Cik Muda Laura!

Romance Completed 117449

*sorry sebab ptg td sy update bab 52, terlompat satu bab. haha.. ok untuk menebus silap sy akn update 4 bab hari ini! Chaiyokk!

BAB 51

            Seorang remaja perempuan yang memakai seragam sekolah Adam Taylor High School berlari anak meninggalkan kereta mewah yang datang menjemputnya di sekolah. Pemandu peribadinya yang cemas melihat keadaan itu terus mengejar gadis itu. Dia Berjaya menangkap lengan gadis itu yang sudah agak jauh meninggalkan pintu pagar sekolah.

            “Cik muda! Kita kena balik sekarang.” Kata pemandu peribadinya yang masih tidak melepaskan lengannya.

            Gadis itu hanya membiarkan sahaja tangan lelaki itu mencengkam lengannya. “Tak nak! Saya dah janji dengan kawan nak pergi tengok wayang.”

            Lelaki itu mengeluh berat. “Cik muda, jangan buat macam ni. Kita pulang sekarang.” pujuknya.

            “Cakap kat daddy saya ada kelas tambahan. Encik Malik kan pandai menipu!” Balas gadis itu.

            Lelaki itu mengerutkan dahinya sehingga kedua keningnnya hampir bertemu. “Saya menipu sebab cik muda selalu buat masalah.”

            “Sebab Encik Malik tak nak saya kena marah kan?” Gadis itu tersengih.

            Lelaki itu mengeluh lagi. “Cik muda... jangan buat macam ni lagi.”

            “Ambil saya kat sekolah pukul enam nanti. Jumpa lagi!” Gadis itu terus berlari menuju ke perhentian bas. Encik Malik hanya mampu memandang gadis itu menaiki bas yang baru tiba. Laura mengambil tempat duduk paling belakang dan menoleh melihat pemandu peribadinya yang masih berdiri tegak di tepi jalan. Dia melambai-lambai tangan kepada lelaki itu sambil tersenyum girang.

            Encik Malik meraup wajahnya berkali-kali. Sukar sungguh mengawal anak gadis Sir Adam Taylor ini.

            Petang itu seperti yang dijanjikan dia mengambil Laura di hadapan sekolah tepat pukul enam petang. Laura kelihatan ceria kerana mendapat peluang untuk keluar bersama kawan-kawannya. Encik Malik terdiam tidak bersuara di tempat pemandu, Laura pula menjenguk lelaki itu dari belakang.

            “Daddy percaya tak?!” Soal Laura berkenaan alasannya yang diberikan kepada daddynya untuk pulang lewat ke rumah.

            “Cik muda, jangan buat macam ni lagi. Cik muda tak boleh bersikap seperti remaja lain. Cik muda bakal mewarisi empayar perniagaan keluarga Taylor.” Kata Encik Malik dengan risau. Ketika itu Encik Malik masih muda, berusia 22 tahun dan menjadi pemandu peribadi kepada anak tunggal Sir Adam Taylor.

            Laura terus mencebik. “Saya nak buat perniagaan sendiri. Saya tak nak bergantung kepada usaha daddy. Satu hari nanti saya akan membina empayar sendiri.”

            Encik Malik tersenyum. “Kalau macam tu, cik muda kena berusaha dari sekarang. Tak boleh main-main lagi. Buktikan kepada semua orang, Sir Adam Taylor tak perlukan anak lelaki untuk dibangga-banggakan, cukuplah anak perempuannya mencipta kejayaan sendiri. Tuan Besar pasti akan berbangga seuatu masa nanti...”

            Laura terdiam mendengar kata-kata pemandu peribadinya yang masih muda itu. Lelaki itu sangat kacak dan bergaya. Rakan-rakannya selalu mencuri pandang kepada lelaki itu apabila menjemputnya di sekolah. Dia juga menyukai lelaki itu dalam diam.

            “Betul ke? Encik Malik pun nak tengok saya berjaya dengan usaha sendiri?” tanyanya.

            Lelaki itu mengangguk. “Saya akan sokong cik muda. Suatu hari nanti saya nak lihat cik muda jadi wanita yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan mentadbir empayar sendiri. Masa tu, cik muda akan puas hati kerana apa yang cik muda ada, adalah atas titik peluh sendiri.”

            Laura tersenyum. Semangatnya benar-benar disuntik. “Adakah saya akan berjaya?”

            “Pernah tak dengar pepatah arab yang berbunyi, tidak layak digelar pemuda, orang yang asyik berbangga dengan sejarah ayahnya. Namun pemuda sebenarnya adalah yang berkata, ini adalah aku.”

            Berkelip-kelip mata Laura kerana kata-kata pujangga arab itu membawa maksud yang mendalam sehingga meresap ke hatinya.

            “Saya doakan cik muda berjaya, mulai hari ini janganlah main-main lagi.”

            Laura tersenyum. “Esok saya nak start belajar dari guru peribadi kat rumah. Kat sekolah saja tak cukup untuk mengubah dunia! Boleh macam tu?!” Laura benar-benar bersemangat.

            Encik Malik ketawa kecil. “Saya akan urusakn semua itu.”

            Sejak hari itu Laura benar-benar bersemangat untuk mendalami ilmu perniagaan. Dia juga belajar beberapa bahasa asing dari guru-guru peribadi yang mengajarnya di rumah selepas waktu sekolah. Dia juga mula belajar ilmu pentadbiran dan pengurusan dengan lebih awal. Dia tidak lagi menghiraukan dunia luar kerana apa yang penting baginya adalah ilmu.

            Sir Adam sangat berbangga melihat kesungguhan anak gadisnya itu. Laura tidak berminat lagi menghadiri kelas-kelas muzik ataupun tarian yang selalu dihadiri anak-anak gadis golongan bangsawan. Baginya semua itu membuang masa, apa yang lebih utama adalah ilmu yang cukup untuk dia membina empayar sendiri suatu masa nanti.

            “Saya dah fikir bidang perniagaan apa yang saya akan ceburi nanti.” Beritahu Laura kepada Encik Malik.

            “Apa dia?” Tanya lelaki itu berminat.

            “Saya nak ada syarikat perkapalan sendiri yang bertapak di luar negara!”

            Lelaki itu sedikit terkejut mendengar cita-cita Luara itu. “Kat mana tu?”

            “Sekarang saya paling mahir bahasa Jepun. Jadi, saya nak memulakan tapak di sana. Tak sabar rasanya!” Tekad Laura.

            “Wah... cik muda benar-benar akan menggongcang dunia.” Puji lelaki itu.

            “Terima kasih, Encik Malik!” Tanpa disedari dia sudah memeluk leher lelaki dari belakang ketika lelaki itu sedang memandu menuju ke sekolahnya.

            “Cik... cik muda.” Bergetar suara lelaki itu apabila diperlakukan seperti itu.

            Beberapa tahun berlalu dan Luara sudah menamatkan pengajian di peringkat universiti dengan cemerlang. Seluruh penghuni Villa Taylor menyambut kepulangan Laura dengan bangga. Sir Adam mengadakan majlis kesyukuran dengan besar-besaran. Laura mencari lelaki yang menjadi penyokong kuatnya selama ini. Lelaki yang selalu memberinya semangat, lelaki yang telah menyedarkannya dari kelekaan ketika remaja. Sungguh, dia sangat menghargai lelaki itu.

            “Encik Malik!” Panggil Luara dengan girang. Dia berdiri di depan lelaki itu yang tetap kelihatan kacak dengan usianya semakin matang.

            Encik Malik terpegun melihat kejelitaan Luara yang semakin meningkat dewasa. Hampir tiga tahun mereka tidak bertemu. Laura sudah menjadi gadis yang cantik dan mempersonakan.

            “Selamat pulang cik muda...” Kata lelaki itu.

            “Saya rindukan Encik Malik...” Luah Laura. Dia menghampiri lelaki itu lalu memeluknya. Laura sudah membulatkan tekadnya. Dia ingin meluahkan isi hatinya kepada lelaki itu.

            Lelaki itu tergamam tidak terkata apa. Dia cuba meleraikan pelukan gadis itu. Laura melepaskan lelaki itu lalu memandangya dengan penuh perasaan.

            “Encik Malik... saya sukakan Encik Malik.” Luah Laura. Dia tidak memperdulikan apa pun yang bakal berlaku kerana menyukai seorang pemandu peribadinya sendiri. Baginya cinta tidak mengenal pangkat atau darjat. Cinta itu tidak ternilai dan tiada harga yang boleh membelinya.

            Lelaki itu memandangnya dengan tidak percaya. Bibirnya bergerak-gerak tetapi tidak mampu meluahkan sepatah kata.

            “Saya sukakan Encik Malik sejak dulu...” Sambung Laura lagi sambil tersenyum.

            “Saya minta maaf...” Pintas Encik Malik.

            Laura terkesima sebentar melihat riaksi dari lelaki itu.

            “Kenapa? Saya tahu... Encik Malik juga sukakan saya kan?”

            Lelaki itu menelan liur yang terasa pahit. “Saya memang suka kepada cik muda. Tetapi, kita tak mungkin bersama.”

            “Jangan risau pasal daddy. Saya akan jelaskan kepadanya.” Balas Luara. Hatinya sedikit terguris melihat riaksi lelaki yang tidak dijangka.

            “Saya dah berkahwin...”

            Seperti guruh berdentum memecah suasana di bumi. Dunia Laura menjadi gelap secara tiba-tiba, wajahnya pucat lesi dan darahnya seperti tidak mengalir ketika mendengar pengakuan lelaki itu.

            “Saya baru berkahwin... maafkan saya.” Encik Malik terasa bersalah.

            “Kenapa?!” Jerit Laura.

            “Saya tak pernah terfikir cik muda akan sukakan saya...” Luah lelaki itu jujur.

            “Saya tak percaya!” Mata Laura menitiskan air mata yang jernih.

            “Cik muda... maafkan saya.”

            “Saya tak akan maafkan awak!!” Laura terus berlari meninggalkan lelaki itu dengan tangisan yang panjang. Seumur hidup dia tidak berasa kecewa seperti ini. Jantungnya seperti ditikam dengan mata pedang. Sungguh sakit sehingga melumpuhkan jiwanya.

**********

            “Ayah...” aku menegur dengan lembut apabila melihat ayahku termenung panjang. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

            “Aya, bila datang?” Ayah sedikit terkejut dengan kehadiranku itu.

            “Aya baru je sampai. Aya belikan sekit buah untuk ayah. Kebetulan Aya keluar jumpa kawan tadi.” Ujarku.

            Aku melihat wajah ayah sejak akhir-akhir ini sangat lesu. Jika ayah fikirkan tentang aku, aku berharap tidak lama lagi semua itu akan berakhir.

            “Tuan muda apa khabar?”

            “Dia baik-baik aje...” Jawabku.

            “Ayah fikir apa? Kenapa wajah ayah pucat aje?” Susah hatiku melihat keadaan ayah aku itu. Hanya kami berdua berada di rumah. Aku tidak nampak kelibat Hani dan Naufal sejak aku tiba tadi, begitu juga Abang Is.

            “Ayah tak apa-apa...” Jawabnya perlahan.

            “Ayah... kalau ayah tak suka saya bersama tuan muda, saya akan mengundurkan diri.” Kataku dengan bersungguh-sungguh. Aku sememangya akan mengundur diri bila masa itu tiba.

            Ayahku hanya terdiam.

            “Ayah... jangan macam ni.” Aku menggongcang tangan ayahku. Aku terasa sebak.

            “Aya... Aya kena yakin dengan tuan muda sekarang ni. Mungkin dia ada jalan...” Ayah aku terus bangun berdiri. “Ayah nak pergi solat.”

            Aku melihat ayahku berjalan menuju ke biliknya. Ketika itu juga air mata aku mengalir buat sekian kalinya. “Saya hanya mampu percaya kepada takdir...” Kataku perlahan sambil menyeka air mata.

***********

            Harry termenung panjang di gazebo yang berada di Rose Garden pada malam itu. Dia mengingati pertemuannya dengan Iskandar abang kepada Marhaya. Pertemuan yang telah membuka satu cerita yang tidak pernah diketahuinya. Sungguh pun dia sama sekali sukar untuk percaya dengan apa yang didengarinya dari Iskandar. Tetapi apabila Encik Malik sendiri              mengakuinya hati Harry semakin rawan. Dia tidak menyangka Encik Malik rupanya cinta pertama mamanya! Dan sehingga hari ini mamanya tidak pernah memaafkan lelaki itu. Mamanya mahu anak kepada lelaki itu turut merasi kepedihan seperti mana dia pernah rasai suatu masa dahulu.

            Tetapi mamanya tidak sedar, anaknya sendiri yang akan lebih terluka. Harry semakin buntu memikirkan jalan keluar bagi masalah ini. Mungkin dia perlu pergi ke Jepun dan merayu kepada mamanya. Kalau diikutkan hatinya dia tidak pedulikan semua itu, dia boleh membawa Aya pergi jauh dari sini dan memulakan hidup baru. Tetapi sampai bila dia ingin hidup dalam kederhakaan. Seburuk mana pun mamanya, wanita itulah yang melahirkannya. Lama Harry berada di taman itu bagi memikirkan jalan keluar bagi masalah yang membelenggu.

**********

            Keesokan hari kami bersiap untuk meninggalkan Villa Taylor dan pulang ke ibu kota. Harry akan mengadakan sidang media dalam minggu ini untuk mengumumkan persaraannya setelah beberapa bulan bercuti. Aku tahu pasti berat hatinya tetapi itulah tangungjawab sebagai seorang pewaris. Hanna pula tidak henti-henti menangis kerana dia tahu itu mungkin kali terakhir kami bertemu. Jika akan bertemu semula pun, aku tidak pasti bilakan waktu itu. Yang pasti aku akan pergi dalam tempoh yang lama sehingga semua orang akan melupakan kewujudan diriku ini.          

            “Cik Aya... boleh ke saya ikut Cik Aya?” Kata Hanna yang masih menangis.

            Aku tersenyum. “Tinggallah kat sini. Tempat ni lebih memerlukan Hanna, sedangkan sudah tidak perlukan saya...” Luaku dengan hiba.

            “Kalau saya pun rasa kehilangan Cik Aya ni sangat menyedihkan, sudah pasti lebih lagi kepada tuan muda...”

            “Tuan muda tak akan apa-apa... satu hari dia akan lupakan saya juga. Terima kasih untuk segala-galanya Hanna. Saya tak akan melupakan awak...” Aku seraya memeluk Hanna dengan erat.

            “Jangan lupa jaga diri kat sana nanti... tempat tu sangat sejuk. Saya ada jahitkan baju yang tebal untuk Cik Aya.” Hanna melepaskan pelukanku. Kemudian dia menghulurkan baju itu kepada aku. Begitu cantik sekali hasil jahitan tangan Hanna. Aku terharu.

            “Terima kasih...” Kataku dalam menahan sendu di hati.

            “Tuan muda mesti dah tunggu kat bawah. Kita turun sekarang...” Kata Hanna sambil menyeka air matanya. Dia mengangkat bagasi aku tetapi aku menghalangnya.

            “Saya boleh angkat sendiri, jom kita turun sama-sama.”

            Aku bertemu dengan Puan Sara apabila tiba di bawah. Wanita yang menjadi ketua maid di Villa Taylor itu sejak dahulu selalu kelihatan serius. Tetapi, kali ini dia tersenyum melihat aku dan memegang tanganku dengan erat.

            “Jagalah tuan muda baik-baik. Sejak kecil kami yang menjaga tuan muda, kini giliran Cik Aya pula menjaga tuan muda.” Puan Sara tersenyum manis.

            Aku mengangguk lemah namun aku tetap memaniskan wajahku.

            “Terima kasih Puan Sara. Terima kasih kerana banyak berbakti untuk tuan muda selama ini...”

            “Tuan muda sangat bertuah kerana mengenali Cik Aya. Cik Aya tak ubah seperti Encik Malik. Dia sangat menghormati keluarga Taylor dan banyak berbakti untuk keluarga ini.” Kata Puan Sara lagi.

            Aku hanya tersenyum lalu memeluk Puan Sara.

            Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada semua pekerja aku dan Harry berangkat pulang. Tiba-tiba air mata aku gugur lagi tanpa disedari oleh Harry yang berada di sebelahku. Aku sangat menyukai semua orang yang berada di rumah ini termasuklah segala kenangan di sini. Aku terasa hatiku seperti dicucuk-cucuk sakitnya.

            Harry juga hanya diam dan mengelamun jauh seperti aku tidak wujud di sebelahnya. Masing-masing memikirkan perkara yang merunsingkan perasaan sendiri.

**********

            Ketika aku tiba di rumah sewa aku melihat keadaan di dalam rumah dipenuhi dengan kotak-kotak dan barang-barang yang bersepah. Aku kehairanan melihat keadaan seperti rumah dipecah orang itu. Aku memanggil Lin dan Julia, kedua mereka kelam kabut mucul dari arah dapur.

            “Eh, Kak Aya dah balik!!” Lin melompat ke arah aku. Dia memeluk aku  dengan erat. Julia turut menerpa ke arah aku.

            “Ke... kenapa ni!” Kataku dengan tersekat-sekat kerana mereka memeluk leher aku.

            “Mujurlah Kak Aya dah balik. Kami dah habis final exam dan cuti semester pun dah start, jadi kami dah nak balik rumah masing-masinglah.” Jelas Julia dengan ceria. Riak wajah mereka terpancar ceria kerana sudah merdeka untuk semester ini. Aku pernah merasai perasaan itu.

            “Kak Aya akan tinggal sorang-sorang la dalam sebulan lebih ni kan. Kalau kita orang free kita orang datang la jenguk Kak Aya, eh? Sem depan kita boleh tinggal sama-sama lagi. Kak Aya jangan sewa bilik kat orang lain pulak tau.” Kata Lin.

            Aku hanya mengangguk perlahan. Tidak berkata apa lagi kerana aku harus menyimpan rahsia itu. Aku akan pergi tanpa siapa yang tahu. Aku memandang wajah Lin dan Julia silih berganti. Aku pasti merindui kalian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience