Tolong Jangan Pergi!

Romance Completed 117449

BAB 21

            “KAMU berdua jangan nak lari!!” Sergah satu suara yang lantang dari arah belakang.

            Aku yang sedang memangku Harry terkejut besar. Dadaku turun naik menahan rasa debar. Ya Allah... ya Allah apa semua ni. Harry mengerang sakit tidak mampu berbuat apa-apa. Aku terus rasa darahku kering apabila lampu-lampu suluh mula menyuluh tepat ke arah kami.

            “Budak-budak zaman sekarang ni memang melampau!”

            “Harry... Harry apa kita nak buat ni!” aku memegangnya erat. Harry terpingga-pingga sambil menahan matanya dari silau lampu suluh beberapa orang polis yang sudah mengepung kami.

            “Cepat gari mereka!!” arah salah seorang anggota polis itu.

            “Kami tak bersalah, Tuan!!” aku menjerit sekuat hati apabila tanganku sudah digari. Aku Menoleh melihat Harry. Tangan dia cedera. Ya Tuhan, tangan Harry cedera!

            “Tolong hati-hati! Tangan dia cedera! Tolong jangan...” aku sudah seperti dirasuk histeria. Sumpah! Aku rasa dunia aku benar-benar sudah terbalik. Di depan mataku kini Harry yang dikepung sambil menahan sakit. Dia memegang bahunya dan mukanya berkerut menahan kesakitan. Air mataku tumpah! Kenapa awak nak selamatkan saya sampai macam ni sekali?

            “Argghh!!” Harry menjerit. Pegawai polis itu tidak memperdulikannya.

            “Hah! Berani buat berani tanggunglah!”

            “Saya cakap jangan berkasar dengan dia!!” aku menolak tubuh pegawai polis itu dengan sekuat hati. Lelaki itu terdorong ke belakang. Aku pantas mendapatkan Harry. “Maafkan saya... maafkan saya awak...” aku menangis teresak-esak.

            “Awak okey kan?” Harry sempat tersenyum pahit. Aku mengangguk.

            “Berani nak buat drama kat sini. Cepat masukkan mereka dalam kereta!” Arah pegawai polis itu dengan tegas kepada anak-anak buahnya.

            “Tunggu dulu!” Kami serentak berpaling. Tam menghampiri dengan beberapa pengawal peribadi Sir Adam. Aku menjerit memanggil Tam sekuat hati.

            “Tuan muda... tuan muda cedera tolonglah...” Aku benar-benar tergelam punca. Tanganku digari, manakala kiri dan kananku dua pewagai polis erat memegang lenganku. Ahh, seperti aku sudah membunuh orang!

            Tam terus mendapatkan Harry. “Tuan muda... tuan muda macam mana boleh...”

            “Mereka ditangkap ketika cuba melarikan diri. Apa-apa urusan sila ikut kami ke balai.” Tegas pegawai polis itu.

            “Tuan muda... lawyer kita akan sampai ke sana segera. Jangan risau.” Beritahu Tam menyedapkan hati Harry.

            Aku rasa seperti jantungku ingin putus apabila dibawa masuk ke dalam kereta polis. Malunya Allah yang tahu. Kali ini aku memang betul-betul menempah bala. Harry diam di sebelah sambil memegang tangannya yang sakit. Aku yakin dia pasti sangat sakit. Air mataku berguguran laju. Entah kenapa aku tidak risaukan hal lain... hanya dia.

            “Maafkan aku... aku tak mampu nak lindungi kau, Marhaya.” luah Harry perlahan.

            “Awak dah cuba... awak memang dah cuba sedaya mampu... lagipun memang saya yang salah... saya tak patut ajak awak keluar.”

            “Aku... aku rasa... tangan aku...” Harry mengerutkan dahinya.

            Aku bertambah cemas mendengarnya. Lantas aku menjerit kepada pegawai polis yang berada di depanku. “Tolonglah bawa dia ke hospital dulu! Tangan dia... tangan dia sangat penting!!” aku sungguh terasa sebak. Bagaimana jika Harry tidak boleh berenang lagi jika kecederaannya serius?

            “Apa yang kamu merepek ni! Kami akan bawa dia ke hospital selepas dia dibawa ke balai.”

            *********

            TAM menunggu di sebelah aku yang lemah seluruh sendi lutut. Aku memandang ke sebelah di mana beberapa pasangan yang turut ditangkap duduk di satu sudut beramai-ramai. Ada yang menangis melolong apabila disoal oleh pegawai polis. Pihak media pula penuh di luar balai menunggu berita. Penangkapan pasangan yang melakukan maksiat di hotel murah malam ini sangat ramai. Dan tajuk muka depan akhbar esok hari pasti sangat gempar. ‘Cucu pengasas sekolah elit ditangkap di hotel murah!’ Argghhh!!! Malang... sungguh malang nasibku!

            Aku tidak berani mendongak melihat Tam di sebelah. Dia sejak tadi banyak bertenang walaupun wajahnya agak tegang.

            “Tuan muda sudah dibawa ke hospital. Tapi Cik Aya...” salah seorang pengawal peribadi Sir Adam menghampiri kami setelah selesai berurusan dengan pihak atasan di balai itu.

            Aku menelan liur yang terasa pahit. Apakah aku akan bermalam ni lokap?! Oh tidak...

            “Cik Aya akan bermalam di sini...” beritahu lelaki itu.

            Aku kaku. Air mataku tidak henti-henti mengalir. Tam memandangku sekilas.

            “Macam mana dengan Dato’ Ruslan. Dia tak boleh buat apa-apa ke?” Soal Tam merujuk kepada peguam peribadi Keluarga Taylor.

            “Dato’ sudah usahakan supaya berita tentang tuan muda tidak dihebohkan. Dan Cik Aya akan dibebaskan selepas diikat jamin.”

            “Selesaikan semua hal malam ini juga. Dan kita mesti bawa Cik Aya pulang tidak kira macam mana sekalipun. Suruh Dato’ Ruslan uruskan dengan cepat.”

            “Tapi Encik Tam... “ lelaki itu menjadi serba salah. “Madam Laura... dah dapat tahu hal ini.”

            “Apa? Jadi?” Tam berubah cemas.

            “Untuk mengelak hal ini jadi lebih buruk... dia akan bawa tuan muda ke Jepun. tuan besar memang dah tak boleh nak halang...”

*********

Seminggu kemudian...

            BUNYI dentuman guruh tidak mampu mengejutkan aku yang hanya termenung di tingkap yang dibiarkan terbuka di dalam bilikku. Walaupun malam masih muda tetapi langit benar-benar gelap. Fikiranku pula sememangnya sudah jauh melayang. Seminggu, seminggu sudah peristiwa ngeri itu berlaku tetapi aku masih lagi tidak bercakap dengan sesiapa pun. Walaupun teruk aku dimarahi Abang Is, aku hanya diam. Aku langsung tidak mendengar apa-apa yang terbit dari mulut Abang Is. Fikiranku kosong! Ayah. Tiba-tiba air mataku kembali mengalir apabila teringatkan ayahku yang masih berehat di hospital. Dia tidak tahu apa-apa berkenaan hal yang memalukan itu. Sudah pasti ayaku akan kembali jatuh sakit jika mendengar berita seperti itu.

            “Aya!”

            Aku tersentak dan memalingkan seluruh tubuhku menghadap orang yang memanggil namaku. Abang Is berdiri tegak di depan pintu biliku di rumah kami. Aku sudah kembali ke rumah. Tidak sampai dua hari aku di rumah Sir Adam, sudah ada hal buruk yang berlaku. Pembawa malangkah aku?

            “Ada orang nak jumpa kau. Turun bawah sekarang jugak.” wajah Abang Is sangat serius. Sebenarnya, aku sudah seminggu dikurung! Abang Is mengunci aku dari dalam bilik. Dia tidak benarkan aku keluar ke mana-mana! Sudah semestinya dia tidak benarkan aku bertemu dengan Harry lagi!

            “Harry! Harry ke yang datang?!” Aku melulu ke arahnya.

            Abang Is tetap tidak bergerak dari menghalang pintu yang terbuka luas.

            “Kau masih nak bermimpi ke Aya! Aku tak akan benarkan kau jumpa dia lagi! Kau ni memang tak tahu malu ke!”

            “Abang... Aya nak jenguk Harry! Aya nak tahu apa dah jadi kat dia. Tolonglah Aya!!” Aku mengongcang badan Abang Is dengan tangisan yang memecah suasana.

            “Langkah mayat aku dulu. Sekarang turun bawah. Jumpa orang yang nak jumpa dengan kau tu!”

            Aku turun dengan lemah sekali. Dalam fikiran aku hanya satu. Aku ingin berjumpa dengan Harry! Aku nak tengok keadaan dia sekarang.

            “Cik Aya...”

            Aku tiba di anak tangga paling bawah. Melihat tetamuku kali ini membuatkan aku semakin lemah.

            “Se... senior...”

            “Apa dah jadi Aya. Kenapa kurus sangat ni...” Ray terus mendapatkan aku. Dia memegang pipi aku dan membelek keadaanku seperti seorang doktor dengan pesakit.

            Aku menolak tangannya dengan lembut. Ray seperti tersedar perbuatannya melebihi had.

            “Maafkan saya, Aya.”

            “Kenapa senior datang ni...?”

            “Abang, saya nak minta izin...” tiba-tiba Ray menegur Abang Is yang baru menuruni tangga. Berhenti di sebelah aku.

            “Kakak saya doktor, saya nak bawa Aya jumpa akak saya. Saya tengok dia lemah sangat ni...”

            “Senior. Saya tak ada apa-apa. Awak jangan risau tentang saya.” tukasku. Aku bukannya sakit. Tapi jiwa aku yang sedang sakit!

            “Aya. Kalau Aya terus macam ni Aya boleh jatuh sakit. Lagipun, Aya tak pergi sekolah dan tak ada MC. Macam mana kalau kena ambil tindakan nanti.” Ray bertegas.

            Abang Is terdiam. Dia berdehem beberapa kali.

            “Kalau macam tu... awak bawalah dia. Pastikan dia tak ke mana-mana. Kalau tak, saya tak akan percayakan awak lagi.” Tegas Abang Is sambil memandang tepat ke arah Ray.

            “Baik, abang. Saya pasti akan bawa Aya balik lepas dapat rawatan di klinik akak saya.”

            “Senior! Saya tak apa-apa.” Aku cuba untuk menolak bantuannya. Aku sungguh tidak ada apa-apa. Mungkin aku pucat kerana aku kurang tidur dan aku tidak makan hampir seminggu!

            Ray menarik tanganku. “Saya akan jaga dia.” Beritahu Ray sebelum menarik tanganku menuju ke pintu.

            Dalam kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Ray aku gelisah sambil memandang ke luar. Entah kenapa aku terfikir untuk melarikan diri dari Ray. Aku ingin pergi melihat Harry! Bagaimana keadaan dia? Apa yang terjadi dengan tangannya? Adakah kecederaannya serius?! Aku betul-betul ingin berjumpa dengan Harry!!

            “Tolong berhenti di sini.” Arah Ray tiba-tiba. Itulah kali pertama aku mendengar suaranya sejak kami masuk ke dalam kereta itu. Aku juga mengikut rentaknya. Diam seribu bahasa. Keadaan gelap di luar menyebabkan aku kurang pasti di mana kami berada sekarang. Kenderaan mewah itu berhenti dan Ray melangkah keluar.

            Aku sungguh hairan dan turut keluar. Aku melihat ke arah jalan raya dan melangkah dengan hati-hati mengikut langkah Ray yang sedang menaiki jejantas. Hanya kami yang ada di situ ketika ini. Aku berhenti apabila melihat Ray berhenti melangkah betul-betul di tengah jejantas. Ray berdiri sambil melihat kenderaan yang lalu lalang di bawah. Aku masih tidak faham kenapa Ray datang ke sini. Bukankah dia yang berkeras untuk membawa aku berjumpa dengan kak Rania? Sedangkan aku bukanlah sakit sangat pun walaupun aku agak lemah.

            “Ke... kenapa Aya...” Ray bersuara dengan tersekat-sekat.

            “Senior... saya... saya tak akan cakap apa-apa.” aku menunduk rapat. Perasaan aku sungguh kacau bilau tika ini. Aku pasti Ray mengetahui hal ini. Melihat raut wajahnya dan kedatangannya di rumahku itu cukup untuk membuktikan dia sudah tahu. Tetapi bagaimana caranya dia mendapat tahu sendiri tidak pasti. Apa yang aku pasti, berita mengenai penangkapan kami sudah di tutup dengan rapat sekali. Sehingga pihak media atau sekolah juga tidak mengetahui. 

            “Berputus asalah dengan Harry!!” Ray tiba-tiba menjerit sambil memandang tepat ke arahku. Aku tersentak hebat. Hampir luruh jantungku! Muka Ray sangat tegang. Aku tidak pernah melihat wajahnya seperti itu.

            “Senior...” bertambah pucat wajahku. Aku tidak faham apa maksud yang ingin disampaikannya. Berputus asa? Berputus asa apa?

            “Hati dia hanya ada pada Sallyna. Aya akan lebih sakit kalau terus menyukai dia.” Kali ini Ray berterus-terang. Suaranya juga semakin tenang.

            Aku tergamam. Tidak sangka Ray akan berkata sesuatu seperti itu. Pada hakikatnya... aku sendiri mengetahuinya.

            “Senior Ray...” aku hanya mampu memanggil namanya.

            Ray berjalan perlahan-lahan mendekatiku. Sehingga jarak kami hanya sejengkal.

            “Aya mesti dah tahu dari awal kan? Habis tu kenapa tak berputus asa aje...”

            “Apa yang senior cakap ni.”

            “Sakit kan? Sakit kan bila menyukai seseorang yang tak menyukai kita?”

            Aku mengenggam tanganku. Sungguh kata-katanya kali ini menusuk ke hatiku yang paling dalam!

            Tiba-tiba tangan Ray mencapai tanganku dan diangkat. Ray memandang tepat ke anak mataku yang sudah bergenang dengan mutiara jernih.

            “Seperti hati ini...” Ray membawa tanganku ke dadanya. Mata Ray turut bergenang.

            “Hati ini dah cukup terluka. Oleh itu, dia tak mahu lihat hati yang tak mampu dimilikinya itu... turut terluka.”

            “Senior...”

            “Dalam masa satu jam dari sekarang... Harry akan berlepas ke Jepun.” Ujar Ray perlahan. Tangannya masih menggenggam tanganku.

            Aku ternganga. Apa?! Apa aku salah dengar?

            “Tak... tak mungkin...” aku terasa lututku kembali lemah. “Saya... saya perlu jumpa dia!” Aku menarik tanganku dari pegangan Ray. Tetapi sedikit pun aku tak dapat melepaskan dari pegangan lelaki itu.

            “Kalau dia perlukan Aya... dia dah cari Aya sebelum dia pergi.”

            Aku sekali lagi tergamam. Kali ini aku tidak mampu menahan lagi air mataku dari tertumpah. Aku menangis teresak-esak tanpa rasa malu lagi di depan Ray.

            “Saya... saya... saya tak nak dia pergi...”

            “Maafkan saya... saya tak boleh bawakan Aya pergi kepada dia!” Ray memegang kejap tanganku.

            “Senior...” aku hanya mampu menangis. Aku tidak menarik lagi tanganku kerana aku terasa sungguh lemah. Segalanya dah berakhir!

            “Sebab... saya tak mampu. Saya hanya boleh lepaskan Aya pergi.” Ray melepaskan tanganku.

            Aku menelan liur. Melihat tanganku yang berbekas merah. Tanda dipegang kejap. Kenapa aku tidak rasa sakit? Aku kembali menatap Ray yang berdiri tegak di depanku.

            “Masuk dalam kereta. Saya dah pesan supaya hantarkan Aya ke airport.” Selepas meluahkan ayat itu Ray memusingkan badan dan terus berjalan meninggalkan aku.

            Aku berdiri kaku di situ tanpa mampu berkata apa. Kenapa? Kenapa? Adakah Senior Ray... buat semua ini demi...

            “Senior!!!” Aku menjerit memanggilnya. Tetapi Ray tetap tidak menoleh.

            “Senior!! Saya tak akan lupakan senior!! Saya sayangkan senior!”

            Ray berhenti. Die menoleh dengan perlahan.

            “Kalau la Aya tahu... saya lebih sayangkan Aya.”

            Aku terdiam. Air mataku mengalir lagi. Ray hanya tersenyum kemudian dia menunjukkan jam tangannya. Menandakan aku kesuntukan masa.

            Aku faham maksudnya dan terus mengesat air mata. Aku memusingkan badan dan berlari menuruni tangga dan menuju ke kereta Ray.

            “Pak cik tolong pergi ke airport!” Aku separuh menjerit. Air mataku kembali mengalir. Kenapa Aya? Kenapa mesti kau ada perasaan seperti ini?! Wajah Harry terpampang di depan mata. Aku memejam mata dengan rapat. Aku melihat dia sedang melambai tangan. Oh tidak! Awak tolong jangan pergi!!

           

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience