Cintamu Seindah Sakura!

Romance Completed 117449

BAB 55

            “Lepaskan! Saya kata lepaskan!!” Jerit Ayuni sambil menarik anak patung Barbie miliknya yang cuba dirampas oleh Firas.

            “Why do girls like dolls? Jomlah kita main lawan pedang Shinai. Bila besar nanti kita boleh jadi samurai!” Jerit Firas. Dia berjaya merampas anak patung Ayuni.

            “I don't want to play with you! Pulangkan Barbie saya!!” Ayuni mengetab bibir comelnya dengan geram.

            “Jomlah berlawan pedang! Bosanlah duduk dalam rumah!” Protes Firas.

            “Saya tak nak!” Ayuni menolak tubuh Firas. Dia berlari keluar menuju ke taman di halaman rumah.

            “Mummy! Firas takes my Barbie!” Ayuni menangis di hadapan mummynya. Wanita itu hanya menggosok kepala anak gadisnya itu.

            “Nanti daddy beli baru, okey. Don’t cry, honey.” Ray mengangkat anak gadisnya itu ke atas ribanya.

            Aku tersenyum panjang melihat telatah anak gadis Ray yang sangat comel itu. Baru berusia 4 tahun tetapi sangat bijak.

            “Mummy, ambilkan Barbie Ayu. Please...” Ayuni merayu kepada mummynya lagi.

            “Firas pinjam sekejap aje. Nanti dia mesti pulangkan balik.” Wanita itu cuba memujuk anak gadisnya itu.

            “I hate him!” Jerit Ayuni kuat.

            Ketika itu juga tawa Harry meletus. Terasa lucu pula. “Keep calm, Ayu. Uncle ambilkan sekarang jugak, okey.” Harry bangun dari kerusi.

            “It’s okay, Harry. Biarkan ajelah...” Ujar Ray sambil tersenyum.

            “Aku risau Firas potong kepala Barbie tu aje. Aku pergi tengok budak tu sekejap.” Kata Harry sambil memicit pipi comel Ayuni sebelum melangkah ke dalam rumah.

            “Firas memang nakal. Susah betul nak kawal dia...” Ujarku sambil menggeleng kepala.

            “Budak lelaki biasalah. Ayu ni yang manja sangat.” Kata Sallyna sambil memegang pipi Ayuni.

            “Uncle kata Firas nak potong kepala Barbie...” Ayuni hampir menangis semula.

            “Taklah. Firas tak macam tu.” Pujuk Ray lagi.

            Aku tersenyum lagi melihat Ray, Sallyna dan anak mereka Sarah Ayuni. Siapa sangka takdir mengatur hidup mereka seperti ini. Tujuh tahun lalu, keluarga mereka tidak bersetuju mereka memutuskan pertunangan. Ray dan Sallyna tidak mempunyai pilihan kerana desakan keluarga kedua belah pihak. Akhirnya mereka akur untuk berkahwin. Pada mulanya perkahwinan mereka agak hambar tetapi lama-kelamaan bibit cinta dan kasih itu menggebu sehingga mereka melayari bahtera rumah tangga dengan indah.

            Aku turut bersyukur dalam hati apabila melihat kebahagian Sallyna dan Ray di depan mata aku sendiri. Paling aku gembira melihat wajah Ray yang sangat ceria bersama anak gadis yang disayanginya. Kata Sallyna, Ray sangat menyayangi Ayuni melebihi dirinya. Sehingga membuatkan Sallyna cemburu. Aku tidak dapat menyembunyikan senyumanku apabila mendengar cerita Sallyna itu. Ini kerana aku juga menyayangi Firas melebihi Harry, sehingga Harry sangatlah cemburu!

            “Mama!!” Firas menjerit sambil menangis meluru ke arah aku. Aku pantas bangun dari kerusi bagi mendapatkannya.

            “Kenapa ni, sayang?” Aku terus mendukung Firas.

            Harry datang bersama anak patung Barbie milik Ayuni. Ayuni melihat anak patungnya di tangan Harry itu terus turun dari pangkuan Ray. Dia berlari mendapatkan Harry.

            “Thanks, uncle!” Ayuni mengucapkan terima kasih seraya mencium pipi Harry yang menunduk kepadanya.

            Sallyna menepuk dahinya melihat telatah Ayuni sambil ketawa kecil.

            “Pandai dah ye nak kiss uncle handsome!” Sallyna mengusik anaknya.

            Ray ketawa besar. Harry mendukung Ayuni dan menurunkannya di sebelah Sallyna.

            “Papa jahat!” Jerit Firas yang masih menangis.

            “Tak baik sayang, panggil papa macam tu.” Aku menegur Firas.

            “Dulu pun macam-macam mama Firas panggil kat papa.” Ayat Harry seperti pasrah.

            Kami semua ketawa mendengarnya.

            “Sekarang apa Aya panggil kau, harry?” Tanya Ray berminat ingin tahu.

            Aku mencebik ke arah Harry. Firas pula sudah berhenti menangis dan berlari menuju ke bawah pokok sakura di mana dia telah meletakkan pedang kayunya di situ. Setiap hujung minggu Harry mengajar Firas teknik seni pertahankan diri Kendo di bawah pohon sakura yang di tanam di sekeliling rumah ini. Sekarang ini bulan April, maka bunga sakura mula mekar di daerah ini.

            Kedengaran suara Harry ketawa menyambut soalan dari Ray itu.

            “Malangnya... dia hanya panggil aku Harry. Tiap-tiap hari dengar dah macam bunyi lori!”

            Sallyna dan Ray ketawa lagi mendengar pengakuan Harry itu.

            “Sukalah tu kan...” Aku mencubit peha Harry.

            Harry selamba menarik bahu aku. “Jangan marah, sayang...” Katanya dengan romantik. Malunya aku kepada tetamu apabila Harry buat seperti itu.

            Sallyna dan Ray tersenyum melihat kami.

            “Kau orang sangat bahagia. Kami pun tumpang gembira.” Kata Ray.

            Sallyna menyentuh lembut tangan Ray. “I pun bahagia sangat dengan you...”

            Giliran aku dan Harry pula tersenyum melihat Ray dan Sallyna.

            “See... your wife called you Harry, but my wife called me, you. Siapa lagi kasihan sekarang?” Ray sengaja mengusik Sallyna.

            Sallyna pula mengetap bibir geram. “So, tak kan I nak panggil you hubby depan Aya. You tahu kan dia allergy dengan panggilan sweet-sweet ni.” Kata Sallnya dalam nada bergurau.

            Aku ternganga sebelum melepaskan tawa. Harry pula mengeratkan lagi pelukan dibahuku. Dia turut tersenyum.

            “Kat Firas dia tak allergy pulak, semuanya dia panggil. Sayang, honey, sweetheart, mahunya aku tak cemburu...” Muncung Harry semakin panjang.

            “Really? Kalau macam tu korang kena ada baby girl la lepas ni. Confirm Aya cemburu nanti...” Cadang Ray bersahaja sambil tersengih.

            Sallyna turut bersetuju. “Ya, betul tu, Harry.”

            “InsyaAllah. On the way...” Harry tersenyum meleret.

            Aku menyiku perutnya. Harry sudah kebal sekarang. Aku cubit ke, siku ke langsung dia dah tak sakit!

            Kami semua berbual sehingga hari semakin malam barulah Ray dan Sallyna berangkat ke hotel penginapan mereka. Mereka datang ke Jepun untuk bercuti selama seminggu. Sebab itulah mereka singgah di Bandar Kobe untuk bertemu dengan kami. Dan ini bukan kali pertama mereka datang ke rumah kami, rasanya yang ke tiga dalam beberapa tahun. Aku dan Harry sangat gembira menyambut kunjungan mereka. Hubungan kami semakin erat dan tiada lagi persenggetaan. Alhamdulillah...

**********

            AKU menghulurkan tangan menadah kelopak bunga sakura yang gugur bila ditiup angin. Aku tersenyum bahagia melihat bunga yang menjadi kebanggaan negara yang digelar bumi sakura ini. Sungguh cantik sekali ciptaan Allah. Aku merasakan ada tangan yang memeluk pingang aku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan suamiku yang tercinta. Hari ini, Harry membawa aku ke Bandar Mito untuk melihat festival bunga sakura atau dipanggil Sakura matsuri di sepanjang Tasik Senba.

            Bandar Mito adalah ibu kota bagi wilayah Ibaraki. Kami datang ke sini menaiki kereta api peluru yang dipanggil Shinkanshen dari Bandar Kobe yang terletak di wilayah Hyogo. Tempat ini dipanggil Japanese garden Kairaku-en, yang merupakan salah satu dari tiga taman terbesar di Jepun.  Aku hanya datang berdua dengan Harry. Firas kami serahkan kepada neneknya untuk dijaga pada hari ini.

            Aku bersyukur kerana hubungan Harry dan Madam Laura semakin erat. Setelah lahirnya Firas, Madam laura telah meletak jawatan sebagai pengerusi LD Marine. Dia ingin duduk di rumah dan menjaga cucunya. Aku pula membantu Harry menguruskan syarikat perkapalan itu. Aku menjadi pembantu peribadinyanya! Aku seperti tidak boleh lari dari tugas itu kan? Harry tidak mahu orang lain di sisinya walaupun di saatnya bekerja. Memang menyampah kalau orang dengar. Tetapi aku juga suka bekerja di sisinya, aku tidak mahu duduk goyang kaki layak seperti permaisuri di rumah.

            Hubungan aku dan mama Harry walaupun tidaklah terlalu rapat, tetapi dia tidak pernah melayan aku dengan buruk. Malah dia sangat sayang kepada Firas. Aku sangat bersyukur dengan apa yang ada waktu ini. Aku tidak pernah meminta lebih...

            “Aku nak tengok kau pakai kimono macam perempuan Jepun tu.” Kata Harry secara tiba-tiba menerbangkan lamunan aku.

            “Apa awak cakap tadi?” Aku bertanya untuk kepastian.

            “Ini kan festival sakuramatsuri , ramai yang pakai kimono untuk bergambar.” Ulang Harry.

            Aku mengikut sahaja permintaannya. Kami menyewa kimono bercorak bunga sakura. Aku menggayakannya di depan Harry. Dia mengambil gambar aku di beberapa lokasi yang menarik. Pastinya berlatarbelakangkan Tasik Senba yang cantik.

            “Cantik sangat, kalah awek Jepun.” Harry memuji aku dengan ikhlas. Sejak kami berkahwin tujuh tahun lalu, aku tidak mendengar lagi kata-kata tidak enak dari mulut Harry. Dia benar-benar berubah menjadi suami mithali! Aku bersyukur. Aku juga sudah berhijab dengan sempurna setelah bergelar seorang ibu. Aku ingin cuba sebaik mungkin menjadi seorang isteri, ibu dan hamba-Nya yang baik.

            “Nanti kita tunjuk gambar ni kat mama. Dia cakap nak datang nanti dengan papa.” Ujarku.

            Harry tersenyum. Sempat dia mencium dahiku sambil melihat gambar yang diambilnya di camera. Harry sangat penyayang. Hati aku berbunga-bunga seperti perasaan ketika bercinta dahulu. Sebenarnya kami tidak lama pun bercinta, tidak sampai setahun dan terus berkahwin. Sekarang pun Firas sudah berusia 4 tahun sebaya dengan Ayuni.

            Orang ramai mula memenuhi kawasan itu, mereka menghampar tikar dan duduk bersantai di bawah pohon sakura. Seperti berkelah, tetapi mereka memakai kimono, pakaian tradisional Jepun dan memakan makanan tradisional. Suasananya sangat harmoni.

            Kerana Harry mahir berkomunikasi dalam bahasa Jepun, dia banyak bertanya kepada pengunjung tentang festival Sakuramatsuri ini. Rata-rata penduduk Mito sangatlah ramah, apatah lagi bila orang asing yang boleh menguasai bahasa mereka. Ada keluarga yang menjemput kami makan bersama mereka, tetapi kami menolak dengan baik. Kami datang ke sini membawa makanan yang dimasak sendiri. Kerana memang agak sukar mencari makanan halal di bandar ini.

            “Kat situ ada kerusi kosong, jom sayang.” Harry menarik aku yang masih menyarung kimono. Aku melangkah dengan hati-hati.

            Kami duduk di bangku di bawah pokok sakura yang menghadap ke Tasik Senba. Aku melentok kepala ke bahu Harry. Harry merangkul pinggang aku dengan lembut. Mata aku asyik menghayati keindahan Tasik Senba yang tenang bersama kelopak sakura yang gugur di atasnya.  

            “Terima kasih, awak. Saya sangat gembira...” Luahku perlahan.

            Sebelah tangan lagi Harry mengenggam tangan aku. “Aku tak mungkin akan dapat melupakan kekecewaan aku melepaskan sukan renang jika tanpa kau, Aya. Sekarang aku bersyukur kerana aku masih ada kau dan Firas. Itu semua sudah cukup...”

            Aku tersenyum bahagia. “Saya akan cuba bahagiakan hidup awak sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah...”

            “I love you so much, Aya...”

            Aku tidak membalas kata-kata Harry, cukuplah dengan mencium tangannya dengan syahdu. Aku telah menyampaikan perasaanku kepadanya. Saat ini aku terbuai dalam pelukan suami yang kusayangi. Cinta Harry kepadaku seindah sakura! 

-TAMAT-

p/s: Alhamdulillah tamat sudah ILYLC. Semoga kisah cinta Harry dan Aya mampu mebuat hati anda berbunga-bunga seperti pohon sakura di penghujung april. hehe...Sila terus menyokong karya saya dan berikan komen yang membina. Terima kasih kepada semua yang selalu komen dan saya sangat menghargai anda!

Share this novel

lia_aliana
2021-03-02 12:52:55 

cerita yg berjaya membuat kn sya nagis huahua

lia_aliana
2021-03-02 12:46:57 

ouh

lia_aliana
2021-03-02 12:45:34 

sbb sya dh lihat tpi tk da pun?


NovelPlus Premium

The best ads free experience