Kontrak 24 Jam!

Romance Completed 117449

BAB 32
Aku turut menepuk tangan apabila Sallyna selesai membuat persembahan yang sangat hebat. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya berada di atas pentas yang gah itu. Sallyna memang benar-benar berbakat. Sallyna berdiri sambil memberi ucapan terima kasih kepada penonton yang hadir. Ketika itu juga Harry menarik tangan aku dengan kuat sehingga aku terkejut besar.

“Jom kita keluar.” Kata Harry sambil menarik aku keluar.

Aku juga tergesa-gesa berjalan dengan pantas mengikut langkahnya sehingga keluar dari dewan itu.

“Awak nak pergi mana? Awak tak nak jumpa dengan Cik Sallyna dulu ke?” Aku menyoal dengan hairan.

“Tak perlu.” Harry masih menarik tangan aku menuju ke pintu lif.

Aku menarik tangannya semula dengan kasar. Langkah Harry terhenti, dia mengerutkan dahi sambil memandang aku.

“Cik Sallyna mesti kecewa kalau ingat awak tak datang ke konsert sulung dia di sini. Sekurang-kurangnya awak pergi ucapkan tahniah kepada dia. Saya akan tunggu di kereta. Pergilah...” Ujarku perlahan. Aku menunduk melihat lantai, tidak sanggup bertentang mata dengannya.

“Tak perlu. Lebih baik dia tak tahu. Sekarang, boleh tak kau jalan. Sebelum kau terserampak dengan orang-orang yang kau tak ingin jumpa.” Tegas Harry lalu melangkah masuk ke dalam lif yang sudah terbuka.

Aku akhirnya mengalah untuk terus memujuk si hati batu itu. Kami sama-sama turun ke tempat meletak kenderaan.

Ketika berada di dalam kereta aku banyak melayan perasaan sendiri. Fikiran aku sesak dengan persoalan demi persoalan. Kenapa Harry melayan Sallyna seperti itu? Adakah dia benar-benar sudah berputus asa dengan Sallyna. Aku mengeluh, sukar sungguh memahami Harry.

“Persembahan Cik Sallyna tadi sangat hebat kan? Dia juga sangat cantik seperti bidadari. Saya juga rasa cemburu...” aku tersenyum seraya memandang Harry yang memandu dengan serius.

“Kenapa kau nak rasa cemburu? Dia ada mata ada hidung, kau pun ada. Cuma dia tak lembap macam kau.”

Aku memuncung sedepa. “Tak payahlah nak kutuk saya. Saya sedar diri saya ni!”

“Baguslah kalau sedar. Lain kali kurangkan sikit lembap tu. Aku dah pesan jangan makan bontot ayam lagi kan. Tapi kau degil.”

Aku menampar pehanya dengan spontan. Tersentak Harry ketika itu.

“Bontot ayam tak ada kena mengena dengan lembaplah! Awak jangan nak pandai-pandai!”
“Pedihlah peha aku. Tangan kau cap kapak ke apa?!” Jeritnya lantang.

“Nak lagi? Nak lagi?” Aku mengungutnya dengan menunjukkan tapak tanganku.

Tiba-tiba Harry menarik tanganku dan digenggamnya erat. “Duduklah diam-diam.”

Katanya lagi tanpa melepaskan tanganku. Dia terus memberi perhatian kepada pemanduan. Aku pula tidak terasa untuk menarik tanganku itu. Seketika, ada satu perasaan aneh singgah di hatiku. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

********
“Perlu di tulis apa di atas kek ini?” Soal pekerja wanita itu sambil tersenyum kepadaku.

“Ah...” Aku tidak terfikir pula tentang itu sebentar tadi. “Emm, Congrats to Harry.”

“Congrats to Harry?” Soal pekerja kedai kek itu untuk kepastian.

“Ya,” balasku dengan yakin.
“Terima kasih.” Ucapku setelah selesai pembayaran untuk kek itu dan aku berhati-hati bergerak keluar dari kedai itu memandangkan gaun yang ketat itu masih melekat di badanku.

Aku masuk ke dalam kereta Harry yang di parkir di hadapan kedai itu. Dia masih bingung melihat aku yang hanya tersenyum panjang. “Sekarang dah boleh gerak ke tempat tu.” ujarku dengan gembira.

“Hari ni hari jadi kau ke?” Soal Harry dengan pelik melihat kotak kek di tangan aku itu.

“Jalanlah.” Balasku pendek dengan senyuman yang memekar di bibir.

Kami tiba di sebuah tasik yang terbentang luas. Pemandangan malam memang sangat indah di situ, kelihatan kerdipan lampu neon di seberang tasik menambahkan serinya. Bintang di langit pun kelihatan memenuhi ruang angkasa sehingga menerangi taman tasik itu. Aku menyuruh Harry duduk di atas rumput yang kering. Dia yang tadi kelihatan bingung kini membalas senyumanku.

“Tenangkan tempat ni?” Aku yang masih berdiri cuba menyedut udara yang rasa agak segar.

“Boleh tahan. Kenapa kau tiba-tiba nak datang sini?”
Aku menoleh melihat Harry yang duduk memeluk kedua belah lututnya di atas rumput yang tebal.

“Saya nak raikan kejayaan awak. Maaf sebab sebelum ni saya tak sempat pun nak ucapkan tahniah kepada awak.” Ujarku sepenuh perasaan yang ikhlas.

Harry ketawa kecil. “Selama ni kau asyik nak masuk hantu je, ingat jugak kau nak ucapkan tahniah ye?”

Aku mencebik lantas duduk di sebelahnya seraya membuka kotak kek itu.

“Saya nyalakan lilin...” aku memetik api dan terus nyalakan lilin. “Tadaaa!!” aku dekatkan kek itu ke mukanya.

Harry terdiam sambil memerhatikan kek itu, kemudian dia memandang ke arahku pula. “Kenapa... buat semua ni?”

Aku tersenyum kepadanya. “Sebenarnya saya memang nak ucapkan tahniah kepada awak, tapi keadaan pada masa tu memang tak sesuai. Bila kita jumpa kemudian, keadaan semakin buruk sehingga saya tak dapat nak ucapkan tahniah kepada awak dengan cara yang sepatutnya. Saya juga nak minta maaf sebab... sebab perkara lapan tahun lepas. Dan nak berterima kasih kepada awak sebab tolong saya masa tu.” Luahku segala yang terpendam di hati. Aku tidak mungkin melupakan hal yang berlaku lapan tahun lalu. Harry sedaya upaya melindungi aku ketika peristiwa di hotel murah tersebut.

“Jadi ini semua untuk membalas budi aku?”

“Mana ada, duit saya beli kek ni pun duit pemberian awak. Anggaplah saya cuma tolong awak belikannya.” Aku ketawa kecil sambil tanganku menahan dari kek itu terlepas dari pengangan.

“Hish...” Harry mencebik.

“Cepat la tiup...” aku menyuakan kek itu kepadanya.

Harry meniup lilin itu sehingga terpadam. Aku meletakkan kek ke tepi dan terus menepuk tangan. “Sekarang masa untuk potong kek.

“Aya...” Harry tiba-tiba memegang tanganku.

“Ap... apa?”

“Macam mana kehidupan kau lapan tahun ni?”

Aku tersenyum mendengar soalannya yang tiba-tiba itu. “Walaupun agak sukar... tapi semuanya sangat baik”

“Kita berpisah dulu dalam keadaan yang mengejut. Aku ada banyak benda yang nak beritahu kau tapi keadaan masa tu benar-benar tak menyebelahi aku.”

Aku hanya diam mendengar luahan hatinya.

“Mama aku sangat marah dengan apa yang berlaku, mujurlah ada arwah datuk untuk menenangkan keadaan. Sebenarnya aku cuba untuk jumpa kau sebelum aku pergi ke Jepun, tapi keadaan masa tu... betul-betul teruk. Atas nasihat datuk, aku perlu ke Jepun dengan segera sebelum pelbagai lagi cerita akan tersebar. Bila aku sampai ke sana, aku mendapat rawatan yang terbaik dan doktor kata tangan aku akan dapat pulih dalam masa enam bulan jika mendapat rawatan yang betul.

