Aku Milik Kamu!

Romance Completed 124331

BAB 45

            Aku membuka mata apabila Harry menjarakkan bibirnya. Aku melihat matanya yang tulus merenung mataku. Perlahan-lahan dia menarik aku sehingga bangun duduk disebelahnya.

         “Kenapa Aya? Kenapa kau selalu cakap kita tidak boleh bersama?” kali ini tangan Harry memegang kedua pipiku. 

            Aku menunduk rapat. Air mata aku bergenang kembali. “Ayah saya sendiri yang tidak benarkan saya menghampiri awak. Ayah saya seperti tahu kesudahannya. Keluarga awak tak mungkin menerima saya...”

            “Aku mampu mempertahankau Aya!” Tegas Harry. Dia melepaskan tangannya yang memegang pipiku.

            “Saya sebenarnya tahu kenapa awak terus pergi ke Jepun selepas kejadian lapan tahun lepas. Mama awak... mama awak ingin pisahkan kita berdua. Mama awak bagi amaran kepada ayah saya, kalau saya mendekati awak lagi, mama awak akan pastikan saya lebih menderita. Kerana dia sesekali tidak akan terima saya...” Aku memejam mata kerana menahan rasa sebak yang menekan di dada.

            Harry kelihatan tersentak. Dia kelihatan seperti tidak percaya dengan apa yang aku perkatakan.

            “Macam mana kau tahu?” Tanya Harry dengan wajah serius.

            “Saya hampir gila bila tak dapat jumpa awak... saya nak cari kebenaran kenapa awak tiba-tiba kena pergi ke Jepun. Saya mencari Uncle Tam, saya akhirnya dapat membuatkan dia bercakap. Uncle Tam jelaskan semuanya, mama awak dapat tahu hal yang menimpa kita dan terus menghubungi ayah saya. Abang Is pun tahu sebab tu dia mengurung saya dalam bilik sehingga awak pergi ke Jepun.” Aku meluahkan segalanya yang selama ini terpendam.

            Bergetar tangan Harry apabila mendengar perkara itu. “Aku terpaksa tinggalkan Malaysia masa tu, kerana ingin melindungi kau. Aku tak ingin mama aku buat sesuatu kepada kau. Kerana aku belum cukup dewasa untuk mempertahankan kau.”

            Aku mengangguk perlahan. “Itu juga diberitahu oleh Uncle Tam.”

            “Aya, adakah kau tidak yakin dengan aku sekarang?” Soal Harry bersungguh-sungguh. Tangannya mencapai tanganku. Aku memandangnya dengan sayu.

            “Tapi tolonglah jangan membelakangkan keluarga awak...” Kataku dalam nada sebak.

            Harry menyentuh kepala aku pula. “Aku akan berusaha untuk membawa kau ke rumah mama aku dengan cara yang terhormat. Bolehkah kau percaya aku?”

            Aku terdiam agak lama. Harry masih menanti jawapan aku. Tangannya mengelus lembut pipi aku, menyeka air mata yang masih mengalir.

            Akhirnya aku mengangguk perlahan. Harry tersenyum dalam menahan rasa sebak. Air matanya bergenang di matanya yang berwarna coklat. Sungguh jernih.

            “Mulai hari kau cuma kena percaya kepada aku.” Kata Harry sebelum menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang tidak mampu bersuara hanya mengangguk dengan perlahan. Aku menahan rasa untuk menangis sepuasnya. Dalam hati aku menyimpan satu rahsia yang masih tersimpan rapi.

            “Aku tak akan biar kau terluka lagi...” Harry berjanji.

            Bergetar tubuhku menahan rasa yang dalam. Aku mengumpul semangat untuk tersenyum. Perlahan-lahan aku merungkai pelukanya kerana aku tidak mahu terlalu lama dibuai mimpi.

            “Boleh aku tanya sesuatu.” Ujar Harry apabila melihat aku yang sudah tersenyum dan air mataku tidak lagi mengalir.

            Aku mengangguk.

            “Berapa banyak kau mencintai aku?” 

            Aku merenungnya dengan lembut. Bibirku juga menguntum senyuman kecil. “Cukuplah, sehingga saya tak boleh melupakan awak sepanjang hayat ini...”

            Harry kelihatan terharu. Dia tersenyum sambil menyentuh kepala aku sekali lagi.

            “Esok sampai di Phuket kita ambil flight terus balik ke KL. Aku dah tak sanggup berada di sini lagi...” Kata Harry.

            Aku mengangguk setuju. Terpulang kepada Harry, aku tidak akan membantah setiap keputusannya. Lagipun aku sendiri sudah terlalu letih melawan dengan perasaan sendiri ketika berada di sini. Semuanya cukup meletihkan.

************

            KAMI keluar untuk melihat suasana menyambut tahun baru di atas deck 9. Suasana mulai riuh dengan tarian dari para penumpang yang mengikut rentak dari penyanyi jemputan dari luar negara. Aku berjalan di belakang Harry sehingga kami tiba di meja bulat di mana Sallyna, Ray dan Sam sedang berborak.

            “Baru nak muncul hero dengan heroin kita ni.” Tegur Sam dengan ceria.

            Harry sekadar menepuk bahu Sam dan menyapa Ray dan Sallyna ala kadar. Aku pula terasa janggal secara tiba-tiba setelah apa yang berlaku sebelum ini.

            Ray sejak tadi merenung aku tidak buang matanya, sehingga aku terasa malu. Harry menyedari dan dia cuba berdehem untuk mengalih perhatian Ray supaya tidak menenung aku lagi.

            “Esok bila sampai Phuket, aku dan Aya akan ambil flight ke KL.” Ujar Harry.

            Sallyna lah yang paling terkejut antara mereka semua yang mendengar kata-kata Harry itu. Ray masih dapat mengawal riaksi wajahnya yang masih kelihatan bersahaja. Namun, matanya tetap tidak beralih dari merenung aku.

            “Kau ada emergency ke? Kenapa tiba-tiba aje nak balik?” Soal Sam.

            “Harry, kalau macam tu biar kita semua balik aje. Buat apa lagi kalau tinggal kita orang aje.” Pintas Sallyna. Wajahnya berubah, Dia merenung aku dengan tajam.

            “Aku ada hal, kau orang teruskan ajelah trip ni. Aya perlu ikut aku, lagipun aku yang sponsor dia kat sini.” Balas Harry bersahaja yang menyebabkan Sallyna semakin panas.

            “Aku boleh sponsor Aya. Aya, stay aje kat sini. Bukan selalu dapat peluang macam ni kan?” Celah Ray pula. Dia menanti jawapan aku.

            Aku menjadi serba salah pula kali ini. “Saya pun terpaksa balik, ayah saya nak datang KL. Tak elok pula kalau saya tak ada masa dia datang.” Ujarku.

            Memang benar, ayah aku bercadang untuk datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakan lama katanya. Sementara itu dia ingin berjumpa aku dan Abang Is. Tetapi bila ayah aku nak datang itu, aku masih tidak pasti. Cuma alasan itu sahaja yang dapat aku fikirkan waktu ini.

            “Ayah, Aya? Kenapa, you pun nak jumpa ayah Aya ke, Harry?” Sengaja Sallyna bertanya begitu untuk menguji kami.

            “Bukan macam tu, aku ada hal lain. Maaflah kalau kami spoilkan mood kau orang semua nak bercuti.”

            “Nevermind. Aku okay aje, dah masing-masing ada hal kan, nak buat macam mana. Aku akan teruskan aje trip ni.” Balas Sam.

            Ray mengeluh dia tidak berkata apa lagi selepas itu. Sallyna juga terdiam dalam memendam rasa. Dia tidak boleh berkata apa lagi memandang kehadiran Sam di situ. 

            Semua orang berdiri menanti detik jam tepat pukul 12 tengah malam. Aku dapat merasakan tangan aku dipegang oleh Harry. Aku terasa agak segan diperlaku seperti itu walaupun ramai orang tidak menyedari. Tepat jam 12 tengah malam suasana kembali riuh dengan teriakan happy new year oleh seorang pengacara. Ketika itu wine dan jus juga dihidangkan kepada penumpang. Aku mula terasa lain macam, pasti akan ada yang mabuk sekejap lagi.

            Suasana meriah bertambah meriah lagi dengan persembahan tarian oleh penari jemputan. Ramai orang yang turut berjoget sambil memegang wine di tangan. Sam mengambil peluang untuk merakam suasana itu dengan camera yang tidak pernah terpisah dengannya. Ray dan Sallyna hanya berdiri bersebelahan sambil menyaksikan persembahan yang terhidang di depan mata tanpa perasaan.

*********

            Keesokan pagi, apabila aku bangun dari tidur kapal persiaran mewah itu sudah menghampiri Phuket, Thailand. Aku bersiap ala kadar untuk keluar bersarapan pagi. Ketika dalam perjalanan ke Deck 4 aku bertembung dengan Ray. Dia baru keluar dari kabinnya.

            “Selamat pagi Aya.”

            “Selamat pagi...”

            “Sampai Phuket terus nak balik ke? Tak kan tak nak jalan-jalan kat sini.” Soal Ray. Kami jalan bersama-sama untuk ke restoran di Deck 4.

            “Harry kata macam tulah...” Jawabku ringkas. Aku juga rasa serba salah.

            “Atau Aya dan Harry nak lari dari kami?”

            Aku tersentak. “Er... bukan macam tu.”

            Ray hanya tersenyum tanpa mahu bertanya lagi.

            Harry sudah tiba dan duduk semeja dengan Sallyna dan Sam. Aku mengambil tempat kosong di sebelah Harry.

            “Mulanya aku bercadang nak sambut birthday Harry sekali atas kapal ni. Tapi dah kau orang nak balik dulu. Tak apalah...” ujar Sam sedikit kecewa kerana rancangannya tidak menjadi.

            Hari jadi Harry? Kenapa aku boleh lupa? Ahh, kalaulah Harry tahu aku sebenarnya tidak ingat langsung akan tarikh lahirya pasti kepala aku akan diketuk.

            “I’m sorry. Bila kau orang sampai KL nanti, aku akan buat party. Aku dan Aya terpaksa balik dulu.” Ujar Harry.

            Sallyna hanya terdiam membisu. Kalau diikutkan hati dia juga mahu pulang ke Kuala Lumpur memandangkan moodnya sudah terganggu. Tetapi dia dan Ray perlu menghormati Sam yang telah menghadiahkan tiket ini kepada mereka berdua. Jadi, mereka harus meneruskan juga pelayaran.  

            “I tak kisah. I dah cukup happy beberapa hari ni bersama you all.” Kata Sam dengan senyuman menghiasi wajahnya.

            Aku hanya diam seribu bahasa. Harry juga tidak banyak bercakap.

**********

            Akhirnya aku tiba juga di rumah sewa aku bersama Julia dan Lin. Aku agak letih walaupun menaiki kapal terbang terus ke LCCT. Tiga hari aku meninggalkan rumah ini sudah aku rasakan rindu kepada Lin dan Julia seperti sudah lama tidak berjumpa. Mereka pula tidak sabar-sabar mendengar cerita dari aku. Oleh sebab aku terlalu letih, aku terus masuk ke bilik setelah memberikan mereka cendera mata yang aku sempat beli di Krabi. Harry sengaja ingin terus pulang dan tidak mahu lagi meneruskan perjalanan kerana tidak selesa dengan Sallyna. Dan Harry juga tidak mahu aku disakiti lagi oleh kerenah Sallyna. Tetapi, Harry masih tidak berubah sepenuhnya. Kami bergaduh sepanjang perjalanan pulang kerana dia tidak puas hati melihat aku datang bersama Ray untuk bersapan pagi tadi. Aduhai...

            Sepanjang petang aku tertidur kerana keletihan sehinggalah Lin mengejutkan aku untuk solat magrib. Aku terus bangun mandi dan solat. Usai solat barulah aku ke ruang tamu untuk berkumpul dengan Lin dan Julia. Aku bercerita serba sedikit pengalaman yang tidak seberapa ketika berlayar dari Penang ke Phuket. Banyak aktiviti yang aku tidak ikuti ketika di atas kapal mahupun ketika singgah di Krabi. Apatah lagi bila tiba di Phuket, aku terus ke lapangan terbang tanpa sempat ke mana-mana. Kesimpulannya, aku langsung tidak menikmati percutian ini.

            “Macam tu aje? Saya dengar cerita belayar naik cruise ni memang best sangat.” komen Lin yang kecewa mendengar cerita dari aku.

            “Betul tu, kenapa tiba-tiba aje nak balik?” Soal Julia.

            “Entahlah... serabut fikiran akak sekarang ni. Orang pergi bercuti untuk hilangkan masalah, tapi akak bawa balik masalah.” Aku mengeluh. Ya, aku membawa balik masalah besar. Harry adalah masalah terbesar aku ketika ini. Kenapa aku boleh menunjukkan perasaan sebenar aku kepada dia. Aku terasa seperti bermimpi. Macam mana aku akan berhadapan dengan ayah dan Abang Is nanti.

            Bunyi deringan telefonku menganggu suasana. Aku menjawab pamggilann itu di situ juga. Malas untuk bergerak menjauhi adik-adik serumah aku ini.

