Tidak Putus Asa

Romance Completed 117449

BAB 16

            AKU terasa amat tenang dan selesa. Sejuk dan nyaman. Badanku pula seperti mendapat rehat yang secukupnya. Sangat-sangat selesa. Perlahan-lahan aku membuka mata, melihat sekeliling. Sebuah bilik yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Aku kat mana ni? Perkara terakhir yang aku ingat...

            Aku dah terlanggar sebuah almari yang dibawa oleh dua orang pekerja kedai perabot di tempat itu. Dan aku tersungkur ke lantai. Kepalaku terhantuk dengan agak kuat menyebabkan pandanganku terus menjadi gelap. Jadi? aku kat hospital ke?

            Aku bangun untuk duduk dan kepalaku kembali berdenyut. Aduh... aku memegang kepala. Sempat aku melihat ke luar tingkap. Hari sudah gelap! Berapa lama aku sudah tertidur? Tak, sebenarnya pengsan.

            “Oh... Aya dah bangun?”

            Aku lantas menoleh ke kiri. Seorang wanita cantik keluar dari tandas dan berjalan menghampiri aku. “Macam mana? Do you feel better?” soal wanita itu dengan senyuman ramah. Dia duduk di hujung katil.

            Aku ternyata kebingungan. Ini jururawat ke? Tapi kenapa bilik ni tak macam hospital pun?

            Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Seorang lelaki menjenguk ke dalam dan memandang aku dengan tepat. Hah! Aku melopong.

            “Ray... ini bilik tetamu perempuan. Please don’t come in.” Wanita itu memberi amaran dengan ketawa kecil.

            “I just wanna see her condition.” Ray mengangkat kening kepada wanita itu sambil tersengih. “Well... Aya, awak dah okey?” lelaki itu mengalih matanya kepadaku pula.

            Aku amat-amat bingung sekarang ini. Tolonglah...

            “Aya... Saya Rania. Kakak sulung Rayyan. Dia terjumpa Aya masa Aya pengsan. So, dia bawa Aya balik.”

            Aku memandang Ray yang sandar di pintu bilik. Sungguh aku tidak percaya semua ini berlaku.

            “Sebenarnya... Kak Rania doktor. Sebab tu saya tak bawa Aya ke klinik. Maaflah... kalau Aya tak selesa.” Ujar Ray.

            Jadi, ini rumah Senior Ray?! Ahh... kenapa boleh jadi macam ni.

            “Aya, okey ke tak ni? Senyap aje.” Kak Rania terus menyentuh dahiku.

            “Saya baik aje. Minta maaf kalau dah menyusahkan senior dan Kak Rania.” akhirnya aku membuka mulut setelah blur seketika.

            Ray tersenyum. “Aya... yang penting awak selamat.”

            Kak Rania tersenyum penuh makna. “Wow... seriously Aya, kakak tak pernah tengok adik akak tu risau sampai macam tu sekali sebelum ini. Mengalahkan isteri nak bersalin!” Kak Rania ketawa mengusik. Aku menunduk malu. Aduh...

            Ray juga turut berubah wajahnya. Merah menahan malu. “Kak Rania...” Ray memandang kakaknya itu dengan pandangan memberi isyarat penuh makna.

            “Ha ha... dua-dua pun dah jadi udang bakar. Okay, I’m, sorry!” Kak Rania mengangkat ke dua belah tangannya.

            “Er... terima kasih sebab dah tolong saya. Saya pun nak minta maaf sebab dah menyusahkan senior dan sekeluarga...”

            “Aya... jangan risau apa-apa. Tak ada siapa pun dalam rumah ni. Our parents stay in KL.” beritahu Ray.

            Aku mengangguk perlahan.

            “Aya, kakak tengok Aya sangat letih. Mesti Aya belum makan lagi kan. So, please take your meal immediately. Ray dah sediakan bubur untuk Aya. A’hah! He’s very very good in cooking. Kalah akak tahu.” Kak Rania ketawa kecil sambil memandang Ray yang sudah menggaru kepalanya di ambang pintu.

            “Aya... jom makan dulu. Perut awak tu kosong.” Ray tersenyum segan kerana dipuji sebegitu.

            Aku turut tersenyum. Senior Ray masak untuk aku? Kenapa aku tiba-tiba rasa sangat terharu?

            Namun, rasa resah dan gelisah masih terbuku di hatiku. Aku memandang hidangan di hadapan dengan fikiran yang kosong. Walaupun hakikatnya aku sangat lapar, tetapi aku masih rasa bingung. Bermacam-macam perkara berlaku pada hari ini telah mengejutkan sistem-sistem organ dalaman aku. Aku berdoa agar jantungku sekarang sudah mendapat oksigen dengan cukup untuk menghadapi segala macam hal yang akan datang.

            “Enjoy your meal, Aya. Akak ada kerja sikit. Nanti akak turun balik okey.” Kak Rania bergerak keluar dari ruang dapur. Aku hanya tersenyum kepadanya. Baik sungguh hati kakak Senior Ray. Mereka berdua agak serupa. Sungguh berbudi bahasa dan ramah.

            “Duduklah Aya...” Ray menarik kerusi untuk aku.

            Aku bertambah segan dengan layanannya. Ray meletakkan segelas susu suam di meja. Aku memandang dengan hairan. 

            “Aya mesti minum susu dulu. Takut perut Aya terkejut sangat nanti.”

            Aku sangat terharu. 'Senior Ray...' aku menyeru namanya dalam hati.

            “Macam mana senior boleh terjumpa saya tadi?” soalku setelah minum susu itu sehingga separuh cawan. Walaupun agak tak lalu minum susu, tetapi bila orang dah buatkan dengan ikhlas. Segalanya rasa enak.

            “Kebetulan... saya pergi kedai buku kat area tu. Saya nampak Aya berjalan seorang diri...” Ray merenungku. “Dalam keadaan yang murung.” Sambungnya dengan perlahan. “Jadi, saya keluar dan ikut Aya. Tak sangka Aya betul-betul dah hilang fokus, sampai tak nampak orang tengah usung perabot tu. Memang saya tak sempat nak tarik Aya... maaflah.”

Aku menggeleng kepala dengan pantas. “Tak... saya betul-betul nak berterima kasih kat senior...”

            “Sama-sama. Cepat makan, nanti Aya akan lambat pulihkan tenaga.”

            Aku mengangguk. Seleraku benar-benar terbuka melihat bubur yang Ray buatkan untukku itu. Aku makan dengan berselera sekali. Seperti setahun tidak jumpa makanan. Ray merenung aku dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya yang kemerahan itu.

            Setelah menghabiskan bubur itu aku ingin mengangkat mangkuk itu ke sinki tetapi dihalang oleh Ray.

            “Aya boleh pergi ke ruang tamu dulu. Ada perkara yang saya nak cakap kejap lagi. Biarkan semua ni kat saya, okey.” Ray terus mengangkat mangkuk dan gelas aku ke sinki dan membasuhnya.

            Aku mengeluh kecil. Kenapa awak baik sangat? Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Aku duduk di sofa dan menjenguk ke atas. Kat mana Kak Rania? Aku rasa segan berdua saja dengan Ray. Tiba-tiba fikiranku melayang memikirkan masalah sebenar aku. Ah... aku kena balik sekarang. Mesti semua orang tengah risaukan aku.

            “Aya... rasa macam mana sekarang?” Ray datang dan duduk di depanku. Tangannya masih kelihatan sedikit basah kerana mencuci mangkuk tadi.

            “Saya rasa dah baik. Jadi, saya kena balik rumah sekarang.”

            Ray diam sebentar. Dia merenung mataku dalam. Resah aku dibuatnya.

            “Apa dah jadi Aya? Aya jalan macam orang tak ada jiwa, tanpa bawa beg tangan, duit mahupun kad pengenalan. Macam orang larikan diri...” Soal Ray dengan serius.

            Aku sudah agak mesti dia akan tanya aku soalan ini. “Saya...” aku terdiam. Ah... baru aku teringat akan sesuatu!

            “Senior! Masa saya pengsan tu ada nampak tak kertas kat tangan saya? ada tulis nombor telefon!”

            “Kertas? Nombor telefon?” Ray kelihatan bingung. “Saya tak perasan la pulak. Kenapa Aya? Nombor siapa?!” Lelaki itu nampak jelas wajahnya penuh kerisauan.

            “Tak... tak ada apa-apa.” aku mengetap bibir. Aduh... sudah hilang nombor pak cik teksi tu. Macam mana ni? Aku melihat Ray yang masih menunggu jawapanku. Aku tidak mahu menyusahkan lagi lelaki ini. Cukuplah. Setiap kali aku dalam kesusahan pasti lelaki ini yang akan muncul. Mungkin tidak keterlaluan kalau aku cakap, Senior Ray adalah penyelamat aku! Dia sentiasa ada... di waktu aku memerlukan.

            “Tak apa kalau Aya tak nak beritahu.” Ray tidak memaksa. Dia sangat mengerti. Sebab itu semua orang mudah selesa dengannya.

            Aku menghantar pandangan penuh berterima kasih kepadanya. Senyumanku pula mekar dengan sendiri. Mataku memandang sekeliling ruang tamu rumah itu. Tidak seperti rumah orang bujang. Terdapat juga potret keluarga ini yang tergantung di dinding. Wajah ibu bapa Ray, Kak Rania, serta seorang lagi gadis yang masih awal remaja. Mungkin adik Senior Ray yang bongsu.

            “Rumah Kak Rania sangat cantik.” Pujiku spontan.

            “Rumah ni, rumah lama family kita orang. Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Sekarang rumah ni jadi rumah Kak Rania. Dia kerja di hospital kat area ni.”

            Patutlah. Pandanganku berhenti di sebuah gambar yang diletakkan di atas meja kayu hiasan tidak jauh dari sofa tempat aku duduk. Ray turut memandang ke arah yang sama.

            “Ini...” Ray bangun dan mengambil gambar itu. Dia kemudian duduk di sebelahku. “Ini gambar masa kita orang form 2.” Ray menghulurkan bingkai gambar itu kepadaku.

            Aku merenung gambar itu tanpa sepatah kata. Wajah Sallyna di tengah, di kirinya Ray dan di kanannya Harry. Wajah Sallyna sangat ceria dikepit dua lelaki yang sangat comel ketika itu. Ray tersenyum mesra sambil menguap kek ke dalam mulut Sallyna. Manakala Harry hanya serius ketika gambar itu diambil.

            “Masa ni birthday Sally. Dan kat sinilah saya mula-mula kenal Harry. Kami semua panggil dia budak beku.” Ray ketawa kecil sambil mengimbau kenangan lalu.

            “Jadi... dah lama Senior Ray kenal Cik Sallyna?” aku mengaju soalan pertama.

            “Tak jugak... sebenarnya Harry lagi lama kenal Sally. Saya kenal Sally pun beberapa bulan sebelum birthday party dia ni. Masa tu semua kawan-kawan Sally datang termasuklah Harry.”

            “Harry dah lama kenal Cik Sally?”

            Ray mengangguk. “Sallyna pernah cerita kat saya, dulu dia sangat rapat dengan Harry. Paling menarik, Harry tak ada seorang pun kawan. Sally la satu-satunya kawan yang dia ada. Tapi, sejak dia orang masuk sekolah tinggi... Harry mula jauhkan diri dari dia. Sally cuba nak cari punca masalah yang Harry hadapi. Tapi semuanya buntu. Harry memang beku. Kalau dia dah buat satu keputusan, tak ada siapa boleh mengubahnya.”

            Aku tersentak juga. Jadi... pasti ada sesuatu yang di sebalik semua ini. Sebab itulah Harry memaksa aku menjadi kekasih palsunya. Harry... adakah...

            “Rasa macam tak patut pulak kan cerita benda macam ni depan kekasih Harry sendiri. Saya tak ada niat apa-apa Aya... cuma cerita lama aje.” Nada suara Ray tiba-tiba berubah.

            “Senior nak cakap yang... saya punca Harry berubah?”

            Ray terkejut dan memandang aku dengan rasa bersalah. “Tak... bukan macam tu Cik Aya. Jangan salah faham...”

            “Saya rasa saya patut balik sekarang, senior. Terima kasih sebab dah tolong saya.” Aku bangun dan meletakkan kembali gambar itu di atas meja. Sempat aku merenung gambar itu sesaat. Mata awak kelihatan sangat sedih Harry!

            “Saya harap Aya tak salah faham.” Ray turut bangun berdiri.

            Aku tersenyum. “Saya tak fikir benda macam tu boleh ganggu hubungan kami. Senior janganlah risau...”

            Keadaan menjadi sunyi seketika. Ray memandangkan tanpa berkelip. Ah... apa aku dah cakap ni? Pasti Senior Ray rasa terkilan.

            “Senior... saya tak...”

            “Jangan risau Aya. Saya lebih kuat dari apa yang Aya sangkakan.” Ray tiba-tiba tersenyum. “Well... walaupun dah meluahkan perasaan kepada kekasih kawan sendiri, masih boleh tunjuk muka tak bersalah macam ni kan? Mesti Aya rasa saya ni menjengkelkan.” Ray ketawa kecil pula.

            “Senior memang tak bersalah...” Aku memandangnya tepat. ‘Tapi orang lain...’ sambungku dalam hati.

            “Dengar Aya cakap macam ni, saya makin bersemangat nak teruskan niat saya.” Ray ketawa lagi. Ah... bilakah waktu dia nak serius. Tapi aku yakin semua itu cuma untuk menutup kegelisahannya.

            “Apa maksud senior?” Aku mula rasa cuak.

            Ray menunduk. Mendekati wajahku. Benar-benar dekat sehingga aku mampu merasai nafasnya. Mata Ray jatuh ke bibirku. Hanya sekilas, kemudian mata kami bertentangan. Ah... apa ni? Aku menelan liur.

            “Saya tak akan putus asa dengan Aya. Saya ingin pastikan Aya bersama saya kelak.” Ray tersenyum. Dia kembali berdiri tegak dengan senyuman penuh makna.

            “Mesti Aya fikir saya kejam kan?” Ray ketawa lagi.

            “Senior...” aku memanggilnya perlahan. “Memang kita kena pentingkan perasaan kita sendiri dari orang lain. Tapi... Harry kan kawan awak...” aku sebenarnya agak kesal dengan sikap Ray. Kalaulah aku benar-benar kekasih Harry. Dan Harry sangat mencintai aku, pasti sangat kejam kalau Ray berniat untuk merampas kekasih sahabatnya sendiri.

            Ray hanya tersenyum. "Saya tahu... saya tahu orang akan fikir saya kejam. Tapi...” Ray berjeda.

            Aku menantinya meneruskan ayat. Wajah Ray kembali serius.

            “Tapi lebih kejam kan... kalau memaksa orang lain jadi kekasih palsu hanya untuk kepentingan diri sendiri.”

            Aku tergamam. Mataku membulat memandang Ray yang berdiri tegak di depanku. Apa... apakah dia tahu tentang itu? Tak... tak mungkin!

            “Se... Senior Ray... awak tahu pasal ni?” Soalku tergagap-gagap. Sungguh aku terkejut kali ini. Oh jantungku... kenapa ia tak dibenarkan untuk berehat hari ni?!! Hari yang penuh dengan kejutan!

            “Aya dah nak balik ke?”

            Aku dan Ray serentak memandang ke arah anak tangga. Kak Rania turun dengan lengkap berpakaian untuk keluar.

            “Kakak hantarkan ye... Ray, kau nak ikut?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience