Rasa yang Terpendam!

Romance Completed 117449

BAB 39

            Kami berjalan keluar dari restoran Bambu Desa itu beriringan. Terbantut niat aku untuk mengajaknya tengok wayang, kini aku rasa ingin cepat-cepat pulang ke rumah saja. Bunyi telefon bimbit kedengaran dari dalam beg tangan aku. Kami berhenti melangkah, Khairil hanya memerhati aku yang kalut mencari telefon bimbit di dalam beg tangan. Apabila melihat nama yang naik di skrin aku terus meminta diri sebentar untuk menjawan panggilan itu.

            “Ya, Encik Karl?” Aku sangkakan Harry tadi, rupanya orang lain. Taklah, tak mengharap pun. Tapi sedikit kecewa juga. Bagimanalah Khairil boleh cakap aku ini jujur dengan perasaan sendiri. Hakikatnya, akulah orang yang paling tidak jujur dengan perasaan sendiri! Kalau aku suka aku akan pura-pura tidak suka, kalau aku tidak suka aku akan pura-pura suka. Adakah itu hipokrit namanya?

            “Aya, sibuk ke?”

            “Tak, taklah. Saya kat luar ni, nak balik dah pun. Ada apa Encik Karl?” Aku bertanya walaupun aku pasti ia tentunya berkaitan dengan kes kelmarin. Kami terserempak di hospital.

            “Saya nak minta maaf sebab tak sempat nak cakap dengan Aya semalam. Saya tengah runsing dengan kejadian menimpa Sallyna.”

            “Eh, tak apa. Saya faham.”

            “Aya tak sempat jumpa Sally kan? Apa kata datang hari ni, dia dah sedar. Mungkin keadaan dia lebih baik bila dapat jumpa kawan-kawan yang datang untuk bagi sokongan.”

            Karl seperti mengharap pula. Aku jadi serba salah. Adakah kedatangan aku akan membuat keadaan menjadi lebih baik? Aku tak fikir begitu. Memandangkan Karl tidak tahu hujung pangkal cerita, lebih baik aku terus berpura-pura sahaja.

            “Bila saya beritahu Sallyna, Aya ada datang semalam, dia cakap dia nak jumpa Aya.”

            “Ya?” Aku mula rasa tidak sedap hati. Mungkin aku perlu pergi juga, tiba-tiba nak mengelak mestilah Karl akan fikir yang bukan-bukan.

            “Ya, saya akan pergi.” Aku akur akhirnya.

            “Terima kasih, Aya.”

            Aku kembali kepada Khairil yang masih setia menanti aku, wajahku sedikit rungsing.

            “Kenapa, Aya?” Soal Khairil yang menyedari perubahan air muka aku.

            “Saya kena pergi melawat kawan di hospital. Dia dah sedar diri selepas pemedahan.”

            “Kalau macam tu saya hantar, Aya.”

            “Tak, saya boleh pergi sendiri.”

            “Dengan teksi? Aya, saya ada di sini, biar saya tolong hantar. Lagipun awak nak melawat orang sakit. Saya tak ada masalah.”

            Aku akhirnya akur lagi. Fikiran aku semakin rungsing! Sepanjang perjalanan menuju ke hospital aku tidak cakap banyak. Mujurlah Khairil fikir mungkin aku runsing akan keadaan kawan aku yang sakit. Hakikatnya pelbagai lagi perkara bermain difikiran aku. Membayangkan kemarahan yang aku lontarkan kepada Ray kelmarin membuatkan aku rasa sangat bersalah. Mana aku nak letak muka bila berhadapan dengan lelaki itu nanti.

            “Aya, kita dah sampai.” Tegur Khairil.

            Aku baru tersedar terus kelam kabut mengambil beg tangan dan disangkut ke bahu, bersedia untuk keluar.

            “Aya,” Khairil cuba menghalang aku sebentar.

            “Oh, maaf saya terlupa nak ucap terima kasih.” Aku sempat menoleh ke arahnya.

            “Boleh saya tahu, Aya nak melawat siapa?”

            Aku sudah agak mesti dia pelik dengan sikap aku. “Er... kawan.”

            “Perempuan?” Soalnya lagi. Mungkin dia pelik dengan sikap cemasku ini. Seperti ingin melawat orang yang penting.

            “Ya, Sallyna...” Aku menyebut namanya sekali supaya lelaki itu tidak berfikir bukan-bukan lagi.