            “Kau datang rumah aku sekarang.” Arahnya.

            Aku mengeluh. “Dah malam ni, awak nak apa?”

            “Aku lapar.”

            “Kenapa awak tak tinggal kat rumah arwah atuk awak aje, awak ada berpuluh maid dan tukang masak. Tukang nak pakaikan awak baju pun ada.” Silalah menadah telinga bila aku start berleter.

            “Macam mana aku nak berdikari kalau tinggal kat sana?” Balas Harry tidak mengalah.

            “Sekarang awak berdikari ke? Semua benda pun saya buat...”

            “Aku kan bayar gaji kau. Kau sekarang ni menganggur, siapa yang sara kau. Cepat datang kalau tak aku pergi sana!”

            Tut...

            Sudah terputus. Aku menggigit bibir kerana terlalu geram.

            “Eii!!” Aku mengetuk skrin telefon.

            “Encik Harry lagi ye? Sweetnyaaa...” Lin menongkat dagu sambil tersengih memandang aku.

            Aku menggeleng kepala kerana tertekan. Lantas aku bangun masuk ke bilik untuk mengambil jaket. Aku perlu ke sana segara dan pulang dengan segera!

*********

            “Nah!” Aku meletakkan sebungkus nasi goreng kampung di atas meja kaca di ruang tamu.

            “Apa ni?” soalnya.

            “Saya singgah warung kat rumah saya, bungkus nasi goreng kat awak.” Selamba aku menjawab.

            Terbeliak mata Harry memandang aku. “Hah!” Tangannya lurus menunjuk tepat ke bungkusan nasi goreng itu. “Sejak bila aku makan benda bungkus-bungkus ni? Kau dah gila?”

            “Saya letih nak masak kat awak. Awak kena makan jugak, tak baik tolak rezeki.” Aku memeluk tubuh dan terus berdiri berdepan dengannya.

            “Aku panggil kau ke sini suruh masak. Bukannya beli bungkus. Pergi masak sekarang. Sebelum tu potong kuku dulu. Faham?”

            Mata aku mengecil memandangnya. “Kita mana ada stok makanan nak masak. Kita dah tinggal rumah tiga hari tau tak?”

            “Kalau macam tu pergi beli.” Jawabnya selamba.

            “Hairy Fattah!!!” Aku menjerit kuat. Sakit hati!

*********

            “Ambil ni.” Harry mengambil beberapa biji capsicum merah dan hijau untuk ditimbang.

            “Awak nak saya masak apa yang beli capsicum tu?” Soal aku dengan curiga. Dia ingin menguji tahap kebijaksanaan aku dalam memasak ke apa?

            “Bukan ke selalu kau masak western food kat aku. Kenapa menggelabah sangat?”

            “Sa... saya...” Aku jadi gagap pula untuk menjawab.

            “Kau ingat aku tak tahu, kau masak selama ni sambil tengok resepi kat internet.”

            Aku menggigit bibir geram.

            “Jangan risau, aku guide kau masak malam ni.” Katanya lagi.

            “Dah lewat pun nak makan lagi? Patutlah makin buncit.” Kutuk aku dengan perlahan.

            Aku menolak troli mengikut langkahnya sahaja. Kenapa dia ni pandai dalam bab memasak? Sejak bila dia belajar?

            “Aku rasa aku darah tukang masak. Sebab aku dilahirkan dengan skill memasak yang hebat. Kau tak tahu?” katanya.

            Aku tersengih sinis. Selama aku tengok orang angkat bakul, kali inilah bakul yang paling besar rasanya. Perasan sungguh!

            Walaupun ramai orang yang memandang kami Harry kelihatan tidak kisah, dia dengan selamba keluar tanpa memakai apa-apa untuk penyamaran. Ramai yang dapat mengenalinya. Aku menjadi semakin segan apabila terdengar orang berbisik yang mengatakan aku ini kekasihnya.

            “Awak, cepat sikit. Saya segan la, nanti tak pasal jadi bahan gosip ni.” Bisikku di telinganya. Harry sekadar tersengih.

            “Apa? Aku tak dengar?” Katanya sambil meraih pinggang aku.

            “Wahh...” Kedengaran beberapa pelanggan lain terkejut melihat keadaan yang berlaku di depan mata mereka itu.

            “Awak! Lepaskan sayalah.” Bisik aku dengan keras.

           "Hmm... mulai hari ni, aku nak seluruh dunia tahu... yang aku adalah milik kau."

       

              

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience