Tetamu Tidak Diundang!

Romance Completed 117449

BAB 36

            MALAM itu setelah pulang ke rumah aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian aku mengerjakan solat isya dan berdoa panjang untuk kesejahteraan seluruh keluargaku. Tidak aku lupa doa kepada arwah ibuku, supaya dia sentiasa berada dalam ketenangan di sana. Usai mengerjakan solat aku baring di atas katil sambil membuka computer riba. Sudah agak lama aku tidak membuka email, mungkin sahabat lamaku sudah membalas email yang kuhantar bulan lepas. Disebabkan terlalu sibuk aku sudah tidak sempat membuka email mahupun laman fac.

            Tertanyata andaianku tepat apabila Isabella ada menghantar email kepadaku dua minggu lepas. Perasaanku sangat gembira apabila menerima khabar dari sahabatku yang berada di Pulau pinang itu.

            HAI Aya, sorry sebab tak sempat call sejak kebelakangan ni. Aku sangat-sangat sibuk dengan business restaurant aku ni. Bulan lepas aku pergi Korea, aku ada send gambar kat kau. Memang cantik sangat kat sana, aku ada ajak kau pergi tapi buat alasan tak ada duit pulak. Kau tu kan pandai berjimat. Lain kali simpan la lebih, kita boleh pergi sama-sama.

            Aku tersenyum apabila membaca perenggan pertama emailnya itu. Mana aku mampu simpan duit untuk melancong macam kau Bella!

            Macam mana kau sekarang cik princess? Tak kan tak ada prince charming lagi kot? aku pun tak sabar nak makan nasi minyak kau! Hehehe... jangan marah. OH YAAA! aku baru teringat. Tuan Muda Harry dah balik ke MALAYSIA kan? Aku tak sangka dia menang OLIMPIK!!! Masa dalam pertandingan tu aku ada tengok kat TV, seksi gila badan dia sekarang. Aku hampir jadi gilaaa!! HEHEHEH.

            Haish, perempuan ni! Aku menggeleng kepala. Teruk betul, masih tak berubah-ubah.

            AYA... kau ada jumpa dia tak??? kalau kau terjumpa dia tolong kirim salam dan jangan lupa tolong ambilkan tandatangan dia. Nanti aku turun KL kau boleh bagi kat aku. tolonglah ya, aku nak besar sikit sebab nak gantung kat restaurant aku...Ini aje buat masa ni, nanti aku cerita lagi. MUAHH. Love U.

                                                Your BFF

Isabella

            Aku terus menepuk dahi. Memang masih tak berubah kawan aku ini. Aku scroll ke bawah dan lihat beberapa gambar yang di hantar oleh Isabella ketika dia bercuti di Korea. Paling menarik di mataku ialah gambarnya ketika dia di Pulau Jeju, Pulau Nami dan sekitar di bandaraya Seoul. Memang sangat cantik. Kemudian barulah aku mula menaip untuk membalas emailnya yang panjang itu.

           

Hai Bella,

                        Maafmu diterima. Aku pun sangat sibuk dengan kerja tak tentu masa aku ni. Aku dah tengok gambar kau kat Korea. Semuanya cantik-cantik. Kau tak jumpa hero Korea yang jambu-jambu ke? Mesti tersembul biji mata kau kat sana kan? hahaha... jangan marah. InsyaAllah, kalau aku ada rezeki lebih nanti kita pergi melancong sama-sama. Tak payah jauh sangat, Batu Feringgi pun dah okey kan? Hehehe, jangan marah.

            Kau teringin nak makan nasi minyak aku?? tak ada masalah, datanglah bila-bila masa aku boleh masakkan kat kau .Oh ya, Prince charming? kau nak berapa. sekarang ada kat aku dua tiga orang.HAHAHA.

            Emm... Harry... aku cuba cari dia untuk dapatkan tandatangan untuk kau tu. Kalau aku berjaya jumpa dia, kau kena belanja aku sepanjang kau ada di KL nanti, okey? Bukan apa, sebab susah la nak jumpa orang popular macam dia tu tau....

            Hahaha, jahat, jahat...

            okey la dear... nanti ada masa kita cerita lagi. Muahh.Love u too so so much.

            your sweethearth

AYA

            Selepas menutup computer riba dan menyimpannya di atas meja, aku terus memejamkan mata kerana terlalu letih. Aku harap hari esok bertambah baik.