Tapi sebelum tu mama aku nak aku lupakan tentang cita-cita aku untuk jadi seorang atlet. Aku katakan yang aku lebih sanggup jadi cacat seumur hidup daripada melepaskan cita-cita aku, dan aku tidak mahu dapatkan apa-apa rawatan jika mama aku tidak membenarkan aku meneruskan cita-cita aku. Akhirnya mama aku setuju dan aku terima rawatan untuk pulihkan tangan aku. Tapi tetap ada syaratnya, aku hanya diberi peluang sehingga Olimpik Jepun kali ini. Jadi aku usaha sungguh-sungguh sehingga berjaya kerana tak akan ada lagi peluang selepas itu...”

“Jadi... awak akan lepaskan semuanya?”

“Aku dah banyak membantah cakap mama aku, apa salahnya sekali aku cuba jadi anak yang taat”

Aku tersenyum panjang sambil meletakkan tanganku di bahunya. “Saya rasa awak dah buat keputusan yang paling baik dalam hidup awak.”

“Tapi ada benda yang lebih penting dari semua tu...” tiba-tiba Harry tersenyum meleret.

Aku mula cuak melihat senyuma itu, itu bukan senyuman yang baik melainkan penuh dengan rahsia tersembunyi.

“Pasal kerja kau tu.” Sambungnya.

“Kerja?”

“Ya, aku rasa aku kena buat satu kontrak untuk pekerjaan tu. Supaya kau tak lari dan aku pun tak rugi.
“Mana saya nak lari? Awak ingat saya banyak duit nak ke luar negara? Kalau kat Malaysia ni memang tak ada tempat untuk saya sembunyi dari orang macam awak ni!” Aku mula berubah nada tatkala bercakap dengannya ketika ini. Dia yang telah mengubah mood suasana yang aku rasa agak romantik sebentar tadi. Haish!

“Kalau dah tahu bagus la!” Harry mencebik, kemudian dia memandang ke arah kek yang masih tidak terusik.

"Kedai kek yang kau tempah tu bersih tak?”

Mata aku terbeliak memandangnya dengan rasa panas hati. “Kalau nak bersih sangat buat sendiri lah!”

Tanpa memperdulikan aku dia bangun berdiri dan melangkah ke keretanya. Aku hanya menunggu di situ kerana aku fikir dia tentu ingin mengambil sesuatu.

Telahan aku benar apabila Harry datang semula dengan sehelai kertas dan pen. Dia kembali duduk di tempat tadi. Aku menanti kata-katanya kerana aku masih tidak faham kenapa dia perlu ambil kertas dan pen? Nak tulis wasiat terakhir sebelum makan kek ni ke? Hahaha...jahatnya kau Aya!

“Aku akan tulis kontrak tu kat sini, mari kita bincang.”

“Kontrak? Bincang?” Aku seperti tidak percaya. Mahu juga si bedebah ni nak bincang dengan aku sebelum tulis kontrak. Tapi, bagus jugak!

“Mulai hari ni, kau bekerja sepenuh masa dengan aku. Tak ada separuh masa ke, part time ke tapi full time, faham?”

“Faham...” Meleret sahaja aku menjawab.

“Skop kerja kau adalah...” Harry seperti memikirkan sesuatu sebelum menyambung ayatnya yang membuatkan aku terasa suspen.
“Emm... sebelum tu, tempoh kau kerja adalah 24 hours!”

“Apa??!!!” Kali ini memang aku sudah terkejut beruk. Aku ingin merampas kertas itu dari tangannya tetapi dia sempat mengelak.

“24 jam? Awak dah gila ke?!”

“Kau tak berhak nak membantah! Dengar dulu.” Harry menolak dahiku dengan jari telunjukkanya. Aku pantas menepis. Mencerlung tajam mataku memandangnya.

Aku cuba bertenang, mengawal penafasan aku yang sudah tidak menentu.
“Maksud aku tak kira bila masa pun, bila aku perlukan perkhidmatan kau, kau mesti datang kepada aku immediately.”

Penjelasannya itu buat aku faham maksud 24 jam itu, tetapi...
“Perkhidmatan??”

“Ya, skop kerja kau melibatkan semua benda yang aku suruh kau buat. Dari kerja rumah sepeti berkemas, masak, sampai la urusan-urusan lain.”

“Apa maksudnya urusan lain tu?”

“Termasuk jadi driver aku, pengawal peribadi aku, pembantu peribadi aku, perunding fesyen aku, orang suruhan aku, dan apa sahaja yang aku suruh kau buat kau kena buat. Dan, semua kerja tu kau pasti akan dapat ganjaran.”

Ternganga mulut aku mendengar apa yang dikatakan itu sehingga aku tidak mampu terkata apa-apa.

“Kau nak cakap apa-apa ke?” Harry berlagak seperti mengambil peduli pendapat aku. Hakikatnya apa yang dikatakannya adalah muktamad!

“Berapa gaji saya?” Akhirnya aku ada kekuatan untuk bertanya.

“Depends... aku akan lihat kepada kerja dan usaha kau. Lagi kau rajin dan tak banyak kerenah mungkin akan dapat bayaran yang banyak. Tapi kalau banyak sangat kerenah atau kerja kau tu tak puaskan hati aku...” Harry dengan sengaja tidak menghabiskan ayatnya itu. Senyumannya sungguh menyakitkan hati sesiapa yang melihat.

“Awak ingat saya ni hamba abdi awak ke!!”

“Hey! Hamba abdi zaman firaun tak dibayar gaji tau! Kau ni kira bernasib baik la sebab diberi gaji.”

Bernasib baik? Aku merengus kasar. Kenapa sikap dia ni tidak boleh diramal langsung? Atau aku ini yang mudah terpengaruh dengan sedikit sikap baik yang ditonjolkannya seperti tadi. Hakikatnya Harry adalah lelaki yang paling keji di dunia!

“Jadi kalau tak ada apa-apa penambahan lagi, sila sign di sini.” Harry menunjukkan kertas itu kepada aku. Kontrak tulisan tangan itu aku lihat dengan tajam. Terasa ingin renyuk-renyuk aje!

**********

Susana di Dewan Filharmonik Petronas semakin lengang apabila semua tetamu mula meninggalkan tempat duduk masing-masing setelah selesai persembahan dari pemain piano terkenal. Di satu sudut di bilik tetamu VIP Sallyna duduk seorang diri setelah selesai membuat persembahan sulungnya di pentas bertaraf antarabangsa itu. Mujurlah ketika membuat persembahan tadi jiwanya tidak terganggu kerana dia berjaya mengawalnya dengan baik sehingga mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang rata-ratanya dari golongan kelas atasan. Para wartawan juga menanti untuk mendapatkan ulasan darinya, tetapi Sallyna memberi alasan kurang sihat dan ingin pulang untuk berehat.

Pengurusnya Anna menghampiri dengan wajah yang berkerut hairan melihat keadaan Sallyna. “Sally, we have to go now.”

“Anna, biar wartawan semua balik dulu, I tak nak terserempak dengan mereka dalam keadaan I macam ni.”

“Sally, what is going on? There’s something wrong? Tell me, Sally...” Anna duduk di sebelah wanita itu sambil memegang bahunya.

“He didn't come...”

“Who?”

“Harry! Just Harry, okay...” Sallyna meraup rambutnya yang terjuntai ke belakang dengan perasaan yang gundah.

“Oh God...” Anna memejamkan matanya. “Sally, look... jangan buat this stupid thing. Kalau reporters tahu habis kita.”

“I ingat you faham, Anna. You pun tahu I harap sangat dia dapat datang!”

“Keep calm, please. Jangan tinggikan suara you, ramai reporter kat luar tu. Ya, I faham sangat perasaan you, Sally. Tapi bukan kat sini you nak tunjuk semua ni, you sepatutnya keluar jumpa reporter. Tapi sekarang you jadi macam ni sebab...” Anna tidak dapat meneruskan ayatnya lagi. Dia benar-benar kurang senang melihat sikap ketidakprofessional Sallyna itu.

“I sakit hati tau tak.” Sallyna masih tidak dapat mengawal perasaanya.

“It’s okay, Anna.”

Anna menoleh melihat sesorang yang memegang bahunya. Dia terus bangun berdiri bagi menghormati lelaki itu.

“Tuan Rayyan. Please do something...” Ujar Anna merujuk kepada Sallyna. Dia tidak kekok lagi berhadapan dengan ke dua pasangan ini kerana sudah lama mengetahui masalah mereka.

Rayyan hanya mengangguk. Anna terus meninggalkan bilik itu. Sallyna langsung tidak memandang ke arah Ray yang sudah pun duduk di sebelahnya.

“Sally, Harry mungkin sibuk jadi dia tak dapat datang, You jangan la macam ni.”

“Sibuk?! Dia tengah bercuti sekarang. Sudahlah, I akan jumpa dia esok.”

“You jangan nak paksa dia, I rasa you dah cukup kenal siapa Harry. Dia paling tak suka mendengar arahan orang apatah lagi sebuah paksaan. You kena ambil hati dia perlahan-lahan.” Nasihat Ray itu seperti mencurah air ke daun keladi. Bagi Sallyna dia ada jalannya sendiri.

“I dapat rasakan dia dah jumpa dengan Aya...”

Namun Ray masih kelihatan tenang apabila mendengar luahan Sallyna itu.

“Aya... walau apa pun yang berlaku, tolong jangan sakiti dia.” Kali ini nada suara Ray berubah lebih serius.

Sallyna memandang wajah Ray dengan satu dengusan dan sengihan cukup sinis.
**********
Dengan langkah yang lemah aku gagahkan juga kaki untuk memanjat anak tangga menuju ke bilikku di tingkat atas. Tetapi aku berselisih pula dengan Julia yang ingin turun ke bawah. Aku memberinya laluan tanpa menegurnya, aku sudah terlalu letih.

“Kenapa dengan Kak Aya?” Soal Julia perihatin.

“Akak letih... nak masuk tidur.” Aku meneruskan langkah.

Lin yang datang dari dapur mendengar perbualan kami turut menyampuk.

“Baru balik dating dengan Harry kan??” Jerit Lin girang, dia terus menarik tanganku.

“Cerita la sikit apa yang dah jadi? Akak pergi mana dengan gaun yang cantik macam ni?”

“Lin, Kak Aya letih la. Esok aje la kita dengar cerita ya.” Celah Julia, kata-katanya itu menyelamatkan aku.

“Tapi...”

“Kak Aya naiklah berehat dulu. Good night.” Julia terus menarik Lin ke bawah menuju ke ruang tamu. Aku meneruskan langkah kerana suara aku sudah hilang untuk membalas mereka.

Lin dan Julia selesa mengulangkaji di ruang tamu dengan televisyen yang terpasang. Nampaknya mereka lebih tekun memandangkan peperiksaan akhir semester semakin hampir. Bunyi loceng kedengaran menganggu tumpuan mereka belajar. Lin menyuruh Julia pergi melihat siapa yang datang malam-malam ini, tetapi Julia buat tidak dengar kerana malas untuk bangun. Terpaksa juga Lin bangun untuk membuka pintu, sempat dia menolak badan Julia tanda protes.

“Siapa?” Lin membuka pintu utama. Seorang lelaki berdiri tegak di belakang pintu pagar rumah sewa mereka itu.

“Maaf menganggu, boleh saya berjumpa dengan Aya?”

“Kak Aya lagi... dia kerja jadi penjual insurans ke sekarang ni?” Lin sempat membebel namun sangat perlahan. Dia melemparkan senyuman kepada lelaki kacak bercermin mata itu.

“Sekejap,” Lin menutup separuh pintu rumah mereka dan mula melangkah ke tangga.

“Siapa?” Tanya Julia menyibuk.

“Entah... lelaki kacak lagi nak berjumpa dengan Kak Aya.” Ujar Lin selamba kerana sudah tidak terkejut lagi dengan kehadiran lelaki-lelaki seperti itu untuk mencari Nur Marhaya.

“Lelaki kacak lagi??” Julia tertanya sendiri. Dia bingkas bagun dan mengampiri tingkap untuk melihat lelaki itu.

“Kacaknya... Kak Aya ni bertuah betul.” Tetapi wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya. Julia membesarkan matanya lagi untuk melihat lelaki itu dengan lebih jelas.

“Siapa pulakkk, akak tengah tidur ni tau tak!” Dengan malas aku melangkah sambil ditolak oleh Lin dari belakang.

“Lelaki handsome lagi, kalau tak saya tak paksa Kak Aya keluar laa...” balas Lin.

Julia tidak jadi mengendap lagi apabila terkejut melihat kehadiranku. Aku membuka pintu dan terus melangkah keluar.

“Lin!!” Julia menarik tangan Lin.

“Lelaki tu!”

“Kenapa?” Soal Lin hairan dengan sikap Julia.

Julia terus melangkah ke meja tv dan menarik keluar beberapa majalah yang disimpan di bawah meja itu. Lin hanya memerhati dengan hairan tingkah laku sahabatnya itu.

Julia menjumpai majalah yang dicarinya dan terus menyelak helaian demi helaian. “Ini!! Dah jumpa...” Julia terus menarik Lin untuk melihat bersama apa yang dijumpainya itu.

“Apa Julia?” Lin masih tidak faham.

“Ini, betullah... lelaki kat luar tu. Tunang Cik Sallyna pemain piano terkenal tu!”

Lin merampas majalah itu dari tangan Julia, dia memerhati dengan betul-betul wajah tunang Sallyna yang terpapar di halaman majalah itu.

“Biar betul!” Lin ternganga. Kali ini barulah dia betul-betul terkejut. “Lelaki ini adalah pewaris empayar Hotel terbesar di Malaysia!”

“Macam mana Kak Aya kenal lelaki-lelaki yang hebat-hebat macam ni?” Kali ini giliran Julia pula yang bingung.
“SENIOR...” aku menghampiri pintu pagar dengan senyuman hambar. Kehadiran lelaki itu di waktu agak lewat ini menimbulkan pelbagai persoalan di benakku.

“Apa khabar, Aya?” Soal Ray. “Maaf sebab menganggu.”

“Tak apa, saya baik aje. Kenapa senior datang ni?”

Ray menarik nafas sebentar sebelum menjawab pertanyaanku. “Saya tak tahu kenapa, tapi... susah nak berjumpa Aya sekarang ni. Saya cuma nak tahu keadaan Aya.”

“Ohh...” Aku ketawa kecil. “Maaflah... saya banyak urusan sejak kebelakangan ni.”

“Emm.... sejak kepulangan Harry kan?”

“Ah?” aku terkedu seketika. Melihat Ray yang hanya tersenyum membuatkan aku kembali tenang. “Bu... bukan macam tu. Saya menganggur sejak berenti kerja tempoh hari. Jadi, saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Sebab tu sibuk sikit.”

“Kalau macam tu, marilah kerja dengan saya.”

“Haha... saya dah dapat kerja baru. Terima kasih senior.” Kali ini aku benar-benar kehilangan semangat untuk meneruskan perbualan lagi. Aku juga berpura-pura ketawa gembira walaupun hakikatnya mahu sahaja aku menjerit bahawa aku dapat kerja yang paling teruk di dunia! Dan... Senior Ray, tolonglah beri saya kerja yang lebih baik. Tolonglah...

“Macam tu rupanya, tak apa lah. Aya, apa kata esok kita jumpa. Lunch or dinner...”

“Er...” aku kehilangan kata-kata untuk menjawabnya. Mana mungkin aku boleh berjanji, kan aku bekerja 24 jam. Buatnya tengah makan dengan Ray tiba-tiba si bedebah tu panggil aku macam mana?

“Saya akan cuba. Nanti saya akan confirm lunch or dinner...” Itulah jawapan yang terbaik buat masa ini.

“Okey, saya okey aje.” Ray membalas senyumanku. “See you... good night, Aya.”

“Good night, Senior Ray!” Aku melambai tangan kepadanya yang sudah masuk ke dalam kereta mewahnya.
***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience