadai. Ray pula melepaskan bahuku sambil menyeka air matanya.

            “Pergilah, Aya... He's waiting for you.” Ujar Sallyna.

            Saat itu juga aku membuka langkah, pada mulanya agak perlahan dan seterusnya aku berlari seperti mengejar keretapi yang terlepas. Tekadku sudah bulat! Aku mesti mendapatkan Harry tidak kira apa juga halangan. Air mataku merembes keluar seperti hujan.

*********

            HARRY merenung jam ditangannya setiap minit. Dia jalan mundar-mandir di atas bumbung Asrama Putera Emas yang selalu menjadi tempat pertemuannya dengan Aya. Dia sedikit gusar tetapi sentiasa memujuk hatinya bahawa Nur Marhaya sedang dalam perlajanan ke sini. Sesekali Harry menjenguk di bawah, walaupun sedikit gayat dia tetap melihat jika ternampak kelibat Marhaya dari situ.

            “Kenapa lama sangat...” Keluh Harry yang sudah menungu selama tiga jam. Setelah letih berdiri dia duduk pula. Mujurlah waktu ini waktu cuti sekolah bermula. Semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing. Suasana di asrama itu sunyi sepi.

              “Kau... aku takkan maafkan kau kalau kau tak datang..." Harry menekan dadanya yang terasa pedih secara tiba-tiba. Lututnya semakin lemah dan dia berpaut di tembok. Air matanya jatuh satu persatu. “Aku tak kan maafkan kau...”  Akhirnya Harry melepaskan tangisannya teresak-esak,

             “Awak!!” Aku berlari sehingga ke tengah lantai bumbung itu. 

            Harry menoleh ke arahku dengan mata dan hidung yang merah. Kakinya bergerak ke belakang selangkah kerana masih tidak percaya melihatku dihadapannya. 

          Aku tersenyum dalam tangisan kepadanya. Akhirnya aku berlari ke arahnya, Harry mendepakan tangannya dan aku terus memeluknya kejap. Harry melepaskan tangisannya di bahuku.

            “Kenapa kau lambat?" soalnya dengan suara yang sebak. 

            Aku tidak mampu berkata-kata terus memeluknya dengan lebih erat. “Saya ingat saya tak akan jumpa awak lagi...” Aku turut menangis sekuat hati. 

              Harry memegang mukaku, dia merenung mataku yang berkaca dengan syahdu.

             “I love so much, Aya!” Harry terus menarik belakang leherku dan sebelah lagi tangannya meraih pinggangku. Dan bibir kami bersatu. Air mataku sekali lagi tumpah. 

           

            

Share this novel

liyana
2021-02-11 07:40:25 

elok pulaak ek diorang ada kat situ


NovelPlus Premium

The best ads free experience