Bab 30 : NJ

Romance Series 173919

2018

Kuala Terengganu, Terengganu.

Tengku Faradiba bergegas balik ke kelas 6 Delima selepas terdengar gosip liar di bilik guru perempuan tadi tentang seorang guru lelaki yang baru berpindah ke sekolah mereka. Desas desus ada menyatakan ketampanan guru muda itu tidak dapat sesiapa tandingi di sekolahnya. Malah cikgu Eusoff yang kacak ala-ala hero malaya itu pun kalah!

''Guys... hot news!'' Tengku Faradiba menjerit setibanya dia di ambang pintu kelas 6 Delima.

Beberapa temannya angkat muka. Fokus sekejap diberikan kepada Tengku Faradiba yang sedang berdiri di tengah-tengah papan putih kelas mereka.

''Hot news nape gok mung ni?'' Suhaila yang mejanya berada dekat dengan pintu kelas bertanya. Terkejut dengar suara Tengku Faradiba menjerit sebentar tadi. Tergangggu fokusnya yang sedang menyudahkan essay writingnya.

''Ada cikgu baru kat sekolah kite. Cikgu laki wehh.'' Faradiba menayang muka terujanya sambil mendekati meja temannya.

''Cikgu laki? Akhir tahun gini ada cikgu baru pindah? Pelik!'' Rohaya mencelah, sangsi dengan gosip yang dibawa oleh Faradiba

Faradiba mencebik, terasa hati dengan kesangsian Rohaya. Dia mengambil tempat duduknya.

''Dok kire doh akhir tahun ke, awal tahun ke, tengah tahun ke, kalau kate ade guru nak pindoh, dia pindoh gok. Tapi tu tak penting pun, hok penting cikgu tu hensem giler wehh!"

Dengar sahaja perkataan hensem, terus berubah muka Rohaya. Mukanya menyeringai, teruja!

''Ye dok mung ni?'' Suhaila, rakan semeja Faradiba juga mula berminat. Senyumnya melebar.

''Iye... mung ingat aku nipu ke?'' jeling Faradiba. Rohaya dan Suhaila menyengih.

''Nama nape cikgu tu? Ngajo subjek nape?''

Tengku Faradiba garu kepala. Mukanya berkerut cuba mengingat semula apa yang dia curi-curi dengar sebentar tadi.

''Dok dengor jelas la pulok masa cikgu Ana sebut nama tadi... Aku cuma dengor dia kate, ada cikgu laki baru lapor diri hari ini. Cikgu muda. Aku ada jenguk di bilik guru laki, memang ade sorang cikgu laki duk sembang dengan cikgu-cikgu lain. Macam duk berkenalan gitu."

Rohaya dan Suhaila berdecit, sayang sungguh tak tahu nama!

"Rugi ah mung ni... Dah cikgu tu cikgu melayu ke? Ke Cina? Indian?"

"Emm... hok ni lah aku nok kabor ke sek mung nih... Cikgu tu napok macam orang luor. Macam cina pun ade.. tapi bagi aku, cikgu tu macam sek-sek Kpop gitu..."

Terjatuh rahang kedua teman Faradiba.

"Macam kpop? Wahh ni aku suka ni. Sek-sek oppa gini, memang taste aku la." Rohaya bersorak sambil menepuk meja. Gembiranya dia seolah-olah baru sahaja memenangi hadiah loteri!

Selang beberapa minit Nia Jasmine bersama dua rakannya, Tashnim dan Insyirah melangkah masuk ke kelas 6 Delima. Mereka bertiga dari koperasi membeli baju sukan sekolah selepas singgah di bilik guru untuk mengambil soalan latih tubi dari Cikgu Eusoff.

''Nia, mung gi bilik guru tadi kang? Mesti mung ada napok cikgu baru tu kang? Hensem dok cikgu tu?'' Faradiba melaung kepada Nia Jasmin.

Nia terpinga-pinga. Dia masih belum dapat menangkap dengan jelas soalan yang ditanyakan oleh Faradiba itu dalam dialek pekat Terengganu. Lagipun dia baru sahaja berpindah ke Terengganu dua bulan lepas.

''Mung faham dok Diba tanya mung tu Nia?'' Suhaila tepuk bahu Nia.

Nia menggeleng pelahan. Suhaila mendengus.

''Payoh la nok sembang dengan mung ni, Nia. Mung tu duk Johor je pun, bukannya duk London," keluh Suhaila sambil tepuk meja.

''Emm.. tadi Sue tanya Nia, Nia ada ke bilik guru tadi kan? Ada jumpa tak dengan cikgu baru pindah?'' Tashnim bertindak seperti selalu, sebagai tukang translator kepada Nia.

''Emm.. manalah Nia nak kenal dengan cikgu-cikgu di sekolah ni, Nia sendiri pun baru pindah ke sekolah ni.''

Dengar jawapan Nia, mereka bertiga tepuk dahi. Lupa pulak yang Nia juga baru pindah ke sekolah mereka. Nia sebelum ini tinggal di Johor dan berpindah ke Terengganu mengikut keluarganya.

''Takpelah kalau Nia tak kenal. Nanti lama-lama mesti Nia kenal dengan cikgu-cikgu di sekolah ni," ujar Tashnim menyedapkan hati Nia. Nia cuma senyum segaris sebelum kembali memandang Suhaila di lajur hadapan mejanya.

''Saya memang tak faham apa yang awak cakap. Take the time to understand the dialect you speak but that doesn't mean I can't understand what you mean." Nia menyambung.

''Pandai mung speaking Nia. Macam anok orang mat saleh. Mung asal mano Nia?'' Suria yang duduk di meja belakang Nia bertanya. Sudah lama dia perasan, slang english Nia bukan manglish tapi slang yang betul macam yang dia dengar di kaca tv.

Nia mengeluh kecil, dia perasan ada beberapa lagi rakan sekelasnya turut memandangnya bagaikan menanti jawapannya. Nia keluh lagi, rasanya tak ada yang perlu disembunyikan lagi kalau ada yang bertanya.

''Emm betul la apa yang Sue cakap tu. Nia memang duk London dulu sebelum pindah ke Johor.''

Semua terlopong.

''Sungguh ko mung ni, Nia?'' Suhaila tak percaya yang gurauannya satu kenyataan.

''Wehh... Cikgu Tarmizi mari doh.'' Iqmal selaku ketua kelas memekik bila terpandangkan kelibat Cikgu Tarmizi berada di hujung blok selaras dengan kelas mereka.

* * *

''How is your day today, Angel?'' tanya si dia bila Nia sudah masuk ke perut kereta.

Tangan si dia Nia ambil dan kucup hormat. Nia jeling dulu sebelum menjawab,

''Never changed like before, right?''

''Of course la.. Angel tahu kan dah berapa tahun abang tak praktis semua ni?'' Jeling si dia pula.

Nia Jasmine atau dia lebih mesra dengan memanggil gadis itu Angel tersenyum lebar. Lihat senyuman itu dia turut merasa bahagia. Bahagia bila orang yang selama ini dia sayang dan rindu saban waktu sudah ada di depan mata.

''Kita balik terus ya? Mama nak Angel tolong mama prepare dinner malam ni.'' Beritahu Khalil Fayyad awal-awal supaya adiknya tidak ada niat untuk melencong selepas balik dari sekolah.

Nia kerut kening.

''Why?''

''Kita ada special guest malam ni.''

Lagi berkerut kening Nia.

''Who? Angel kenal ke?''

''I think you're not. Dia kawan baik abang masa abang dekat sana. Dia baru je balik tiga hari lepas. Now dia dah dapat kerja dekat area sini, so dia terus datang sini. But untuk sehari dua ni, maybe dia akan stay dulu dekat rumah kita sebelum dia cari tempat tinggal baru.''

Ternganga Nia dengan penjelasan abangnya.

''Stay dekat rumah kita? Why? Kenapa tak check-in hotel?'' Nia mula tak sedap hati. Dia banyak betul pengalaman dengan ayat 'menumpang, stay, pinjam' huh! Arghhh time macam ni lah dia nak teringat dekat mamat tu pun! Huh!

Sebut saja pasal mamat tu, dia teringatkan perbualan antara dia dengan Nadhirah sebelum dia berpindah ke Terenganu.

'Nia, Nuh memang risau betul masa kau sakit dulu. Aku minta maaf sebab aku dengan Tasha dah plan benda bodoh tu tanpa aku tahu benda tu boleh membahayakan nyawa kau. Aku bodoh Nia.'

'Kalau kau rasa nak marah pasal kejadian tu, kau marahlah aku. Kau marahlah Tasha tapi kau jangan salahkan Nuh. Nuh tak salah.'

'Aku ingat lagi, masa tu Nuh bersungguh-sungguh cari aku dengan Tasha. Bila dia tahu kami ada di rumah atuk aku di Melaka, dia sanggup pergi sana dengan Luq semata-mata nak kami minta maaf dan mengaku salah dengan kau. Nuh siap warning kami. Dia kata kalau kami tak mitak maaf dengan kau, dia akan laporkan hal ni kepada pihak polis atas cubaan membunuh. Mulanya memang aku tak ikut arahan tu tapi dia mengamuk sampai ugut nak upah orang kacau aku dengan Tasha.'

Nia pejam mata bila teringatkan semula kisah itu. Dia bersalah dengan menuduh Nuh bersalah sedangkan kejadian itu bukan salah Nuh! Tiga tahun sudah berlalu dan selama itu jugalaj Nuh tidak pernah memunculkan diri. Nuh hilang dari hidupnya seperti mana yang dia pinta suatu ketika dulu.

'Arghh mamat tu, sejak balik UPM dulu tak pernah sekali pun cari aku!' dengus Nia. Ada rasa kesal, sedih dengan tindakan tidak matangnya dulu. Jujur, lepas dia patahkan simkad lamanya nombor telefon Nuh langsung tak ada dalam simpannya. Mia dan abahnya juga tak pernah bercerita tentang Nuh di hadapannya. Usahkan bercerita, sebut nama pun tidak pernah. Mereka betul-betul menghormati permintaannya dulu.

Luqman Firdaus, abang iparnya juga tidak pernah menyebut nama Nuh. Sangka Nia, Nuh akan memunculkan diri di majlis perkahwinan Mia bersama Luqman tapi sangkaannya meleset bila Nuh langsung tidak menampakkan batang hidungnya. Hubungan mereka berdua bagaikan sudah tertulis untuk tidak bersua lagi.

''Kalau dia check-in hotel, tak best la abang. Abang ada banyak cerita nak gosip dengan dia. And for your information, dia anak angkat papa dan mama.'' Suara Khalil Fayyad berbunyi, mengembalikan Nia dari terus mengimbau kenangan lampau.

Nia lepaskan keluhan kecil.

''Why ni Angel?''

''Tak ada apa-apa.'' Mood Nia merudum. Hatinya tiba-tiba merindu tapi dia lebih memilih untuk pendamkan saja.

* * *

''Mama, siapa sebenarnya tetamu istimewa kita malam ni?'' Nia masih mengulangi soalan yang sama biarpun sekali pun tidak dijawab dengan tepat oleh mamanya

''Tunggu la sekejap lagi, dia datang. Nanti Nia boleh la kenal dia." Hanya itu jawapan mama sambil mengacau kuah spagetti bologness yang masih berasap di atas dapur.

''Kenapa macam penting je tetamu mama malam ni? Biasanya kalau kawan-kawan papa datang, tak ada lah sampai mama beria masak macam ni. Setakat menu ni, rasanya tak salah kalau Mak Yam yang masak, kan?'' Nia yang sedang menyusun buah epal dan oren ke pinggan itu berbunyi lagi. Mak Yam yang tengah mengelap pinggan mengangguk beberapa kali, mengeyakan apa yang Nia katakan itu.

''Kan mama dah cakap, tetamu kali ni bukan orang biasa-biasa. Dia anak angkat mama dan papa. So secara automatiknya, dia jadi abang angkat Nia jugaklah.''

''Abang angkat?'' Nia tersentak. Dejavu. Baru siang tadi dia teringatkan si dia, sekarang mama ulang lagi perkataan yang boleh mengingatkan dia kepada 'abang angkat'nya.

''Yelah, abang angkat Nia sama macam abang angkat kepada Khayra la.''

Jawapan mama langsung tidak masuk ke telinga Nia. Nia masih terkedi di tempatnya.

''Dah lama mama dengan papa kenal dia, jumpa secara kebetulan. Baik budaknya. Mama suka. Papa pun suka.'' Mama menyambung. Sayup-sayu saja suara itu masuk ke telinganya.

''Nia, siapa call tu? Kenapa tak angkat?'' tegur Mak Yam. Nia masih membatu.

''Nia, angkat lah call tu... Bising la mama dengar lagu kpop Nia tu...'' Mama pula menegur tapi Nia hanya diam membisu.

''Nia, dengar tak apa yanh mama cakap ni?'' Datin Seri Roslina tepuk bahu Nia bila nampak anaknya macam tengah mengelamun. Apa kena dengan Nia?

''Hah, apa ma?''

''Mama tanya siapa yang call Nia tu? Dari tadi lagi duk berbunyi, tak henti-henti. Are you dreaming, sayang?''

Nia baru perasan. Matanya turun pada telefon bimbit di sebelahny

_You have a missed call (4) from Zaen Haidar_

''Oo.. Zean call Nia. Excuses me, mama.''

Datin Seri Roslina mengangguk lalu menghantar pandangan mata kepada Nia yang sedang mengatur tapak keluar dari ruangan dapur. Datin Seri Roslina memandang Mak Yam, Mak Yam jongket bahu.

Nia Jasmine belalu dari dapur dan melencong ke taman mini yang terletak di sudut kiri rumah. Nombor telefon Zaen didail kembali. Tak sampai beberapa minit, panggilannya bersambung.

''Hello, Assalamualaikum.'' Suara dihujung sana kedengaran.

''Waalaikummusalam. Abang call Nia tadi? I'm sorry, Nia busy kejap tadi. Ada apa abang call Nia?'' Nia bertanya sambil meleretkan senyumannya.

Rindu juga kepada insan yang bernama Zaen Haidar itu. Sudah dua bulan tidak bersua semenjak dia berpindah. Nia memilij untuk mengikut mama dan abangnya berpindah ke sini. Kebetulan kerja abangnya di London sudah selesai. Jadi mereka bersepakat untuk terus menetap di Malaysia. Terengganu menjadi destinasi pilihan mereka kerana papa dan abangnya terlibat dalam satu program dengan Universiti Malaysia Terenggnu (UMT).

''Nia sibuk? Patutlah tak pick up call abang. WhatsApp pun tak reply. So, are you busy right now?''

''Nia tak ada bagitahu abang ke yang Nia busy sikit malam ni?''

''Abang rasa, Nia tak ada pun bagitahu abang. Why? Have something to do tonight?''

''Sorry, I think I've reminded you that I'm a bit busy tonight. Actually tonight we have a special guest from London. So we are quite busy making preparations to welcome him.''

''Iye ke? Siapa 'special guest' tu?'' Ada berbaur cemburu terselit pada suara itu.

''Emm sebenarnya Nia pun tak tahu siapa. Mama dan abang cakap, Nia tak kenal siapa orangnya sebab dia anak angkat mama dan papa masa dekat sana.''

''Ooo i see... Okay Nia. Jangan nanti terpikat dengan 'special guest' tu pulak tau!''

''Hish... apa abang ni. Tak kan lah... Kan Nia dah ada abang.''

''Fuh.. Lega abang dengar!''

''Mengada tahu abang ni.'' Nia ketawa kecil.

Serentak dengan itu, bunyi pintu kereta ditutup di garaj kereta menandakan abangnya, Khalil Fayyad sudah pulang dari menjemput tetamu mereka dari hotel. Pelik juga Nia, kata nak menumpang rumah mama dan papa tapi boleh je 'dia' tu bermalam di salah satu hotel termewah yang terletak di tengah-tengah bandar Terengganu ni.

''Abang, i think have to go now.. Insya-Allah next time kita sambung lagi.''

''Okay Nia. Take care. Jangan lupa abang dekat sini tau walaupun dah jumpa dengan 'special guest' tu. Jangan nanti tiba-tiba special guest tu bertukar jadi calon bakal suami pulak.''

Nia melepaskan tawabya dengan gurauan tidak kelakar Zaen. Dia tahu Zaen bergurau dan di berdoa semoga mulut Zaen tak masin!

''Jangan cakap macam tu abang. Kata-kata tu satu doa tahu. Jangan doakan Nia terpikat dengan tetamu mama, nanti melepas abang.''

Giliran Zaen pula tergelak di hujung sana.

''Jangan laaa...''

''Haa tahu pun takut. Lain kali jangan cakap macam tu. Okay la abang. Nia letak dulu, tau. Assalamualaikum.''

''Waalaikummusalam.''

Nia tekan butang merah. Pusing tubuh untuk masuk semula ke dalam rumah, terkejut dia bila abangnya sedang berdiri di situ.

''Siapa call?'' tanya abangnya, tidak senang.

''Zaen.''

''Angel serius ke dengan dia?''

''Setakat ni macam tu lah."

Khalil Fayyad senyap. Mukanya berubah dengan jawapan Nia.

''Tetamu dah sampai ke?'' Nia Jasmine, mengalih topik. Dia rasa tidak selesa berbual mengenai Zaen dengan Khalil. Dia dapat merasakan abangnya tidak seberapa suka dia rapat dengan Zaen.

''Dah. Jomlah masuk. Mama dah cari Angel.''

Nia mengangguk lalu membuntunti langkah abangnya ke ruang makan. Walaupun jarak antara ruang makan dengan taman mini tidak jauh tapi entah kenapa langkah kakinya terasa sedikit berat pada malam ini. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu kejutan, mungkin?

Sampai di meja makan, dia melihat ada susuk tubuh sedang duduk membelakanginya di kerusi dan tempat kegemarannya. Nia kerut kening, sekali lagi terasa bagaikan dejavu. Hidungnya menangkap sesuatu bauan yang mewah. Bau ini! Bau semerbak yang sedang melular di udara itu juga sama seperti bau yang pernah ditinggalkan di biliknya dulu. Perfume yang si dia 'tertinggal' suatu ketika dulu. YSL La Nuit De Lhomme. Nia sedut haruman itu sambil memejamkan matanya. Dia rindu, sumpah!

''Nia..'' Datin Seri Roslina yang berada di hadapan lelaki itu, memanggil nama Nia sebaik sahaja menyedari kemunculan Nia di situ.

Nia celikkan mata dia perasankan susuk di hadapan mama tiba-tiba mengeras bila mama menyeru namanya. Hati Nia jadi semakin tidak tenteram tetapi riaknya dikawal. Dadanya berdebar makin kencang.

''Pergi mana? Lama sangat jawab call. Come and seat here. I would like to introduce you to someone," gamit Datin Seri Roslina sambil menepuk kerusi disebelahnya.

Nia senyum segaris sebelum mengambil tempat di sebelah mama. Khalil duduk di sebelah tetamu istimewa mereka. Nia menekur lantai, tidak berani mengangkat muka pandang tetamunya. Dia takut ini cuma ilusinya semata-mata.

''Nia, mama kenalkan ini anak angkat mama dan papa, Nuh Jazmin.''

Demi mendengarkan sebaris nama itu, Nia terus angkat muka dan si dia pula bagaikan sudah bersedia menyambut pandangan mata Nia. Lurus sahaja mata itu menikam anak mata Nia.

'Dia? Nuh Jazmin? Anak angkat abah dan sekarang jadi anak angkat mama dan papa? Kebetulan atau satu suratan takdir ni?'

Permulaan part 3. Jeng jeng jeng....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience