Bab 15 : NJ

Romance Series 174928

~Dear universe, feel free to amaze me.~

Malam terakhir program anak angkat. Ini bermakna, malam ini juga malam terakhir Nuh dan Luqman menginap di rumah Tuan Ahmad Zakri. Dijadualkan selepas zohor esok, semua penuntut UPM yang menyertai program anak angkat di kampung ini akan bertolak balik ke kampus masing-masing.

Seperti yang dimaklumkan oleh Zaen Haidar tempoh hari kepada Nia, malam ini Violet band akan membuat persembahan. Mereka dijemput oleh ketua kampung untuk meraikan malam perpisahan program di dewan serbaguna yang sudah digubah menjadi malam penuh gemilang.

Nia bersiap ala kadar sesuai dengan konsep romantis yang dibawakan oleh Violet band pada malam ini. Dia memilih gaun labuh berwarna putih yang berlengan panjang ke tubuhnya. Rambutnya yang panjang disanggul rapi dengan bantuan Mia Jasmine. Satu tiara kecil menghiasi mahkotanya.

''Satu yang akak tak boleh nak nafikan, muka Nia sama macam arwah ibu. Nia tahu tak arwah ibu jugak pandai main violin dan piano?'' tanya Mia ketika tangannya ralit menyapu blusher di pipi Nia.

Nia menggeleng perlahan. Memang dia tak pernah tahu, tidak ada sesiapa pun yang sudi menceritakan perihal arwah ibu secara terperinci kepadanya. Mungkin mereka tidak mahu dia bersedih bila membicarakan soal arwah ibu.

Mia senyum nipis. Dia tahu adiknya bersedih.

''Abah pernah bagitahu kak Mia, dia jatuh cinta dengan arwah ibu masa abah lihat arwah ibu main violin atas pentas. Masa tu dekat universiti diorang dulu. Kata abah, arwah ibu cantik, persis bidadari dengan gaun putih dan gesekkan violin yang dimainkan ibu. Mungkin keadaan ibu masa tu, macam Nia sekarang," ujar Mia lagi. Dia senyum nipis lagi kepada Nia.

Kali ini digores sedikit pelembap bibir ke bibir nipis Nia. Biar terpegun abah melihat anak bongsunya. Bukan senang Nia nak bercantik-cantik macam sekarang. Alang-alang dapat peluang mencantikkan Nia, jangan sia-siakan peluang yang ada.

Wajahnya juga disolek nipis agar tidak kelihatan terlalu pucat. Untuk malam penuh bermakna ini, Nia tidak mengenakan cermin mata tebal dan besarnya sebaliknya mengenakan kanta sentuh yang tidak berwarna. Ini menyerlahkan lagi warna anak matanya yang unik itu.

''I'm done.'' Mia mengakhiri tugasnya.

Dia memusingkan kerusi yang sedang Nia duduk supaya menghadap cermin besar yang ada di dalam bilik tidurnya biar Nia sendiri lihat hasil seni tangannya. Mia ada kebolehan bukan setakat memasak, dia juga pandai berdandan dan suka mendandan walaupun seringkas yang mungkin. Bagi Mia setiap wanita punya kecantikkan sendiri dan harus yakin dengan kecantikkan yang dimiliki.

Nia ternganga sesaat melihat dirinya sendiri yabg terpantul disebalik biasan cermin itu.

''Ibu?'' Hanya itu yang keluar dari mulut Nia selepas melihat sendiri hasil solekan kakaknya. Dia diibaratkan seperti Jaslina junior yang selalu dia lihat wajah itu di dalam album perkahwinan abah dan arwah ibunya.

Mia meletakkan kedua tangannya di bahu Nia dari belakang. Matanya turut menumpukan pada imej cantik di dalam cermin itu.

''Tak sangka... Inilah hikmahnya kenapa Allah kurniakan wajah Nia seiras ibu. Untuk mengubati rindu kita pada arwah ibu. Kan Nia?''

Nia menunduk. Tipulah kalau dia katakan dia tidak rindu langsung pada arwah ibu kandungnya. Walaupun dia cuma sempat kenal dengan ibu kandungnya di saat penghujung usia ibu, dia tetap merindukannya. Tapi raut wajah arwah ibu dalam fikirannya tidak seperti yang dibayangkan oleh Mia. Wajah ibu cekung, tubuh ibu kurus kering kerana menderita penyakit kanser payudara.

''Jom kita turun. Mesti abah dan abang-abang Nia yang lain dah tungu kita.'' Mia genggam erat tangan adiknya lalu keduanya turun ke tingkat bawah, tidak mahu yang lain menunggu lama.

*            *               *

Ternganga seketika Tuan Ahmad Zakri melihat kemunculan kedua puterinya lebih-lebih lagi tatkala mata singgah pada anak bongsunya. Nia Jasmine, dia cantik dan jelita persis arwah isterinya ketika kali pertama mereka bertentangan mata bertahun yang lalu. Nia, mungkin muda pada usianya tapi tidak pada wajahnya. Nia matang!

Bukan Tuan Ahmad Zakri saja yang ternganga, dua lelaki dibelakangnya turut sama ternganga melihat perubahan Nia Jasmine yang selama ini mereka anggap hanya 'biasa-biasa' saja. Sekali saja Nia transform, terpukau habis keduanya.

''Nia... you are indeed a beautiful girl. Beautiful like your mother. And i really miss her so much...'' lirih Tuan Ahmad Zakri tatkala menghampiri Nia dan Mia.

Kedua bahu Nia dipegang supaya dia dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas. Dia rindukan wajah itu. Segenap inci wajah anaknya ditatap dengan penuh rasa kasih dan rindu yang menggebu pada arwah isterinya. Jelmaan arwah Jaslina ada pada Nia, itu yang dia tidak boleh sangkakan. Arwah Jaslina cinta pertama dan terakhirnya. Itulah sebabnya kenapa dia tidak mencari pengganti arwah Jaslina.  Tak mungkin ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat arwah dihatinya. Dia lelaki yang setia!

"Macam ibu, kan Abah?" Mia berbisik.

Laju Tuan Ahmad Zakri mengangguk. Dia pandang Mia, lama. Mia jatuhkan kepalanya, faham dengan tatapan abahnya.

"Terima kasih Mia."

"Welcome abah. Mia tahu abah rindu."

Tuan Ahmad Zakri kejip-kejip matanya untuk hilangkan rasa sayu tiba-tiba bertandang.

''Jom kita snap gambar dulu sebelum kita bertolak ke dewan.'' Mia mencelah, tak mahu abah tenggelam dalam kesedihan menanggung rindu buat arwah ibu. Lagipun Luqman dan Nuh setia menonton drama sebabak itu, nanti apa pula ynag difikirkan oleh mereka.

Mia sudah bergerak ke hadapan, bersedia untuk merakam beberapa keping gambar menggunakan telefon pintarnya sebagai kenang-kenangan. Biarlah malam ini terpahat seribu memori untuk mereka semua.

Nia berdiri di sebelah Tuan Ahmad Zakri. Tangan abah paut mesra bahu Nia. Beberapa butang klik ditekan oleh Mia. Kali ini Mia turut meminta Nuh dan Luqman menyertai Nia dan abah.

Nuh dan Luqman hanya angguk setuju saja. Nuh berdiri disebelah Nia bila Luqman menolaknya. Luqman pula memilih berdiri disebelah abah angkatnya.

"Nuh, dekat sikit dengan Nia. Jauh sangat tu." Mia menjerit, meminta Nuh dekatkan sedikit jarak yang ada di antara Nuh dengan Nia.

Nuh mendekat tapi masih berjarak.

"Nuh, rapat sikit lagi... Tak balance laaa... nanti tak cantik!" Mia protes.

Luqman menjenguk, dia lekas keluar dari tempatnya dan ke sebelah. Dia tolak tubuh Nuh agar dekatkan jarak yang ada. Berlaku adegan tolak menolak antara keduanya. Nuh membebel marahkan Luqman yang menyibuk dengannya tapi langsung tidak diendahkan oleh Luqman sebaliknya masih menolak Nuh.

"Sibuk je dia ni," rungut Nuh sambil betulkan kotnya.

"Kalau aku tak sibuk, lagi lama kita duduk sini tahu tak." Luqman kembali ke tempatnya usai tugasnya.

Tuan Ahmad Zakri hanya menggeleng dengan telatah keduanya. Sudah sebati dengan perangai keduanya walaupun cuma 2 minggu saja sempat bersama.

"Dah okay ke Mia?" tanya Luqman sambil mengangkat ibu jarinya kepada Mia. Mia turut membalas dengan senyum penuh makna.

Nia sedikit gugup bila bahunya secara tidak sengaja bersentuhan dengan Nuh akibat dari tolakan Luqman itu. Nia dan Nuh berpandangan sekejap. Nuh perhatian Nia dari jarak dekat, tepat menusuk ke anak mata cantik Nia. Manakala Nia pula terpukau dengan bau wangian maskulin yang datangnya dari Nuh.

"Okay, tengok sini." Mia menjerit sedikit, mematikan tatapan antara Nuh dan Nia.

Nia teguk liur, kembalikan matanya ke hadapan. Manakala Nuh betulkan kedudukannya. Berdiri tegak dengan kadua belah tangan tersemat elok dalam poket seluar slacknya.

Giliran Tuan Ahmad Zakri pula menggamit Mia supaya bertukar posisi dengannya, kali ini biar dia pula yang mengambil gambar mereka berempat. Mia menyerahkan telefon kepada abahnya dan mula mengambil tempat di sebelah Luqman. Nia masih di posisi asal iaitu di sebelah Nuh.

''Perfecto!'' Tuan Ahmad Zakri menjerit gembira sambil menekan butang klik.

Hati tuanya rasa senang melihat 'anak-anaknya'. Seperti dua pasangan yang sedang bercinta. Nuh yang segak persis mr. charming disamping Nia yang cantik bagaikan puteri. Luqman pula diibaratkan seperti hero malaya disamping Mia yang manis berbaju kurung riau dan bertudung ayu. Hati tuanya mula memasang angan-angan.

*             *                 *

Di belakang pentas, Nia Jasmine rancak berbual bersama rakan sekumpulannya yang lain sementara menanti nama kumpulan mereka dipanggil oleh emcee. Nia menjarakkan diri dari ahli kumpulannya untuk seketika. Mengambil masa untuk bertenang memandangkan ini kali pertama dia buat persembahan dengan membawa lagu yang cukup meruntun jiwanya.

''Nia okay ke?'' tanya Zaen Haidar yang baru tiba di sisi Nia.

''InsyaAllah Nia okay, abang Zaen. Cuma rasa berdebar. Ini kali pertama kita nak bawakan lagu ni depan semua orang.''

''Nia boleh buat. Abang yakin. Abang percaya dengan kebolehan Nia.'' Zaen tenung Nia. Wajah itu berubah keruh.

"Kenapa Nia?"

Nia kertap bibir.

''Lagu ni amat bermakna untuk Nia. Kebetulan persembahan kita jatuh pada hari ini, hari lahir arwah ibu Nia.''

''Hari ni?''

Nia mengangguk. Wajahnya menggambarkan segala 'rasa' yang sedang dia pendam sekarang ini. Meskipun cuma setahun dia dapat merasai kasih sayang dari seorang ibu kandung, kehilangan arwah tetap dirasai. Arwah ibu telah banyak berkorban untuknya.

"Nia, look here.." Zaen Haidar meletakkan tangannya di atas bahu Nia. Dia palingkan Nia menghadapnya unultuk memberikan sedikit kata-kata semangat untuk gadis cantik itu. Dia menunduk sedikit untuk menyamai ketinggian Nia.

''Nia, you can do the best for her. Believe me, okay. Doakan yang baik, semoga arwah ibu Nia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman."

Nia tidak menjawab. Masih menunduk.

"Abang tahu Nia boleh buat. Kita dah banyak kali training. Jadi Nia kena yakin dengan apa yang Nia buat selama ni akan membuahkan hasil. Okay?" pujuk Zaen lagi.

Lambat-lambat Nia angguk jua.

"You know what, you're superb tonight. Abang yakin nanti bila tiba giliran kita, semua orang akan terpukau dengan bakat yang Nia ada. Believe me."

Nia mengukir senyum dalam anggukkannya. Rasa lega dengan semangat yang dititipkan oleh Zaen Haidar.

''Nia...''

Keduanya berpaling ke arah datangnya suara itu.

Nuh tiba-tiba muncul di situ dan dibelakangnya ada Luqman. Mata memasing tertumpu pada Nia. Dan mata Nuh yang tertumpu kepada Nia, beralih pada tangan Zaen Haidar yang masih di bahu Nia. Muka Nuh kembali membeku tanpa segaris senyuman.

Zaen Haidar terperasankan arah tuju mata Nuh itu, segera menjatuhkan tangannya dari bahu Nia.

''Ada apa abang Nuh dengan abang Luq datang sini?'' tanya Nia yang disapa rasa terkejut dengan kemunculan mereka berdua itu.

"Erkk..." Luqman tak tahu nak jawab apa. Nuh pula tidak menunjukkan minatnya untuk menjawab soalan Nia itu. Luqman garu pipi yang tidak gatal. Satu hal pula nak kena settle masalah diorang ni. Aduhh!

''Emm... abang datang sini nak wish good luck pada Nia.'' Luqman menggoreng jawapan. Dia menyiku lengan Nuh disebelah tapi Nuh hanya mendiamkan diri. Luqman jeling Nuh, raut itu berubah sedikit tegang tidak seperti sebelum ini.

Luqman kembung pipi, kenapa dengan Nuh? Padahal tadi dia yang beria-ria mengajak datang ke sini untuk berjumpa dengan Nia sebelum Nia memulakan persembahan sebentar lagi. Tapi yang jadi, sebaliknya pula.

''Jom la Luq. Panas pulak kat sini.'' Terus Nuh putar tubuh dan berlalu tanpa berkata apa kepada Nia.

Luqman yang masih terpinga-pinga dengan perubahan Nuh, tetap mengekor Nuh dari belakang. Tak lama baru dia faham kenapa angin Nuh tiba-tiba  berubah dingin.

''Hey Nuh, why?'' Luqman menyoal sebaik sahaja mereka keluar dari belakang pentas. Dia mengharapkan apa yang dia teka itu tidak betul sama sekali

''Tak ada apa.Tiba-tiba rasa panas.''

Jawapan Nuh mengundang kerutan di keningnya. Sah, betul tekaannya!

''Hati panas dengan Nia ke? Ke dengan Zaen?''

Soalan yang terpancul dari mulut Luqman membuatkan langkah Nuh terhenti. Luqman turut sama mematikan langkah. Nuh putar tubuh kepada Luqman yang masih berdiri di belakangnya.

''Kenapa aku nak rasa panas hati sebab diorang? Kau jangan nak sembang lebih-lebih la Luq. Nonsense!''

''Itu kata-kata di mulut yang tak sama dengan apa yang hati rasa. I'm right, Nuh Jazmin?'' Luqman meneka lagi. Dia baru sedar satu hakikat baru, Nuh sukakan Nia!

Nuh membengis. Dia terperangkap dengan soalan Luqman.

''Kau nak cakap apa ni Luq?''

''Kau suka Nia?'' tebak Luqman.

''Stop making a nonsense topic la Luq! She just a little girl. Dah, jom blah. Makin lama kita kat sini, makin kuat pulak kau menyembang.'' Nuh mendengus lantas berikan jelingan tajam kepada Luqman.

Luqman jongket kedua bahu.

''Hai Nuh... lama Zara tak nampak Nuh.'' Zara Keysha menegur tatkala Nuh mmelangkah masuk ke dalam dewan serbaguna yang telah diubah suai sebagai tempat untuk majlis perpisahan mereka pada malam ini.

''Hai Zara...'' Nuh meleretkan suaranya sambil jeling Luqman yang membawa maksud 'ini baru berbaloi!'

Luqman hanya tarik hujung bibirnya sedikit, provok Nuh dalam diam.

''Dari mana?'' Sambung Zara
kemudian.

''Belakang. Ada hal sikit. Zara tak join ke persembahan malam ni?'' Nuh mula mengayat, sengaja tunjuk mesra depan Luqman kerana tercabar dengan tuduhan lelaki itu.

''Nuh, aku pergi kat meja dulu.'' Luqman mencelah seraya menepuk bahu Nuh.

Nuh sekadar mengangguk kecil dengan harapan Luqman akan tarik balik tuduhannya tadi. Dia sukakan Nia? Boleh blah!

Zara Keysha turut melemparkan seulas senyuman kepada Luqman. Luqman membalas sekadarnya.

''Tak join ke persembahan malam ni?'' Sekali lagi Nuh bertanya setelah Luqman menjauh dari dia dn Zara. Mata Nuh sempat melirik nakal pada pakaian yang menyarung ke tubuh tinggi lampai di hadapannya. Kebaya? Woww, menampakkan jelas bentuk tubuh 'pearl glass' milik gadis cantik itu.

'Of course, yang macam ni baru menarik minat aku! Baru ngam!' Nuh berdesis angkuh, tercabar dengan dakwaan Luqman.

''Join. Sekejap lagi kot turn kelas Zara," jawab Zara sambio melirik manja.

Tepukan dan sorakkan gemuruh dari seluruh dewan sekali lagi menganggu perbualan antara Nuh dan si cantik Zara Keysha. Nuh dan Zara sama-sama melontarkan pandangan ke tengah pentas.

Kumpulan Violet muncul di tengah pentas bersama instrument masing-masing. Mta Nuh meliar, mencari sesorang. Nia muncul sedikit lambat dari yang lain beriringan dengan Zaen sebelum Nia mengambil tempat disebelah lelaki itu bersama dengan violin ditangannya.

"Siapa budak perempuan tu? Cantik, macam princes."

Mendengarkan komen dari Zara Keysha, Nuh kembali toleh pada Zara sambil mengangkat kening sebelah.

"That's girl. Violinist tu, cantik." Zara menyambung, senyum manis pada Nuh.

"Cantik?" Tersungging bibir Nuh. Tak faham istilah 'cantik' di situ.

"Absolutely yes, cantik. I yang perempuan ni pun boleh kata yang budak perempuan tu cantik, tak kan you sebagai lelaki tak rasa dia tu cantik?"

Sekali lagi mata Nuh gatal memandang ke pentas. Memang betul apa yang Zara cakap, dia akui Nia kelihatan cantik dalam persalinan baju putih itu. Nampak pure, like a angel.

Zaen Haidar selaku vokalis, membetulkan dulu mikrofon sebelum mengambil tempat duduknya di bangku yang tersedia di situ.

''Assalamualaikum dan selamat malam. Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberikan kami peluang untuk buat performance pada malam ni. Walaupun tanpa persiapan yang rapi tapi kami tetap cuba lakukan yang terbaik sedaya upaya kami. Terimalah lagu dari kami, Dealova.''

Nia yang sudah bersedia dengan violinnya hanya menunggu isyarat dari Zaen untuk mula gesek alat instrumentnya. Lampu dewan pula dimalapkan seketika untuk mendapatkan efek yang lebih romantis sesuai dengan lagu yang dibawakan.

Bila dapat isyarat dari Zaen Haidar, Nia mula menggesek viololinnya perlahan lalu menghasilkan satu bunyi yang cukup mengusik jiwa para pendengar yang sedang menantikan persembahan mereka. Tepukan sekali lagi bergema di seluruh dewan, makin menaikkam semangat Violet band untuk terus melakukan yang terbaik.

''Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu,
Karena langkah merapuh tanpa dirimu,
Oh, karena hati telah letih.."

Suara lunak Zaen bergema memenuhi segenap ruang dewan. Ada yang menepuk tangan, ada juga yang bersiul.

''Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh,
Aku ingin kau tahu bahwa 'ku selalu memujamu,
Tanpamu sepinya waktu merantai hati,
Oh, bayangmu seakan-akan.."

Nia sedang asyik menggesek violin, dia tenggelam dalam dunianya. Nuh pula terlepas.sedetik pun renungannya dari batang tubuh Nia. Dia kagum dengan bakat yang ada pada gadis itu.

''Kau seperti nyanyian dalam hatiku,
Yang memanggil rinduku padamu,
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada.."

Makin lama memerhatikan Nia, entah kenapa dia rasa ada perasaan yang lain datang bertandang. Entah apa, tapi yang dirasai itu seperti air mencurah ke bongkah ais yang keras dan dingin.

"o.... o.... oh..."

"Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang,
Tanpa dirimu aku merasa hilang..
Dan sepi.."

'Your silence make me sick, Nia!' ketus Nuh. Sungguh perasaannya bagaikan nak gila memikirkan kesepian Nia sejak kebelakangan ini dan dia tidak suka Nia begitu!

"Kau seperti nyanyian dalam hatiku,
Yang memanggil rinduku padamu,
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada.."

"Kau seperti nyanyian dalam hatiku,
Yang memanggil rinduku padamu,
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada.."

Tepukan gemuruh di terima sebaik sahaja lagu itu sampai ke penghujungnya. Nuh masih tegak berdiri ditemptnya disamping Zara Keysha. Rata-rata mata lelaki gatal tertumpu ke arah Nia dan tanpa sedar Nuh kepal penumbuknya di sebalik poket seluarnya. Tapi... dia tak suka dengan rasa yang macam ni. Tolonglah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience