Nia mengambil tempat di gazebo setelah selesai majlis pertunangan Tya Jasmine dengan Zaen Haidar. Tetamu ya g hadir juga sudah beransur pulang hanya tinggal ibu bapa Zaen sahaja ya g masih berganjak. Katanya ada perkara yang ingin dibincangkan mengenai majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. Masih berbaki lagi dua bulan.
''Nia...''
Nia berpaling, rupanya Puan Waima yang menyapanya. Puan Waima tersenyum nipis sebelum melabuhkan duduk di sebelah Nia.
Nia hanya diam, menanti bait-bait bicara yang bakal keluar dari mulut mentua tidak jadinya. Dia yakin pasti ada yang ingin diperkatakan oleh wanita itu. Sejak dari kejadian tempoh hari, ini kali pertama mereka bersua.
''Aunty tahu Nia marahkan aunty." Puan Waima bersuara setelah beberapa minit menyepi.
"Maafkan aunty sebab pinangkan Tya bukan Nia.'' Sambung Puan Waima.
Sedikit sebanyak dia rasa bersalah dengan Nia. Tak dinafikan yang Nia seorang anak yang baik dan pandai mengambil hatinya tapi dek kerana terpikat dengan kakak Nia, dia sanggup melukakan hati gadis itu dan anaknya sendiri.
Puan Waima melepaskan keluh, tiada apa yang hendak di kesalkan lagi. Keputusan sudah dibuat dan Zaen juga sudah tidak menghalang. Jadi, sebelum angannya musnah, rancangan perlu segera dijalankan seperti yang diimpikan.
''Aunty harap Nia faham dengan keputusan aunty. Nia masih muda, masih belajar. Banyak lagi yang menanti Nia di kemudian hari. Zaen pula dah berusia. Banyak bezanya umur Nia dengan Zaen. Dulu aunty tidak menghalang hubungan Nia dengan Zaen sebab aunty ingatkan Zaen cuma anggap Nia tidak lebih dari seorang adik. Tapi tanggapan aunty silap bila Zaen mintak aunty lamarkan Nia untuk dia." Puan Waima jeda sebentar sebelum menyambung.
"Lagi dua tahun umur Zaen akan cecah 30 tahun, aunty risau kalau dia masih lagi setia tunggu Nia. Aunty tahu Nia ada cita-cita yang perlu Nia gapai sebelum Nia bergelar isteri tapi Nia perlu tahu yang aunty juga ada impian aunty sendiri. Kalau dengan Zaen setia menunggu Nia capai cita-cita Nia tu, aunty tak tau bila aunty boleh dipanggil nenek. Nia fahamkan maksud aunty?''
''Demi impian aunty, jadi aunty perlu jadikan adik saya seolah-olah tiada harga diri?" Tiba-tiba Khalil menyergah.
Nia dan Puan Waima tersentak, mereka menoleh ke belakang. Kelihatan Khalil di belakang mereka dengan tampang seriusnya.
"Aa... abang..." Nia mahu menghalang tapi Khalil mematikan niatnya dengan mengangkat tangannya tepat ke muka Nia. Khalil melangkah setapak.
"Demi impian aunty yang satu tu, perlu ke aunty buat adik saya seolah-olah dia bukan anak orang? Adik saya ada hati dan juga perasaan. Sama macam aunty. Adik saya bukan barang mainan yang aunty boleh sayang ketika masih baru dan aunty boleh buang bila aunty dah jumpa mainan baru." Khalil berpeluk tubuh. Puan Waima direnung tajam. Sebelah hujung bibirnya ditarik tajam.
"Tya jadi pilihan aunty? Saya sebagai abang Nia, langsung tak bantah keputusan aunty malah saya lagi bersyukur sebab bukan adik saya yang akan masuk dalam keluarga aunty."
"Abang..." Sekali lagi Nia cuba menghalang. Dia tidak selesa dengan kata-kata kurang ajar abangnya terhadap orang tua sebaya mama mereka.
"You're quiet, angel. Give me a chance to say what I need to tell her!" sergah Khalil pada Nia disertakan dengan jelingan tajam. Geram pula dia dengan Nia. Baik tak bertempat!
Nia sekali lagi terdiam. Khalil jarang marah-marah tapi kalau sekali dia marah itu tandanya Khalil betul-betul 'panas'.
"Aunty kemaruk sangat nak bermenantukan Tya? Teruskan tapi dengan satu syarat. Syaratnya aunty perlu jujur dengan adik saya. Jujur dengan dia kenapa aunty tak pilih dia. Tak perlu aunty nak tikam dia dengan Zaen dari belakang macam ni."
''Aunty... aunty tahu itu silap aunty. Aunty minta maaf.''
"Minta maaf? Aunty tak rasa ke tindakan aunty tu sama macam adik saya ni tak ada maruah. Tak ada keluarga. Aunty sebagai orang yanglebih tua dari kami, berpendidikan tinggi pula tu... tentu aunty lebih pentingkan adab dan jaga air muka aunty tapi bila saya lihat cara aunty buat adik saya macam ni seolah-olah taraf aunty lebih rendah daripada kami orang-orang biasa," bidas Khalil lagi.
Puan Waima gigit bibir. Mati kutu dia hendak berbalas.
"Bukan tu maksud aunty, Khalil. Aunty cuma.."
"Aunty cuma fikirkan kepentingan aunty saja tanpa fikir apa perasaan anak aunty sendiri. Saya tak kata saya merestui hubungan adik saya dengan Zaen tapi you should know how to respect your son's choices. Aunty sebenarnya dah buktikan yang aunty kejam pada anak sendiri."
''Khalil!'' Tya pula tiba-tiba menyergah. Terkedu dia dengar tohmahan yang dileparkan oleh Khalil pada bakal ibu mentuanya.
"You should shut up your mouth, Tya! Aku belum habis bercakap lagi. Alang-alang kau pun dah muncul ni, aku nak tanya kau sendiri. Kau langsung tak terfikir ke apa perasaan pak long, perasaan Nia? Nia itu adik kau, adik kandung kau tapi kenapa kau suka sangat cari pasal dengan dia dan treat dia macam dia orang luar dalam keluarga sendiri?" Giliran Tya pula dibahan oleh Khalil. Alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan.
Tya terkedu dengan sergahan Khalil. Berdepan dengan sepupunya yang satu ini tipulah kalau dia tidak kecut perut. Khalil tegas orangnya lebih-lebih lagi kalau hal yang melibatkan Nia.
"Kau pilih lelaki yang sukakan adik kau, kau rasa kau dah cukup hebat? Tak Tya, tak. Itu tandanya kau tak ada pilihan lain selain terpaksa pilih orang yang tak sukakan kau. Kau ingat aku tak tahu yang kau selama ni yang terhegeh-hegeh sukakan Zaen? Tapi malangnya, Zaen tak pernah pandang kau. Zaen pilih Nia. Kau sakit hati bila kalah dengan adik sendiri jadi kau pujuk mama Zaen untuk setuju dengan rancangan kau."
Puan Waima terkedu, Tya pula tergamam. Lya datang mendekati kembarnya.
"Aku tahu apa yang kau dengan Lya buat pada Nia selama ni. Walaupun adik aku ni bukan jenis yang suka mengadu domba tapi aku tak bodoh untuk terima bulat-bulat apa yang dia reka cerita pasal kebaikan dan layanan baik korang pada dia.Ini last warning aku pada kau Tya dan juga kau, Lya. Jangan sesekali kau masuk campur urusan Nia lagi. Kalau tak, kena korang dengan aku." Tajam anak mata Khalil menikam anak mata Tya dan Lya. Mata yang penuh dengan amaran.
Tya teguk liur. Lya juga. Khalil kalihkan pandangannya pada Puan Waima.
"Aunty, saya minta maaf kerana saya kurang ajar dengan aunty. Saya hanya berterus terang bagi pihak adik saya. Saya harap aunty tidak akan menyesal dengan pilihan aunty. Malah sekali lagi saya katakan yang saya sangat berterima kasih pada aunty kerana dah memudahkan kerja saya untuk menyempurnakan tugas saya. Saya minta diri dulu. Angel, jom."
Nia tidak betah lagi untuk terus berada di lingkungan itu, segera dia mengekori abangnya.
"Aunty Ima, I'm sorry..." Tya menoleh ke sisi, bahu Puan Waima disentuh. Risau juga dia kalau bakal mentuany termakan dengan segala omongan Khalil.
"It's okay. Bukan salah Tya. Aunty Ima okay." Puan Waima senyum segaris sambil menepuk tangan Tya di bahunya.
"Khalil tu memang macam tu. Suka sangat bela Nia. Dia ingat bila dia cakap macam tu, Tya takut? Blah la dia tu..." Tya mengomel sambil menjeling Khalil dengan Nia yang sudah menapak masuk ke dalam rumah.
"Sudah la... Today is your e-day, be happy okay?" pujuk Puan Waima pada bakal menantunya. Tipu kalau kata hatinya tidak terusik langsung dengan apa yang diluahkan oleh Khalil tadi.
'Betul ke tindakan dia ni? Zaen, mama dah aniaya Zaen ke?' suara hati kecilnya berbisik halus.
* * *
"Hai Nuh." Lya mengisi kerusi kosong di sebelah Nuh.
Nuh yang sedang berehat sambil menatal skrin telefonnya, sekadar mengangkat muka dengan teguran Lya.
"Nuh buat apa? Tak pergi mana-mana ke hari ni?" Lya cuba mengintai skrin telefon Nuh tapi lelaki itu segera menjauhkan daripada pandangan Lya. Tanda tidak suka hak privasinya diceroboh.
"Nak pergi ke mana nya? Esok dah nak balik Terengganu. I need more rest before driving." Nuh menyimpan telefonnya.
Lya mencebik. Kedekut!
"Ala... malam nanti kan masih boleh rehat. Jom keluar, temankan Lya. Nanti Lya boleh kenalkan Nuh dengan area sini." Lya mencuba lagi. Sengaja dileretkan manja suaranya.
"Sorry Lya, I'm not interested. Kalau you rasa nak keluar sangat, why not you ask your twins."
"Tya tak ada. Keluar dengan bakal mentua dia."
Nuh angkat kening.
"Kan kembar, kenapa tak ikut? Rugilah tak ikut mana lah tahu nanti mak Zaen sukakan Lya pulak. Nanti dia nikahkan Lya dengan Zaen pulak," sindir Nuh. Kejadian Khalil 'membahan' Puan Waima, Tya dan Lya semalam berulang di ruang mata. Sejujurnya dia berpuas hati dengan apa yang terjadi. Biar kena buku dengan ruas.
"Apa Nuh ni... Lya ajak elok-elok, Nuh balas macam tu pulak. Merajuk la macam ni." Lya memuncung.
Nuh tertawa kecil. Ada hati Lya hendak merajuk dengan dia? Lya sedar tak dirinya siapa?
"Emm... rasanya you lupa something about me kot Lya. Sebelum i kenal you, i terlebih dahulu kenal abah you dengan Mia dan Nia. And of couse i terlebih dahulu kenal selok belok kampung you ni berbanding i kenal dengan you. So, I rasa tak jadi masalah besar kot kalau i tak terima tawaran you tu, kan?"
Lya terdiam. Kelu lidahnya nak membalas bidasan Nuh. Kurang ajar, Nuh! Nuh dengan selamba badak memalukan dia!
"Lya... abah panggil." Mia tiba-tiba muncul di sebalik ruangan dapur.
Lya berpaling pada kakak sulungnya. Mia yang tengah sarat itu dipandang tajam.
"Hish abah ni pun. Masa-masa macam ni jugaklah dia nak panggil Lya. Abah nak apa kak?" rungut Lya dengan muka berkerut seribu. Hatinya berdongkol marah. Marah pada kelancangan mulut Nuh, marah juga pada kedatangan Mia yang dirasakan sengaja menganggu peluangnya mendekati Nuh dan marah juga pada abah yang memanggilnya tidak mengena pada masa yang tepat!
"Tak baik cakap abah macam tu, Lya. Abah nak Lya kemaskan sikit dekat depan tu," tegur Mia, sedikit terkilan dengan sikap Lya terhadap abah mereka.
"Kemas apa lagi?" Dalam rungutan pun, Lya bertanya juga. Nuh yang berada di situ sekadar memerhati.
Mia tunding jari ke halaman luar rumah yang menjadi tempat untuk tetamu berjamu selera semalam.
"Alah ini kan majlis Tya, biar dia jelah kemas." Lya protes. Benci betul dia dengan perangai adik kembarnya. Majlis Tya tapi boleh pula Tya bersenang-lenang keluar ke bandar menemani bakal mentuanya. Kerja-kerja mengemas selepas majlis semalam ditinggalkan begitu saja. Tya ingat dia kuli batak Tya?
"Nak harapkan Tya entah pukul berapa Tya balik. Sekejap lagi Atan nak datang ambilkan meja dan kerusi tu. Tya tolong kemas dekat depan sekejap ya?" pujuk Mya dengan lemah lembutnya. Dia tahu Lya kalah dengan kelembutannya. Dia kenal setiap perangai adik-adiknya.
"Nia mana?" Lya masih tidak puas hati. Kenapa perlu dia yang mengemas? Dia pun nak berehat selepas penat dengan majlis semalam. Dia pun penat, bukannya tak penat!
"Nia ada dekat dapur dengan mak ngah. Diorang tengah kemas dapur," jawab Mia. Faham sangat dengan soalan Lya. Itu tak lain tak bukan, ini mesti Lya nak pass kerjanya kepada Nia.
"Akak suruh jelah Nia kemas dekat depan. Lya penat la..."
"Mia, Nuh pergi dapur sekejap ye. Tolong Nia." Nuh segera bangun. Berbulu telinga dan mata dengan perangai mengada Lya.
"Eh Nuh? Sinilah temankan Lya. Nuh! Nuh!"
Nuh mempercepatkan langkah tanpa menghiraukan Lya memanggilnya.
"Dah la, pergi settle dekat depan cepat." Mia simpan senyum, kelakar dengan perangai Nuh dan juga Lya.
"Yelah-yelah." Lya beralah jua. Dia mengorak langkah ke halaman rumah.
Mia mengambil tempat di kerusi yang ditinggalkan oleh Nuh. Sekejapan Mia menggeleng perlahan, mengenangkan perangai adik-adiknya. Lya dan Tya, meskipun kembar seiras tapi miliki perangai yang berbeza. Lya, manja orangnya dan Tya sedikit tegas. Nia pula lebih suka menyendiri. Adiknya yang satu itu lebih suka buat hal sendiri tanpa menghiraukan yang lain.
"Sayang, menungkan apa?" Luqman menegur isterinya.
Mia tersenyum seraya menjemput suaminya duduk di sebelahnya.
"Menungkan apa?"
"Tak ada apalah abang. Cuma fikirkan perangai adik-adik Mia. Kami cuma empat beradik tapi semuanya lain-lain perangai."
Luqmam diam sejenak sebelum mengulas apa yang diluahkan oleh isterinya itu.
"Itu hakikatnya sayang. Kalau semua sama tak adalah pulak timbul pepatah 'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain'.
Mia senyum, betul juga kata suaminya. Dia merebahkan kepalanya di bahu tegak Luqman. Jemari Luqman diribanya dikait-kait dengan jemarinya.
"Nia okay?" Luqman mengubah topik, itu maklumat yang perlu dikorek daripada isterinya sebelum melaporkan kepada Nuh. Walaupun dia sudah bergelar suami kepada Mia Jasmine, tugasnya yang satu itu tidak pernah dilupakan. Sejak dulu segala hal yang melibatkan Nia, wajib sampai ke pengetahuan Nuh Jazmin. Itu janjinya.
"Mia rasa dia okey. Nampak langsung tak terkesan dengan pertunangan ni."
"Alhamdulillah. Itu yang abang harapkan." Luqman lega dengan jawapan isterinya.
"Nuh pula macam mana?"
"Masih mencuba. Sekurang-kurangnya kita semua dah lega dengan pertunangan Zaen dan Tya. Dah tak ada isu dengan Zaen lagi dan kita cuma perlu ikut apa yang kita rancangkan sebelum ni."
"Khalil?"
"Jangan risau. Abang yakin Khalil langsung tak ada bantahan. Lagipun dia lebih suka keadaan sekarang berbanding dulu."
Mia angguk. Faham maksud suaminya.
"Alhamdulillah kalau itu yang Khalil rasa. Mia tahu bukan mudah untuk Khalil lepaskan Nia semudah tu. Satu pengorbanan besar juga tu. Abang lun tengok sendiri macam mana sayang dan kasihnya Khalil pada Nia tu. Mia sendiri pun rasa jeles dengan Khalil dan Nia tu, rapat sangat. Dengan Khayra pun Khalil tak serapat tu," ulas Mia.
Giliran Luqman pula mengangguk. Mengiakan apa yang dikatakan oleh Mia.
"Nia tu 'anjel' Khalil. Tengoklah sampaikan nama pun dia panggil angel. Hanya dia yang boleh guna nama tu... tidak termasuk Nuh." Kagum dengan kasih sayang di antara Khalil dengan Nia. Tiba-tiba dia teringatkan Sophie dan Nadine. Apa khabar agaknya mereka di sana? Mesti tengah seronok bermain salji dan buatkan orang salji. Tak sangka tercapai jua cita-cita mereka berdua mahu menjejak kaki ke luar negara. Bukan setahun dua mereka tidak bertemu tapi sudah sekian lama.
"Abang rindukan Nadine dan Sophie." Luqman tiba-tiba meluahkan kerinduannya.
Mia menggenggam erat tangan suaminya. Dia kesiankan Luqman yang terlalu rindukan adik-adiknya tapi demi menjayakan rancangan mereka, suaminya terpaksa memendamkan kerinduan itu.
"Rindu sangat-sangat. Bila tengok Nia, abang terbayangkan Sophie dan Nadine. Mesti diorang pun dah besar dan cantik macam Nia sekarang kan?"
"Diorang akan balik jumpa abang suatu hari nanti. Bila tiba masa yang sesuai macam yang Nuh janjikan, kita semua akan bersatu kembali. Insya-Allah masa tu akan tiba juga nanti." Mia cuba memujuk. Lengan suaminy dielus sayang.
"Abang banyak terhutang budi dengan Nuh. Abang tak tahu macam mana nak balas budi dia."
"Balaslah dengan apa yang abang buat sekarang. Abang tolong dia dapatkan apa yang dia mahu dan abang juga akan dapat apa yang abang inginkan. Itu sudah memandai bagi dia abang. Abang kawan baik dia, abang sepatutnya lebih tahu tentang dia berbanding Mia."
"Abang sayangkan semua. Keluarga sayang dah bagi abang satu kehidupan yang abang tak dapat sebelum ni. Abang harap selepas settle semuanya, kita tak ada kaitan lagi dengan JR. Kita dah tak perlu sembunyi-sembunyi macam ni lagi."
"Insya-Allah abang. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kita semua."
"Insya-Allah."
Satu lagi untuk hari ini. Terima kasih untuk sokongan kalian utk TH. Saya hrgai sgt2.
Share this novel