Series
208049
~Never ignore a person who loves you, cares for you and misses you, because one day... you might wake up and realise that you lost the moon while counting the stars.~
"Nuh!"
Nuh berpaling. Nia mendekat sambil membawa beg bekal makanannya. Tiba-tiba gadis itu menghulurkan tangannya. Hujung kening Nuh ternaik, gadis itu sekali lagi menginsyaratkan dia menyambut huluran itu. Lambat-lambat dia menadahkan telapak tangan. Agak terkejut kecil dia bila Nia meletakkan satu kotak kecil di telapak tangannya.
"Untuk apa ni?" soal Nuh terkejut dengan pemberian Nia yang tiba-tiba itu.
"Hadiah," ujar Nia sepatah lalu bergerak ke sisi kereta Nuh.
Nuh menyimpan kotak pemberian Nia ke dalam poket seluar slacknya.
"Ok, faham hadiah. But why? What for?"
"Happy Teachers Day, Cikgu Nuh Jazmin."
Mulut Nuu berbentuk 'O'. Perlahan-lahan bibirnya melekung. Kakinya merapati Nia yang masih di sisi keretanya. Alarm kereta ditekan dan dia membuka pintu untuk gadis itu.
"Thanks, Nia."
Nia angguk.
"Hadiah ikhlas daripada Nia Jasmine tapi maaflah cikgu. Hadiah tu biasa-biasa je. I'm pretty sure you will receive other gifts that may be even more special than mine."
Nuh mula-mula kerut kening tapi bila dengar hujung ayat Nia, hatinya terusik. Apatah lagi dengan satu jelingan tajam daripada Nia sebelum gadis itu masuk ke dalam kereta. Nuh tersenyum kecil, ada bau-bau cemburu daripada Nia. Reaksi positif untuk perhubungan mereka yang masih baru ini. Nuh berlalu dia ke bahagian pemandu.
"Anyway, thanks wifey." Nuh mengusik Nia sambil mengenyitkan matanya. Nia terbungkam tapi tak lama. Idea untuk membalas usikan itu muncul.
"Oh most welcome hubby!" balas Nia dengan meletakkan tangannya di dada dan menjulingkan matanya ke atas.
Semerta Nuh memicingkan matanya.
"Buat lagi macam tu, siap la."
Nia cuma senyum segaris, dia tahu Nuh tidak suka tapi dia sengaja mencabar Nuh. Apa Nuh fikir hanya Nuh saja yang boleh mengusik? Dia pun boleh!
"Naughty wife!" Kereta Nuh mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Datuk Seri Andrew.
"So, dua minggu aku tak ada ni apa yang kau buat?" Nuh menukar topik.
"PA awak tak hantar report ke?" Nia mengerling Nuh sekilas sebelum kembali pandang ke hadapan.
Ketawa Nuh pecah dengan sindiran Nia. Isterinya tahu yang Khalil selalu menghantar laporan padanya disepanjang dua minggu dia berada di luar kawasan. Kali pertama mereka berjauhan untuk satu tempoh yang agak lama semenjak berkahwin.
"Of course lah ada tapi tak salah kalau aku nak dengar sendiri dari mulut kau kan? Dua minggu tak jumpa ni, macam-macam boleh jadi."
Nia angkat bahu.
'Tak ada apa yang menarik pun nak dikongsikan. Selain dari study, ada lah practice sikit untuk pertandingan sambutan hari guru.'' Mahu atau tidak, Nia menuturnya.
"Okay. So, macam mana practice? Everything gonna be okay?" aju Nuh pula, risau juga dengan pasukan bimbingannya. Dia terlepas peluang untuk turun padang melihat pasukannya berlatih sebelum bertanding.
"Should be okay."
''Good luck then. Aku harap rumah kita menang hari ni."
''Insya-Allah, we will do our best.''
Sepi seketika, hanya kedengaran deejay radio berceloteh itu dan ini.
"Dah settle ke kerja awak dekat sana?" 'Sana' itu maksudnya Nia ialah London. Dua minggu Nuh meninggalkannya di bawah jagaan Khalil kerana ada hal mustahak yang perlu diselesaikan.
Nuh mengerling Nia dulu sebelum bersuara. Hampir terlupa tujuan asalnya dia meninggalkan Nia selama 2 minggu ini.
"So far, so good. Tapi untuk lain kali, aku tak tahu lagi. But im sure for the next time, aku akan bawa kau sekali. Manalah tahu kalau masa tu sekolah dah mula cuti, boleh kita bercuti sekali. Alang-alang bercuti, aku nak kenalkan kau dengan kehidupan aku dekat sana."
"Wait a minute... Maksud awak, London?"Â
Giliran kening Nia pula bertaut. Ada sesuatu mengganggu fikirannya.
"Yelah, kita bercakap pasal London kan?"
"But why London? Not Sabah? Awak Sabahan kan?" Nia dapat melihat Nuh bagaikan tergamam dengan soalannya. Nuh menggenggam erat stereng kereta sehingga timbul urat biru. Melihatkan perubahan Nuh itu, Nia rasa tercekik. Adakah dia sudah tersilap soalan?
"We are talking about London, not Sabah." Nuh mengumam hampir tidak kedengaran di halwa telinga Nia. Serius dan tegas bunyinya.
Nia teguk liur. Dia mengintai sedikit wajah di sisinya. Wajah itu tampak tegang dan dia tidak suka dengan perubahan itu. Wajah tegang Nuh mengingatkan dia pada sejarah lampau mereka. Dia bencikan kenangan itu.
"Err... Nuh, sorry kalau soalan saya tu buat awak tak selesa. Next time saya akan berhati-hati." Nia gigit bibir bawahnya. Sungguh dia rasa bersalah. Kalau bukan kerana mulut gatalnya, situasi sekarang tak akan rasa janggal begini.
Nuh hanya diam. Sejujurnya dia masih belum bersedia untuk berterus-terang pada Nia tentang 'siapa dia'. Dia tahu rahsianya masih terlipat kemas daripada pengetahuan Nia. Bukan sengaja mahu merahsiakan tapi biarlah pada masa yang tepat. Dan sekarang, bukan masanya.
Nia bukan seperti kakaknya, Mia Jasmine. Mia, matang orangnya. Mia memandang kisah silam Luke sebagai satu pengalaman yang membentuk siapa Luqman sekarang. Mia menerima Luqman seadanya walaupun dia tahu siapa Luke dalam hidup seorang Luqman. Mia sedia menikahi Luqman walaupun dia tahu Luqman pernah bergelumam dengan dosa dan noda.
Dia mengharapkan Nia juga sama seperti Mia. Menerima seadanya dia seperti mana Mia menerima Luqman. Kerana itulah dia lebih rela Nia tidak tahu semua ceritanya daripada Nia tahu dan memilih untuk meninggalkannya. Itu yang lebih dia takutkan.
*Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â *
Dari belakang pentas, Nia mengintai ke tengah dewan. Kelihatan para guru sedang diarak memasuki dewan oleh alunan kompang dan bunga manggar. Guru-guru diminta mengambil tempat duduk yang disediakan oleh ahli jawatan kuasa majlis bagi menyaksikan persembahan yang akan dipertandingkan oleh setiap wakil dari rumah sukan masing-masing.
Acara dimulakan. Wakil setiap rumah sukan mula melakukan persembahan. Nia yang memegang angka giliran 5 itu kelihatan sedikit gelisah. Sebentar lagi dia akan melakukan persembahan solo sebagai wakil ke-dua dari Rumah Biru. Dia bakal mempersembahkan lagu Kami Guru Malaysia dengan iringan gesekan violin.
Walaupun Nia sudah biasa dengan pentas sejak kecil lagi, namun kali ini dia agak gementar. Semangatnya sedikit merudum gara-gara kejadian pagi tadi dan dia masih rasa bersalah dengan Nuh. Nuh pula hanya diam tidak bereaksi selepas itu.Â
Sebelum namanya disebut oleh pengacara majlis, sempat mata Nia mencari kelibat Nuh di tengah dewan tapi sayangnya matanya tidak menemui susuk tinggi lampai itu.