            Khairil mengangguk dan tersenyum.

            “Saya minta diri dulu, terima kasih untuk hari ini.” ujarku sambil tersenyum hambar. Bukan apa, aku sedang susah hati.

            “Kita akan jumpa lagi, kan?” Tanya Khairil penuh mengharap.

            Aku terdiam sejenak. Kemudian aku mengangguk perlahan. Sejurus itu terus bergegas keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama hospital.

            Ketika berada dalam lif aku tidak putus-putus berdoa supaya aku tidak terserempak dengan Ray mahupun Harry. Aku masih berasa malu dengan Ray kerana melepaskan sikap buruk aku yang selama ini disimpan rapi. Hanya Harry yang pernah tengok semua sikap buruk aku selama ini.

            Langkah kakiku diatur dengan perlahan setelah tiba di tingkat tiga. Aku menarik nafas panjang untuk mengawal rasa debar yang mula terasa mengongcang dada. Akhirnya aku tiba di depan bilik Sallyna, tangan aku memegang kejap tombol pintu sebelum membukanya. Mata aku tidak berganjak dari satu susuk tubuh yang sedang duduk di sisi Sallyna yang sedang tidur.

Dada aku akhirnya benar-benar terasa seperti dihentak sesuatu yang berat. Memang aku sedang cari penyakit apabila membuat keputusan untuk datang ke sini. Aku tutup kembali pintu bilik itu dengan perlahan. Wajah aku sudah berubah kering seperti kehilangan darah. Harry, rupanya dia berada di sini. Patutlah dia tidak perlukan aku hari ini. Aku ketawa kecil, ketawa dengan kebodohan sendiri. Sedangkan hatiku sedang menjerit.

Derap tapak kasut menghampiri aku, cepat-cepat aku mengawal riak wajah supaya tidak kelihatan pelik. Mungkin Karl sudah datang. Aku pantas menoleh dengan senyuman yang digariskan cukup terpaksa.

“Aya?”

Senyuman aku mati. Bukan Karl yang sedang menghampiri aku.

“Saya tak sangka Aya akan datang.”

“Er...” aku menjadi gugup apabila berhadapan dengan Ray. Rasa malu sekali lagi menguasi diri.

“Pasal semalam... saya nak minta maaf.” Luah Ray terlebih dahulu.

Aku mengangkat wajah, menatap mukanya yang tenang. “Saya yang patut minta maaf, saya tak patut cakap macam tu.”

Ray mengangguk sambil tersenyum ikhlas. “Let’s forget it. Aya datang nak melawat Sallyna?”

“Er... Encik Karl beritahu yang Cik Sallyna ingin berjumpa saya.”

Ray kembali serius sambil mengeluh berat. “Sallyna nak awak datang sini, untuk lihat Harry bersama dia.” Ray memberi penerangan yang aku tidak menyangka sama sekali!

Mata aku berkedip beberapa kali kerana agak terkejut dengan penjelasan Ray. Jika itu memang tujuan Sallyna dia memang sudah berjaya. Aku benar-benar terguris melihat Harry setia di sisi wanita itu waktu ini.

“Saya harap Aya tak ambil hati...” Kata Ray sambil menyentuh bahu aku dengan lembut.

Aku tersenyum pahit. “Saya tak apa-apa.”

 Ketika itu juga pintu bilik itu dibuka dan Harry melangkah keluar. Aku tersentak sehingga terasa ingin melarikan diri. Kenapa mesti dia keluar sekarang?

“Harry, Sally masih tidur?” Tanya Ray.

Harry tidak terus menjawab, matanya menatap wajahku sebentar sebelum beralih kepada Ray.

“Karl sedang makan sekarang, aku dah nak balik. Giliran kau jaga Sally.” ujar Harry. Serius.

“Baiklah, kau baliklah berehat.” Kata Ray.

 “Aya!” Panggil satu suara dari arah belakang.

Aku terus menoleh untuk melihat siapa yang memanggil nama aku. Mata aku terbuka luas apabila melihat Khairil yang memanggil aku. Dia semakin menghampiri. Ray dan Harry turut melihat lelaki itu dengan wajah penuh hairan.

“En... Encik Khairil.” Aku mula gelabah. Kenapa dia muncul di sini?! Pada saat begini?! Ahhh... apa aku patut buat ni?

“Maaf, saya tanya di kaunter bilik wad kawan awak. Sebab nak bagi awak ni.” Khairil menghulurkan dompet aku.

“Ahh!” Sekali lagi aku terkejut apabila melihat dompet aku berada di tangannya.

“Aya tertinggal di dalam kereta tadi.” Ujar Khairil sambil tersenyum. Kemudian senyumannya semakin mengendur apabila melihat kedua lelaki kacak yang berada di kiri dan kanan aku. Sebelum Khairil terlepas genggaman dompet aku itu, aku terus menyambutnya.

“Er, ini...” Khairil kelihatan benar-benar terkejut melihat Harry di depan matanya.

“Er... Encik Khairil, ini Tuan Muda Hairy Fattah, dan ini Tuan Muda Rayyan.” aku terpaksa juga memperkenalkan mereka berdua kepada Khairil. Ray terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Khairil. Harry kemudiannya menghulurkan juga tangannya.

“Tak sangka, saya dapat jumpa Encik Harry di sini.” Ujar Khairil kepada Harry. Harry hanya tersenyum nipis.

“Aya, siapa Encik Khairil ni?” Tanya Ray pula.

Aku terus gelabah. Bibir aku bergerak-gerak tetapi suaraku seperti tersekat. Khairil pula hanya mendiamkan diri. Ray masih menanti jawapan dari aku. Harry pula memandang ke arah lain.

“Saya kawan Aya, kebetulan kami keluar bersama tadi. Jadi saya terus hantar dia ke sini bila dapat tahu kawan dia dah sedar.” Jawapan dari Khairil itu sedikit sebanyak menyelamatkan aku. Aku berasa boleh bernafas semula.

“Kawan? Saya tak tahu Aya ada banyak kawan.” Ray seperti tidak berpuas hati dengan jawapan dari Khairil.

Khairil tersenyum. “Betul ke? Aya tak banyak kawan? Nampaknya selepas ini dia akan ada kawan yang baru. Kami dalam proses mengenali hati budi.” Jawapan dari Khairil kali ini terasa seperti sebiji bom atom terhempam di atas kepala aku. Aku terasa dunia aku sudah terbalik. Kenapa dia jujur sangat?!

Wajah Ray juga berubah. Harry pula seperti tidak berminat lagi untuk berada di situ, dia terus melangkah pergi tanpa sepatah kata. Sekurang-kurangnya cakaplah sebelum bergerak. Perbuatannya itu sungguh biadap sehingga Khairil mula terasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Baguslah. Emm... saya rasa Aya boleh datang lain kali. Sallyna masih tidur.” Ray pula seperti ingin menghalau kami. Apa dah jadi ni?

“Saya rasa kawan-kawan Aya macam tak suka saya.” Luah Khairil apabila kami berada dalam lif. 

“Bukan. Bukan macam tu. Mungkin mereka masih tertekan sebab kawan baik mereka sedang sakit.” Aku cuba mencari alasan untuk menjaga hati Khairil.

“Iyake? Saya rasa sebab Aya. Mereka berdua nampak macam tak suka saya bersama Aya.”

“Apa yang Encik khairil cakap ni, saya bukan siapa-siapa pun.” Protesku. Tidak suka dengan serkap jarangnya itu.

“Saya ni cikgu, saya banyak berdepan dengan kerenah manusia. Bukan susah nak membaca sikap orang sekeliling.”

Aku terus terdiam kerana tiada hujah lagi untuk membalas.

“Aya pun... macam tak nak salah seorang dari mereka tahu tentang hubungan kita.”

Sekali lagi aku rasa sesak dada. Kenapa dengan lelaki ini? Dia tidak berhak untuk menilai orang lain sesuka hatinya.

“Saya cuma tak nak dia orang tahu sebab hubungan kita masih terlalu awal. Lagipun saya tak suka orang lain tahu hal peribadi saya. Lain kali jangan menilai orang yang kita baru kenal. Saya minta maaf kalau saya terlanjur kata. Tapi, memang saya maksudkan apa yang saya cakap.” Aku terus melangkah keluar apabila pintu lif terbuka, meninggalkan Khairil yang terpinga dengan kata-kata aku. 

**********

            Aku seperti tidak percaya apabila aku telah membuat keputusan untuk datang ke rumah Harry selepas pulang dari hospital. Aku mengambil teksi kerana menolak untuk balik bersama Khairil. Aku mula terasa rimas. Ya, aku mudah rimas dengan perangai manusia. Mungkin sebab itu juga aku tidak mempunyai teman lelaki sehingga sekarang. Entah di mana silapnya. Adakah aku terlalu memilih? Atau aku sedang menunggu buah yang tidak mungkin gugur?

            Setelah menekan kod nombor untuk membuka pintu rumah Harry, aku menolak pintu itu dengan perlahan. Kasut lelaki itu ada di rak, dan kasut yang dipakai di dalam rumah juga tiada di tempatnya. Memang benar, lelaki itu ada di rumah. Aku membuka kasut lalu menyarung kasut comel berbentuk hati.

            Aku menuju ke dapur dan terus terkejut besar. Seperti kapal terkena bom, semuanya selerak. Boleh sakit jantung kalau balik kerja penat-penat dan melihat keadaan rumah seperti ini. Aku meletakkan beg tangan di kerusi meja makan, kemudian memakai apron untuk mengemas dapur itu. Aku mulakan dengan mencuci pinggan kotor dan periuk bekas masak mi segera.

            “Sejak bila dia makan mi segera? Cakap besar betul!” Aku sempat membebel. Dulu bukan main bersyarah kepada aku tentang keburukan memakan mi segara. Sekarang dia juga yang makan. Cakap tak serupa bikin!

            Selepas 30 minit ruang dapur itu kembali ke bentuk asal. Cantik, bersih dan kemas. Baru aku tidak datang sehari dah jadi macam ini, patutlah dia perlukan khidmat aku setiap hari. Aku pula kalau tidak melihat dia sehari?

            “Kau datang?” Tegur Harry dari belakang.

            “Ahh!” Aku hampir menjerit. Betul-betul terkejut.

            Harry menghampiri aku, wajahnya seperti baru bangun tidur.

            “Rupanya kau tak lupa jalan ke sini,” Harry selamba menolak tubuh aku yang menghalang peti sejuk. Dia membuka pintu peti sejuk dan mengambil sebotol air kosong. Badan aku terdorong ke tepi. Aku mengetap bibir kerana geram dengan sikap kasarnya. Lelaki ini tidak pernah melayan aku seperti seorang perempuan!

            “Saya... saya ambil cuti separuh hari. Jadi, saya datang petang ni.”

            Harry meletakkan semula botol air itu ke dalam peti sejuk setelah meminumnya hampir separuh.

            “Jadi... lelaki tadi tu bakal suami kau?” Soalnya. Kini kami dalam keadaan berhadapan satu sama lain. Entah kenapa aku terasa debarannya lain macam. Mungkin kerana renungan mata Harry yang tajam.

            “Bakal suami?”

            “Jodoh pilihan keluarga yang kau cakap sebelum ini.” Terang Harry apabila aku kelihatan tidak mengerti. Buat-buat tidak mengerti.

            “Ya,” Jawabku.

            Harry ketawa sinis. “Orang macam dia, pasti tak akan terima orang macam kau.”

            “Apa?!” Aku terasa seperti dihina. Adakah aku ini teruk sangat?

            “Adakah mak lelaki tu akan terima kau bila tahu...” Harry mendekatkan badannya dengan aku. “Kau selalu berada di rumah lelaki lain siang dan malam?”

            “Tidak ada siapa yang akan tahu kalau awak tak mulut tempayan!” Balasku dengan geram. Siapa yang memaksa aku untuk berada di rumah ini siang dan malam? Bedebah!

            “Macam mana ni, aku tak boleh lepaskan kau lagi. Macam mana kau nak kahwin?”

            “Apa maksud awak? Awak nak saya membujang sampai ke tua demi jadi hamba awak?”

            “Lebih baik kau putuskan hubungan dengan lelaki itu dengan cara yang baik, sebelum aku guna cara yang kotor.” Ugut Harry.

            “Apa yang awak fikirkan ni? Kenapa nak masuk campur urusan hidup saya! Saya tak pernah kisah pasal awak dan Cik Sallyna!”

            Harry tergamam apabila mendengar suara aku yang kuat memecah suasana.

            “Jangan siksa hidup orang lain lagi. Awak dah banyak buat orang menderita dengan sikap awak. Awak tak pernah fikirkan perasaan orang lain. Kalau awak tak boleh membahagiakan semua orang, sekurang-kurangnya awak kena memilih seorang...” air mataku mula bergenang.

            “Jangan pentingkan diri sendiri lagi, belajarlah untuk membahagiakan orang lain, supaya awak juga boleh bahagia. Awak tak akan boleh bahagia, selagi orang di sekeliling awak menderita...”

            Aku menyeka air mata yang sudah menitis. Beg tangan di kerusi aku capai dengan pantas, kaki aku terus melangkah laju menuju ke pintu utama. Aku sudah puas meluahkan rasa yang terpendam.

**********

            HARRY memandu laju membelah kegelapan malam, fikirannya benar-benar runsing sehingga membawanya ke suatu tempat. Dia memarkir kereta mewahnya di bahu jalan, lalu dia berjalan masuk ke sebuah taman tasik yang kelihatan tenang di malam hari. Dia pernah ke sini bersama Nur Marhaya, di sinilah mereka telah menandatangani satu kontrak perjanjian. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Menyiksa gadis itu adalah sesuatu yang menarik baginya. Sejak dulu, dia suka mengawal gadis itu dengan paksaan tidak masuk akal. Sekurang-kurangnya dengan adanya gadis itu, hidupnya tidak terlalu bosan.

            Sebuah lagi kereta berhenti di belakang kereta milik Harry. Pintu kereta itu dibuka lalu kedengaran pintu itu ditutup semula. Lelaki itu berjalan perlahan menuju ke tasik di mana seseorang sedang menantinya.

            “Tiba-tiba nak jumpa kat tempat macam ni, I smell something fishy.” Kata lelaki itu apabila sudah berdiri di sebelah Harry.

            Harry menoleh tanpa sebarang riaksi muka yang terkejut. Dia sememangnya menanti kedatangan Ray.

            “How’s Sally?” Soal Harry tenang. Mereka berdua sama-sama membuang pandangan ke tengah tasik.

            “She’s already back to home. Nampaknya, we are in trouble. Karl dah dapat mensyaki sesuatu.”

            “Syak?” Harry menyoal dengan hairan.

            “Dia hairan kenapa kau nampak macam terlalu mengambil berat tentang adiknya, berbanding aku...”

            Harry ketawa kecil. “Kalau dia tahu Sallyna cuba nak bunuh diri kerana aku, kau rasa apa dia akan buat?”

            “Buat masa ni, Karl fikir akulah puncanya. Ada orang report kat dia, aku pernah dating dengan perempuan lain” Ujar Ray tenang.

            Harry menoleh dengan pantas melihat Ray. “It's true?”

            “Yup,” Jawab Ray dengan ringkas.

            Harry sekali lagi ketawa sinis. “That girl is Aya, isn’t?”

            “Let’s finish all this... kau kembalilah kepada Sallyna. Jangan menyiksa Aya lagi...” Kata Ray dengan serius.

            “Why you choose Aya? Kau sendiri pun tahu kau tak dapat nak bersama dia. Sebenarnya kau akan lebih menyiksa dia. Family kau tak akan menerima Aya !”

            “Why do you worried about Aya?! Don’t you love Sallyna?!”

            Harry terdiam. Nafasnya tiba-tiba turun naik. “Jangan babitkan Sallyna, kita sedang bincangkan hal Aya!”

            “Sebenarnya... kau panggil aku ke sini kerana hal Sallyna.”

            Sekali lagi Harry terdiam. Ray memandang wajah Harry dengan serius.

            “Sekali kau lepaskan Aya... kau tak akan dapat dia kembali.”

            “Kau fikir Aya tu barang mainan?!” Harry semakin menyinga.

            “Kau yang buat dia seperti barang mainan. Kenapa dengan kau Harry? Adakah kau sudah keliru dengan perasaan kau sekarang?” Giliran Ray tersenyum sinis. 

            “Kau fikir kau tu siapa nak membaca hati orang lain?” Tegas Harry.

            “I don’t care about your feeling to her. She is mine, always be mine.”

            “Jangan terlalu yakin, kau belum kenal Aya lagi.” Sejurus itu Harry terus beredar.

            Dia memandu laju meninggalkan taman tasik itu. Perasaannya benar-benar menjadi kacau bilau. Akhirnya dia memukul stereng kerana terlalu tertekan.

**********

            Sallyna masih lagi berada di atas katil di dalam biliknya. Keadaannya semakin baik walaupun masih sedikit lemah. Dia menyandar di kepala katil sementara pembantu peribadinya, Puteri Atilia sedang menyiapkan ubat-ubat yang perlu dimakan.

            “Cik muda, macam mana rasa pagi ni?” Soal gadis itu dengan ceria.

            “Much better...” Jawabnya ringkas sambil menyambut huluran ubat dari tangan pembantunya itu.

            “Encik Karl nak jumpa, cik muda. Dia tunggu di luar bilik.”

            Sallyna yang baru menelan ubat mengangguk perlahan. Puteri Atilia terus menghulurkan segelas air kepada Sallyna.

            “Awak boleh keluar dulu, terima kasih.” Kata Sallyna.

            Puteri Atilia bangun dan beredar, kemudian Karl pula yang masuk menemui adiknya, Sallyna. Karl duduk di hujung katil, wajahnya yang sentiasa tenang itu bertukar sedikit serius. Sallyna tidak menyukai perubahan air muka abangnya itu. Dia tidak bersedia untuk menjelaskan segalanya kepada Karl.

            “Sally, abang tahu kau tak akan ceritakan hal sebenar sebab nak lindungi seseorang, kan?” Serkap jarang Karl itu hampir tepat walaupun hakikatnya ‘seseorang’ itu bukan orang yang sama dimaksudkan oleh Karl dan Sallyna. Namun Sallyna agak terkejut kerana Karl seperti sudah dapat menghidu rahsianya. Adakah Karl sudah tahu tentang Harry? Itulah persoalan yang bermain difikirannya kini. Sallyna mula berubah gelisah, dia tidak bersedia untuk menerangkan hal sebenar.

            “Tak payah nak berselindung lagi. Abang dah tahu perangai sebenar Rayyan. Sally, why you do that for someone like him?! Tak berbaloi untuk seseorang yang tak menghargai kita.”

            Sallyna terus memandang tepat ke arah abangnya itu. Dahinya berkerut kerana tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Karl.

            “What are you talking about?” Sallyna keliru.

            Karl terdiam sebentar untuk memahami soalan adiknya itu. Adakah Sallyna berpura-pura tidak tahu? Tetapi melihat daripada wajahnya itu, adiknya itu kelihatan benar-benar keliru.

            “Ray! He is the person who is responsible for this, right?” Tegas Karl.

            “What?!” Berubah wajah Sallyna ketika itu. “Karl, please don’t ask me anything. I’m not ready yet. I beg you.” Kali ini Sallyna lebih bertegas walaupun masih lemah.

            “If he want to hurt you, I’ll kill him!” Karl yang sudah dirasuk marah terus bangun melangkah menuju ke pintu. Hatinya sakit apabila adiknya itu hampir mati disebabkan oleh lelaki dayus seperti Ray!

            “It's not his fault! Don’t do anything, Karl! Just leave him alone.”

            “Oh, come on...” Karl yang sudah berada di pintu kembali menoleh menghadap Sallyna. “You still want to protect him?”

            “Of course, because he is innocent.” Sallyna mula terasa seperti ingin meluahkan segalanya. Dia tidak mungkin akan melibatkan Ray dalam hal ini kerana lelaki itu memang tiada kaitan langsung. Walaupun, sememangnya hal ini tetap berkait rapat dengan hubungan penuh kepura-puraan mereka itu.

            “Why you want to hide the truth, Sally? Abang dapat info yang Rayyan ada perempuan lain! Abang tak boleh duduk sahaja dan tengok adik abang mati!”

            “It’s not like that! It’s not!!” Sallyna turut menjerit nyaring melawan suara abangnya itu. Dia menangis teresak-esak.

            “Then, tell me the truth!” Karl memaksa. Keadaan yang memaksanya untuk bersikap seperti itu. Dia tidak boleh membiarkan hal seperti ini kerana ia melibatnya nyawa! Sallyna mungkin akan melakukan perkara bodoh seperti itu lagi jika perkara ini tidak diselesaikan.

            “I can’t...” Sallyna menangis lagi. Dia menarik selimut menutup seluruh badannya dengan berbaring membelakangi Karl.

            “Damn!” Karl menumbuk dinding. Dia sebenarnya memaki kepada seseorang yang menyebabkan keadaan Sallyna menjadi seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience