Putera Impian!

Romance Completed 117449

BAB 4

SEMAKIN hampir dengan majlis tari-menari itu aku semakin berdebar, mana tidaknya aku akan diperkenalkan sebagai kekasih presiden persatuan pelajar sekolah ini. Kalau boleh aku ingin mengelak dari semua ini, tetapi aku seperti tidak berdaya melepaskan diri dari singa jadian itu. Sumpah, tiada sedikit pun rasa bangga yang terselit di hatiku melainkan rasa seperti boneka yang dikawal oleh seorang diktator.

            “Hai, si comel!!” Aku tiba-tiba di sapa oleh salah seorang warga Asrama Putera Emas yang turun bersarapan pada pagi itu. Aku turut bersarapan di dewan makan yang dilengkapi penyaman udara, pentas persembahan, malah meja-meja yang dihias cantik dan pelbagai lagi kemudahan. Seperti dewan di hotel.

            “Sorry, pasal hal hari tu. Kita orang tak sempat nak minta maaf kat Cik Aya.” Ujar salah seorang pelajar yang agak berisi. Mereka dalam lingkungan 6 orang datang duduk di depan aku. Ada juga yang berdiri kerana tiada tempat duduk kosong memandangkan meja bulat yang aku duduki itu hanya memuatkan 5 orang.

            Aku hanya mengangguk. Bukan salah mereka sangat. Aku yang cuai, tidak mengunci pintu.

            “Teruk kami kena dengan presiden pasal hal tu.” Rungut pelajar lelaki yang memakai tag nama Fitri. Ramai juga pelajar melayu di sekolah ini.

            “Kena apa?” Aku terasa berminat pula ingin tahu.

            “Kami kena cuci tandas, bersihkan kawasan padang sekolah yang besar tu. Tak boleh mandi kat kolam air panas selama sebulan. Macam-macamlah!” keluh pelajar berisi itu pula.

            “Lepas ni legalah. Dia dah tak jadi presiden asrama. Boleh la kami kacau Cik Aya lagi, kan?”

            Aku tersengih seperti kerang busuk. Mereka ni....

            “Setuju! Memang best dia dah tak jadi presiden asrama!” Aku mengangkat lima jari. “Give me five!” Ujarku sambil ketawa ceria.

            “Yeahh!!” mereka menyahutku. Kami ketawa beramai-ramai.

            “Cik Aya ni memang sempoilah... tak macam student perempuan kat sekolah ni. Semuanya nak control cantik aje.”

            “Hehehe...” Aku ketawa bangga. Kembang kempis hidungku dibuatnya.

            “Comel pulak tu. Nak couple dengan saya?!” Tiba-tiba Fitri meyoalku dengan ketawa kecil. Tangannya dihulur kepadaku. Rakan-rakannya turut ketawa nakal.

            “Ala... terlambatlah, presiden dah lamar saya. Hahaha...” Aku sengaja membalas usikan mereka itu dengan perkara yang betul.

            “Alamak... presiden la pulak. Kalau orang lain saya boleh la main rebut-rebut!” Ujar Fitri yang ternyata bergurau sebentar tadi.

            Aku tersenyum panjang. Bestnya... tak semua pelajar lelaki kat sekolah ini teruk! Ada juga yang low profile seperti mereka ini walaupun aku tahu mereka ni bukan calang-calang juga. Lihat saja gaya mereka yang sangat mewah dari kaki sampai ke hujung rambut! Sudah seperti kumpulan K-pop la pulak. Jambu-jambu belaka pula tu. Hai Aya... senyum sikir-sikit sudah!

**********

            APA KHABAR orang kampung lama sudah tak berjumpa! Lalalala... sedap juga menyanyi lagu Sudirman itu sambil berjalan kaki ke sekolah. Aku baru keluar dari kawasan Asrama Putera Emas untuk menuju ke pintu pagar sekolah ini. Sebenarnya, aku rindukan suasana kampung arwah ibu di utara tanah air. Sejak ibu meninggal kami jarang pulang ke sana.

            “Itu bukan ke baju seragam sekolah biasa. Apa dia buat kat sekolah kita ni?”

            “Tengoklah gaya rambut dia. Teruk betul.”

            "Tiba-tiba aku terasa telingaku panas. Mataku sempat menangkap beberapa pelajar perempuan Adam Taylor High School sedang berkumpul di satu tempat sebelum memasuki kelas. Mereka berbisik sendiri sambil mencebik bibir melihatku yang lalu di depan mereka untuk menuju ke pintu pagar sekolah itu. Teruk sangat ke penampilan aku ni? Baju kurung putih dan kain berwarna biru laut. Rambutku yang panjang paras bahu kuikat tocang. Turut disertakan cekak berwarna hijau. Warna kegemaranku. Macam badutkah?! Aku cuba memekakkan telinga. Jangan cari pasal kat tempat cari makan. Kalau mereka cari pasal dengan aku kat luar pintu sekolah ni baru tahu langit tinggi rendah.

            “Aya..!”

            Aku berhenti melangkah apabila ada seseorang melaung namaku. Aku menoleh ke kanan dan melihat Ray melangkah laju menuju ke arahku. Lantas aku melambaikan tangan kepadanya. Malu kepada Ray tentang hal semalam cuba aku ketepikan.

            “Nak pergi sekolah ke?” Soal Ray tatkala berhenti di depanku.

            “Taklah... nak pergi clubbing.” Aku sengaja membuat loyar buruk. Sudah gaharu cendana pula si Ray ni. Lelaki itu ketawa, sungguh kacak! Aku pula tersenyum simpul dek penangan senyumannya itu. Uhuks! Cutenya Senior Ray.

            “Tengoklah... dia bercakap dengan Senior Ray.” Suara budak-budak perempuan tadi kedengaran semula. Aku tersengih dalam hati.

            “Berani betul...” Budak perempuan yang memakai cermin mata itu ingin datang ke arah kami namun dihalang oleh rakannya. Wajahnya ternyata penuh cemburu!

            “Ini...” Ray mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Aku hanya memerhati dengan penuh tanda tanya.

            “Hadiah?” Aku ternganga. Kotak yang berbalut cantik itu bertukar tangan. Aku memerhati dengan teruja. Apakejadah si Ray ni nak bagi aku hadiah? Hari ni hari jadi aku ke? Aku mencongak dalam hati. Ehh! Bukanlah. Habis tu untuk apa?

            “Untuk apa ni Senior Ray?” akhirnya aku bertanya setelah puas otakku bekerja memikirkan tujuan dia memberiku hadiah itu.

            “Berhenti panggil saya senior.” Ray melemparkan senyuman manis kepadaku.

            “Senior Ray... mana boleh macam tu. Ini lebih baik saya panggil senior, tuan muda.” Aku mengetap bibir. Sengaja membuat segan-silu. Manakala pelajar-pelajar perempuan tadi semuanya ternganga melihat telatahku dengan lelaki paling hot sekolah ini. Aya! Kau dah berjaya bagi mereka sedar langit tinggi ke rendah. Haha... aku ketawa bangga dalam hati.

            “Hadiah tu...” Ray membuka mulut selang beberapa saat kami terdiam.

            Yelah! Macam mana aku boleh lupa fasal hadiah ni.

            “Senior... hari ni bukan hari lahir sayalah. Senior dah salah hari bulan ni.” Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

            Ray mendekatkan bibirnya di telingaku. Badannya yang lampai itu dibongkokkan.

            “Hadiah ni... awak tolong berikan kepada pelajar perempuan yang berikan saya hadiah masa kat sekolah awak hari tu.” Ujar Ray sebelum menegakkan badannya semula. Wajahnya yang kacak berkaca mata itu tetap manis dengan senyuman.

            Erk! Aku menelan liur. Mukaku tiba-tiba terasa panas. Aya! Bodohnya kau. Tak fasal-fasal dapat malu dua kali ganda dengan mamat ni! Ish... dia ni pun cakaplah awal-awal, taklah aku rasa malu gila macam ni.

            “Iyake...” Aku ketawa sopan sambil menutup mulutku. Aku yakin pelajar-pelajar perempuan tadi tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Ray. “Saya faham...” Sambungku menahan malu. Mukaku mula terasa panas dan pipiku sudah seperti Pikachu!

            “Ray... kau disini rupanya.” Tegur Will. Dia bersama Sam dan Harry berjalan menghampiri kami.

            Aku menyorok hadiah dari Ray itu ke dalam beg sekolahku sepantas yang mungkin. Dan aku menyedari semakin ramai pelajar perempuan Adam Taylor berkumpul tidak jauh dari kami. Mereka seperti tidak berpuas hati melihatku di tengah-tengah sekumpulan lelaki hot sekolah ini. Iaitu Ray anak pemaju hartanah terkemuka Asia. Sam, anak lelaki tokoh politik yang berpengaruh. Serta Will, anak lelaki tunggal Duta Denmark ke Malaysia. Dan... si singa jadian itu. Aku sendiri tidak pasti siapa ibu bapanya. Kerana Harry amat terkenal dengan penyakit perahsianya yang kronik!

            “Pengetua panggil kita semua berkumpul kat bilik dia. Ada hal perlu dibincangkan tentang Persatuan Pelajar.” Beritahu Sam. Sempat Sam mengerling ke arahku dan mengenyitkan mata. Ahh... dasar mata keranjang.

            “Hey, perempuan lembap! Nak pergi sekolah pun lembap ke? Sekarang dah pukul berapa!” Harry yang berdiri terpacak betul-betul di depanku membuka mulut. Matanya mencerlung tajam menikamku seperti tombak berapi.

            Aku memandangnya dengan geram. Mataku mengecil melihatnya. Kecik je aku tangok mamat ni. Tak lambat makan penumbuk sulung aku la gamaknya. Eleh, berani ke kau Aya?

            “Aku yang tegur dia tadi.” Ray seperti membela. “Pergilah sekolah... dah lambat ni.” Ujar Ray sambil menepuk belakangku dua kali.

            “Saya pergi dulu.” Aku menunduk sedikit memberi hormat kepada tuan-tuan muda di depanku ini sebelum berlari anak menuju ke pintu pagar sekolah itu.

            “Aya tu... comel betul, kan?” Ujar Sam sambil tersengih.

            “Rajin pulak tu. Semalam dia tolong pekerja lain kat dobi. Walaupun itu bukan skop kerja dia.” Balas Will pula.

            “Perempuan tu serabut nak mampus! Dah la jom pergi bilik pengetua.” Harry dengan selamba berjalan meninggalkan rakan-rakannya.

            “Presiden!!” Ada pelajar perempuan menjerit memanggilnya sambil melambai-lambai tangan. Harry sekadar tersenyum sekali. Kemudian, terus memandang ke depan tanpa mempedulikan mereka. Dengan Langkah bergaya Harry menuju ke Blok Hal Ehwal Akademik di mana terletaknya bilik pengetua.

            “Dia senyumlah!!” Lagi bertambah sukalah pelajar-pelajar itu dengan reaksi Harry yang lain dari selalu. Mantan Presiden Asrama itu terkenal dengan sikap tegas tetapi sangat kacak! Harry tidaklah sombong, namun sikapnya yang tidak suka akan perkara-perkara remeh menyebabkan dia kelihatan agak sombong.

            “Harry tu... kenapa marah sangat dengan Aya?” Soal Sam dengan hairan.

            Will hanya mengangkat bahu kerana dia sendiri turut hairan dengan sikap Harry terhadap Nur Marhaya.

            “Mari kita pergi.” Ray melangkah ke depan sambil tersenyum. Dia tahu ada sesuatu antara Harry dan Aya, cuma Presiden Persatuan Pelajar yang baru itu cuba mengaburi mata orang sekeliling.

            “Selamat pagi, Putera Cool!!” Jerit sesetengah lagi pelajar perempuan yang berkumpul tadi. Ray mengankat tangan sebelah dan melambai kepada mereka sambil berjalan menuju ke bilik pengetua.

            “Coolnya dia... tak seperti presiden yang sombong tu!”

            “Apa kau cakap?! Kau kata presiden sombong! Jaga mulut kau tu.” Pelajar perempuan yang berambut pendek itu menolak rakannya dengan marah.

            “Memang presiden tu sombong.”

            “Berani kau kutuk putera aku!”

            Mereka lawan menolak bahu dan rakan-rakan mereka yang lain pula turut membuat riuh.

            “Hey, girls!” Sam menjerit lantang.

            Semua mereka memandang ke arah Sam dan berhenti bertekak.

            “Di sini putera romantik kan ada... kenapa nak gaduh-gaduh!” Sam mengenyit mata sambil menghulur tangan kanannya.

            “Aaa... Senior Sam!!” Terus mereka meluru ke arah Sam. Will hanya menggeleng kepala dengan telatah luar biasa pelajar Adam Taylor ini. Seperti berada di sekolah tinggi Jepun pula. Seperti inilah suasananya. Lagipun, pelajar sekolah ini sememangnya datang dari seluruh pelusuk dunia. Ada dari Jepun, Korea, China, Eropah dan sebagainya.

**********

           

            “44 kali dia cakap aku lembap, nanti betul-betul lembap la aku jadinya. Dasar lelaki bermulut busuk!” Aku menjerit geram sambil kakiku melangkah memasuki kelas.

            “Hari-hari mulut muncung. Kami hairan dengan kau ni, Aya. Kalau kami yang tinggal kat asrama tu. Ahh!!” Bella memegang kedua belah pipinya sambil membayangkan dia berada di asrama elit itu. Pasti suasana yang penuh romantik antara dia dan semua penghuni Putera Emas yang cute dan kacak-kacak belaka itu.

            Aku melepaskan keluhan dari mulut dan berjalan menuju ke tempat dudukku tanpa mempedulikan usikan rakanku yang fanatik tu.

            “Tuan Muda Harry... mari saya tolong urutkan. Kat mana lenguh?” Rita lantas berdiri dan membuat muka manja. Lakonan yang hebat. Nak termuntah aku tengok.

            “Saya nak tengok Tuan Muda Harry berlatih renang. Boleh tak?” Bella pula menyambung lakonan Rita.

            “Hey! Dari kau korang buang masa berangan pasal mamat singa tu lebih baik tolong sapu sampah. Hari ni siapa yang bertugas!” Aku sengaja mematikan angan-angan rakanku yang mula melalut itu.

            “Aya! Kau ni tak normal ke? Lelaki kacak macam president and the geng tu pun kau boleh buat tak tahu aje.” Rita menolak bahuku dengan kasar. Mulutnya di muncungkan.

            “Iyelah... entah-entah kau ni...” Bella pula cuba mencabar kesabaranku.

            “Heyy!!” Aku menjerit. Satu kelasku terkejut dengan suaraku itu. Pelajar-pelajar lelaki yang baru memasuki kelas pula terpaku di muka pintu. Masa seperti terhenti. Semua orang berhenti bergerak dan hanya kaku sambil melihatku yang sudah berdiri atas kerusi.

            Sambil mencekak pinggang aku bersuara. “Dengar sini... aku tak minat lelaki-lelaki plastik macam pelajar Adam Taylor tu tahu tak! Dan... aku bukannya tak normal!” Aku melompat turun dari kerusi. Terus berjalan keluar dari kelas dan sempat aku melanggar bahu rakan lelaki kelasku yang masih kaku di depan pintu.

            “Ketepilah!” Aku menengking. Terkebil-kebil pelajar lelaki kelasku itu. Mereka bergerak ketepi dan saling berpandangan dengan hairan.

                         Bella dan Rita ternganga kerana tidak percaya akan kejadian sebentar tadi.

            “Aku rasa... kita dah keterlaluan kat dia.” Rita mula menyesal.

            Bella mengangguk dengan perlahan. “Aya tu... kenapa dah tak boleh bergurau sekarang ni?”

            Rita turut menggeleng. “Musnahlah harapan aku nak minta bantuan Aya untuk berjumpa dengan pelajar hot Adam Taylor tu.” Rita terduduk dengan kecewa.

            “Kau masih fikirkan dia orang sedangkan Aya dah naik meroyan tu! Jom cari dia sebelum cikgu masuk!” Bella terus menarik tangan Rita.        

*********

            “SINI-SANA orang sebut nama jin tu! Macam ni boleh naik hantu la aku!”

            Aku duduk di tebing padang sekolah. Sambil mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir. Aku rindukan ayah, abang dan adik-adik. “Kamu semua tahu tak, kakak sangat menderita kat sini. Kakak seperti hamba abdi kepada lelaki tak berhati perut tu. Mengarah, mengutuk sesuka hati. Panggil akak lembap pulak tu.”

            Aku duduk memeluk kedua belah kakiku. Di bawah pohon yang aku tidak pasti namanya itu menjadi tempat aku meluahkan perasaan.

            “Aya...” Bella duduk di sebelahku. Macam mana mereka tahu aku kat sini?

            “Aya... maafkan kami.” Rita turut duduk di sebelahku. Tanganku dicapai. Aku dikepit kedua sahabatku ini.

            “Kami janji. Lepas ni kami tak kan sebut lagi pasal Tuan...”

            Bella pantas menutup mulut Rita “Kata jangan sebut!”

            “Err... ya, betul tu. kami tak kan sebut lagi pasal mamat-mamat plastik tu. Janji!” Serentak Rita dan Bella mengangkat tangan seperti bersumpah.

            “Maafkan aku jugak. Aku tak sepatutnya mengamuk macam tu kat kau orang.” Aku memeluk kedua sahabatku itu.

            “Betul ni?” Bella menghantar pertanyaan untuk kepastian.

            “Betul...” Aku tersenyum. Kemudian senyuman aku mati apabila melihat Cikgu Azman yang berjalan ke arah kami sambil tangannya disembunyikan di belakang. Hah, sudah!

            “Cik... Cikgu Azman!” Aku terjerit kecil. Lantas Bella dan Rita juga memandang ke arah yang sama.

            “Ma... matilah kita!” Rita bangun berdiri.

            Piaapp!!! Rotan Cikgu Azman singgah di tangan kami bertiga. Sakitnya bukan kepalang. Tanganku juga berbirat dan meninggalkan kesan merah melintang di tapak tanganku. Sakit oiii! Aku terasa ingin terlompat. Ini kali pertama rotan cikgu disiplin itu singgah di tangan aku.

            “Waktu-waktu macam ni orang ada dalam kelas yang kamu bertiga boleh pulak melepak kat sini. Belajar ponteng yer!” Tengking Cikgu Azman memeranjatkan kami.

            “Maafkan kami.” Serentak kami bertiga bersuara. Seperti bujang lapok saja bunyinya.

*********

            KRINGGG!!! Kedengaran loceng berbunyi isyarat waktu rehat. Aku masih terasa sakit di tangan hanya mengeluh dan menyembamkan muka di meja. Mujurlah ketika kami masuk kelas tadi cikgu subjek Kimia pun baru saja masuk kerana ada mesyuarat pada pagi tadi. Kalau tidak sudah pasti kena marah lagi. Semuanya setan tu punya pasal lah! Sejak aku berjumpa dengan dia, hidupku terus jadi huru-hara.

            “Aya!” Rita gadis hitam manis itu menepuk bahuku. Aku mengangkat muka dengan mata separuh terbuka.

            “Jom pergi makan,” Ajaknya.

            “Takpe... kau orang pergilah. Aku tak ada selera ni.” Ujarku.

            Melihat keadaanku yang tidak bermaya itu, Bella dan Rita terus keluar menuju ke kantin. Tinggallah aku dan beberapa lagi rakan kelasku yang tidak keluar rehat.

            “Hah!!” Aku memanggung kepala dengan tiba-tiba.

            Beberapa rakanku itu tersentak sehingga terjerit kecil dengan aksi aku itu. Aku menoleh ke belakang dan sempat tersenyum hambar kepada rakan sekelasku yang berkumpul ramai-ramai.

            “Sorry.” Ujarku menyedari kesilapan. Buat orang sakit jantung aje aku ni.

            Hadiah Senior Ray! Aku terus bangun dan mengeluarkan hadiah itu dari beg yang kugantung di kepala kerusi.

            “Untunglah kau...” Sempat aku cemburu apabila melihat hadiah itu.

            Aku melangkah menuju Blok B sekolah yang menempatkan pelajar tingkatan tiga. Kakiku berhenti di depan kelas 3A. Aku kenal pelajar yang memberi hadiah kepada Senior Ray itu. Satu kelab dengan aku jugaklah. Apa yang aku tahu tentang Ray, dia adalah lelaki yang sangat cool. Apa-apa pun dia senyum saja. Malah dia sangat peramah dengan peminat-pemintanya. Ceh! Macam artis aje. Tapi, itulah hakikatnya sekarang. Ray sangat baik hati, sesiapa yang memberikannya hadiah, dia pasti akan membalas jika dia tahu siapakah yang memberinya. Tetapi, tengoklah juga pada keadaan. Jika dia rasa dia perlu balas, dia akan balas.

            Itulah... aku yang dungu kerana terlupa semua itu. Perasan kata Senior Ray yang nak bagi aku hadiah, rupanya kat junior aku ni. Malu betul!

            “Yer, Kak Marhaya. Buat apa kat depan kelas kita orang ni?”

            “Hah?” Aku terkebil-kebil. Oh... dah lama rupanya aku terpacak depan kelas mereka. Aya! Tak habis-habis berangan!

            “Er... Dina ada?” Soalku kembali sedar.

            “Dina! Dina! Ni Kak Senior nak jumpa!” Jerit rakannya itu nyaring,

            Adoi! Pekak telinga aku macam ni. Tapi aku tetap tersenyum.

            “Eh, Kak Aya. Ada apa?” Soal Dina setelah datang di depan pintu kelasnya. Beberapa rakannya juga datang menyibuk.

            “Ni...” Aku menghulurkan hadiah pemberian Ray. “Tuan Muda Rayyan bagi kat awak.” Ujarku pantas supaya mereka ini tidak salah faham pula seperti aku tadi.

            Mereka berpandangan sesama sendiri. Mulut masing-masing terbuka luas. Seperti tidak percaya. Dan aku bersedia untuk menutup telinga.

            “Nak ke tak nak?” Aku memprovok. Sengaja ingin menguji budak-budak ekstream ini.

            “Aaaaaa!!!!” Mereka melompat-lompat keriangan. Lantas berebut-rebut ingin mengambil hadiah itu dari tanganku. Akhirnya terlepas juga ke tangan pemiliknya. Dina. Sudahku agak, hampir pekak telinga aku ini dek penangan jeritan mereka.

            “Macam tak percaya! Tuan Muda Ray!!!”

            Aku tersengih. Gila budak-budak zaman sekarang ni. Macamlah kau tu tak budak-budak sangat, Aya. Kadang-kadang lebih dasyat dari mereka.

            “Bukalah! Bukalah!” Gesa salah seorang rakannya itu.

            Aku tidak jadi melangkah. Ingin tahu juga apa isi kandungan dalam kotak kecil itu. Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena tahu juga. Perlahan-lahan aku mengintai dan menyelit dalam kumpulan mereka yang berkerumun di sekeliling Dina.

            “Cepatlah...”

            “Aku nak buka dengan hati-hatilah! Ini hasil usaha Putera Ray membalutnya tahu.” Balas Dina sambil memuncung mulutnya.

            “Tiket!” Dina terlopong tatkala kotak itu dibukanya.

            Tiket? Tiket wayangkah? Aku turut tertanya sendirian.

            “Tiket Majlis Tari-menari Tahunan Sekolah Tinggi Adam Taylor!” Dina melompat sambil menjerit.

            “OMG!!!!!”

            “Kepada kamu yang berikan saya cawan yang comel tu, saya ucapkan terima kasih. Ini tiket untuk majlis tari-menari sekolah kami. Saya hadiahkan kepada awak sebanyak 5 keping. Boleh ajak kawan-kawan awak sekali. Ok... Salam Hormat dari Ray- Bendahari Persatuan Pelajar Sekolah Tinggi Adam Taylor.” Dina membaca satu persatu ayat di kad yang disertakan dalam kotak itu. Apalagi kesemua rakan-rakannya turut melompat gembira.

**********

SENIOR RAY... awak ni memang pandai ambil hari perempuan walaupun awak bukan buaya darat macam si Sam itu. Aku mengeluh sepanjang perjalanan pulang dari sekolah pada petang itu. Kenapa mesti aku rasa macam tak puas hati? Aya! Jangan nak pusing kepala otak kau tu.

            “Perempuan lembap!”

            “Ya... ada apa setan?” Aku membalas dengan berani walaupun ayat itu hanya aku sahaja yang mendengarnya. Suara yang datang dari belakangku itu sungguh aku kenali dan kalau boleh ingin aku hindari dari menerobos ke dalam lubang telinga aku. Boleh terkeluar dengan sendiri tahi telinga aku dek suara dari mulut lelaki yang menjengkelkan itu!

            “Ya, presiden.” Kali ini barulah aku meninggikan sedikit suara. Dengan perlahan aku menoleh berhadapan dengannya. Kau macam reda aje si keji itu memanggil kau macam itu, Aya. Kenapa mesti kau menjawab! Dalamanku memberontak hebat walaupun luaran aku terpaksa berlagak seperti hamba abdi.

            Harry menghampiriku. Dekat. Aku tidak berani mendongak memandangnya. Kini kami berdiri betul-betul di hadapan pintu biliku yang bersebelahan dengan biliknya.

            “Aku lapar. Pergi ambil makanan kat dining untuk aku.” Arah Harry sambil berdiri menyeluk kedua belah saku seluarnya.

            “Itu tak termasuk dalam skop kerja saya, presiden.” Aku menjawab dengan tegas. Melampau betul mamat ni.

            “Tapi termasuk dalam skop kerja sebagai kekasih aku! Kau tentu tak nak kehilangan kerja kat sini, kan. Memandangkan aku bukan lagi presiden asrama tapi... aku boleh aje pecat kau dengan kesalahan mengintip perbualan Ahli Persatuan Pelajar!”

            “Langsung tak bermunasabah!” Aku menjerit. “si keji!!!” Aku memukulnya dengan fail bukuku yang tebal. Harry menepis namun tidak berjaya, aku menolaknya sehingga jatuh ke lantai. Aku memukul lagi dengan sepuas hatiku. Harry merayu supaya aku menghentikan pukulan. Tidak aku pedulikan rayuannya, aku terus memukulnya sehingga aku terasa puas!

            “Rasakanlah!!!” Aku terus menghentamnya tanpa belas kasihan sehingga pecah fail aku itu. Buku-buku bertaburan di lantai. Hah! Puasnya hati aku!

            “FAHAM tak?!”

            Aku tersedar. Hampir terangkat tubuhku kerana terperanjat. Mataku terbeliak memandangnya yang masih berdiri di depanku dengan lagak sombongnya. Aku melihat tanganku. Fail masih elok tanpa apa-apa kerosakan.

            “Sempat lagi kau berangan depan aku!” Harry mengambil fail di tanganku lalu mengetuk kepalaku dengan sekali ketukan. Kemudian, fail itu dibiarkan di atas kepalaku.

            Aku ternganga. Kenapa aku hanya berani dalam angan-angan?! si keji!!!! Mataku memandang dengan perasaan yang sangat tidak puas hati.

            Harry dengan selamba berjalan memasuki biliknya dan ditutup pintu dengan kuat. Aku terus menuju ke pintu biliknya dengan perasaan geram bercampur marah. Fail buku itu aku campak ke lantai. Tiba sahaja di depan biliknya aku menyelak kain sehingga paras betis dan bersedia untuk menendang pintu biliknya!

            “Yaaahhh!!” Kakiku dengan pantas diangkat dan sasaranku ialah pintu bilik singa jadian itu.

            Krek! Pintu bilik di buka dari dalam. Aku sudah pun menjulur kaki ke depan dan...

            “Argghh!!” Harry menjerit kesakitan! 

            Aku pula terkaku kerana kakiku bukan berada di pintu. Tetapi, di tempat yang tidak sepatutnya! Alamak!!! Aku menggigit jari dan mataku terbuka luas kerana sangat terkejut melihat Harry terbaring di lantai sambil mengerang kesakitan. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience