Kiss Me!

Romance Completed 117449

BAB 26

            “AYA... saya ganggu ke?”

            Mataku masih belum dapat terbuka dengan sempurna ketika mendengar suara lelaki itu. Masih lagi mamai. Sempat aku menjeling melihat jam yang menunjukkan pukul 8 pagi. Siapa pula yang menganggu aku di hari minggu seperti ini?!

            “Aya?”

            Aku mengerutkan dahi mengamati si pemilik suara yang namanya tidak naik di skrin telefonku itu.

            “Ahh... Senior Ray!” aku terus bangun dari pembaringan dan membetulkan suaraku.

            “Maafkan saya kalau ganggu Cik Aya kita ni pagi-pagi.”

            “Tak... tak ada apa. Er... ada apa senior call saya?”

            “Kenapa Aya macam tak biasa sangat dengan saya ni. Lapan tahun... bukan lama sangat Cik Aya.” Ray ketawa di hujung talian.

            Aku termalu sendiri. “Saya...”

            “Macam ni la... saya dapat tahu Aya bekerja dengan Sally sekarang?”

            “Ya...” jawabku perlahan.

            “Aya... jangan paksa diri sangat. Nanti Aya yang cedera lebih teruk...”

            Nasihat dari Ray itu aku terasa terlalu dalam. “Saya okey aje senior... saya dah lama lupakan hal yang lalu.” pembohonganku kali bukan sunat lagi! Aku meraup rambut yang terjuntai di dahi ke atas. Tanganku berhenti di atas kepala. Seolah-olah sedang menyabarkan kepala otakku supaya dapat berfikir dengan baik ketika bercakap ketika ini.

            “Kalau macam tu... ikut saya petang ni...” 

            “Pergi mana?”

            “Jemput Harry... dia tiba petang ni di KLIA.”

            Hampir terlepas telefon bimbitku dari pengangan. Terketar-ketar tanganku ketika itu. Kalaulah Ray dapat melihat rupaku ketika ini pasti pembohongan aku akan terdedah dengan mudah sekali. Aku mana mungkin pernah... melupakannya...

            “Sa... saya... saya ada hal petang ni. Tak mengapalah senior...” tolakku dengan rasa debaran di hati. Adakah alasanku itu cukup kuat?

            “Kalau macam tu... nanti kita akan jumpa di majlis sambutan kepulangan dia. Mungkin majlis untuk kita-kita aje. Sebab akan ada banyak majlis untuk dia hadiri secara rasmi nanti. Mesti susah nak jumpa dia...”

            “Saya faham...”

            “Emm. Aya jangan salah faham, saya cuma tak nak hubungan kita semua menjadi kekok setelah sekian lama. Apa salahnya pertemuan kita semua setelah lapan tahun ini lebih baik dari dulu.”

            “Saya faham maksud senior. In shaa Allah saya akan join bila kumpul ramai-ramai nanti.”

            “Good girl...” ujar Rayyan ringkas sebelum menamatkan perbualan.

            Setelah talian diputuskan barulah aku dapat menarik nafas dengan panjang. Harry... lapan tahun saya tunggu awak. Tapi saya tak pernah bermimpi untuk bertemu dengan awak semula. Saya cuma harap dapat tengok awak dari jauh dan ikuti perkembangan awak. Bodohnya saya... kenapa saya jatuh hati dengan orang seperti awak. Alangkah baiknya kalau... awak bukan Tuan Muda Harry.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)      

Semestinya sambutan kepulangan atlet negara itu penuh meriah. Para wartawan memenuhi ruang menunggu. Peminat-peminatnya turut berkumpul bersama bunga dan poster gambarnya yang di arak ke sana-sini. Kawasan balai ketibaan itu penuh sesak dengan peminat, wartawan, dan wakil-wakil dari badan kerajaan dan bukan kerajaan yang datang untuk menyambut ketibaan atlet yang menyumbang emas Olimpik pertama negara itu.

Aku hanya melihat suasana meriah itu di siaran televisyen bersama Lin dan Julia. Mereka sudah menjerit suka sejak tadi. Sanggup ponteng kelas semata-mata ingin lihat berita kepulangan jaguh sukan renang itu secara live di kaca TV. Aku pula hanya mampu menahan diri dari jatuh terguling. Kerana aku rasakan tubuhku sungguh lemah ketika ini.

“Dia dah keluar!!” jerit Lin kuat.

“Wahhh!!!” Julia kedepan sedikit untuk melihat lebih jelas. Ada beza ke? aku mengeluh sambil memandang ke arah skrin. Terpampang wajah Harry yang berdiri di pintu kapal terbang sambil melambai ke arah media dan mereka yang hadir bagi menyambutnya. Ketika itu juga jantungku ingin jatuh tergolek-golek. Wajahnya semakin tampan, semakin tinggi, semakin bergaya. Senyumannya juga sudah berubah, dia benar-benar senyum dengan ikhlas tidak lagi sinis seperti dahulu. Barulah aku perasan yang dia memiliki barisan gigi yang teratur sungguh cantik. Mengapa sampai ke gigi aku perhatikan? Oh, Aya... tak sanggup menanggung rindu nampaknya. Aduhai...

Ketibaannya disambut dengan meriah. Harry mengangkat pingatnya tinggi dan ketika itu semua orang bertepuk tangan dan pihak media terus menyerbunya. Dia memberi beberapa ucapan dan aku sudah tidak mendengarnya lagi. Aku hanya melihat wajahnya yang penuh gembira itu...

Di luar ramai yang menunggunya dan dia akan di arak sehingga tiba di hotel. Tidak menghampakan peminatnya Harry sempat menurunkan tandatangannya dan mengambil gambar bersama mereka yang bertuah yang berada di barisan paling hadapan. Harry menggigit pingatnya sambil tersenyum kepada camera.

“Tahniah awak...” keluar perkataan itu tanpa aku sedari.

Lin dan Julia terus memandang ke arahku. “Kak Aya cakap apa?”

“Itulah cita-cita dia sejak dulu, nak sumbang emas Olimpik. Tak sangka angan-angan dia kesampaian. Akak ingat kecederaan dia tu...”

Baru aku tersedar yang Lin dan Julia memandang aku dengan pelik. Aku terus terbatuk. “Er... lupakan apa akak cakap tadi!” aku terus bingkas bangun dan berlari anak menuju ke bilik.

“Apa Kak Aya merepek tadi tu?” soal Lin kepada Julia.

“Tak kan... Kak Aya pun peminat Hairy Fattah...” Teka Julia.

**********

            Dia duduk di balkoni sambil menghadap ke arah pemandangan luar, menarik nafas dengan panjang dan menghembusnya dengan perlahan. Keletihannya mula terasa sehingga badannya terasa agak lemah.

            “Tuan muda...” tegur pembantunya dengan hormat.

            Harry keluar dari balkoni dan menutup pintu slide dan kembali ke ruang tamu bilik hotelnya. “Ada apa Encik Yusuf?”

            “Urusan penghantaran dah selesai,” lapor lelaki itu.

            “Baik, awak boleh pergi.”

            Encik Yusuf terus mengundurkan diri. Harry duduk di sofa panjang sambil termenung.

            “Aku akan tunaikan janji...” luahnya perlahan sambil tersenyum memikirkan kenangan lalu.

           

            LIN memanggil namaku berulang kali apabila aku tidak menjawabnya. Malas sungguh aku nak keluar dari bilik. Seharian aku berkurung mengalahkan burung dalam sangkar. Akhirnya aku keluar juga menuju ke arah ruang tamu.

            “Ada orang nak jumpa. Kat luar...” beritahu Lin.

            Aku mengerutkan dahi, dah malam macam ni siapa pula yang datang.

            “Cik Marhaya kan? Ni ada barang untuk cik...” lelaki itu menghulurkan sekotak hadiah yang dibalut kemas.

            Hari jadi aku dah seminggu berlalu. Baru nak bagi hadiah? Bedebah manalah ni...

            “Siapa yang bagi ni?” soalku hairan.

            “Itu saja saya boleh beritahu. Saya minta diri dulu. Lelaki itu terus masuk ke dalam keretanya. Aku menjadi pelik. Entah-entah ada orang nak pekena aku tak?

            Aku masuk ke dalam rumah sambil membawa kotak hadiah itu dan ia menarik perhatian Lin.

            “Hadiah dari siapa pulak tu Kak Aya?!”

            “Jangan sibuklah!” muncungku sambil berjalan masuk ke dalam bilik.

            Lin terut mencebik geram.

            Aku menutup pintu dengan rapat dan terus menuju ke katil. Perlahan-lahan aku membuka hadiah itu. Tetapi baru aku perasan ada sehelai kertas yang terselit. Pantas aku membuka kertas yang terlipat cantik itu. Berdebar hatiku apabila melihat tulisan yang aku sangat kenali itu.

            ‘Hey si lembap! Emm... kau masih lembap ke? Mesti la sebab kau masih makan benda alah tu kan? (Tonggeng)’

            Aku mula terasa air mataku mengalir sebelum meneruskan pembacaan dengan tangan yang terketar-ketar.

            ‘Aku bagi kau hadiah ni, cuma sementara je. Esok tepat jam 2 petang kau wajib pulangkan kepada aku di Hotel Paradise! Faham tak si lembap?!’

            Hah... setakat itu je isi surat itu. Aku keronyokkan kertas itu kerana sakit hati. Ada ke patut tulis perkara macam tu. Tak romantik langsung. Haish!! Memang betul-betul si bedebah!! Tiba-tiba aku baru teringat akan kertas yang sudah aku keronyokkan itu.

            “Alamak!! Apa aku dah buat ni!!” Aku membuka kembali dan mengusap kertas itu supaya kembali ke bentuk asal. Tidak boleh... aku mengeluh. “Ya aku masih lembap...” menyesal pula merosakkan kertas itu.

Tanpa membuang masa aku terus membuka hadiah itu dengan cepat. Terketar-ketar aku mengeluarkannya dari kotak itu.

            “Har... Harry, apa awak buat ni?” hampir pengsan aku melihat pingat sukan termasyur dunia itu berada di tanganku. Ada kad yang terlekat di pingat itu yang tertulis...

            ‘KISS ME’

            “Oh...” aku terus menangis sambil memeluk pingat itu. “Apa awak buat ni Harry...”

            Aku macam tak percaya!!!

            Sepanjang malam itu aku tidur bertemankan air mata dan hadiah dari Harry itu aku peluk dengan kejap. Awak masih ingatkan saya... kenapa mesti awak ingat saya? Awak dah buat saya semakin sukar untuk melupakan awak. Adakah aku bermimpi...?

*********

            SARAPAN pagi itu diadakan di sebuah restoran paling mewah dalam Hotel Paradise milik seorang anak hartawan ternama iaitu Rayyan tunang kepada pianist terkenal. Harry bersedia untuk bertemu dengan sahabat lamanya itu dan sarapan bersama. Harry menerima jemputan dari Ray untuk menginap sementara di hotel itu dan beberapa sidang akhbar juga akan diadakan di sini. Sidang akhbar pertama akan diadakan petang ini pada pukul 2 petang.

            Harry mengenakan sut hitam, dia kelihatan kemas malah ketampanannya semakin terserlah ketika usianya mencecah 25 tahun. Dia memilih tali leher berwarna kelabu dan memakainya dengan penuh gaya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya Harry tersenyum.

            “Rasa bersemangat pula tiba-tiba...” Harry ketawa kecil sambil melihat jam di tangan. “Adakah dia akan lambat? Kalau kau lambat siaplah si lembap!” Harry membebel seorang diri seolah-olah gadis itu berada di depan matanya.

            “Tuan muda... Tuan Muda Rayyan dah sampai ke dewan makan.” Encik Yusuf datang dan menyampaikan perkara itu kepada Harry.

            “Okey... kita pergi sekarang.” Harry mengangguk dengan bersemangat. Mereka melangkah keluar dari bilik penginapan mewah itu menuju ke lif. Langkahnya teratur, gayanya mampu membuat setiap mata akan menoleh berkali-kali untuk melihatnya. Auranya masih seperti Presiden Persatuan Pelajar yang popular ketika di Adam Taylor High School, malah kini lebih berpengaruh dan menjadi gilaan para gadis. Mereka berselisih dengan beberapa tetamu lain turut ingin keluar bersarapan. Mereka saling mengucapkan tahniah kepadanya. Harry melayan dengan mesra. Jauh berbeza dengan sikapnya dahulu, seorang yang beku! Ternyata lapan tahun cukup untuk Harry mendidik jiwanya.

            Sambutan kelas pertama diberikan walaupun dia hanya turun untuk bersarapan pagi. Harry dibawa ke sebuah meja bulat di satu sudut yang paling menarik dalam dewan makan itu. Ray yang melihat kehadiran Harry terus bangun berdiri sambil tersenyum. Mereka berpelukan mesra walaupun lapan tahun lalu mereka berpisah dalam keadaan dingin. Kematangan telah mengajar mereka erti sebuah persahabatan yang mereka kurang hargai dahulu.

            “Well... kau semakin hebat sekarang. Hotel Paradise jauh lebih mengagumkan dari apa yang aku bayangkan.” Puji Harry jujur apabila mereka sudah duduk di kerusi masing-masing.

            Ray hanya tersenyum bersahaja. “Siapalah aku nak dibandingkan dengan hero Malaya seperti kau.” jujur Ray mengimbangkan pujian.

            Harry hanya mengangkat kening menerima pujian dari Ray itu. “Agak menyedihkan... hanya kau seorang yang menyambut kepulangan aku.”

            “What the...?!” tiba-tiba seseorang menepuk bahu Harry dari belakang.

            Harry tersentak dan terus menoleh. Dia melihat Sam dan Will tersengih dibelakangnya.

            “Hah...” Harry masih tidak percaya melihat rakan-rakan lamanya itu.

            Mereka terus berpelukan mesra. Harry tidak menyangka Sam akan datang dari Singapura untuk bertemu dengannya manakala Will yang kini sedang melanjut pelajaran ke peringkat sarjana di salah sebuah university tempatan juga sanggup bertemu dengannya.

            “Macam mana? Rasa suasana ni lebih baik dari dulu ke?” Ray sengaja membuka topik itu.

            “Aku rasanya ya... dulu kita lebih banyak bincang masalah sekolah dari hal lain.” Sam mengeluarkan pendapatnya.

            “Jangan ingat lagi zaman sekolah, saya tak sanggup ingat lagi.” Celah Will sambil ketawa.

            “Tapi... zaman sekolah adalah zaman yang paling menyeronokkan.” komen Harry dengan selamba.

            Mereka bertiga berhenti ketawa dan memandang Harry dengan aneh.

            “Er... nampaknya kita tak boleh panggil dia presiden beku lagi...” Sam sempat bergurau apabila melihat peribadi Harry yang jauh berubah.

            “Mungkin dalam hati sudah ada taman...” Will pula mencelah.

            “You look better Harry...” Ray menepuk bahu Harry dengan mesra.

            “Iyake...” Harry mengangkat bahu.

            “Where’s Sally? Bukan dia ada kat Malaysia juga ke sekarang?” Tiba-tiba Will menyoal.

            Berubah air muka Harry ketika itu, Ray yang menyedari hanya tersenyum. “Sally ada hal pagi ni, jadi tak dapat join kita”

**********

            AKU mendongak melihat Hotel Paradise yang kelihatan gah itu. Hari ini barulah aku melihat dengan jelas rupa bentuk hotel itu di siang hari. Ini kali ke dua aku datang ke sini. Aku menarik nafas panjang-panjang. Melihat kepada penampilanku aku juga rasa ragu-ragu untuk menjejakkan kaki ke dalam hotel mewah ini yang mementingkan protokol. Bukan sebarangan orang yang boleh keluar masuk tanpa tujuan, etika pemakaiannya juga ketat.

            Dengan memakai jeans dan baju kemeja bercorak kotak-kotak, beg galas silang di bahu, aku kelihatan sangatlah tidak berprotokol. Ingin saja aku berpatah balik, tetapi bagaimana dengan barang ini pula? Harry... awak memang sengaja menyusahkan saya!!

**********

            HARRY berjalan pulang ke biliknya bagi membuat persedian untuk sidang akhbar petang ini. Moodnya tiba-tiba sahaja berubah, entah kenapa dia pun tidak pasti. Pembantu setianya disuruh untuk menunggu seseorang di lobi hotel kerana dia tahu si lembab Aya itu pasti akan seperti kucing kehilangan anak apabila datang ke hotel seperti ini.

            Dia membuka pintu biliknya dan terus masuk tanpa menyedari apa-apa. Jantungnya seperti ingin luruh kerana terlalu terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak diundang di dalam biliknya itu.

            “What are you doing here?” Harry menyoal dengan wajahnya yang serius.

            “Just because I miss you...” jawab wanita itu sambil bangun berdiri dari sofa tempatnya menunggu sejak tadi.

            “Sally... are you out of your mind? Macam mana kalau pihak media dapat tahu semua ni?” Harry bertegas.

            “Kenapa you masih macam ni. You tak gembira ke jumpa I?” Sallyna menyoal dengan sedikit hampa.

            “Sally, you tak sepatutnya fikir pasal semua tu sekarang. You dah bertunang dengan Ray!”

            “Sebab you! Sebab you tak nak pertahankan perasaan you kat I lah... kita jadi macam ni.”

            “Semua hal yang lepas tu... aku dah tak nak ingat lagi.” Harry memalingkan badannya dari menghadap Sallyna.

            “I tak percaya!” Sallyna terus berlari dan memeluk belakang Harry dengan kejap.

            “Sally...”

            “I tahu you masih cintakan I...”

**********

            “KENAPA saya kena hantar barang ni ke suite dia? Encik tolonglah saya...” ujarku ketika dalam lif kepada lelaki yang mengaku pembantu peribadi Harry itu.

            “Tuan muda nak cik yang hantar barang itu sendiri. Kita dah sampai, silalah...”

            Aku semakin berdebar rasanya. Macam mana ni? Aku sudah bersedia ke bertemu dengannya semula setelah bertahun-tahun? Debaranku semakin terasa apabila kami sudah berada di hadapan bilik lelaki itu. Encik Yusuf membuka pintu bilik itu dengan perlahan menggunakan kod nombor dan aku hanya mampu menggenggam tanganku mencari kekuatan.

            Aku memandang ke depan... hampir terlepas kotak hadiah yang diberikan oleh Harry itu melihat apa yang berada di depan mataku ini.

            ‘Har... Harry...’ namanya tidak mampu aku lafazkan. Tersekat di kerongkong dan dadaku seperti ingin pecah!

            Sallyna masih memeluk belakang Harry dengan kejap. Mereka kelihatan sangat merindui satu sama lain dengan dakapan penuh perasaan itu.

            Encik Yusuf pula kelihatan terpinga-pinga dan aku hanya terpaku di pintu itu tanpa sepatah kata. Pucat wajahku ketika itu seperti tiada setitik darah. Kelam kabut Encik Yusuf menutup kembali pintu suite mewah itu.

            “Er... kita sampai pada waktu yang tak sesuai.” wajah lelaki itu serba salah melihat keadaanku itu.

            Aku yang baru tersedar terus menyerahkan kotak hadiah itu kepada Encik Yusuf.

            “To... tolong ucapkan terima kasih kepada Tuan Muda Harry. Jangan cakap yang saya dah sampai ke sini. Anggaplah saya bagi barang ni di bawah tadi! Tolonglah...”

“Ba... baik cik.” Encik Yusuf juga masih bingung dengan keadaan yang berlaku itu.

“Terima kasih!”setelah menyucapkan ayat itu aku terus membuka langkah. Perlahan dan semakin laju dan aku terus berlari sekuat hati menuju ke lif.

            Ketika aku memasuki lif hanya aku seorang dan aku mengambil kesempatan itu untuk menangis sepuas hati. Aku terjelepok jatuh di lantai lif. Aku memegang dadaku yang rasa sakit seperti disiat-siat. Layakkah aku nak sedih macam ni?!!! Tapi aku memang menyukai dia walau terpaksa menipu untuk seumur hidup.

            “Ke... kenapa awal sangat... awak nak tunjukkan kepada saya...”

            Aku menekup wajah dengan kedua belah tangan dan lututku lemah sehingga aku tidak mampu berdiri lagi.

p/s: Silalah tinggalkan komen anda..^_^

             

            

Share this novel

lia_aliana
2021-03-01 10:45:05 

aku nagis do

liyana
2021-02-10 13:54:36 

dia bagi kawan tu pingat dia .....i'm crying

Salmah Ahmad
2020-10-23 20:28:16 

I'm cry


NovelPlus Premium

The best ads free experience