**********

            AKTIVITI aku di kondo mewah milik perenang terkenal itu bermula dengan menyediakan sarapan pagi, mencuci dan mengelap meja dan segala perabot di ruang tamu, ruang bacaan, ruang dapur, juga di setiap bilik. Kemudian aku perlu mop lantai serta mencuci bilik air pula. Hampir jam 10 pagi barulah semuanya selesai, tetapi Harry belum lagi balik dari bersenam di luar. Sudah hampir seminggu lebih aku bekerja dengannya, hari demi hari aku semakin senang dengan kerjaku ini. Aku perlu menyediakan makan tengahari pula selepas itu aku akan membawanya pergi shopping dan ke kolam renang pada waktu petang. Katanya sudah lama tidak berenang. Malam pula aku akan sediakan makan malam, kerana Harry tidak suka makan di luar kalau tidak ada urusan rasmi.

            Beberapa syarikat televisyen banyak kali menghubungi untuk membuat temujanji dengan Harry, mereka ingin tahu perkembangannya walaupun sedang bercuti. Para wartawan pula sentiasa berlegar-legar di kawasan kediamannya. Aku terpaksa menjelaskan kepada mereka bahawa Harry tidak mahu mendedahkan aktiviti ketika dia sedang bercuti. Bagaimana pula tiba-tiba aku boleh menjadi jurucakap Harry pula? Sebenarnya begini, beberapa hari lepas ketika pelbagai spekulasi keluar di media Harry dipanggil oleh pengurusnya untuk membincangkan tentang perkara tersebut. Maka, Harry turut membawa aku pergi bersamanya dan memperkenalkan aku sebagai pembantu peribadi barunya.

            Pengurusnya terus bertanya tentang Encik Yusuf, tetapi Harry memberitahu lelaki itu sudah pulang ke Jepun buat sementara waktu. Jadinya, aku cuma pembantu peribadi sementara sahaja. Pengurus Harry meminta aku menjelaskan latar belakang pendidikan aku. Aku pun seperti menghadari temuduga terus menjelaskan latar belakang pendidikanku termasuk pengalaman bekerja. Iyelah, aku pernah bekerja dengan artis! Terbayang pula wajah Dayana dengan mata terbeliak ketika itu. Aku tidak pernah melihat Dayana tersenyum bila berhadapan denganku.

            Selepas pengurus Harry yakin denganku, dia memberi aku tangungjawab untuk menjawab soalan wartawan kerana Harry ingin mengelak dari berhadapan dengan wartawan. Dia dengan tegas berkata bahawa dia dalam tempoh bercuti, jadi dia tidak mahu aktivitinya ketika sedang bercuti diketahui umum. Kerana sikap keras kepalanya itulah kini timbul cerita lain pula. Hairy Fattah sudah lupa diri? Namun, aku hanya menjawab soalan-soalan wartawan dalam talian telefon sahaja, dan aku tidak dibenarnkan oleh Harry untuk muncul di hadapan wartawan. 

            Antara soalan yang pernah ditanya oleh wartawan adalah tentang khabar angin bahawa Harry akan bersara. Terpaksalah aku menjawab bahawa jangan membuat andaian yang tidak pasti. Bercuti dan bersara itu dua perkara yang berbeza. Kita manusia bukannya robot, mesti perlukan masa untuk diri sendiri setelah berhempas pulas. Timbul pula gosib mengatakan Harry semakin sombong, baru mendapat satu kejayaan di Olimpik sudah ingin bercuti, sedangkan seorang atlet tidak ada istilah cuti bagi mereka. Mereka perlu sentiasa berlatih untuk ke pertandingan seterusnya dan seterusnya. Kalau seorang atlet berehat, dia pasti akan kurang taringnya apabila kembali di gelanggang sukan. Melainkan dia bercuti kerana kecederaan.

            Ada juga yang menimbulkan gosip bahawa Harry mengalami kecederaan teruk kerana terlalu kuat berlatih demi kemenangan di Olimpik, mereka mula menyalahkan pihak pengurusan dan jurulatihnya. Semua khabar angin itu benar-benar membuatkan Harry tertekan. Dia banyak berkurung di dalam rumah dan tidak mahu ke mana-mana. Sehinggalah seminggu berlalu, barulah dia mengajak aku untuk menemainya shopping pada petang ini dan dia sudah mahu keluar untuk bersenam di luar. Aku tahu pasti sukar bagi Harry untuk menempuh semua ini.

            Aku pula perlu lebih berhati-hati ketika berada di kawasan perumahan Harry ini, nanti tidak fasal-fasal timbul cerita lain pula. Ketika aku sibuk mop lantai di ruang tamu Harry pulang ke rumah dengan keadaan letih dan berpeluh-peluh. Dia terus melangkah ke sofa dan duduk di situ.

            “Saya ambilkan air,” Aku terus menuju ke dapur dan menuang air sejuk ke dalam gelas kaca lalu kembali ke ruang tamu. Aku meletakkan air itu di atas meja. Harry pula dengan leka melayari internet di Ipadnya.

            “Cuaca baik hari ni mesti seronok dapat bersenam di luar kan?” aku cuba memancingnya berbual supaya dapat mengalih tumpuan Harry dari Ipadnya.

            Kerutan di dahi Harry semakin jelas, wajahnya tiba-tiba bertukar tegang. Aku sudah agak, pasti dia membaca lagi gossip dan pelbagai spekulasi orang terhadapnya.

            “Cukuplah tu!” Aku terus merampas Ipad itu dari tangannya. Harry terkejut sehingga bangun berdiri.

            “Apa ni!” Tengkingknya.

            “Sampai bila awak nak macam ni? Biarlah apa orang nak kata, awak kena teruskan hidup awak. Awak bukannya buat salah bunuh orang pun, kenapa nak susah hati dengan perkara macam ni? Satu masa dia orang akan tahu jugak.”

            “Apa kau merepek ni! Aku tengah main game lah!”

            “Hah...” perlahan-lahan aku melihat skrin Ipad tersebut. “Err... saya... saya bergurau aje tadi.” Malunya tidak terkata. Kenapa game angry birds pula yang muncul?

            Harry merampas kembali Ipadnya dari tanganku yang hanya menunduk malu. 

            “Kau fikir aku ambil peduli dengan semua tu, buang masa aje!” Harry terus melangkah menuju ke biliknya.

            Aku terkedu tidak terkata apa-apa. Betul juga, dia bukan jenis orang yang ambil peduli pandangan orang lain. Ikut kepala sendiri aje, memang patutlah orang cakap macam tu kat dia.

            “Sombong, berlagak, keras kepala... kalau aku beritahu semua ni kat wartawan mesti boleh jadi cerita gempar! Hairy Fattah tidak peduli apa kata peminat, dia hanya pedulikan diri sendiri, jadi berhenti mengata kerana lansung tak memberi makna kat dia...”

            “Dah puas mengata aku?”

            “Oh mak!” aku terus menoleh ke belakang. Dia masih belum masuk ke bilik ke? Macam mana ni? Dia dengar semuanya ke? Aku menelan liur sehingga kering.

            “Oh... jadi selama ini kau mengutuk aku kat belakang la ye.” dia berjalan mendekati aku sehingga jarak kami benar-benar rapat. Dia menundukkan wajahnya dekat dengan wajahku.

            “Patut la selalu kena pecat. Bodoh, lembap, suka membebel, otak sempit...” 

            Hahhh! Aku menjerit di dalam hati bagi melawan rasa sakit hati apabila mendengar kutukannya.

            “Patut la juga kau tak ada teman lelaki seumur hidup!”

            “Siapa kata saya tak ada boyfriend!” Lancang mulut aku menjawab tanpa berfikir dahulu. Apa? Apa aku dah cakap?

            Harry ketawa sinis. “Boyfriend? Siapa yang nakkan kau? Macam badut sarkas tak ada otak...”

            “Berhenti kutuk saya!” Aku menolak badannya yang tegap itu sekuat hati tetapi tidak berganjak walau sedikitpun. Tanganku pula pula direntap olehnya dan badanku ditolak ke dinding. Mukaku merah kerana darahku sudah menyerbu ke muka, aku benar-benar marah mendengar kata-katanya.

            “Cakap siapa nakkan kau? Cakap!” Harry menggesa sehingga aku hampir menangis.

            “Tak ada siapa...”

            “Tadi kau cakap dengan yakin sekali.” Harry lebih mendesak kali ini.

            Aku terus menarik nafas dan mengumpul semangat. “Ya, saya akan berjumpa dengan seorang lelaki. Pilihan keluarga, puas hati?”

            Harry kelihatan tergamam seketika. Dia merenungku tajam.

            “Sekarang awak dah dengar kan? Ada orang nakkan saya.” Aku membalas renungan Harry itu dengan berani.

            “Pilihan keluarga? Apa yang nak dibanggakan sangat, apa kau tak ada kudrat nak cari sendiri?” Harry kemudiannya tersenyum mengejek. Dia melepaskan aku.

            Aku membetulkan pakaianku dan memegang bahuku yang sakit akibat ditekan oleh Harry.

            “Cepat siapkan makan tenghari.” Ujarnya kemudian sambil melangkah ke biliknya sekali lagi.

            Aku mengeluh panjang. Kenapa kau bodoh sangat Aya, kenapa mesti nak beritahu dia? Sekarang pun kau boleh lihat betapa tidak kisahnya dia kan? Apa yang kau harapkan sebenarnya Aya? Tanpa diduga air mataku mengalir keluar dengan perlahan.

*********

            MASAKAN untuk makan tengah hari sudah terhidang, tetapi lelaki itu masih tidak muncul di dapur. Bukan ke dia yang suruh aku tergesa-gesa siapkan makan tengah hari tadi? Akhirnya aku melangkah menuju ke biliknya. Perlahan-lahan aku mengetuk pintu tetapi seperti tiada sahutan.

            “Dia buat apa?” Aku menolak daun pintu sehingga terbuka sedikit, menjenguk ke dalam. Selalunya jika aku mengemas biliknya pasti lelaki itu akan berada di luar. Kami tidak pernah pada waktu yang sama berada di dalam bilik itu. Gila ke, keadaan kami ini kalau ada orang buat laporan sah-sah kena tangkap basah!

            “Harry...” panggilku dengan perlahan. Tiada respon. Alamak... tidur rupanya. Aku mengetab bibir geram. Sedap betul tidur lepas kutuk-kutuk aku, macam telan pil tidur aje kan.

            Aku tidak jadi melangkah masuk ke biliknya apabila terdengar bunyi loceng. Ada orang datang rumah? Siapa? Jangan-jangan wartawan tak? Aku terus menggelabah. Tak mungkin aku boleh membuka pintu, walaupun aku tak secantik mana tapi ada ke orang nak percaya aku ini pembantu rumah? Takkanlah nak beritahu aku ini pembantu peribadi, itu memang cari nahas. Hah, atau mereka itu dari jabatan agama islam? Lututku menggeletar sehingga aku tidak mampu berdiri lagi. Aku memaut tombol pintu bilik Harry untuk menahan badanku yang sudah berpeluh sejuk.

            Bunyi loceng masih tidak berhenti membuatkan aku terus menggeletar. Lebih terperanjat apabila Harry muncul di muka pintu biliknya dengan matanya yang merah.

            “Siapa yang main loceng pulak tu?” Soalnya.

            Dengan terketar-ketar aku menunjukkan jari aku ke arah pintu. “Siapa pun kat luar tu... saya rasa saya tak boleh dilihat ada dalam rumah ni.” Ujarku gelabah.

            Barulah Harry tersedar dan wajahnya turut berubah. “Biar aku tengok dulu,” Harry menuju ke pintu dan melihat di skrin camera untuk melihat siapa tetamunya di luar.

            Setelah melihat orang itu terus Harry menoleh melihatku dengan wajah risau, dia mengisyaratkan aku supaya bersembunyi. Melihat isyarat Harry itu aku terus masuk ke dalam biliknya kerana pintu sudah terbuka. Aku mengunci pintu dan terus berdoa agar tidak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi aku benar-benar ingin tahu siapakah yang datang itu.

            Harry membuka pintu dengan perlahan, wajahnya yang serius itu menandakan dia tidak senang untuk dikunjungi oleh tetamunya itu.

            “Harry...” wanita itu tersenyum menyambutnya di depan pintu.

            “Sallyna...”

            “Sorry, kalau I datang tak dijemput. May I come in?”

            “Sally, I don’t think that’s a good idea. Banyak wartawan sedang buru I sekarang.”

            “Come on, Harry. Tak kan you nak biar I balik macam tu aje?”