Nia menghela nafas berat, kakinya melangkah mengambil tempat di tengah pentas. Dia menundukkan sedikit kepalanya bagi memberikan penghormatan pada para juri permarkahan dan penonton. Satu tepukan gemuruh kedengaran. Masing-masing menyimpan rasa kagum dengan kemampuan dan keberanian Nia berdiri seorang diri di tengah pentas.
Nia melebarkan senyuman sebelum tangan kirinya membawa hujung violin ke leher kiri lalu menyakutnya di situ. Tangan kanannya pula mengangkat bowl dan diletakkan pada tempatnya. Dengan lafaz bismillah, Nia mula menggesek violin kesayangannya perlahan-lahan. Sekali lagi tepukan gemuruh kedengaran bila bunyi gesekan violin yang menghasilkan instrumental muzik Kami Guru Malaysia mula kedengaran di seluruh dewan.
Usai persembahan itu, Nia sekali lagi menunduk. Tiba-tiba seluruh dewan gamat dengan jeritan,
"Encore! encore! encore!"
Nia tergemap di tempatnya. Kakinya jadi pegun untuk menapak keluar dari pentas sebaik sahaja persembahannya tamat.
"Korang nak lagi?" tanya Cikgu Faisal selaku pengacara majlis kepada penonton. Entah bila dia muncul pun Nia tidak sedar. Tahu-tahu saja cikgu itu sudah berada di sebelahnya.
Seluruh dewan bersorak, mengeyakan. Cikgu Faisal mengalih tumpuannya pada Nia.
"You're so amazing Nia. What do you say if you give us one more special thing?" Cikgu Faisal bertanya dengan menjauhkan sedikit mikrofon dari bibirnya.
Nia termangu seketika dengan permintaan Cikgu Faisal. Pandangannya ditebarkan pada penonton yang masih tidak jemu meminta dia melakukan persembahan tambahan. Demi tidak mahu mengecewakan yang lain, Nia mengangguk walaupun tidak banyak lagu yang dia tahu kerana sudah lama tidak berlatih.
"Sure, are you okay?"
Nia mengangguk lagi.
"Lagu apa yang awak nak main?"
Nia tersenyum.
"Hanya satu lagu yang saya tahu dan saya suka." Kali ini Nia menjawab dengan yakin.
Cikgu Faisal mengangguk lalu mendekatkan mikrofon ke mulutnya. Matanya menyoroti penonton yang setia menanti di bawah sana.
"Okay guys, Nia Jasmine bersetuju untuk mainkan satu lagi lagu. So, let's enjoy! Nia, this stage is yours," ucap Cikgu Faisal lalu berlalu ke tepi pentas, memberi peluang kepada Nia.
Nia mendekatkan mikrofon.
"Lagu yang akan saya perform ni merupakan lagu kesukaan saya dan saya yakin ada di antara kalian pun suka dengan lagu ni. Terimalah, 'My Heart Will Go On' dari saya. Sesiapa yang suka dan ingat lagu ni, bolehlah kita nyanyi sama-sama."
Nia tarik nafas, pejam mata. Secara spontan tangannya menggesek violin menghasilkan instrumental muzik intro lagu 'My Heart Will Go On'. Lagu yang menjadi simbolik kepadanya. Lagu yang tenang dan lembut bagi mengambarkan kenangan, kerinduan dan kehilangan.
"Every night in my dreams,
I see you, I feel you,
That is how I know you go on,"
Nia membuka mata, terkejut dengan kemunculan satu suara yang tiba-tiba mengalunkan lirik lagu itu. Nia berpaling sedikit ke belakang, kelihatan Nuh sedang menapak masuk ke pentas sambil memegang mikrofon. Tahulah Nia yang suara itu datangnya dari Nuh.
"Far across the distance,
And spaces between us,
You have come to show you go on."
Nuh menyambung lagi. Kakinya makin menghampiri Nia yang berada di tengah pentas. Sakali lagi tepukan diberikan dan kali ini berselang seli dengan siulan usikan daripada penonton. Nia merasakan mukanya pijar. Macam mana Nuh boleh muncul?
"Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more, you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on"
Nuh menyambung bahagian korus. Matanya sekejap-sekejap dihalakan pada Nia dan entah berapa kali mata mereka berlaga. Nia berusaha mengawal tumpuannya untuk terus fokus pada gesekkan violinnya biarpun dia sedikit terganggu dengan kemunculan Nuh. Untuk part verse yang ke-dua, Nuh menghalakan mikrofon ke bibir Nia sambil jongket kening, dia mahu Nia menyambung.
Nia menyambung,
"Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go 'til we're gone
Love was when I loved you
One true time I'd hold to
In my life, we'll always go on
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on."
Dan sekali lagi Nuh menyambung bahagian korus.
"Once more, you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on"
Akhirnya nyanyian mereka berakhir. Satu tepukan gemuruh diberikan pada Nuh dan Nia. Nuh pandang Nia di sebelahnya.
"No matter what happens in our lives, I will always be by Nia's side," tutur Nuh hanya untuk pendengaran Nia.
Nia tersentak. Dejavu! Dia pernah mengalami situasi seperti ini. Dia bermain violin dengan seorang lelaki dan bezanya ketika itu mereka berada di pantai. Dia pasti lelaki itu bukan Khalil. Bukan juga ahli Violet Band. Jadi siapa orangnya?
Semerta mata Nia meluas, dia berpaling ke sisi.
"Awak..." Nia tak jadi meneruskan. Dia mengekori Nuh keluar dari pentas.
"Awak.. awak uncle tu?"
Nuh memakukan langkah. Dia berpusing tubuh menghadap Nia yang sedang menanti jawapan berdiri di belakangnya.
"Finally, kau ingat juga pertemuan pertama kita."
Nia terngadah dengar jawapan Nuh. Dia ingin bertanyakan sesuatu tapi belum sempat bertanya Nuh diserbu oleh beberapa orang pelajar perempuan.Â
Nuh mengundur beberapa langkah, terkejut dengan kemunculan beberapa orang pelajar perempuan. Selebihnya dia cuba mnegelak dari bersentuhan dengan mereka. Ekor matanya sempat mengerling wajah Nia yang sudah bertukar cemberut.
"Cikgu, best la cikgu nyanyi tadi," beritahu salah seorang daripada mereka sambil tersenyum-senyum.
"Betul tu, saya tak tahu pula suara cikgu boleh tahan sedap didengar," sahut rakannya pula.
"Err... bukan saya nyanyi sorang tadi, Nia pun nyanyi juga. Kan Nia?" Sengaja Nuh petik nama Nia dengan harapan Nia menyelamatkannya dari gadis-gadis yang merimaskannya. Dia tak suka.
"Eh, tapi cikgu lagi power. Tak jemu dengar." Pelajar itu tidak mengendahkan Nia malah dijelingnya Nia.
"Cikgu, boleh tak kita bergambar sama-sama? Selfie?" Kawannya mencelah
Nia mengerut kening. Dalam hati dia mula memprotes. Dia sempat menjeling Nuh sebelum berlalu dari situ.
"Cikgu, ni ada hadiah untuk cikgu..."
Sekali lagi langkah Nia pegun. Perlahan-lahan dia menoleh pada Nuh. Keningnya terjongket.
'Hadiah lagi?' Nia menyoal Nuh dengan bahasa bisu. Nuh menggeleng perlahan, mukanya berubah cuak. Tanpa menanti balasan Nuh, Nia segera mengangkat 'violin case'nya lalu berlalu meninggalkan Nuh bersama peminatnya.
Share this novel
x sabar laaa..setia menanti
kita nnti kn lagi sambungannya,,,,
tq suda update,,,,,,