            Harry tahu dia tidak sepatutnya menghalau tetamu, lalu membenarkan juga Sallyna memasuki rumahnya. Wanita itu masuk sambil melihat sekeliling kondo itu dengan perasaan kagum. Harry pula berjalan dengan gelisah di belakang wanita itu.

            “Cita rasa you tak berubah, tetap first class. Rumah you cantik sangat, kemas, bersih. Macam di cuci setiap hari.” Komen Sallyna.

Harry hanya mengangkat kening mengakui perkara itu. Ya, sememangnya dicuci setiap hari.

“Rajinnya, maid you datang setiap hari ke?” Tanya Sallyna dengan senyuman yang sedikit sinis.

“Kenapa perlu maid, I pun boleh buat sendiri.” Harry cuba menutup rahsianya.

            “Wait, I smell something. You masak ke?”

            Harry terkejut dengan soalan yang tiba-tiba itu. Dia juga cuba menghidu dan memang ada bau makanan.

            “Ohh, yup! I memang suka masak.” Harry cuba memberikan senyuman penuh yakin.

            “Funny...” Sallyna ketawa sinis. Matanya mencerlung tajam memandang Harry.

            “Sally. What do you want? Tell me...” Suara Harry pula berubah serius.

            “Kasut perempuan mana kat depan pintu rumah you tu?! Nak berlakon pun janganlah pilih skrip yang teruk macam ni, Harry!”

            Harry tergamam. Aku yang sejak tadi memasang telinga dari dalam bilik juga sudah berpeluh sejuk. Macam mana boleh terlupa akan kasut aku di depan pintu rumah Harry. Ahh, kacau!

            “Er... maybe kasut maid I.” Harry cuba mengawal riak wajahnya. Dia kelihatan masih bertenang.

            “Kalau macam tu kat mana dia?” Harry menghampiri Harry.

            “Sallyna. Ini bukan urusan you. Kalau tak ada hal penting you boleh keluar sekarang.”

            Terpaku Sallyna mendengar kata-kata Harry itu. Air matanya bergenang.

            “Harry... sampai hati you layan I macam ni!”

            Harry hanya diam.

            “You tahu tak I dah menderita selama ni kerana sikap you ni!”

            “Sebab tu I tak nak you teruskan benda sia-sia macam ni. Mulakan hidup baru, Sally. You dan Ray pun dah nak kahwin kan?!” Tegas Harry.

            “Daripada I kahwin dengan orang yang I tak cintai, lebih baik I mati aje!” Sallyna menjerit sekuat hati sebelum melangkah keluar dengan tangisan yang panjang.

 “Sally!!” Harry turut melangkah. Dia benar-benar terkejut dengan kata-kata wanita itu sebentar tadi. Sallyna sudah berlari keluar dan Harry mengejar dari belakang.

       Aku menelan liur yang sudah bertukar pahit sepahitnya. Aku menarik nafas sebelum membuka pintu dan keluar dari bilik tempat persembunyianku.

**********

            “SALLYNA, open the door!” Harry menjerit sambil mengetuk tingkap kereta Sallyna. Pintu keretanya dikunci dari dalam dan wanita itu sedang membuka penutup botol pil tidurnya. Sallyna menuang begitu banyak pil tidur di atas telapak tangannya dalam emosi yang tidak terkawal.

            “Sally, please don’t do that. I beg you!!” Harry benar-benar cemas dan cuba membuka pintu kereta wanita itu walaupun dia tahu itu kerja sia-sia.

            Tanpa mempedulikan Harry, Sallyna terus menelan hampir ke semua pil itu dengan air mata yang berjurai. Dia benar-benar nekad.

            Harry menjerit nyaring apabila Sallyna sudah menelan pil itu dan terus tidak sedarkan diri. Harry dengan cemas berlari meminta bantuan, sementara pengawal keselamatan berlari mendapatkannya, Harry kemudiannya menelefon ambulan.

            Lima belas minit kemudian ambulan datang dan Harry sudah pun mengeluarkan Sallyna dari kereta. Pengawal keselamatan tadi mengambil batu dan memecahkah cermin belakang dan berjaya membuka pintu. Wajah Sallyna yang pucat dan tubuhnya yang longlai berada di dalam pelukan Harry sehingga ketibaan ambulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience